Saturday, July 15, 2017

Bodoh sial

Dalam bulan puasa ni, selalu gak aku join majlis iftar dengan masyarakat kat area rumah aku ni. 
  1. Saja la konon nak kenal-kenal orang
  2. Aku malas masak/malas fikir nak makan apa

Anyway, this is a good neighbourhood.
Ada quite a number of huffaz. 
Ada Arabs, mainly studying at MediU.
Ada academics.
So in other words, aku dok kat sini dikelilingi orang yang murni-murni la. (aku je kot tak berapa nak murni. hehe).

Pernah terdetik nak biarkan Lil Adam dan Lil Adib berkawan dengan budak-budak kat sini.
Tapiiiiii....ada sekali tu, MrHubby cerita, ada sorang budak sekolah (lebih kurang sebaya Adam) dok sebelah dia.
Sementara menunggu berbuka, dia sembang dengan kawan sebelah dia.

Entah apa butir bicara dia, tapi yang jelas...banyak disulami dengan "....bodoh.....sial.." 
Dengan nada yang ala-ala mesra.


Whatthefotosintesis?

Sambil berbodoh-sial tu, sambil gelak-gelak.
Eh. Boleh pulak gitu?

Aku tau la  perkataan macam tu dah jadi bahasa biasa percakapan budak-budak muda zaman sekarang. 

Adakah aku tua (read: ortodoks) bila aku terasa jengkel dengan bahasa kasar macam tu?
Aku tak rasa orang tua je yang tak selesa dengan bahasa macam tu. 

Sebelum ni selalu kita dengar 'bahasa menunjukkan bangsa'.... 
Ni aku wonder... adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap sosio-ekonomi?
Tapi yang dok area rumah aku ni, boleh dikatakan semua okay je kot. 
Mentaliti kelas ke4 jenis merokok dalam lift tu ada la jugak. Tapi..entah la.

Hmmm...or adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap kelulusan akademik?
Orang bijak cakap macam tu tak? 
Seingat-ingat aku, Aussies yang banyak swear words pun, tak reflect kat Sv aku yang tahap Prof tu. Paling kasar aku pernah dengar dia sebut adalah 'bloody' something-something.


Akak harap budak-budak universiti takde la yang macam ni.
Nanti lagi 4,5 tahun dah nak kawen.... 
Korang takpe ke kalau laki bini korang nanti guna bahasa bodoh-sial sesama sendiri?

Fikir punya fikir, aku rasa kalau gini la gayanya... Macam mana la aku nak biar anak-anak bergaul dengan budak-budak macam ni?
Baik aku simpan anak aku dalam rumah je la.

Monday, February 6, 2017

Nasib baik aku tak sekolahkan cukup-cukup

Recently kan, fenomena fidget spinner dah kemain sakan lagi di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun asalnya dicipta untuk distract orang yang autistic/ada ADHD... dah jadi trend  pulak yang tak autistic pun sibuk nak main jugak.
Po-dahhh! Tasbih dok ada sekian lama, takde pulak kau nak guna untuk fidgeting.

Kat sekolah Lil Adam dan Lil Adib pun tak terkecuali.
Pihak sekolah minta kebenaran parents untuk jual fidget spinner kepada students. Tapi memandangkan pihak sekolah jual agak mahal, aku ingat nak cari sendiri la kat luar.




So, pada suatu petang yang hening, aku pun pegi ke sebuah kedai kat Kompleks ****. Dengar kata kat situ ada jual. Maka semangat la aku nak menggumbirakan hati anak supaya boleh dapat award Ibu Mithali.😆 

Untuk effect yang lebih poyo, aku tak bagitau kat anak-anak, aku nak gi mana. Cuma masa MrHubby drop tu, aku pesan supaya alert dengan message kat henfon, sebab aku nak update rupa fidget spinner dan harga mana yang sesuai.

Sampai kedai U****, aku eenie-meenie-mynie-mo dan masuk salah satu aisle. Mata meliar cari.
Takde.
Masuk aisle sebelah. Pun takde.
Aku tawaf kedai tu satu pusingan, tak nampak pulak benda yang dicari.
So, aku pun gi kat kaunter...

Aku: Dik, fidget spinner ada tak?

Adik salesperson: Kak nak fidget ke spinner?

Aku: Eh! Apa bezanya?

Adik salesperson: Fidget tu fidget la yang tekan-tekan tu. Spinner tu yang boleh spin.

Aku: Laaaa...dik. Yang itu namanya fidget cube. Yang spin tu fidget spinner. Fidget tu movement yang orang buat bila fidgeting.

*Rasanya aku dapat menahan diri daripada buat rolled eyes time tu :-P


Adik salesperson: Eh..a'ah ye. Dah habis la, kak. Yang cube, ada dalam almari kaca tu.





Haihhh...pekerja-pekerja zaman sekarang... boleh tak equip sikit diri tu dengan ilmu tentang produk yang dijual?
Cer tengok salesperson yang jual produk kesihatan auta je lebih. Kemain lagi diorang goreng. Goreng boleh goreng, dik. Jangan sampai hangitm, sudehhh..

Walaupun benda basic, tapi kan itu mencerminkan tahap ignorance korang? *sigh*


Lepas tu, aku pun balik ke kereta dan MrHubby tanya "Aiii..kejap je? Tadi kata nak message gambar dengan harga?"... dan aku sambut dengan bebelan.

Punah la harapan aku nak dapat trofi Ibu Mithali.
Kesudahannya, aku beli fidget cube kat anak. Dengan alasan 'fdget spinner is too mainstream'. Hahaha. Tak lupa juga, aku tokok tambah dengan artikel-artikel tentang bahaya spinner yang kat Aussie tu. Strategi untuk mempengaruhi anak mesti A.

Harga?
Hmm... lagi mahal aku beli online, daripada kat kedai tu.
Padan muka aku!
Kehkehkeh.


Cerita lama pasal salesperson yang tak cukup ilmu kat SINI.



Tuesday, January 31, 2017

Sapa kata orang kurus tak banyak cholesterol?


Aku ni bukan la kaki gym.
Tapi disebabkan figure aku yang slender (dah macam Slenderman pulak! Haha), maka tiap kali balik dari zumba, kalau terselisih dengan orang, mesti ada yang cakap "Dah kurus dah, nak exercise apanye?"

Biasanya aku jawab..."Ni pasal nak sihat la, bukan nak kurus!"

Ye la kan... kalau dah sedia kurus, makin bersenam, lama-lama kang makin nipis melayang ditiup angin, boleh ikat buat layang-layang. Hewhewhew.

Sebenarnya aku pun tak tau camna nak ubah pemikiran typical orang kita.
Asal kurus je, ingat dah sihat.
Asal kurus je, ingat tak payah bersenam.
Haihhh...

Kolesterol ni dalam darah/salur darah.
Tak perlu ada simptom pun... tau-tau je kong!



FYI, aku start buat blood test masa tahun 2001.
Time tu aku kat Pathology, HKL. So, senang la. Tak yah go through clinic, amik sample, terus proses kat lab tu jugak.
Dan WITHOUT FAIL, cholesterol level aku selalu CEMERLANG.
Read: Cemerlang di sini adalah range yang moderate atau high risk.

So, tiap kali buat medical check up

  • untuk masuk universiti
  • untuk kerja clinic
  • masuk keje gomen
  • nak sambung study abroad
  • nak buat student visa


...aku sangat-sangat look forward nak tau keputusan cholesterol test aku.


Biasanya lepas dapat blood test results, aku akan insaf dan stay awaaaay daripada deep fried food.
Agak berat jugak la nak tahan godaan bila tengok KFC dengan kulit Hot & Spicy yang rangup tu.
Terpaksa buat-buat jeling saja kakak cucoq pisang kat Seksyen 6 tu.
Char kuetiau hanya boleh ambik bau macam Abdul Wahub buat.
Fuhh...memang menderita!



Namun disebabkan iman manusia adalah senipis kulit bawang, biasanya keinsafan aku tu bertahan ada la dalam seminggu dua (saja! Hahaha).
Lepas seminggu, hati aku akan berbisik "Alaaa..sikit je ni" sambil tangan menyuap cucoq pisang.
Lepas dua minggu, syaithonirrojim akan berbisik "Sedap ni, baq hang! Rugi kalau tak makan!"... dan aku pun melayan nafsu makan seolah-olah aku ni siang berjoging, malam pegi gym.
Lama-lama lepas tu, kalau musim ketam MIL ajak balik, aku kata kat diri aku "Tak baik wo kalau tak makan, dah mak mentua suruh." Harharhar


Fast forward to last 2 years masa aku di Adelaide, aku sempat buat test sekali. School of Nursing, Faculty of Health Science tengah recruit orang untuk health screening, aku tadah je la.
As usual, bila kuar result untuk cholesterol, aku sengih-sengih je kat Nurse Practitioner tu, sebab aku dah tau memang off-range. It was a bit lower than the previous test though, maybe sebab makan secara sihat dan banyak berjalan kaki.
Disebabkan BMI, waist measurement, blood glucose semua okay...maka takde la aku kena bebel. BP naik sikit je time tu, dan aku kata sebab aku nervous tengok dia hensem stress dengan lab works. Hahaha.


Last year masa baru 2 bulan lebih aku balik ke Malaysia, masa jalan-jalan kat Kompleks PKNS, aku tengok ada roadshow by National Kidney Foundation, Diorang ada buat free health screening.
Being a health freak (la sangat!), aku pun ajak MrHubby buat few tests.


Memandangkan time tu aku tengah period, urine sample tak ambik la. So, aku cuma buat glucose test, dan yang paling aku nak tau sangat...CHOLESTEROL!!!


Guess what?!!
Dah nama kalau balik Malaysia tu, semua makanan aku boleh bedal, sekali reading aku 7.0 (high risk adalah >6.2 mmol/L... tapi borderline untuk high risk is 5.2 mmol/L).


Time tu aku fikir, elok gak la start all over again. Maklumlah..baru balik Malaysia, boleh la nak monitor balik ikut cara pemakanan aku.

Aku pun start makan oat dan segala mak nenek lain yang dikatakan boleh mengurangkan kolesterol. Seperti mana kesungguhan untuk tak makan cucoq pisang, demikian la juga hot-hot-chicken-dung aku dengan oat.
Tak sempat habis sebungkus besar oat, aku dah bagi alasan...err.... busy, tak sempat buat la.
Atau ehh..dah bulan puasa, lepas raya la baru start makan oat balik.


So, aku pun start join zumba (alternate with piloxing that wasn't very enjoyable).
Zumba dengan Teacher (ZIN) Azie memang best.
Dah memang aku pun suka aktiviti gedik-gedik macam tu, maka aku boleh la survive berbanding nak kena kontrol makan.


Masa awal-awal join tu, ada blog reader aku ternampak muka aku terselit dalam gambar zumba dan tanya Teacher Azie, aku ni blogger tu ekk? 
Wahhh fefeeling retis kejap. Muehehehe


Lepas 8 bulan gitu (kena tolak 2,3 bulan aku mengelat tak pegi zumba sebab busy masa bulan 11,12)... last 3 weeks, aku rasa macam ada palpitations lagi. 
Ish...dah lama sangat tak kena, last dulu masa 2010. 
So, pegi klinik dan lepas buat ECG, aku pun merelakan blood sample diambik untuk test. Memang timely sangat la...sebab aku memang nak test cholesterol sekali.

And the results.....
*drumrolls*

Ta-daaa!!! 6.2.
Walaupun masih dalam high risk range, kira berkurang la daripada beberapa bulan lepas.
Low Density Lipoprotein (LDL) aku pun memang tak cukup low, tapi aku assume..untuk aku yang melantak tak hengat dunia (bagus sebab ingat akhirat) ni, I owe it to the physical activity la. 

All hail zumba!!!

Hoyeahhhh!!!


Moralnya di sini...


  1. Exercise la.
  2. Sesapa yang kurus tu, bawak-bawak la buat blood test untuk check cholesterol tu. Mana la tau kan. Tak nak la tiba-tiba je sakit dan dah terlambat.
  3. Kalau rasa nyawa korang need to be insured, boleh register insurance dengan MrAgent  aku yang informative, helpful lagi hemsem (dua puluh lima persennnnn. Kehkehkeh)


Nuffnang ads

My Heartbeat