Bila World Cup kali ni, nama Afrika meniti-niti di bibir kita.
Aku tanya MrHubby...
Me:
Apa beza South Africa and Africa itself? (okay, korang boleh gelakkan aku sekarang, tapi Geografi dulu aku dapat A tau!).
Dia cakap
South Africa tu negara ye, Africa tu benuanye.Me: Kiranya masa sekolah rendah dulu kita dok main nama, negeri, nama buah, nama benda, etc. tu (korang ingat kan game ni?)... selalu orang letak negara Afrika untuk huruf A, salah la?
MrHubby:
Hmm..salah la.Me:
Ooo ye ke?MrHubby:
Tapi bila main game tu dengan cikgu (hoh? aku main dengan kawan2 je), cikgu tak cakap pun salah.Me:
Hahaha. Cikgu tu pun fail Geografi agaknya.Okaylah... well, we know that Africans have dark skin tone.
When I was small, aku punya kulit adalah kategori yang tak-berapa-nak-cerah (hehe, tak mau mengaku gelap!). Hinggakan ada satu panggilan (dalam family aku) dicipta, in which my parents & Along/Acik panggil aku- to refer to my not-so-fair skin. Aku benci betul panggilan tu!
Kadang-kadang kalo sebut Afrika tu, kira antara perkataan yang merujuk kepada aku la tu.

Nevertheless, I never tried hard to look fairer. Standard la kalo setakat beli moisturizer atau facial foam from the whitening range. Tapi bila tengok macam xde banyak beza pun, aku mengaku je la aku Mexican or Latina ke... kan ala2 Gabrielle Solis/JLo gitu :P (sila tahan dulu muntah hijau tu ye?)
Bray, my Aussie friend laughed upon knowing that Asian women are so afraid of being suntanned (siap pakai sarung tangan masa driving), and they even use the bleaching products to get fairer skin!
Speaking of bleaching products ni, baru-baru ni aku dapat tau dari sumber yang boleh dipercayai... ada pihak yang minta approval untuk mengimport merkuri. Yes, mercury a.k.a raksa (bagi orang bukan bidang sains) macam yang ada dalam bebuli termometer tu.
Bila ditanya why would we need to import that heavy metal, jawapannya adalah... it is being used in one of the local cosmetics (untuk pengelupasan). Whew!
That means it REALLY IS in the market.

Nasib baik aku x gila memutihkan muka!
Adik-beradik aku ada gak yang pakai produk pengelupasan ni, tapi bila aku tegur, masing-masing pasang telinga kuali je. Maksud aku bukan la telinga diorang jadi hitam, tapi... diorang buat derk je la. Maybe sebab tak nampak pun muka jadi melecur ke, bergerutu macam katak puru ke atau . Instead, ramai yang puji kata muka dah makin cerah & gebu.
Ye la kan... it gets into the body system by skin absorption, so takleh la expect kesan tu nampak immediately. The effects might not be seen one, two years after the application (like other kinds of routes of exposure: inhalation, ingestion, injection, etc.), tapi maybe lambat la sikit.
As for me, I have done my part. Takpe la kalo nanti tua muka aku banyak freckles ke, fine lines ke... asalkan aku tak tua sebab kena skin cancer dan yang sewaktu dengannya! Tak pun, silap haribulan, jadi macam ni...kekeke

So, babes... korang ada ke pakai whitening/bleaching products?