Thursday, July 5, 2012

Hah...amekkaw! Dulu RM10 kata murah sangat











Selama ni aku selalu membebel bila pegi dental check-up kat Klinik Pergigian dalam UiTM tu.  Aku tau la gigi aku lawa (aicehhh...perasan!), tapi kot ye pun, takkan setakat kais sana-sini...dan tak dan habis aku kira sampai 30, dah siap. 
Alasannya...gigi aku elok. 
Lepas tu aku pun bayar RM10.   

Laa...Sepuluh hengget pun nak kecoh?  
Bukan pasal sepuluh hengget. Ni pasal buat kerja dengan dedikasi (poyo lak aku). Aku sanggup bayar kat dentist tu personally (walaupun dia tak sepatutnya terima la kan, sebab dah dia makan gaji) kalau dia betul-betul check gigi aku.


Macam tu la servis gomen. Aku dan MrHubby cuba menidakkan kerja halai-balai orang gomen, sebab we ourselves jarang sekali buat macam tu. Tapi hakikatnya dah depan mata. Kitorang sendiri terima layanan macam tu.





Dan well, memandangkan dental services dan prescription untuk sunglasses adalah super mahal di Aussie, maka sebagai persiapan sebelum aku ke sana, aku pun ajak MrHubby untuk pegi dapatkan treatment yang sepatutnya untuk gigi. Kali ni, jangan harap la aku gi yang kat dalam UiTM tu kan. 

Maka aku telah gamble pegi ke satu klinik dekat area rumah aku.
 drjun@dental.



 

Since it was Lil Adam's first experience for his dental check-up, aku ingat biar la tak jadi pengalaman ngeri untuk dia kan. Kang esok-esok jadi penakut lak nak jumpa dentist, hilang la kemachoan dia. Muehehe.
 

Puas la aku pesan kat Lil Adam, supaya behave dan jangan takut. He claimed "I am brave and strong..." 
Dan aku buat-buat cerita pasal MrBean masa episod yang dia jumpa dentist tu, untuk bagi dia happy.


Dr Jun godek-godek belek-belek gigi Lil Adam sekejap je, and said his teeth are fairly good.


 So, lega la aku dengar.
Macam-macam gak aku tanya tentang gigi susu. Sebab ada orang kata "Tak payah jaga sangat gigi susu budak-budak ni, pasal nanti tanggal jugak". 
...which I don't agree la, sebab aku rasa euwww sangat kalau tengok gigi hitam bergerigi semacam tu.


Then, it was yours truly's turn.
Aku pun nganga la macam singa tengah mengaum.
(okay, yang ni takde gambar camwhore. hehe)


Maka aku pun demand kat dentist tu untuk mengapa-apakan gigi aku sewajarnya.
Selain remove stain dan polish, DrJun kata satu gigi aku kat belakang sekali elok la ditampal, walaupun takde la nak berlubang dalam masa terdekat. Haaa..ni baru aku puas hati.
Berkali-kali aku pegi klinik gigi UiTM tu, sekali pun dia tak pernah sebut (takkan la langsung tak nampak simptom kan?). 
Aku ni tak pernah rasa sakit gigi. So, sebelum aku mempunyai pengalaman hitam ittew, baik aku tampal jer.





Keluar dari surgery room, MrHubby lak masuk.
Masa tu la aku snap-snap sekitar dalam klinik tu. Simple, tapi lawa jugak I.D nye.



 Lil Adib tak hengat punya galak, siap panjat-panjat armrest sofa tu dan terjun lagi.




Habis MrHubby's treatment, tiba la masa yang dinanti-nantikan...


 Hah...amekkaw!

 Aku punya je RM220,
MrHubby's RM150,
Lil Adam's RM25.

 Maka 4 keping not RM100 tu bertukar tempat dari beg aku ke tangan staf klinik tu. -_-


 
 Dan aku hanya dapat balik baki RM5.
Huhuhuhu.

Tak pe la. Kira aku cover balik la bertahun-tahun aku tak pernah spend mahal untuk trade mark aku ni. Kan? #ayatmemujukhati




4 comments:

  1. fuh3 telan air liur tengok total tu :D

    ReplyDelete
  2. hahahaha..mahal nak mamfussana :p aku pegi jer laa uitm ni jer.diorang x tampal kalau tak berlubang sebab ramai lagi orang yg gigi berlubang kot.save cost ;p tahun ni aku dah jejak 2 kali kesana. scaling dan tampal, rm20 total :p

    ReplyDelete
  3. huhuhu...... mahal sgt tu... Koyak poket... (intonasi mcm iklan ubat gigi tu) "ayah manis sgt tu, rosak gigi"

    ReplyDelete
  4. mmg pun.
    tak pasal2 aku berzakat. huhu

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat