Saturday, February 8, 2014

Picnic @ Henley and Adelaide Night Market

December to February... macam biasa la, common activity is lazing on the beach in the summer heat. Masa hari tak berapa panas (takde extreme heat warning daripada Bureau of Meteorology) aritu ada la few times kitorang pegi Henley Beach.




Nasib baik la takde pokok. Kalau tidak, sah-sah la kitorang berkerumun bawah shades. MatSaleh je yang gila berjemur tengah panas. Kalau macam aku ni dah puas kumpul melanin dalam kulit aku. Hehe




The kids had fun playing with the sand. 


Lil Adib terpegun bila aku buat Ultraman daripada pasir pantai tu. Hahaha


Lepas bersusah-payah menimbuskan abang dia....



Lil Adib nak try timbus kaki sendiri pulak dengan pasir.



Puas main pasir, kitorang nak balik, tapi teringat pulak dah sekian lama nak pegi Adelaide Night Market kat North Tce.


Ada jual-jual makanan...

 

Arts and crafts




 Dan ada performance... So boleh la lepak-lepak atas rumput kat situ sambil relax-relax.


Malaysian stalls selling Malaysian dishes pun ada. Swinging Bowl, as usual... siap ada satay AUD2 secucuk.






 ...dan satu lagi stall ni siap jual kuih-muih Nyonya gittew.

Yang aku paling suka adalah Suzette Watkin's jewellery ni.... semua jewelleries yang dia buat are based on nature dan tempat-tempat menarik di Aussie.


Awesome!



 Kitorang tak membeli sangat sebab dah kenyang. So just lepak-lepak relax dengar music je la... sambil tengok gelagat orang (ye, maybe ada orang gak perhati gelagat kitorang berselfie bagai. Hahaha).


Bila dah nak dekat sunset, balik la rumah.... 


Itu aktiviti kalo masa tak berapa panas. Cer kalau masa heatwaves... mencecah sampai 40'C plus.
Aktivitinya... kalau bukan pegi shopping malls untuk dapat free aircond, dok la kat rumah makan makanan ruji. ABC with everything extra. Nyum nyum nyum.


 Takde gemuk punya la. Aku assume panas tu jadi free sauna untuk bakar lemak-lemak yang ada. (*harapan la sangat!)

Monday, February 3, 2014

Korang pernah tengok resaksa Gorgon?


Selama ni kalo suruh sebut nama resaksa je, mesti kuar nama Resaksa Gorgon.
Tapi tahukah anda...bahawa Gorgon itu rupanya cemana?

Tu le hikmahnya bila pegi museum.


Statement tak boleh blah. Walhal kat Malaysia, orang cuma pegi museum masa ada pameran hantu. Mana ada nak lawat museum kalau bukan kerana rombongan sekolah. Nampak sangat tahap pemikiran tu camna.

Oh well, dulu kitorang dah pernah pegi Dinosaur Exhibition kat SA Museum ni. Yang tu free, tapi best.
Kali ni Life Before Dinosaur-The Permian Monsters, kena bayar le pulak -_-



Kat pintu masuk... Lil Adib terjenguk-jenguk cuak takut.... sebab...

 
 ...ada dinosaur bergerak-gerak ni...


Aicehhhh... kata Ultraman!
Awat hang tak fire dinosaur tu?

Zaman Permian?
Hmm..tu la kan? Kita cuma belajar dulu Paleolitik, Mesolitik, Neolitik jer...
Kalau tanya lagi zaman sebelum tu, aku akan jawab Zaman Nabi Adam le. Hehe.


 Ada satu lagi dinosaur... tapi Ultraman Adib takut-takut nak pegi dekat.
Apedaaa!!!

Bab perasan paleontologist, memang nombor 1.
Tapi tu la...exhibition yang dulu lagi best, siap ada topi ranger, dengan vest bagai..


Ha.... nindia 'gorgon' yang dinanti-nanti.


GORGON MAKAN BUDAAAAK!!!!
*roarrr*




Berani kau tokak anak-anak aku, Gorgon?!!!


Eh..eh..adeh! Adeh!


Yang ni ngikut perangai Uncle Adri dia le ni...

  tengok tu, dikoreknya hidung dinosaur tu.
Ish ish ish... anak sapa la ni?

Family Anep and Darwin pun join jugak...

 Sama le si Adam kecik ni. Ultraman, tapi takut resaksa. Huahuahua


 Habis tengok dinosaur


Well, to summarize, Dino Exhibition yang dulu lagi best. Read HERE
Much better than this one.
Aku pun tak paham nape yang ni kena bayar. Dah la pameran kecik. Dinosaurs tak banyak... aktiviti pun limited. Tapi...hantam sajalah Labuuu.


Habis tengok dinosaurs, lepak jap kat luar...feeding the pigeons. kenyang le burung-burung tu.


Then, kitorang gi makan sama-sama....

sambil cuci mata shopping tingkap kat Rundle Mall.


On another day, MrHubby brought the kids to the museum again (when I was at work)...just to complete the tour...

Tengok tu... buat kelaku.
Dok terdongak macam penguin tu.





Nuffnang ads

My Heartbeat