Wednesday, July 20, 2016

Drama menjelang nak sampai finishing line

Hari tu, memang tak dijangka-jangka, lepas lecture... aku check email mengatakan aku dah boleh hantar hardbound thesis. And it has to reach the AGC within the next few days.

Ahhh sudahhh.
Time tu dah pukul 10.30am. Kalau aku nak pass kat orang yang balik ke Adelaide, memang I have to get it done by today jugak.
Aku pun bergegas print satu copy sebelum keluar pergi Section 2 untuk cari kedai binding.

Takde la aku meninjau sangat.
Nampak je satu kedai yang besar, aku assume mesti la kedai ni reliable. Namanya pun dah ala-ala 'pakar' gitu.

Memandangkan aku tengok rate untuk buat hard cover binding jadi murah kalau print kat situ, aku fikir 'Okay la.. Print je la kat kedai ni. Kurang sikit semak kepala'.

Untuk tesis aku yang ada lebih drp 300 pages,
colour printing pun ada banyak page jugak,
dan aku buat 5 copies....
Ditambah dengan nak kena buat logo University of Adelaide, kena charge extra...
Ada la total tu dalam RM500 jugak.


Maka duduk la aku kat situ dekat 2jam untuk make sure semua page print dengan sempurna dan slot in segala coloured pages. Tak senang duduk aku sebab aku ingat takkan lama, aku scratch kupon parking MBSA untuk sejam je. Hahaha.

Time nak dapat invois, aku tanya kot-kot aku leh bayar untuk 12jam, since aku nak amik pun malam.
Tapi staff tu cakap 'Tak boleh. Kena bayar untuk 1 jam punya service.'

Pulak!
Tapi aku ikutkan je.

Lepas bayar deposit RM50, aku tanya la..."Okay..kalau macam tu boleh la akak ambik lepas balik keje dalam pukul 4 or 5."
Tapi staff tu jawab... :"Err..ambik pukul 6 lebih boleh tak?

Pulak!
Tapi aku ikutkan je (lagi).

Balik dari keje, aku malas nak singgah sebab dah aku fikir...Eleh kejap lagi lepas maghrib la aku collect terus.

So, lepas maghrib baru aku gi kedai tu.
Korang ingat ekkk...
Aku bayar servis 1 jam, sepatutnya kol 3 aku dah leh ambik...tapi aku pegi ambik pukul 8 pm macam tu.

Sekali...time aku nak collect, aku perasan ada kesilapan kat spine tesis tu.
Ada satu perkataan kat title tu missing. So tajuk aku jadi macam tergantung.

Arakian menengok dahi aku berkerut, staff sorang lagi tanya kenapa.
Dan dia assure aku boleh fix. "Takpe kak, kitorang buat balik. Kejap je. Akak pegi la minum dulu kejap."
Fine.

Aku & family pun pegi lepak kat Khalifah sambil melayan Banuk yang sekali-sekala balik ke Malaysia makan kari kepala ikan.
So, dah lebih kurang sejam lebih kat situ, sebab sambil borak kan..tak terasa masa berlalu.

Tau-tau je staff dari kedai tu call..."Kak, akak punya tesis ni dah siap. Boleh datang ambik dah."

Ahhh...legaaa.
Maka bergegas la aku ke kedai tu balik.
Aku suruh MrHubby tunggu dalam keta je. Ye la kan, setakat nak collect tesis yang dah siap (kononnya).


Malangnya drama tidak berakhir di situ sahaja.

Jeng jeng jeng...



Aku belek je hardcover tesis tu...ADA SILAP LAGI!!!!
Kali ni kat bahagian lain pulak!
Kat nama aku pulak.
Grrrr....

Aku bagitau la staff tu. Muka dia dah semacam.
Aku kata tadi bahagian ni dah okay..kenapa dah fix kat spine, bahagian depan pulak gi ubah?

Takpe kak..takpe kak. Kejap je kitorang buat balik. Akak tunggu jap ye.

Muka aku dah mengalahkan kemasaman apple cider vinegar.
Aku bebel...
Saya ni bayar untuk servis 1 jam. 
Dah la datang ambik lambat. 
Salah sampai 2 kali. Saya nak cepat tau tak?

Staff tu suruh aku duduk dulu.
Tak lama lepas tu, dia datang bagi resit baru kat aku..tanda diorang tak charge aku servis 1 jam.

Aku tanya, berapa lama lagi ni?

"Aaaa...dalam setengah jam."

Monyok aku duduk kat kerusi tu, sambil main henpon.
Ada jugak aku viralkan ni kang. Geram betul.
Ni la masalahnya bila niat nak tolong bisnes Melayu. Huh!

Dah dekat setengah jam, aku call MrHubby yang menunggu dalam kereta. Aku suruh dia datang ke kedai tu.

Untuk apa?
Untuk tolong mengamuk.

Sebab kalau aku mengamuk, it's gonna be ugly.
Silap haribulan, aku maki semua staf dan hempas dan terajang segala mesin yang ada. Dah la time tu aku pakai jubah. Memang confirm ugly punya la.

MrHubby masuk dengan muka yang baik. Belek-belek henpon sambil menunggu.
Hangin la aku.
Maka aku suruh dia bertindak. Hahahaha.

Time tu aku perasan staff-staff lain dah berbisik sesama sendiri tentang kes aku. Nampak la diorang berhand gesture '2x silap, nak kena buat 5 copies...'
Ahhh..ada aku kesah?

Aku cakap "Dik, 30 minit dah habis dah. Tak siap lagi ke?"

Time tu masing-masing buat pekak tak jawab soalan aku.
Tak tau la diorang pekak ke, diorang bisu. Tapi masing-masing buat tak layan soalan aku.


Kemuncak la kan. Apa lagi?
MrHubby pun bebel kat staff kaunter, tanya mana manager? Dia buat tak layan.
Padahal masa mula-mula aku masuk tadi aku dah nampak sorang tu pakai tag yang dia tu supervisor ke apa ntah.

Tiba-tiba MrHubby ternampak sorang lelaki berumur sikit ala-ala boss, mengarah staff angkut barang. Hah!
Tidak syak lagi..itulah orangnya!

So, dia pun pergi slow talk dengan boss tu.
Murni kan laki aku?
Hmmm...

Dia explain kata sebenarnya kitorang nak kirim tesis tu kat orang yang nak balik malam tu dengan flight. Sebab tu nak cepat.

Nasib baik la si boss tak membela kebengapan staff dia. Dia cakap "Tu la, staff saya ni kadang-kadang diorang tak tau apa yang diorang buat tu menyusahkan pihak lain."
"Boleh saya tahu berapa total semua?"

Aku pun bagi resit/invois.

Tiba-tiba, dia hulur duit berapa ratus ntah kat MrHubby.
Blur jap kitorang.
Eh duit apa pulak ni?

Lepas tu, baru terfikir...ooo dia ingat kitorang dah bayar full kot. Mesti dia silap tengok resit tu.
Mujur la kitorang tak jahat.
So kitorang pun pulangkan balik duit tu dan explain sebenarnya tak bayar full lagi. Lagipun bukannya niat kitorang nak pao kedai macam tu. Cuma nak ingatkan...kalau gitu la gayanya staff dia berkerja, harus la customer lari. Company pun boleh bankrap kalau selalu sangat silap macam tu.
Dah la company Melayu-- buktikan la servis tu elok sikit, macam bangsa lain berniaga.

Aku yang noti ni siap cakap kat MrHubby "Huh...Kalau tau, siang tadi bayar deposit RM10 je."
Wahahaha.  Bagi betis nak paha kan?

Kalau tidak, jangankan tak payah bayar, siap earn duit pulak aku tak pasal-pasal.

Tengok ni, muka tersengih jap setelah hati yang membara disiram air. :-P

Siap je binding yang kali ni betul-betul takde salah, kitorang pun terus bergegas keluar.
Time tu dah kol 10 lebih dah kot.

Ke mana?
Ke rumah Adam kat Section 7.

Adam  ni baru je first time kitorang jumpa. Sebab tu la segan nak gi lewat malam.
Dah la nak minta tolong, takkan tengah malam baru nak gi rumah orang kan?



So, ni la dia...


4 copies yang aku hantar melalui Adam.

1 untuk Adelaide Graduate Centre,
1 utk Dino, 1 untuk Sharyn dan 1 lagi utk JEdwards.


Dan bukti submission, Adam whatsapp gambar ni kat aku.
That was the whewww! moment for my PhD.


Terima kasih Adam sebab susah payah bawak berat-berat dan tolong hantar ke AGC. Adik undergrads mana la biasa ke AGC, tapi gigih jugak la dia tolong cari.

Semoga Allah permudahkan urusan Adam sebab tolong aku.



Nuffnang ads

My Heartbeat