Saturday, July 15, 2017

Bodoh sial

Dalam bulan puasa ni, selalu gak aku join majlis iftar dengan masyarakat kat area rumah aku ni. 
  1. Saja la konon nak kenal-kenal orang
  2. Aku malas masak/malas fikir nak makan apa

Anyway, this is a good neighbourhood.
Ada quite a number of huffaz. 
Ada Arabs, mainly studying at MediU.
Ada academics.
So in other words, aku dok kat sini dikelilingi orang yang murni-murni la. (aku je kot tak berapa nak murni. hehe).

Pernah terdetik nak biarkan Lil Adam dan Lil Adib berkawan dengan budak-budak kat sini.
Tapiiiiii....ada sekali tu, MrHubby cerita, ada sorang budak sekolah (lebih kurang sebaya Adam) dok sebelah dia.
Sementara menunggu berbuka, dia sembang dengan kawan sebelah dia.

Entah apa butir bicara dia, tapi yang jelas...banyak disulami dengan "....bodoh.....sial.." 
Dengan nada yang ala-ala mesra.


Whatthefotosintesis?

Sambil berbodoh-sial tu, sambil gelak-gelak.
Eh. Boleh pulak gitu?

Aku tau la  perkataan macam tu dah jadi bahasa biasa percakapan budak-budak muda zaman sekarang. 

Adakah aku tua (read: ortodoks) bila aku terasa jengkel dengan bahasa kasar macam tu?
Aku tak rasa orang tua je yang tak selesa dengan bahasa macam tu. 

Sebelum ni selalu kita dengar 'bahasa menunjukkan bangsa'.... 
Ni aku wonder... adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap sosio-ekonomi?
Tapi yang dok area rumah aku ni, boleh dikatakan semua okay je kot. 
Mentaliti kelas ke4 jenis merokok dalam lift tu ada la jugak. Tapi..entah la.

Hmmm...or adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap kelulusan akademik?
Orang bijak cakap macam tu tak? 
Seingat-ingat aku, Aussies yang banyak swear words pun, tak reflect kat Sv aku yang tahap Prof tu. Paling kasar aku pernah dengar dia sebut adalah 'bloody' something-something.


Akak harap budak-budak universiti takde la yang macam ni.
Nanti lagi 4,5 tahun dah nak kawen.... 
Korang takpe ke kalau laki bini korang nanti guna bahasa bodoh-sial sesama sendiri?

Fikir punya fikir, aku rasa kalau gini la gayanya... Macam mana la aku nak biar anak-anak bergaul dengan budak-budak macam ni?
Baik aku simpan anak aku dalam rumah je la.

Nuffnang ads

My Heartbeat