
As I mentioned yesterday, masa balik aritu kitorang naik cruise. Tapi takde kena mengena la dengan Tom Cruise. Haaa... yang tengok gambar floatie Pulau Rimau ni, jangan la cepat-cepat jump into conclusion...
Mula-mula memang la naik cruise warna kuning/oren tu ja (feri Penang)....

Tengok betapa riangnya Lil Adam... dengan muka noti dia tu.

Ni Acik (abang aku) yang ala-ala model RayBan tu (kalo full shot, memang RayBan tarik balik perlantikan jadi model..kekekeke)

Then, kitorang betul-betul pegi naik Star Cruise...hehehe.
Tapi alaa... dari Swettenham Pier tu ke tengah laut je, then patah balik la... (1 malam jer). It was on promotional rate. So, apa lagi????
Pass masuk ke semua tempat dalam cruise tu (kecuali cabin orang yang tengah beromen..hahaha)... cafe, casino, pub, cinema, tempat main mahjong, etc.

Masa queue ni, MrHubby perasan ramai
ah so-ah so yang (group travel) pakai kaler pink... siot jer. Maka aku pun tak pasal-pasal jadi geng tua tu... Ciss!!!

Us before boarding...

...and Acik's family.

Memang 'perak buih' la (bak kata abang aku)... kalo boleh setiap langkah nak amik gambar.. kekekeke

Whatever. Masuk je dalam cruise, terus hala ke cafe. lapar weiii... Nice scenery kan?

Staf-staf dari pelusuk dunia yang mesra (kat name tag diorang ada tulis nama dan negara asal diorang)

Ni baru nak masuk ke cafe. Macam grand kan?

Tanpa berlengah lagi, kami pun menjadi manusia haloba (gambar manusia haloba tidak kelihatan sebab tak dan dan nak makan) :P

Muka berpura-pura kontrol (sebenarnya tak sabar nak terkam makanan). Sila beri excuse kepada ibu mengandung ye?

Pilihan makanannya taklah sehebat buffet kat Equatorial Bangi atau Sheraton (Grand Dorsett) Subang Jaya. Tapi tengok je la betapa semangatnya Lil Adam mengunggis ayam ciken nie...

Dalam banyak-banyak tu.. aku ralat tengok udang nie jer. Katanya simmered with white wine.

Maka aku pun curi udang-udang besar dalam sayur (aside from ketam pujaan hatiku itu)... Hahaha. Kesian orang lain makan sayur tu tanpa udang.

Paling best nak makan bila Lil Adam & Iman dah start bz dengan Ultraman diorang...

Intan tengah kontrol ayu supaya nampak makan sikit. Korang tak tau yang tu dah masuk 8 pinggan dia hadap..Hehehe

Adapun gambar aku yang sedang buruk lantak telah ditapis terlebih dahulu... yang kelihatan cuma hasilnya...

Sambil makan, ada band datang nyanyi dari meja ke meja. Wahhh... tingat masa aku makan kat The Olive dulu.

Please note. Pakcik baju belang itu is not a part of the band. Melainkan dia tak pakai jeans tu (supaya sa,ma pendek dengan dress amoi-amoi yang bertopi tu).

Apabila senja melabuhkan tirainya, ni la view yang terhasil...


Kalo dah nama naik kapal tu..mesti la ada scene Titanic. Hahaha. Tapi xjadi la buat betul2, sebab takut terlanggar iceberg. Kat Selat Melaka tu, iceberg apanya Isabelle oii?

Dan kitorang jalan-jalan kat deck. Rehat-rehat dan monopoli bangku kat situ. Kalo ada ah so yang datang nak amik seat tu, kitorang ingat nak tolak je dia masuk dalam laut. Kekekeke keji kan?



Malam tu, kitorang tido kat cinema jer... sambil layan movies.
Okay nie gambar last sebelum balik... konon poyo la aku ni...bcoz i'm a Piscean kan? :P

My review?
2 bintang je kot... (out of 5).
Kalo dirayu lagi, dapat la 2.5.
Prolly bcoz I had to observe Lil Adam sambil-sambil nak lupa daratan tu. Bagi orang bercinta, best la kot.. boleh bercakap pasal bulan bintang sepanjang malam.
Kalo ditanya Acik & MrHubby yang sempat jenguk ke tempat-tempat lain dalam cruise tu pun, they still give the same rating. MrHubby cakap 1.5 stars je. Hehehehe.
So, peeps... give it a go. Especially to those yang belum ada anak lagi.