Saturday, November 29, 2014

2 kali orientasi

Next year, Lil Adib akan start masuk kindy.
Kat sini budak-budak start kindy umur 5tahun.
Woh..dah nak masuk 5 tahun rupanya Adib BearBear... walhal baru nak jejak 4 tahun bulan depan.

Uishh...apa ni ada berhala bentuk anjing pulak kat depan entrance?
(kata seorang Melayu totok anonymous. Heh)

Lil Adib enjoying himself main kat depan kindy.


Panjat, nak! Panjat!
Zaman aku kecik dulu, aku yang pompuan ni pun meragaih panjat pokok. Tapi zaman sekarang, anak baru panjat palang je, dah cuak.


Info pockets for parents.
The outdoor play area


 Ada garden la.
Ni budak-budak term lepas la ni berkebun sayur bagai.


Lil Adam jumpa kawan baru, Indian twin.
Acecece..main barbecue konon. Very the Aussie.
 

La..ni jadah apa pulak barbecue kat bawah grill tu?
Lambat sangat masak kot?


Then, sementara anak-anak main kat luar, kitorang masuk dalam for info session.


Register nama dulu.
Tampal kat baju.

Patrea (one of the teachers) and Jasmine (the principal).
Diorang ni sangat friendly dan informative.
I expressed my concern pasal Lil Adib, and they encouraged me to bring him again the following week to meet the reps from Dept of Education and Child Development (DECD).


 Mingling and briefing.

Kat sini, budak-budak pegi kindy cuma 2.5 hari. 
So, masa isi forms tu, boleh la tick preference nak group awal minggu ke tengah minggu.
 


Alololo... kudap-kudapan untuk parent...sangat simple dan sihat.
Kalau kat Malaysia hidang macam ni... mana nak cukup wehhh!

 


So, Friday berikutnya...aku bawak Lil Adib pegi lagi orientasi kat kindy.
Haha. Orang lain orientasi sekali je, aku ngan Thao je bawak  sampai dua kali.

Lil Adib seemed very comfortable with the environment. Macam kindy tu bapak dia yang punya.

Masuk je, terus main projector.




Then, painting!!!


Umpama mak-mak pakaikan lipstick, mesti mulut terbukak sikit... Lil Adib pun sambil paint, sambil nganga. Nak dapat feel gamaknya.



 Ta-daaa!
Ni la hasilnya....
Dah macam lukisan Picasso ada mata cenggitu.


Habis painting, main playdough pulak.

Gentel...jangan tak gentel.



Lepas tu... sesi pun bermula dengan bersenam dan menari-nari.


 Ahhh....tetiba  aku rasa rindunya kat suasana tadika kat bawah surau depan SKTL dulu.
 
Then budak-budak diminta pegi ke depan, bila cikgu introduce. Lil Adib malu-malu bear gitu. Nak berkepit dengan Mama je.

Lepas story telling, budak-budak pun dilepas main kat luar sambil makan bekal masing-masing.





Hahaha. Lil Adib muka cuak bila kawan dia tolong swing laju-laju. Hehehe

Orait... so, lega la hati aku, dah jumpa dengan wakil DECD.
Hoping that next term, everything will be fine.

Friday, November 28, 2014

8 tahun dalam 1 jam (behind the scene)

Prioritize. 
Yeah...prioritize.
Kelmarin, aku pun tak sure antara PhD aku dengan anniversary aku mana lebih penting. Konon komited sangat dengan study, sampaikan hari anniversary pun aku buat lab works dan balik lambat.

Anyway, Alhamdulillah, semalam genap 8 tahun aku bergelar isteri (or 'bisteri'- as MrHubby calls it).

Plannya memang nak dating pegi dinner. Tapi dek kerana aku minta tolong Richard belekkan draft aku untuk meeting, dah pukul 7.15 baru aku terhegeh-hegeh nak balik. Dan as usual, when you are in a rush, time tu la semua traffic lights kaler merah.
7.15pm tu, memang la cerah lagi... tapi aku book kat restoran tu pun pukul 8. Dan kat sini, most restaurants tutup pukul 9, bhai....
Kang ada yang sempat minum seteguk air je, then melencong celebrate kat casino pulak (sebab casino je yang tak tutup). Huahuahua.

Anyway, habis je discussion... terus aku pecut Bubble balik rumah. Dah tu, nak dijadikan cerita...aku pulak tak plan pun nak pakai baju apa. Maka takde la aku iron mana-mana baju atau tudung.
MrHubby cakap dia nak pakai smart casual je, so aku ingat nak pakai sempoi je la sebagai standby.
Tapi bila kalut-kalut bersiap tu aku tanya, dia kata pakai dress pun okay gak. Maka aku pun punggah lemari aku. 
Tapiiii... tapi.....
Dresses semua  tahap kena iron!!! -____-
Homaiii...mengapakah?!!!
Kebetulan purple dress ni je yang tak macam badan-orang-tua-yang-penuh-kedut... maka aku main sarung je la. 
Sekali.... alamak aiii... nak kena ikat (macam corset) kat belakang tu punya la panjang. Dah satu hal pulak MrHubby kena silangkan dan ikat satu-satu.
Sambil tu, tangan aku sibuk dok pakai susuk kat muka. Almaklumlah, balik dari ofis, muka dah serabai macam buruh binaan. 
Bahahaha. Lawak pun ada!

Siap ikat, dan-dan tu jugak la aku tak jumpa extender (yang macam sarung lengan tu). Duh!
So, aku pakai je grey bolero tu. Lantak la..matching tak matching.

Tudung dan kasut pun, main capai je.

Tapi kalut-kalut pun, sempat lagi snap gambar depan rumah. Kekekeke.

For this year, kitorang decide nak ber-Japanese cuisine. 
We picked Wasai  (9/15 Field St.) as recommended by Hazreel.

By the time sampai ke situ, jam dah pukul 8.20 pm. Congak-congak, maybe ada la 40 minit untuk makan. Hoh! Tak romantik langsung.



Tapi bila duduk tu, takde la gaya waiters-waitresses semua dok mengemas meja pun!
They still welcomed us.

So, boleh la aku gedix-gedix sengih bergambar untuk blog.


Well, kat Wasai ni.... ada a complete range of Japanese specialties jugak la.
Karaage, gyoza, rolled sushi, nigiri sushi semua ada.
Cuma MrHubby tak puas hati sebab takde chawanmushi. Waitress tu pun blur-blur bila kitorang describe rupa chawanmushi.


But being the 'perut-stokin' as I have always been, mana cukup nak order satu meal. Maka takoyaki, udon, soba ni...terus terkeluar dari liga. Muehehe.


Sementara tunggu makanan sampai, romantik-romantik dulu.
Bersembang tanpa menjeling tengok anak sambil buat apa, atau sambil tahan sakit kena cubit perut (Adib's favourite!)...memang tak sama dengan bersembang berdua.
Tapi topik pasal anak-anak, keluar jugak la.


Miso soup sampai... lepas terus tangan.
Dan-dan hirup penuh feeling. Hahaha.
Aku tak faham betul la. Aku try gak buat sendiri miso soup kat rumah, tapi rasa tak sedap pun. Hampeh betul!


Then, makanan sampai!!!
Hoyeahhhh.


Udon with tempura for MrHubby.
Dan Sushi boat for yours truly.
Gila punya banyak sushi, ada la dalam 25-30 pcs kot. Semua best-best dan sashimi  dia...humang aiii! Yummy!


Overwhelmed with the variety!!!
Dekat nak pukul 9, baru diorang tutup order, so, sempat la aku makan sambil lengah-lengah. Feeling sikit. Kalau makan polok-polok (read: sumbat macam nak tercekik), kang hilang la citra ayu aku. Hewhewhew.

Last but not least, desserts for me!
Green tea ice cream!
Yeahhh...I'm a sucker for green tea! So, sila maafkan saya.


Demikian la kisah celebrate 8 tahun punya cerita dalam masa sejam.
Next time, tobat aku tak balik lambat dah. Huhu

Habis makan, balik la.... esoknya keje. Takde nak meronggeng-ronggeng dah. Ronggengan ditunda ke hari Jumaat (hari ni la! sebab city tutup lambat. hehehe).

Back home, the kids were about to go to bed.
Thanks, Anep..for babysitting them!


Happy anniversary Cinta!
Thanks for being the one.


Nuffnang ads

My Heartbeat