Tuesday, November 25, 2014

Ahoy there! Pirate party


Shiver me timbers! 
Lil Adam turned 7, and we organized a pirate party for him! 
Actually, dah bertahun aku nak buat tema ni, but ada je yang tak jadi. Tahun sebelum tu, macam tak ready sangat sebab his birthday was just 2 months after we arrived in Adelaide, last year pulak dah dia tengah so into Plant vs Zombies.



Sebab aku dah ketaq excited lama nak buat tema ni, so memang galak terlebih sikit la. Ta-daaa!!!
Mama Pirate and Ayah Pirate!

  


As usual, planning my kids' party bermakna memang aku takleh fokus buat kerja kat ofis/lab. Dan aku akan excited prepare goodie bags, pinata, etc.
Anep pun dah tau dah perangai aku ni sejak dok dengan kitorang. Dah macam mak pengantin punya beria.

Invitation card sebenarnya aku nak custom-made (as usual), tapi kali ni kebetulan dah dapat beli murah sekali dengan pirate serviettes, plates, hooks, etc... so guna yang tu je la.



Decorations pulak, ikutkan hati, aku nak deco dengan pirate ship ngan draped fishing net bagai. Tapi sebab buat majlis tu kat park, instead of kat rumah... so jenuh pulak nak mengangkut benda yang bulky cenggitu.
Atas meja tu, aku tabur la gold coins sikit. Dah tak kuasa sorang-sorang nak buat Jolly Roger flags.
Balloons pun aku hentam je colourful sebab kalau buat red and black je macam tak meriah lak.

Makanan aku sediakan serba sikit. Semua dengan nama yang pirate theme-based.
Konon nak bagi feel gittew. Cer korang teka apa makanan tu actually based on nama dia.
  • Rrrice and Rrrrendang <---ni sudah terang lagi bersuluh la kan?
  • Pirate's teeth <-- So gross, but yummy!
  • Blood and guts with seagull poo <-- Euww!
  • Chocolate booty
  • Island fruit salad
  • Fish bait
  • Crrrrackers and quick sand dip
  • Eyepatches
  • Cannon balls
  • Jolly roger rafts
  • Shark's blood
  • Sea water <--ada kids taknak minum sebab ingat seawater betul -___-









Pinata?
Haaa..yang ni antara benda yang aku excited buat. Lil Adam requested a treasure chest pinata. Boleh la...
Mula-mula dah buat satu, tapi terasa kecik sangat. So aku buat lain. Biar boleh bubuh banyak lollies dan senang nak ketuk.

Masa nak gantung tu, hazabedah yang amat...sebab branches semua tinggi-tinggi.
Luckily, Felix's family adalah yang terawal sampai.  Hehehe. Lupa lak aku nak bagitau...tetamu lain semua ikut jam Malaysia. Huahuahua.


 Maka Rudi yang tinggi renjong tu sebagai penyelamat. Dengan Ganyk. Dah la tinggi, diorang jugak tau camna nak sangkut pinata tu. Kalau tidak, alamatnya aku kambus dalam tanah je la pinata tu--- as Adam wanted it originally. Hewhewhew




Random pics of the little (and big) pirates.





Lil Adib Tomeyto ni... sepanjang party je, ada la 3,4 topi dia tukar. Birthday hat, pirate hat sampai 3 jenis. Haihhh... mana lagi tumpahnya kuah, kalau tak ke lantai (dasar obses topi!)




Yop ni cool la. Ni baru ikut tema! Hehehe


Kak Aishah-- sesekali melayan perangai yours truly. Sayangnya anak-anak dia tak balik lagi dari Malaysia time ni. 


Izzat lagi sorang-yang ikut tema.
Adults yang tak ikut tema, aku faham la. Tapi kids yang datang sempoi je, rasa macam tak syok pulak. Bukan aku suruh beli baju pirate baru, anak aku pun pakai baju apa yang ada je. Pakaikan bandana ke, eyepatch ke, baju belang ke...jadi la. 
Kesian kalau budak-budak terasa out of the world (read: theme), so aku bagi la pirate hats (cardboard) yang sengaja aku standby. 


Photographer  - Ainul with kumira MrHubby.


Sharifah- amongst the parents yang excited nak record gelagat anak jadi pirates. Hihihi


 Makan..sembang..makan...sembang.

Tetamu yang datang bawak macam-macam dishes.



Geng Tea Tree Hoyts.






Games?
Mula-mula buat puzzle (of a treasure map)...just untuk kumpulkan budak-budak.
Bila semua dah berkumpul, baru start games Toss the Treasure Sacks. 
Alaaa..bahasa kampungnya, main lambung pundi kacang je. Cuma bezanya kena tangkap dengan satu tangan lagi pakai hook.

Sila ikut macam Uncle Anep buat demo ni ye, anak-anak.


Then main Pin the Patch on the Pirate.
Satu aku buat kena pin the eyepatch, satu lagi pin the moustache.



The kids really enjoyed playing the games.
Yang tampal misai pirate kat dahi pun ada. Hahaha. Kira boleh laaa...









The last games was- Treasure Hunt.


Semangat kemain masing-masing rancang strategi nak dapatkan semua benda yang disenaraikan.


Timon helping Amin and Amna mencari insect.


Lepas beberapa minit...aku tengok satu group je (group Lil Adam) yang dok beria mencari 'treasure' yang disenaraikan.
Group lagi satu?
Dah ke mana-mana ntah. Diorang distracted main bubbbles. Grrrr... this is why other grown-ups shouldn't create distractions!
So, kesudahannya...team Adam la menang.



 Us--- with the adorable little pirates.
Comel-comel semuanya.


Dah jenuh main games...dan jenuh mejawab soalan---bila boleh ketuk pinata...akhirnya, semua pun berkumpul for pinata time!!!!!


All kids dapat peluang to hit the pinata.
Punya la jenuh menunggu pinata tu barai. Walhal memang aku dah buat bagi tak berapa sturdy sangat. Hadoiiii...





So, dah jenuh menunggu..last-last aku suruh birthday boy je ketuk (without blindfold).


Dan akhirnya bertaburan la segala lollies dan gold coins (chocolate)...


Dah keluar segala isi pun, pinata dok tergantung elok lagi.
-_____-
Next time aku kena buat pinata yang lagi senang nak relai la nampaknya.



The birthday boy with his cake and friends.

"Haaaappy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Adam
Haaaappy birthday to youuuu!!!"


Eh..eh. tetiba Lil Adib nangis sebab dia nak tiup lilin tu jugak.


Okay la...okay la. So kena la nyalakan balik lilin tu....
Haaa..Nah! Tiup!



The mommies- taking their minds off PhD for a few hours.


I'm glad that Jane came too!
At least she is of the same wavelength dengan Ganyk.


Alex (and Stefan) nasib baik pandai bawak diri.
Ye la kan...mostly yang datang budak-budak or mak bapak budak.
So teenagers like them main la footie kat park tu.


More pics.





Selain goodie bags, kids yang main games juga dapat 'Special Award' certificates.



Ecel comel dgn mummy comel, Mailin.



Family friends. Rudi/Maryse...

and Peter (Pixie had something on, so dia tak dapat datang).



Baby Atiqah pun datang birthday party abang Adam.
Hehehe. Adam siap nak tolong pegang lagi. Jangan jatuh wehhh...kang terus kena cop jadi menantu. Hehe



Lil Adam was overwhelmed by the pile of presents.
I could tell, he's sooo happy!

Habis party, kitorang pun kemas-kemas balik rumah.
Baru dalam 10min sampai rumah, baru Yahya/Iin datang. They were late sebab Yahya keje.


To uncles, aunties and friends... thanks for joining the party.
And (definitely!) for the presents too!

Thanks to Anep jugak- sebab tolong manage the games dan tolong angkut barang-barang ke park.


Lil Adam was generous enough to share all the toys with Lil Adib.

Penat memang penat. Aku tanya Lil Adam lepas habis party tu, how was it?
He said--- "It's HIS BEST BIRTHDAY PARTY ever. Even better than last year's Plant vs Zombies party!"


:)
Berbaloi penat lelah dan kegedikan mama nak buat pirate theme ni.
Phew!

Alamak. Next month birthday Lil Adib pulak.
Tapi err.. camna ye? *tapping fingers*

3 comments:

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat