Monday, June 30, 2014

Orang jauh datang!


Being away from Malaysia, memang seronok bila sesekali ada kengkawan or sedara-mara berkunjung. Boleh update perkembangan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara-yang-masih-aman tu. Boleh minta tolong bawakan barang-barang keperluan. Boleh jumpa kawan dan sedara-mara yang dah lama tak jumpa!


Yang paling latest, adalah kunjungan daripada Aidaikmal, or in this case... Aida and Ikmal la. Hehehe. They travelled from KL to Melbourne, then baru datang Adelaide for a few days.
Walaupun Aida ni asalnya aku kenal as blogger friends je, but I'm glad that we can get along so well.Kalau tidak, masakan kat Malaysia dulu, dia siap ziarah lepas aku bersalin Lil Adib, kuar jalan-jalan dengan aku and kids...dan kitorang siap berjimba karaoke...Eh.

Anyway, for a few days, Aida and Ikmal jalan-jalan Adelaide sendiri jer. Nasib baik diorang faham aku busy.
So hari Jumaat je (sehari sebelum diorang balik), aku mem'free'kan diri untuk jalan-jalan dengan diorang.


It was a very cold, wet, windy day.
Pikir punya pikir tempat yang sesuai, lastly kitorang bawa diorang ke Mount Lofty Summit. Actually aku pun baru first time jejak situ. Hahaha. So lame.


Dengan menggigil sejuk tu, lepak kat cafe la. Makannnn!

 Alaa...makan fries je pun. Hehehe


Lil Adib asyik-asyik berkepit dengan Aunty Aida. Suka la dia, Aida rajin layan dia.





Sebenarnya dari situ boleh nampak view keliling Adelaide. Tapi dah tergedik-gedik sejuk dengan fog tu, nampak apa je la kan?
Tak kira.... janji dah pernah jejak ke 700m above sea level kat Adelaide. Huahuahua.


Wah wah...cikgu Aida, gigih 'menelaah' info. Kihkihkih.
Ini semua poyo!





Gerak dari Mt Lofty, kitorang pegi Whispering Wall/ Barossa Reservoir.

Malu-malu pulak Ikmal nak bisik ayat-ayat jiwang sebab aku ada kat sebelah Aida. Harharhar.


Bezakan gambar couple tanpa anak (lagi), dengan couple yang jenuh nak tunggu anak pandang kamera, nak make sure cukup korum. Huhu @_@



Gambar yang bagi kengkawan jeles. Jeles sebab they were not here too. Hewhewhew
Kebetulan Aida and I share the same friends, sebab masa dia kat NZ dulu, aku kat Brisbane... aku geng jugak dengan budak-budak TESL. But aku dengan Aida- we never met pun, sampaaaaai la jumpa di alam cyber.



Then, since pukul 5 dah nak start gelap... off we went to the Uyghur (Silk Road) @Allenby Gardens for dinner.
Feeling-feeling Xinjiang gittew.

Dah dua tiga kali aku jejak situ, tapi asyik tak kesampaian nak order ganbianji. Kat restoran Uyghur lain, takde pulak ganbianji...

Tapi kali ni...ta-daaaa!
 Dapanji and Ganbianji.

Memang rezeki orang jauh la nampaknya.


Makan sambil sembang, memang best. Macam-macam topik keluar.
Yang bestnya sebab same wavelength, jadi takde la tersangkut-sangkut bila bersembang.

Sambil kitorang makan tu, bila anak-anak dah kenyang..ni la jadinya.
Brotherly love konon.


Lepas tu, balik rumah... sesi menerai-nerai barang yang dikirim dari Malaysia. Hahaha.
Sampai pukul 12 Lil Adib dok energetic lagi.

Esok paginya, Aunty Aida and Uncle Ikmal dah nak balik... Lil Adib monyok je.
Maklum la... masa aunty ada, aunty rajin bacakan buku Dora untuk Adib.

Babai Aunty Aida and Uncle Ikmal.
InsyaAllah kita jumpa lagi. Hope u had a good time.

Monday, June 23, 2014

Dulu bonbon, sekarang bond-bond

Dulu masa Lil Adam and Lil Adib kecik lagi (macam la sekarang dah besar), satu-satunya reason diorang rapat dengan aku adalah bon-bon.

Bila dah wean-off ni, kadang-kadang terasa jugak macam anak-anak dah 'jauh'. Ye, jadi mak-mak ni memang emo. Walhal anak tu, takde rasa beza pun. Hahaha
Alaaa... dah aku busy dengan study. Tak nak la anak-anak terasa tak rapat dengan aku.
Then I got an idea to create this Mama and Son(s) bonding day. That would be one day every month or so, aku akan keluar dengan either Lil Adam or Lil Adib. Just the two of us. Without the husband that is. 
Why? Because going out with the kids and husband is too mainstream. Bahahaha

Bila dah takde bon-bon, kena la cari kedah lain pulak nak bond(ing) dengan anak-anak kan?


So, aritu bila perasan complimentary ticket untuk tengok wayang dah almost expired, bergegas la aku balik untuk keluar dengan Lil Adam. Cheh konon nak keluar berdua, tapi sebab aku pikir Lil Adib boleh masuk free, maka aku angkut la dua-dua anak. MrHubby just drop kitorang je kat Tea Tree Plaza tu.


 

 In the theatre, before the movie started.



Movie apa?
Kalau dengan anak-anak, takkan la nak tengok thriller or romantic comedy kan? Kang tak pasal-pasal membazir tiket sebab anak tak nak dok diam.
Hence, we picked the most awaited How To Train Your Dragon 2, sebab masa Lil Adam kecik dulu dia tengok dah How To Train Your Dragon (read HERE).



 Bezanya Lil Adib takde la memecah keheningan theatre dengan berdiri atas seat sambil menjerit "Dragon lawan!!!"Yay! Menam!" <-- macam Lil Adam buat dulu. Hahaha



Habis tengok movie,tinjau-tinjau la sikit movie apa yang bakal keluar pulak nanti.



Eeee..dinosaur!
Eh, dinosaur ke makhluk apa ni?



  Lego Movie ni dah tengok dalam 'wayang kereta' aritu.



To those yang wonder "What's the fuss sangat keluar bertiga tanpa MrHubby?"
Tengok la ni...


Nak snap gambar pun tak dapat yang still. Maka bayangkanlah kejenuhan nak menghandle diorang dalm keadaan aku yang lapar sebab posa (bukak posa sambil tengok wayang jer).

Haishhh....-____-


Tuesday, June 17, 2014

Cita-cita saya

Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu apa cita-cita korang?
Masa sekolah rendah dulu, aku dulu ada berangan nak jadi detektif. Haa..sila la gelak. Aku tau, memang lawak.
Ni kes banyak sangat baca buku  Enid Blyton la ni: Tujuh Penyiasat, Lima Sekawan, Hardy Boys, Siri Salma...blablabla. Punya la hebatnya cerita tu, rasa macam terus 'masuk' dalam buku tu. Bajet diri boleh siasat itu ini, ada secret codes, boleh selesaikan misteri yang menyelubungi nusantara.
Yang penting, cita-cita nak jadi penyiasat/detektif tu takde kena mengena dengan Usop Haslam punya Remang-remang Kotaraya, Debu-Debu KL, Gerak Khas. Muehehehe. 

Dan aku ada la jugak berangan nak jadi arkitek, walhal job description untuk sorang arkitek pun takde la aku amik tau sangat. Bila dah besar sikit, baru aku realize, tak reasonable langsung, memandangkan I lack the patience! Aku rasa kalo aku amik architecture, maybe keje aku maaaakan je. Buat keje, makan. Happy,makan. Stress pun, makan.
Errr...bunyi macam situasi sekarang je, walaupun tak amik architecture.

Anyway, satu lagi cita-cita aku... adalah nak jadi Dr. 
Yang tu InsyaAllah on the way.
Kat Malaysia, bila wujud Kidzania, masing-masing excited nak tengok kecenderungan minat anak-anak nak jadi apa bila besar nanti.Maklum la kan...
Kecik-kecik dulu mana ada exposure pasal keje. Yang kita nampak cuma pada uniform, atau how cool the job is. Anak jiran aku siap bercita-cita nak jadi drebar lori macam bapak dia.
Itu dulu. As we grow up, baru la mata kita terbuka luas sikit. Baru la tau keja apa yang susah, gaji ciput, perlu qualification apa, yada yada.

Lil Adam pun sama. 
Dulu cita-cita nak jadi Ultraman. Bajet nak menjaga keamanan dunia le kot. 
Tengok badan tu, dah keding gaya Ultraman dah. Praktikal pun kerap, training lawan dengan resaksa. Cuma bezanya resaksa tu (Lil Adib) perasan dia la Ultraman. Maka dia la tukang buli si abang. Camna tu?

Tapi bila dah masuk umur 6, 7 tahun ni... Lil Adam cakap dia nak jadi teacher. Maybe sebab dia nampak how fun it is being a teacher in the education system kat sini. Kalau aku suruh dia dengar cerita cikgu-cikgu kat Malaysia, harus dia pikir panjang balik. Huahuahua.

At once, dia cakap nak jadi shopkeeper jugak. Tapi sapa-sapa yang takde duit, can take the stuff for free, katanya. Mulia gitu. 
Tak paham lagi konsep bankruptcy le katakan. Muehehehe.


Pernah few times Lil Adam datang ke lab aku.
Dan aku explain la kat dia..yang aku ni sekarang keje kat lab. As a scientist.
Agak lawak la kan. Sebab kalo ikutkan aku ni hygienist, atau lagi tepat, PhD student je pun. Tapi kira senang cerita... supaya dia senang faham... dah keje kat science lab, maka scientist la keje nye.
I can tell, dia rasa being a scientist is cool.
Inspired by Flint Lockwood dalam Cloudy With A Chance of Meatballs (it was his first experience going to the cinema dulu masa kecik) lettew.




Ni sengih je lebih ni.
Ikut Mama pegi lab masa hujung minggu.


Haihhh la Adam. Kau ingat fun sangat la ye buat experiments? 
Nampak dalam cartoon, memang la liquid biru kuning merah hijau oren semua ada. Campur-campur dalam test tubes, keluar asap la..meletup la.
Hakikatnya?


-_________-


Aku ingat lagi dulu masa diploma, beria-ia aku rasa aku silap bidang. Hanya sebab aku tak suka buat keje lab. 
Tapi sekarang dah berbeza.
Tak semua lab sama. Aku try tiga jenis bidang sebelum aku jumpa yang 'ngam' dengan jiwa aku--- that is apa yang aku buat sekarang.

So, sekarang aku tak kisah buat benda ni sebab it has turned into my passion.
:-)
*bunyi macam bagussss*





Haa... Adam, dah tolong buat experiments tu, apa sengih-sengih  lagi?
Tolong la buat report sekali.
Cepat sikit siap PhD mama. Muehehe



Eh. 
Jadi benda lain pulak?!
Laaa...ingat tadi tulis report. 
Dia buat art and craft rupanya. @_@

Wednesday, June 4, 2014

Adib's tummy time


Trend sekarang.
Nak manja-manja dengan Mama, mesti angkat baju nak laga perut.


Time tidur pun, kalau boleh sambil perut berlaga.
Dengan ayah tak nak, nak dengan Mama jugak.


Berhikmah sungguh cara anak-anak zaman sekarang nak convey the message 'Mama sekarang dah ada perut!"
@_@


Nuffnang ads

My Heartbeat