Friday, January 17, 2014

Orang tamak bercockling takkan rugi


When the weather is fine, memang syok buat outdoor activities (unless scorching hot like this week la). So, aritu masa Affan kembali ke pangkal jalan tempat jatuh lagi dikenang, we made another trip to Goolwa. This was my 3rd cockling actually.

Sejam 20 minit perjalanan, anak-anak sambung tido dalam kereta.



Tapi bila sampai je, terus mata terbuka luas. Chargas!


Acecece. Ye-ye-o betul si abang-abang hensem Yop,Pokka dan Affan pasang khemah tu, walhal pop-up tent jer. Hahaha. Takpe, takpe... itu dimaafkan, sebab kalo tak, bahan untuk blog tak jadi karangan bergambar.


Well, silap percaturan sikit actually.
Memang dah tau weather tak panas sangat, tapi tak expect pulak dengan drizzle nye...dengan angin nye... maka kitorang pun tergedik-gedik kesejukan le jugak.


So, lepas pasang khemah.. apa lagi? Makan dulu.
Kali ni gambar makanan takde, sebab dah tak kuasa. Dah lapar sangat.

Kenyang perut gendut, suka hati. Episod mengorek cockles bermula.
Excited semacam je bebudak ni. Rupanya dah bertahun duduk sini, tak pernah sekali pun diorang cockling. Hahaha. Kesian.

Lil Adam and Lil Adib helped too. Tapi si Tomeyto tu banyak main pasir je. Dan diorang sangat excited bila jumpa ketam kecik...
Lil Adam letak dalam bowl putih tu, Lil Adib timbus dengan pasir. Jenuh bergaduh ! Haishhh


Lepas beberapa jam, penuh satu tong esky 10 liter tu dengan cockles.

Tapi konsep tamak haloba-loba tidak dapat dibendung lagi. Maka segala tong esky yang dibawa pun kitorang penuhkan. Termasuklah tong esky yang bawak bihun goreng.
Affan ni siap cuci guna pasir, dah macam samak pulak aku tengok.


Lil Adib dah menggigil tak tahan sejuk...

Tapi MrHubby and the geng masih syok menuai hasil. Maunye tidak, bila ombak besar datang... cockles bertebaran atas pantai. Tak payah nak korek dalam pasir.  Tapi kalau tak cepat, sekelip mata je (bila the next wave hits the beach), hilang la cockles tu.


Dah kembang segala anggota badan yang boleh kembang, time to go home. Tapi solat dulu siap-siap.


 And.... some pics of us (minus Lil Adib) before we left.
Gila weh berhari-hari makan cockles tak habis. Itu kira dah bahagi dengan abang-abang hensem geng Affan, Pokka, Yop tu. Dan dah bagi kat kengkawan sikit.



Kan ke best kalau cucoq cempedak pun boleh korek kat pantai Goolwa ni.
Confirm tiap-tiap minggu aku pegi. *sigh*

Thursday, January 16, 2014

Kenali personaliti melalui jam tangan ;)


Memandangkan aku tengah tak boleh pikir dengan normal sebab heatwaves melampau sampai cecah 46'C arini, ditambah pulak dengan kepala weng dua malam tidur tak lena... aku rasa sangat sesuwei la untuk aku jadi Pakar Psikologi untuk entry hari ni.

Huh. Korang jangan pandang rendah terhadap kepakaran sampingan aku ni. Aku nak dapat ilmu ni siap kena bayar pengeras pulut kuning dengan kambing golek jantan takde janggut tau.


Kalau sebelum ni kita dah pernah check personaliti melalui cara makan jagung, kali ni kita tengok jam tangan pulak. Jam tangan la. Mana ada jam dahi, jam kaki, kan?
Eh, tapi maybe ada jugak orang yang sengal, tak tau wristwatch tu adalah untuk pergelangan tangan.. walaupun dah jadi model/ duta jam. Hahahaha.


So, are you ready for some serious self-reflection?




Acecece :-P
Jom kita start.


JAM TANGAN BULAT


Menurut ilmu Nujum Pa' Blalang yang aku pernah tuntut dulu, bulat ni bermaksud wholeness dan infinity. Jadi dipercayai si pemakai jenis yang semua nak complete, tamak pulak tu. Tak reti cukup.
Tapi orangnya jenis mesra, nak buat apa-apa, mesti sama-sama, macam masa tadika dulu, kan cikgu suruh pegang tangan untuk buat bulatan. Namun, sebab bentuk bulat ni kan takde permulaan, takde penghujung, so boleh jadi si penggemar jam muka bulat adalah orang yang takde arah a.k.a menonong.
Mungkin juga terdiri daripada ahli parti politik terkenal di Malaysia. Eh.



JAM TANGAN BENTUK SEGITIGA, BINTANG ATAU PETAK

Pemakai jam tangan yang ada sisi bersegi dipercayai jenis yang 'rigid'. Dalam bahasa urbannya, senang cakap... skema la. Semua kena sukat, tak boleh taram sesuka hati.
Harus diingatkan di sini, penggemar jam bentuk segitiga dikhuatiri termasuk dalam geng Iluminati.
Yang bentuk bersegi-segi yang lain, macam petak pulak adalah orang yang lebih material. Disebabkan petak mempunyai ruang dan isipadu, psychologists mempercayai bahawa tuan punya jam petak adalah orang yang suka kebendaan, atau solidness.
Kalau bentuk bintang, tengok juga la. Bintang 5 bucu, dipercayai si pemakai ada impian untuk masuk AF atau Bintang Kecil.
Kalau bintang enam bucu atau satanic hexagram, ala-ala lambang kat bendera Israel tu... hmm maybe err... orang ke setan yang pakai tu?
Eh coppp! Ada ke jam tangan bentuk bintang? Aku google cuma jumpa macam ni je. Hehe



JAM TANGAN BAPAK-BESAR!

Si pemakai either memang jenis suka gah dengan prinsip Size-Does-Matter, ataupun pinjam jam tangan bapak beliau.
Orang begini biasanya jenis menunjuk, tapi mata rabun... umpama nak tayang jam-aku-lebih-besar-daripada-muka-kau-mampoo?



JAM TANGAN SEMUT

Jam kecik nak mamf*s. Setaraf untuk letak di tangan semut sahaja lagaknya.
Dari sudut sains dan psikologi, pemakai jam tangan semut adalah dari golongan manusia juga (bukan semut), tapi kategori yang kedekut.
There is no way the watchless you could peek at her watch to know the time. Aku guna 'her' sebab biasanya orang pompuan la pakai jam macam ni. Orang lelaki tak pakai jam tangan semut sebab nanti akan membantutkan taktik "Cik,boleh-tumpang-tanya-sekarang-pukul-berapa, dan dibalas dengan "Pakai-jam-tangan-semut-memang-la-tak-nampak-pukul-berapa.Huh-taktik-mengorat-yang-keji"




JAM TANGAN KANAK-KANAK


Adapun jam tangan jenis ni bukanlah hanya dipakai oleh kanak-kanak Ribena saja. Kanak-kanak Ovaltine, susu tepung Dumex-membesar-bagai-johan, hatta orang-dewasa-yang-tak-puas-jadi-kanak-kanak pun ada pakai. Tapi specifically, jam ni adalah yang kaler mambrang-mambrang. Oren ang-ang, biru kain-sekolah-menengah, kuning lemak ketam, ada kepala Ultraman atau Angry Birds dan yang seangkatan dengannya.
Biasanya nampak sangat kontras, tapi ini melambangkan ketidak-seriusan si pemakai. Orangnya happy-happy, no muss no fuss, berjiwa kanak-kanak. Tapi pemilihan untuk pakai jam tangan colourful untuk majlis formal adalah agak kurang bijak, sebab nampak macam badut sangat.
Cer korang bayangkan pada hari kawen, time upacara nak sarung cincin, tetiba tersingkap lengan baju pengantin yang kaler oren-ghaplah-jingga tu, dan nampak jam tangan kaler biru-kain-sekolah-menengah. Kan ke 'epic fail' di sittew. 7 keturunan orang umpat bila tengok gambar kawen kau. Umpama pakai sut baju pahlawan Melayu siap tengkolok, tau-tau tengok bawah pakai kasut, instead of capal (Read HERE).



JAM ANALOG (JARUM) atau DIGITAL

Orang yang pakai jam digital dikatakan pemalas, tak kuasa nak kira 5, 10, 15, 20.... sebelum tahu pukul berapa. Dan mungkin juga pemakainya adalah penakut jarum. Asal nampak jarum je, bukan untuk inject pun... mesti meroyan 3 hari 3 malam.


Pemakai jam yang berjarum pulak.. adalah jenis yang suka melatih otak. Akan tetapi, tak semestinya orangnya tu berotak pintar. Hehehe.



Okay dah.

Sekarang sapa nak check personaliti melalui cara makan jagung, klik SINI pulak.
Selamat mengenali diri sendiri. Mihmihmih

Tuesday, January 14, 2014

Besar semangat, banyaklah ikannya

It's been many times Lil Adam sebut dia teringin nak fishing.
Agaknya dia ingat asal cecah je mata kail tu dalam air, terus dapat ikan kot. Considering his impatience, we always dilly-dally. But this time, on je la.

Nak fishing kat tasik/Torrens River, macam tak semenggah pulak ikannye karang. So, we went to Semaphore. Ada jetty, so boleh le ke tengah laut sikit.



Angin punya la kuat.
Menggigil-gigil kitorang sebab tak berjaket bagai. Maklumlah masa kuar dari rumah hangat kemain lagi. Kang nampak macam orang sewel pulak pakai tebal-tebal.


Lil Adam punya la tak sabar nak fishing. Kitorang punya la harap, jangan le langsung tak dapat ikan. Kang kecewa pulak dia.



MrHubby le tukang pasang umpan nye. Affan dengan Pokka tukang pancing je. Kira mulia sikit la daripada aku yang tukang pegang joran jer. Hahaha.



Acecece. Affan kemain, menang gaya. Kalau suruh baling mata kail tu, 2 kali 5 aku je. Hihihi
Affan dah balik Malaysia, so boleh aku kutuk lebih-lebih sikit. Heh




Lil Adib relax jer duduk dalam stroller. Takde bother nak bangun langsung.
Keje makaaaan je. Jajan dia makan, M&Ms dia makan..memang ikut perangai sapa ntah asyik-asyik makan.



Oh ye.... kitorang ada gak pasang crab net. Biasanya kalo MrHubby crabbing kat sini, banyak dia dapat ketam. 
As usual, tak boleh guna ayam sebagai umpan. Akmaklumlah..against biodiversity nature gittew. So, kepala salmon le jadi umpan.


Tunggu- punya tunggu...tetiba, joran MrHubby caught something!!!
Lil Adam punya la excited.


Acecece...   macam ye-ye-o je. Tapi suruh pegang ikan tu, takut-takut pulak.


Then, sambung lagi fishing...try bertahan dalam kesejukan tu selagi terdaya.

Haa..as I said, yang ni pun pose konon-konon jer.
Aku suka je memancing, tapi kalau dapat hasil je la, dan dalam masa yang singkat (which is something uncertain kan?)...  Banyak cantik setiap minit boleh dapat sekor ikan!
Bahahaha. So I guess, ayat suka memancing aku tu macam obsolete jer.



Total berapa ekor ikan kitorang dapat??????????

Cis!!!
Berani korang tanya soalan tu?




Mestilah dapat....




SATU je. Hehehehe.

Sebab tu la semua pakat posing dengan ikan nak sekor tu. Bahahaha


Time ni masing-masing terkagum tengok fenomena umpan kepala salmon dipenuhi ulat air keapanamantah. Crabs yang dinanti, lain yang jadi. 
Euwww...

 

Bila dah sunset... ikan pun dah dapat (dapat SEKOR je buat syarat jadi la), time to pack up.


Tapi si Affan pulak, nak berzakat bagi ikan makan. Aku rasa dia berhalusinasi dok terbayang ikan kaloi cerita Bawang Puteh Bawang Merah kot.
Tetiba je selipar dia masuk dalam laut.


Haihhh.. Affan..Affan... Dah tak pasal-pasal orang memancing ikan, dia pancing selipar pulak.




Maka berangkatlah pulang kami semua dengan err...5.5 pasang  selipar. Kesian Affan.
Nasib baik awek tak nampak time ni. Kikikiki


Sebelum balik, meh snap gambar sekeping... oh well, narsis kan?!


Anyway, we, especially Lil Adam had fun. 
Sekor pun, jadi la. 
Next time kalo nak fishing lagi, kena prepare dengan segala jaket, selimut, toto, bantal, makanan banyak-banyak le nampaknya. Ehehehe

Sunday, January 12, 2014

Lil Adam's to-do list

Sepanjang school break kali ni, Lil Adam ada list of things to do, yang dia nak buat dan dia kena accomplish.

Untuk summer yang panas ni, aritu dia buat popsicles/icesicles.



Alaa..macam eskrem Malaysia tu jer. 
Cuma guna moulds yang aku beli 20 sen aritu. Nak buat macamana kan? Dah Mama dia malas nak ikat-ikat plastic eskrem.



Lepas buat tu, sepuluh kali sekejap dia dok sibuk tanya, "Mama, is it ready yet?"
"I think it's hot today. Mama do u want to eat some icesicles"

Kalau buat perisa milo ke, perisa jagung ke.. laju jugak aku makan. Tak payah disuruh. Hahaha
Last-last masa Ammar datang sleepover aritu.. baru la dia makan.




Masa kat rumah, dia just lukis-lukis Ultraman dan monsters...




Melukis kat rumah orang (this was snapped a few secs before easel tu terbalik, and I turned into a monster!)



Pergi guling-guling Hindustan kat park... if the weather is fine...


..dan jenjalan kat shopping malls untuk dapat free aircond on hot days. Hehehe.



Amacam, do we look alike?
Sama kan? Kan?


Thursday, January 2, 2014

Extra load di kepala mak-mak


Hari ni, scroll sikit je Facebook aku, nampak gambar anak si X tengah semangat beratur dengan kawan-kawan kat Smart Reader, siap letak tangan atas bahu. Hihihi. Comel.
Scroll sikit lagi, nampak gambar anak si Y galas beg sekolah siap buat peace, siap dengan tudung putih, baju kurung putih, kain biru..dan caption si mak dengan doa panjang berjela.
Scroll lagi, gambar anak si Z dengan uniform hijau sekolah agama, duduk menunggu kawan-kawan sekolah sambil tangan pegang nugget. Tak sempat breakfast kat rumah gamaknya.

Cenggitu la suasana  hari pertama sekolah.

takleh tempek gambar anak orang sesuka hati, satgi orang kata aku pedophile. so, gambar ni je la


Cuak mak-mak pikir camna anak-anak nak khatam buku teks yang seberat 20 kilo.
Excited mak-mak cerita pasal anak bangun pagi.
Nervous mak-mak menanti respon anak masa hari pertama kat sekolah, takut ada yang buat drama menangis guling-guling suruh mak tunggu.
Mak-mak je la kan. Bapak-bapak kurang emosi sikit bab-bab ni, sebab diorang dah puas tepuk dahi sebab belanja beli buku/peralatan sekolah dah cecah beratus-ratus untuk sorang anak. Yang ada 3,4 orang anak?  Terus demam.


Bezanya...kat Australia ni...
Takde kena heret beg seberat kampit beras 10 kilo. Beg pun cuma untuk isi lunch box, water bottle, dan folder berisi kertas-kertas.  
Kat Malaysia? Gila wehhh...kecik-kecik dah kena kerja berat. Senang aku nak explain topic manual handling dan ergonomics kalo jadi students aku esok-esok. Tapi okay la kan... diorang pun so far pakai tenaga untuk main gadget je. Time ni la nak berpeluh exercise sikit. Kehkehkeh.
 
 Beg troli Lil Adam masa tadika kat Malaysia, vs bagpack leper masa kat Aussie


Kat Aussie takde assembly 2,3 jam setiap minggu sampai budak-budak start menguap dan bersembang sesama-sendiri. 
Entah apa ntah objektif membebel panjang berjela tu. Korang ingat ke, apa yang Guru Besar korang pernah cakap dalam perhimpunan dulu?

Kat Aussie takde homework 3,4 subjek sehari yang dah kena submit within 24jam. 
Kat Malaysia? Jangan harap. Lepas sekolah, balik rumah kejap, pegi sekolah agama, balik dah petang, kalo sempat boleh main kejap, then dah maghrib, mandi, makan, solat, etc. Eh masa bila nak buat homework sampai 3,4 tu? *facepalm*

Aduiyaiii... patut la kengkawan yang nak balik ke Malaysia for good risau kalo anak dah start sekolah. Nak adapt dah satu hal, belum lagi masuk kalau cikgu-cikgu jenis kondem kalau budak tak reti cakap BM.


Itu pasal cerita-cerita surface.
Extra load kepala mak-mak yang behind the scene....
Ada yang aku nampak status 2,3 hari lepas... mak-mak yang masih merintih dengan status duit tak cukup nak beli barang sekolah anak-anak.
Jangan nak politikkan isu ni. Yang tak terasa apa-apa tu, maybe sebab gaji korang ribu-riban. Kawan aku ni ibu tunggal, anak 5. Bukan dia minta jadi macam tu.
Kesian pulak aku rasa. Harap-harap dipermudahkan urusan dia.
 

Tetiba aku terfikir... 
Eh, anak diorang ni sebaya dengan Lil Adam. Dah masuk sekolah?!!! Baru dua tahun lepas aku gelakkan abang aku (aku kata dia tua), sebab anak dia masuk darjah satu.
So, sekarang ni....errr... lalalala. Ngehehehe.

Well, buat 2,3 tahun ni, aku terselamat la daripada pening kepala pikir camna anak nak transit. Berapa ratus naik tambang bas sekolah. Berapa hengget nak bagi duit belanja makan waktu rehat. Cukup ke tidak. 

So, extra load di kepala aku sekarang adalah... "What? Anak aku dah nak masuk 7 tahun! Equals to Darjah 1! Dan Lil Adib walaupun bakal jadi classmate paling muda, dia pun maybe akan ke kindy tahun ni. Err... Adakah ini tandanya aku sudah err...ehem...err... senior?"  :-O

Nuffnang ads

My Heartbeat