Tuesday, July 31, 2012

My first fortnight in Adelaide

So, here we are. Dah dua minggu di Adelaide.
Obviously, sangat sejuk 12C sedangkan Brisbane cuma 21C (I miss Brisbane!)

Okay, as promised... ini adalah entry tentang dari mula keberangkatan aku pada 18 July aritu.

We were sent to the airport by some students, friends and family members.
Dear my students:- Wanie, Kirin, Farah, Myma, Yana, Wiwi, Izzati, Anas & Ayu, Shakir, Faisal, Ayun, Zahin.



Thanks korang. Siap tolong ngemas dan sumbat barang yang nak dibawak.
Sempat lagi bawak makan angin sampai Nilai (hahaha), sebelum sampai ke LCCT
(oh yes, we had to board AirAsiaX (KUL-MEL) and Qantas (MEL-ADL), sebab direct flights asyik penuh).


Lepas meng-check-in kan luggage seberat 87.4 kilo. Fuh. Nasib baik tak exceed 90!
Ada jugak yang minta sign 'autograf'. Hahaha. Malu-malu tenuk pulak si Anas nie.


Barang-barang adalah diangkut dengan menyalahgunakan kenderaan Jabatan. Hehe. Alaa..dulu BigRedCar pun pernah berkhidmat untuk Jabatan gak, so kira aci la kan.

TQ DOE friends (Nizam, Shahady) dan Afifi (USIM). Rupanya ramai lagi kengkawan DOE nak hantar, tapi tak dapat sebab clash dengan preparation untuk events.
That's alrite. It's the thought that counts.


PIL,Kak Mie & family, Angah.
Zeta & family pun ada. TQ dear- susah-susah u datang semata-mata untuk jumpa.

Those yang tak dapat hantar ke airport- Diah (takut terberanak kat airport.hehe), Abah & PakNgah... don't worry. I left with your prayers.

* * * * *

Sampai kat Melbourne (8.20 am). So since ada 4 jam lagi, kitorang relax-relax je.
I had some 'me time'...rekindling masa dolu-dolu when I told myself  "I am coming back to Australia with my family for my PhD".

So,aku bawak Lil Adam ke luar airport dan bagitau dia "Adam, we are now in Australia!"
Dia yang selama ni asyik sebut nak ke Australia, maka tersengih-sengih la dia macam kerang busuk.
Then, aku hembuskan nafas ikut mulut untuk tunjuk ada wap (or smoke as Lil Adam calls it). Hihihi...Memang jakun. Maklumlah...kat Brisbane dulu, tak la sejuk sangat macam ni.
Aku angkat dan spin dia... Hmmm...happynya!



Lil Adib pulak cas jadi Aussie, mengamuk xnak pakai jacket. Ahhh sudahhh...
Jenuh nak distract dia.





Melbourne Airport pulak blackout. Lama pulak tu. Jenuh tunggu, tapi power was still down.
So, MrHubby terpaksa la tolak dua trolleys full of luggages naik kat travellator tu.
Memang penat lah. So, jangan harap nak bergambar sakan.

Touchdown di Adelaide (1.55pm- Adelaide time), dah ada yang menunggu. Nasib baik sempat arrange airport pickup courtesy of the Uni of Adelaide.
So, we were brought to James St, Campbelltown. Rumah Abg Shibi dan Kak Surah.
We were warmly welcomed, siap dengan Nasi Ayam dan teh tarik. Fuh...best la!







---insert pix later---



Abg Azul pun ada... and later that day, Abg Sayuti dan Kak Wan pun datang.

For the next few days, kitorang menumpang kat rumah Abg Shibi.
Selain rehat menghilangkan jetlag, sempat la kitorang inspect rumah dan buka akaun bank.
Lil Adam & Lil Adam ok je. Adapting well.
Lil Adam geng dengan Zakwan, tapi Lil Adib dengan Zaim jenuh sikit la..sebab dua-dua anak bongsu yang dah biasa manja dan dimenangkan. Hahaha

---insert pix later---


 Hmmm... bila difikir-fikir balik, ironi sungguh.
Genap 6 tahun lepas terma scroll masa konvo di UQ, tahun ni (Friday, 20 July 2012)- aku menjejakkan kaki kali pertama ke uni.
THE UNIVERSITY OF ADELAIDE.
Di sini la aku akan 'berjuang' untuk bergelar Dr untuk 3,4 tahun lagi (ayattakbolehblah). InsyaAllah.

 

Jumaat tu, Aqilah & Faisal tolong bawa aku untuk registration dan tengok-tengok kawasan <--macam YB pulak, main tengok kawasan!

Haaa..jangan tak tau, aku buat PhD in Medic!


Huahuahua. Bagi chance la... Bila lagi aku nak prasantan kan?
Saja je propa kan?
Actually sebab Discipline of Public Health, Fac of Health Sciences dikira under Medic la kot.


Start Ramadhan...
Adelaide mula puasa hari Jumaat, walaupun most states start hari Sabtu.
Jangan la argue sebab apa. Dah masjid-masjid kat sini sepakat nak start hari Jumaat, so nak kecoh apa lagi kan?

Baru hari kedua puasa, Abg Shibi dan Kak Surah dengan besar hatinya hosted majlis berbuka puasa.


Kak Surah siap buat kuih ketayap tu. Aku tau la kuih tu tak susah mana pun nak membuatnya, tapi mengenangkan selama ni 'segalanya hanya di hujung jari-- tunjuk je, dan bayar'.. aku rasa nak tabik spring betul la.
Nanti aku nak cadangkan kat Anep the President untuk wujudkan kategori The Best Rumah Tumpangan Hospitality la. Confirm aku vote diorang ni. eh, undi adalah rahsia ekk?

Then, Gina (Meadow Ave) buat hari Ahad. Makan lagi.
Ehh.. bukan makan je. Tarawih dengan khusyuk dan tawadduk pun ada jugak la.
Tapi takkan aku nak mention...kang riak pulak.
Eh, did I mention? Kwangkwangkwanggg.

Balik dari rumah Gina, baru la secara official kami menghadapi MALAM PERTAMA di rumah sendiri. Hewhewhew. I mean, bermalam la weiii.

Monday 23 July, was my first date with Dino.
Alhamdulillah...
A fatherly figure, he seemed like a nice guy (eh, baik aku tulis dalam BM, takut dia terjumpa blog aku esok-esok..kan ke naya).


Kitorang bincang banyak perkara.
InsyaAllah workstation untuk aku akan disediakan tak lama lagi kat North Terrace campus ni. Strategic sangat sebab Hughes Building ni dekat dengan Hub Central dan Contact Centre tempat aku meng-online-kan diri sementara tunggu internet dipasang kat rumah.


Malangnya...lab aku nanti kat Thebarton campus.
Tak le jauh sangat. Boleh naik free tram je. Cuma satu hal la pulak aku nak kena travel lagi dalam 15-20 mins.
So, maybe next sem aku akan pindah ke kawasan lain pulak.

Wednesday 25 July, Dino bawak aku gi Thebarton, jumpa muka-muka yang bakal bekerja dengan aku...Sharyn, Joe dan Ganyck.
Harap-harap diorang ni helpful la. Maklum la, aku kan buah cempedak di luar pagar.

Lepas tu, gi 178 North Terrace pulak, dekat dengan MYER centre (Fac of Health Sc ni berterabur merata, actually).
Berkenal-kenalan dengan umat fakulti.  Ada yang friendly, ada yang err... Takpe la..yang tu nanti aku citer dalam entry lain, tentang orang-orang kat sini.


Malamnya pulak, kitorang dijemput berbuka kat White House. Hewhewhew. I mean, rumah presiden MyPSA..Haniff & Darwin.
Hebat-hebat betul orang Malaysia/Melayu kat sini.
Yang selama ni hanya kuih tunjuk (3 singgit), tetiba boleh masak sendiri.
Tiramisu la, puff la, kuih kemboja, kuih cara la...dan segala maknenek lagi.

Agak-agak nanti aku pandai tak buat kuih tu semua?
Pandai tu, maybe la. Senang je. Tapi, rajin ke aku?
*dush dush* #hantukkepaladidinding

Fine. Aku kan sepatutnya sibuk study, bukan memasak (hehe)
So, biar MrHubby je la yang mengasah bakat terpendam terendam dia tu. Haha

Oo..speaking of MrHubby, so far he's doing well. Jadi MrMama a.k.a 'househusband' la katakan.
Kena uruskan anak-anak, mengemas, masak, feed anak, cuci/sidai baju.

---insert pix later---

The first 2,3 days tu, kesian jugak la diorang bosan kat rumah.





Now that we have a jalopy (a reasonably good white Subaru) to bring us here and there, so kira panjang langkah la sikit. *sobs, tetiba rindu kat BigRedCar T-T

Aktiviti menarik kitorang every weekend adalah shopping.
Bunyi macam banyak duit la sangat.
Elehhh... garage sale or car boot sale je. Ngehehe

Eh, ok la...dah banyak aku membebel ni.
*lagu Najwa Mahiaddin YouGotToGo bermain di background*

Stay tuned.

10 comments:

  1. Best dengar dah adapt kat sana..All d best!! keep updating your blog ya ;)

    ReplyDelete
  2. Akhirnya Ada entry.. Yay.. Kangeeeeeen! Sun sayang buat adib Adam ya..

    ReplyDelete
  3. nak tengok gambar :p cepat2 update lagi yer.hehehe

    anak2 sekolah dah ker?

    ReplyDelete
  4. ok la kan..sebab kat sana boleh consider ramai komuniti orang malaysia..mesti diorang pun excited terima keluarga baru..happy ko pun sihat je kat sana..

    ReplyDelete
  5. senang jugak bila ada ramai Msian yg boleh tlg. Cakap psl garage sale mmgla aktiviti utk org yg nak tinggal 3-4 thn je kat oversea. kami dulu pun byk jugak beli brg2 kat garage sale.

    ReplyDelete
  6. Yay dapat gak dengar bite dari Adelaide...idak tu senyapppp je.

    ReplyDelete
  7. Bestnye..best of luck and selamat berpuasa..walaupun dan msk minggu kedua..huhu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. good to hear u dah almost settled down :)

    ReplyDelete
  9. Kem salam kat mr mamasam...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat