Monday, August 30, 2010

Hutang budi dibawa mati, hutang duit? Bayar la...



Orang kita dah biasa hidup berhutang.
Dari orang kampung... kalo beli kain baju/pinggan mangkuk/karpet, nak bayar ansuran.
Sampailah ke orang bandar yang moden-moden ni.
Berhutang dengan cara buat bank loan, personal loan, kad kredit, hutang dgn Along.. dan macam-macam lagi.

Aku sendiri jarang berhutang. Alhamdulillah... Paling-paling hutang kad kredit.
Tu pun ada satu jer. Siap kena bising dengan MrHubby sebab aku selalu bayar full, sebab aku x suka bayar interest. Dia cakap rugi, kalo macam tu, baik pakai debit card je. Whatever la. Yang penting, aku x suka berhutang, sebab aku rasa terbeban.

Mak aku selalu pesan... "Kalo dah tak dak, buat cara tak dak. Jangan dok meminjam sana-sini."
Ye la kan. Kalo bergaya dengan cara meminjam, baik tak payah...

Cuma aku pelik, nape ada orang yang selamba je berhutang banyak-lama dan lama-lama. Yang bank loan untuk keta/rumah tu memang susah nak elak la. Tapi ni, hutang dengan orang...




Sabda Rasulullah s.a.w "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi ]

Memang hina la. Nak nak kalo dah hutang pun tetap nak jaga ego, tak nak ngaku yang dia berhutang. Hahaha. Nak tergelak aku dengan orang macam nie. Tapi aku layankan aje... saja tengok tahap berlagak-tak-kena-tempat tu...

Aku pun pernah bagi orang pinjam duit, tapi Alhamdulillah... most of them bukan jenis yang tak reti adab berhutang.

Ini tidak... duit berkoyan-koyan, boleh beli itu ini, tapi liat nak bayar hutang orang! Sampai sanggup tarik muka 14, sentap... sampai tahap menzalimi si pemiutang yang dah tolong dia dulu. Dasar tak kenang budi.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya."
[Riwayat Ibn Hibban]

Daripada maksud hadis tu, Ibn Hajar Al-Haitsami berpendapat, orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang (sedangkan dia mampu) menyebabkan kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. (citer pasal lengahkan bayar hutang je la, jangan exaggerate pasal orang tu gitu-gini pulak).
So, apa kau nak lorat kalo satu dunia tau kau berhutang selama ni? Sendiri cari pasal kan?

Malas la aku nak berhujah pasal dosa besar, pasal kewajipan langsaikan hutang bila dah mati, roh tergantung selagi tak settle hutang, etc.

Tapi kalo dah x dapat bayar on time, discuss la dan cari penyelesaian. Ini tidak... orang nak mintak bayar balik, kena marah pulak. Susah-susah sangat, kau bawak je la duit tu masuk kubur.



16 comments:

  1. ok, mama pasni tlg bayarkan hutang kad kredit ayah yek..

    hehehe... i lap pi la h sayang..

    ReplyDelete
  2. abu zuhair,
    hang jagaaa... buleh mama bayarkan. lump sum pun boleh. pastu ayah tlg bayar bil-bil & kad kredit mama tiap2 bulan smpi pencen. boleh?

    ReplyDelete
  3. kdg2 yg bari hutang plak jd segan nak mintak utang...seksa nak mintak utang pdahal duit sendiri :P

    ReplyDelete
  4. kerana hutang pun org leh leh bergaduh kan??

    ReplyDelete
  5. sebab tu tak suka bagi hutang kat orang
    sebab i ni 'penyegan' n 'tak sampai hati' masa nak mintak bayar balik.. huhu..
    yelah.. pada yg berhutang tu, patutnya sendiri mau ingat la kan

    ReplyDelete
  6. Eeeee...haku SANGAT SUKA...diulang...SANGAT SANGAT SUKA dengan entry nih..Harap2 sangat ada 'orang tu' baca tapi adalah sangat mustahil..al maklumlaa..ego dan bodoh sombong gitu..konfem tak reti guna email blog bagai..hahaha..mcmana laa 'dia' nak baca entry blog nih..

    Sbb apa tau i kata gitu..sbb ada 'org tu' kann kaya nk mampos..!!! rumah corner lot kat taman samudera bt caves tuu smpi 3 tengkat..kereta bertabur depan rumah..merscedes, BMW, Lexus, Neo, Rexton..haa apa lagi..kalah used car tapi haram HUTANG haku liat nak mampos nak bayaq..!!

    Kita yg sedia kala bersederhana ni jugak yg dia nak berutang..pelik..pelik..ya laa manusia mudah lupa..sikit Tuhan bagi kesenangan terus lupa daratan..

    Hihi..Sorry Belle..meluah perasaan kat comment nih plak..nak pinjam entry boleh..buat entry kat blog i plak.. :-D dengan harapan kut2 anak2 or anak2 sedara dia terbaca kat my FB page..aci tak gitu..?

    ReplyDelete
  7. betul2...sebab tu pun i jarang nk bagi pinjam kat org...biarlah org tu cakap selfish ker hapa...

    ReplyDelete
  8. ni kes sendri mau ingat ni Belle. isk,..seram! hutang ni tak leh buat main nih.

    Entri Terkini: Amaran Untuk Blogger

    ReplyDelete
  9. mama zharfan,
    dah dasar yg berhutang tu xsedar diri & tak tau malu..nak buat camna?

    elyn,
    gaduh, masam muka... yg kwn boleh putus sahabat. yg adik beradik, xngaku sedara.

    h4nie,
    i pun, biar org kata kedekut, janji x semak kepala kemudian hari.

    imma,
    hahaha... mmg muka tembok. bergaya atas duit org.

    reitak,
    it's better that way kan?

    nia,
    org tu dah cop masuk syurga kot dgn tuhan, tu yg dia x peduli tu.

    ReplyDelete
  10. cukup takut kalau terlupa bayar balik hutan, even tho hutang tu sekupang dua seklipun..

    ReplyDelete
  11. knur pun tak suka berhutang sbb tu sampai skrg pakai Kancil je (sbb dah habis bayar) dan kad kredit tak pakai pun sbb serik pernah pakai sekali dulu asyik dok bayar bunga je tiap2 bln.

    ReplyDelete
  12. i share your sentiments. paling benci orang yang pandai muka mulut manis bila nak pinjam tapi macam S**L bila time patut bayar hutang tu.

    ReplyDelete
  13. huhh belle, entri ni panas giler ni..
    tapi tulah, bab2 utang ni, aku pun segan nak minta balik org yg berhutang tu. nak marah member, tak marah, sendiri seksa.
    bikin ribut. adesss =.='

    ReplyDelete
  14. lady,
    i pun. selalu kalo x byr yg i terlupa. tapi xde la smpi ratus2, ribu2.harap2 ada yg tlg remind.

    transformed hsewife,
    biar pakai keta kecik, drp beli keta besar pun guna duit org.

    toughcookie,
    bikin hati panas kan?

    kizzytf,
    lagi syok la org tu amik kesempatan kalo kita x tuntut balik.

    ReplyDelete
  15. sebut psl hutang ni, dgn kwn baik pun takley caya!cm jadi kt husband dan keluarga mertua. kwn baik wat taik, husband dan keluarga mertua yang terbeban. sewa rumah + bil astro + elektrik + air tak berbayar. ingat welfare ape..pastu bila call/datang rumah nak jumpa menyorok. memang dasar tak kenang budi. kata kawin anak datok, tapi hampeh! hutang setakat 5ribu pun tak mampu nak bayar ke! klu i jumpa la diorg laki bini kat mana², siapla!

    plg aku sakit ati tu, bejalan makan angin sana sini boleh plak. tapi utang, liat nak byr!

    ReplyDelete
  16. mmg hutang boleh merenggangkan silaturahim..sbb tu Allah x suka kita berhutang

    alhamdullilah setakat ni x penah lg org liat nk byr hutang..kalu takat 40,50 halal je la :P

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat