Wednesday, March 25, 2015

Ramah tak bertempat -_____-


Aku selalu takde masalah nak start a conversation dengan stranger.

Dalam bas/tram/flight, kalau tak moody dek PMS, rajin aku sembang dengan orang seat sebelah. Macam-macam topik keluar- weather, current issues.
Kat ofis lama dulu, dengan kakak-kakak cleaner pun aku buat baik. Berbual tanya ada anak ke tak, dah makan ke belum, raya tak balik kampung ke.
Dan aku tak kisah pegi kursus/ conference sorang-sorang. Tak perlu ada geng, confirm I will make new friends.



In other words, I am considered as a friendly person la jugak.
Cuma, the rule of thumb is...try cari topic of the same wavelength.

Jangan la dengan makcik sapu, kau cerita tentang politik.
Dengan golongan elit, jangan la meraban citer tepi jalan.
Dan standard la mak-mak, kan? Kalau berkumpul mesti cerita pasal anak-anak.
Orang pregnant mesti citer pasal pregnancy.


Suatu hari menjelang Hari Raya beberapa tahun yang lalu...

Aku pergi Jalan TAR nak cari baju raya.
Almaklumlah, itu port paling meriah nak jamu mata.

Masa tu aku tengah pregnant (6 bulan lebih), so aku pun singgah satu kedai ni.
Sambil aku dok belek-belek colour yang ada, sambil gosok perut.

Si sales assistant tu pulak suggest kat aku "Yang warna maroon ni cantik, kak."

"Atau boleh ambil fesyen yang ni. Ramai jugak orang beli"

Aku senyum.
"Mmmm... Yang hijau ni ada saiz S tak?"

(Tak boleh blah kan, perut boyot pun nak pakai saiz S. Hahaha.)

Sementara si sales assistant bersusah-payah mencari saiz yang aku nak, aku perhati keliling.
Menengokkan si sales assistant berperut besar, aku yang over-ramah-as-usual pun tanya  

"Mengandung jugak ke? Berapa bulan?"


"Tak. Perut saya memang macam ni...."



*krik-krik.... krik-krik*



Aduiiii... aku rasa macam *gedegang!!!* rentung dipanah petir.


Apa lagi?
Aku pun menyumbangkan sengihan yang paling lebar sampai ke telinga demi nak cover kemaluan.
dan cepat-cepat aku ajak MrHubby keluar dari kedai tu.

Evan Peters Was Adorably Embarrassing In These Early ’00s Commercials


Walaupun aku dah berkenan baju tu, malu punya pasal... terpaksa pegi kedai lain.
Nasib baik selang 5,6 kedai gitu ada jugak baju yang sama. Harga pun sama.

So, moralnya di sini...


JANGAN NAK BERAMAH MESRA LEBIH-LEBIH DAH DENGAN ORANG LEPAS NI!!!

Beramas mesra takpe.
Hewhewhew

Monday, March 2, 2015

Gumbiranya menjadi rumaja (lagi)

Masa jaman kanak-kanak (skema nya guna perkataan kanak-kanak!) dulu, kita rasa happy bila dapat hadiah, bila parents buat party untuk celebrate birthday dengan kengkawan.


Aku sendiri masa kecik dulu aku tak pernah celebrate birthday sendiri. Aku tak sure la sangat camna perasaannya, tapi bila dah jadi mak budak ni, anak aku dah reti express kegembiraan dia dan ucap terima kasih siap dengan ayat  "Thank you Mama for the birthday party, it was the best party in my life ever, even better than last year's!"... (acecece...'in my life' walhal baru hidup 7 tahun)....
So aku assume memang excited la kot.

Cuma dalam kes aku ni, I guess excitement tu delayed sikit by 10-20 years.
Kasi chance la aku nak gedix lebih sikit setelah menjangkau usia *cough cough* rumaja *cough cough* ni.
Eh, 25 kira remaja lagi ke?
Hantam sajalah.

Anyway, kali ni I have a long list of things that made me happy despite being one year older younger.


#1
Celebrated by my loved ones, Izzah and Anep.

Walaupun hari birthday tu aku tekun buat keje, sampai SV tegur kata aku rajin (takbolehblah!), petang tu, aku meronggeng la jugak.

Apa lagi? Aktiviti mengasah tekak la.
Karaoke.
 
Sebenarnya, I wan't expecting a birthday cake... tapi ta-daaaa!!!
Ada jugak rupanya.


Tengok ni... orang dengki, trying to light up as many candles as possible on my cake.
Tak kisahlah... janji lilin tu ada 24.
So redha je la dikatakan muda setahun.
Hewhewhew.

Thanks Anep, for the cake surprise!
Haaa... ni nampak muka konon-surprised tak?

Disebabkan lilin yang banyak tu... maka ini la rupanya lepas dah tiup lilin.
Hahaha. lawak giler!





#2
It was also the 99th month anniversary for MrHubby and I (26th Nov 2006 to 26th Feb 2015).
 
Sejak started craving on Japanese cuisine 3 bulan lepas, MrHubby asyik 'berpantun gurindam' "Kan best kalau ada pan untuk buat takoyaki tu. Senang, tak payah pegi restoran dah.." so... dapat hadiah takoyaki pan la!

Shifa, if you read this, tolong bagitau laki kau.. laki aku dah jadi macam Dr Esa --- excited dengan peralatan memasak. Kehkehkeh.

Nampak gaya, no more excuse to go to Japanese restaurants.
Sushi mama buat, takoyaki Cinta buat.




Dua hari sebelum birthday, aku ber-sushian dengan Izzah... lepas tu pegi Movenpick-the world's finest ice cream (niat asal nak gi Waffle's, tapi dah tutup pulekkk).

Thanks, Izzah...for the treat!
Lap yu ketat-ketat.


#3
Vintage picnic with Jane

at the Goodman Crescent Lawn.

And surprise!!!
Jane baked some scones for me! :) 
How sweet!


and she treated me with some Mango Gelati too!

Memandangkan it was vintage-themed, setting dan ambience semua vintage. Best sangat!

There were some vintage games (kalau nak main lah).
 
 
 
 

Yours truly with the dancers!


#4
Birthday date with Phu and Wen

I eventually celebrated with someone who shares the same birth date!
Wen, the lenglui ;)


Kat mana?
Saizen Suhi Bar.





Eh...bukan kata dah ada takoyaki pan, tak payah pegi japanese restaurants dah ke?
Bahahahaha.
Dream on!


#5
Trio birthday celebration with dear SV and colleague

Ni baru je pagi tadi.

Macam last year, aku celebrate dengan SV aku dan Richard, sebab our birthdays beza 5 hari je.
 


#6
Birthday greetings
Punya la banyak greetings by FB wall (mostly), FB message, whatsapp.
Some texted. Some even called. 

Last aku check, ada dalam 250 ucapan. So, terima kasih banyak-banyak ye....for the thoughts, and doa.

Yang special edition pun ada...
Macam drp Dato' *cough cough* Prof Madya Dr Hj Rektor Nismilan,



dan daripada Tan Sri VC yang sangat fatherly.


#7
Birthday presents

Cards from my Cinta, Little Cinta and Mini Cinta

Presents...from Shifa and Izzah-yang sangat thoughtful, despite being away.
and also from Wen/Phu. 
Thank you so much!


Presents from ICOH!
Perfect sampai on my birthday, cuma aku lambat check email.



 Conference fee -waived
Airfares -partly reimbursable
Free 5-night accommodation


That's a lot of saving! Hoyehhhh...
So, boleh kerek la dengan KPM yang tak sudi bagi bajet untuk yours truly pegi conference. Huahuahua.


And.... last but not least, present from Cinta. 
Ta-daaaa!!!

 

Alhamdulillah.
Happiness defined in so many ways.

Syukur dianugerahkan kesihatan... dan segala nikmat yang melimpah-ruah. 
Ehhh.. Kalau macam ni la punya seronok, tiap-tiap bulan celebrate birthday pun takpe.  Eh..kang cepat pulak jadi tua.
 


Nuffnang ads

My Heartbeat