Showing posts with label health freak. Show all posts
Showing posts with label health freak. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Sapa kata orang kurus tak banyak cholesterol?


Aku ni bukan la kaki gym.
Tapi disebabkan figure aku yang slender (dah macam Slenderman pulak! Haha), maka tiap kali balik dari zumba, kalau terselisih dengan orang, mesti ada yang cakap "Dah kurus dah, nak exercise apanye?"

Biasanya aku jawab..."Ni pasal nak sihat la, bukan nak kurus!"

Ye la kan... kalau dah sedia kurus, makin bersenam, lama-lama kang makin nipis melayang ditiup angin, boleh ikat buat layang-layang. Hewhewhew.

Sebenarnya aku pun tak tau camna nak ubah pemikiran typical orang kita.
Asal kurus je, ingat dah sihat.
Asal kurus je, ingat tak payah bersenam.
Haihhh...

Kolesterol ni dalam darah/salur darah.
Tak perlu ada simptom pun... tau-tau je kong!



FYI, aku start buat blood test masa tahun 2001.
Time tu aku kat Pathology, HKL. So, senang la. Tak yah go through clinic, amik sample, terus proses kat lab tu jugak.
Dan WITHOUT FAIL, cholesterol level aku selalu CEMERLANG.
Read: Cemerlang di sini adalah range yang moderate atau high risk.

So, tiap kali buat medical check up

  • untuk masuk universiti
  • untuk kerja clinic
  • masuk keje gomen
  • nak sambung study abroad
  • nak buat student visa


...aku sangat-sangat look forward nak tau keputusan cholesterol test aku.


Biasanya lepas dapat blood test results, aku akan insaf dan stay awaaaay daripada deep fried food.
Agak berat jugak la nak tahan godaan bila tengok KFC dengan kulit Hot & Spicy yang rangup tu.
Terpaksa buat-buat jeling saja kakak cucoq pisang kat Seksyen 6 tu.
Char kuetiau hanya boleh ambik bau macam Abdul Wahub buat.
Fuhh...memang menderita!



Namun disebabkan iman manusia adalah senipis kulit bawang, biasanya keinsafan aku tu bertahan ada la dalam seminggu dua (saja! Hahaha).
Lepas seminggu, hati aku akan berbisik "Alaaa..sikit je ni" sambil tangan menyuap cucoq pisang.
Lepas dua minggu, syaithonirrojim akan berbisik "Sedap ni, baq hang! Rugi kalau tak makan!"... dan aku pun melayan nafsu makan seolah-olah aku ni siang berjoging, malam pegi gym.
Lama-lama lepas tu, kalau musim ketam MIL ajak balik, aku kata kat diri aku "Tak baik wo kalau tak makan, dah mak mentua suruh." Harharhar


Fast forward to last 2 years masa aku di Adelaide, aku sempat buat test sekali. School of Nursing, Faculty of Health Science tengah recruit orang untuk health screening, aku tadah je la.
As usual, bila kuar result untuk cholesterol, aku sengih-sengih je kat Nurse Practitioner tu, sebab aku dah tau memang off-range. It was a bit lower than the previous test though, maybe sebab makan secara sihat dan banyak berjalan kaki.
Disebabkan BMI, waist measurement, blood glucose semua okay...maka takde la aku kena bebel. BP naik sikit je time tu, dan aku kata sebab aku nervous tengok dia hensem stress dengan lab works. Hahaha.


Last year masa baru 2 bulan lebih aku balik ke Malaysia, masa jalan-jalan kat Kompleks PKNS, aku tengok ada roadshow by National Kidney Foundation, Diorang ada buat free health screening.
Being a health freak (la sangat!), aku pun ajak MrHubby buat few tests.


Memandangkan time tu aku tengah period, urine sample tak ambik la. So, aku cuma buat glucose test, dan yang paling aku nak tau sangat...CHOLESTEROL!!!


Guess what?!!
Dah nama kalau balik Malaysia tu, semua makanan aku boleh bedal, sekali reading aku 7.0 (high risk adalah >6.2 mmol/L... tapi borderline untuk high risk is 5.2 mmol/L).


Time tu aku fikir, elok gak la start all over again. Maklumlah..baru balik Malaysia, boleh la nak monitor balik ikut cara pemakanan aku.

Aku pun start makan oat dan segala mak nenek lain yang dikatakan boleh mengurangkan kolesterol. Seperti mana kesungguhan untuk tak makan cucoq pisang, demikian la juga hot-hot-chicken-dung aku dengan oat.
Tak sempat habis sebungkus besar oat, aku dah bagi alasan...err.... busy, tak sempat buat la.
Atau ehh..dah bulan puasa, lepas raya la baru start makan oat balik.


So, aku pun start join zumba (alternate with piloxing that wasn't very enjoyable).
Zumba dengan Teacher (ZIN) Azie memang best.
Dah memang aku pun suka aktiviti gedik-gedik macam tu, maka aku boleh la survive berbanding nak kena kontrol makan.


Masa awal-awal join tu, ada blog reader aku ternampak muka aku terselit dalam gambar zumba dan tanya Teacher Azie, aku ni blogger tu ekk? 
Wahhh fefeeling retis kejap. Muehehehe


Lepas 8 bulan gitu (kena tolak 2,3 bulan aku mengelat tak pegi zumba sebab busy masa bulan 11,12)... last 3 weeks, aku rasa macam ada palpitations lagi. 
Ish...dah lama sangat tak kena, last dulu masa 2010. 
So, pegi klinik dan lepas buat ECG, aku pun merelakan blood sample diambik untuk test. Memang timely sangat la...sebab aku memang nak test cholesterol sekali.

And the results.....
*drumrolls*

Ta-daaa!!! 6.2.
Walaupun masih dalam high risk range, kira berkurang la daripada beberapa bulan lepas.
Low Density Lipoprotein (LDL) aku pun memang tak cukup low, tapi aku assume..untuk aku yang melantak tak hengat dunia (bagus sebab ingat akhirat) ni, I owe it to the physical activity la. 

All hail zumba!!!

Hoyeahhhh!!!


Moralnya di sini...


  1. Exercise la.
  2. Sesapa yang kurus tu, bawak-bawak la buat blood test untuk check cholesterol tu. Mana la tau kan. Tak nak la tiba-tiba je sakit dan dah terlambat.
  3. Kalau rasa nyawa korang need to be insured, boleh register insurance dengan MrAgent  aku yang informative, helpful lagi hemsem (dua puluh lima persennnnn. Kehkehkeh)


Thursday, October 1, 2015

Lil Adib's health assessment


Aritu Lil Adib ada Preschool Health Assessment, conducted by Child and Family Health Service, SA Govt.

Lokasinye kat Council Chambers.
So, pagi tu aku pun pegi ke City Council...sebelum pegi ofis.
 
Sambil tunggu tu, sambil layan Lil Adib main play dough dan sambil belek balik checklist yang belum bertanda.
At the age of 4, by right he should be able to do all those. Tapi sebab ada a few yang aku tak sure, so aku biar je tak bertanda. Aku rasa kalau kat Malaysia, mesti dah kena sound sebab tak completekan checklist. Tapi kat sini, diorang cakap takpe..hehe



Anyway, mula-mula the lady suruh Lil Adib kira blocks tu. Kacang je la.


Then, to check his hearing, pakai headphone and he has to put the block in the container once he detected the sound.
Yang ni macam confusing sikit... sebab Adib ni playful. Kekadang dah dengar pun, dia buat main-main.


Next was checking the vision.
Part ni lawak sikit, sebab instead of mata dia je ngikut tegok cahaya flashlight tu...dengan kepala-kepala sekali dia gerakkan.
Hahahaha

And the teeth.
Nice teeth u have there, buddy! ;)

Another eye test.
...which he enjoyed very much, for he gotta be a pirate.
Arrrr....
The pirate had problems seeing the little letters at distance.

Last but not least---weight and height.
Almost 17kg...itu pun ada hati nak buat manja suruh orang dukung bila dia cranky. Haishhh...


Sempat pulak I expressed my concern pasal Lil Adib's height.
Aku perasan Adib ni tak setinggi Lil Adam. Mana la tau tetiba tersesat gene bantut dari mana-mana. Hahahaha.
Anyway, I was told he's above average.
Phew! Nasib baikkk....
So, lepas ni boleh sambung kutuk orang-orang pendek dan rendang tak berbuah. Wakakakaka
 

Few days lepas tu, kitorang pegi Unicare untuk Dr Stephen check telinga Lil Adib, just in case ada impacted earwax.
Dr tu pulak pandai pujuk... dia kata ada lizard in the right ear, and a mouse in the left ear, that he had to take them out.

So, lepas tu mudah la keje aku bila nak bubuh eardrops, sebab Lil Adib tau...it's to give the lizard and the mouse a swim. Hewhewhew

Tuesday, August 5, 2014

Lambaian Miss Universe

Orang cerita pasal raya, aku cerita pasal beauty pageant pulak. Sukahati la.

Sekarang, kalau ada orang babai kat aku, aku akan membalas dengan lambaian ala Miss Universe. Whoaa.. Feeling ala-ala ratu gittew.



Know why?
Sebab sekarang aku dah ada the perfect hand for that purpose. Hahaha

Malam raya, masa aku terkebil-kebil cuba nak tidur, aku cakap kat MrHubby... aku rasa lain  macam. Excited, tapi nervous. Sebab daripada pengalaman 4 tahun lepas, aku realize... Kalau excited sangat, ada la kang benda-benda tak elok nak jadi.
So, aku dah start beringat la sikit.

Pagi raya tu, masa dok sibuk-sibuk panaskan lauk dan hidang juadah raya dengan Saz, aku nak buat teh tarik. Biasanya MrHubby yang buat, sebab teh tarik aku selalunya tak berapa menjadi. Tapi memandangkan masa iftar malam raya tu aku try buat dan QC cakap teh aku okay, aku confident la sikit nak buat. 

Aku dah tau air mendidih tu mungkin akan meruap bila aku masukkan teabags. So, aku nak pindahkan teapot tu ke sinki. 
Time tu jugak la aku toleh kejap kat Saz bila dia tanya lauk ni nak hidang kat mana... dan brrrrrr... melimpah separuh teapot Corning yang 9 cups tu ke tangan aku. Ngehehe. 
Mujur aku tak lepaskan dari tangan. Kalau tidak, lagi haru. Tangan sakit, air tumpah nak kena mop, teapot pecah nak kena kutip bersihkan.

The blisters on my hand after 24hrs, on four of the fingers and palm.

Takpe..takpe...
To me, it is better than musibah lain. 

Kelmarin, masa tunggu MrHubby tukar spare tyre kat Bluey Babe, Lil Adam cakap kat aku, "Mama, there are two bad things that happened to us. One, the tyre is flat. Two, your hand is hurt."

Ye, memang ada beberapa dugaan gak yang berlaku lately. One after another, but let's not mention yang lain tu. Yang penting, Alhamdulillah they are still bearable.
So, I told Lil Adam that Allah is just testing us. Yang penting, benda tu jadi kat aku, bukan jadi kat anak-anak aku. Dan yang berlaku tu masih dalam kapasiti yang larat ditanggung. Bukan benda yang lebih teruk. Nauzubillah min zalik.

Ada gak orang yang baru perasan tangan aku berbungkus tanya, "Tangan tu kena apa?"
Aku jawab "Kena mercun" je. Heh

Anyway, sehari lepas kena tu, aku pegi la buat appointment untuk jumpa Dr. kat Adelaide Unicare.



Drama sebelum tangan dibungkus.
 
 
 
 Nothing much, just some Flamazine and bandaged. Laaa...aku pun reti buat kalau macam tu.


 Walaupun tangan berbalut, tetap main henpon (sambil tunggu nak makan Char Hor Fun). Hehehe


 
Masuk semalam, dah 3 kali aku kena gi  buat dressing kat Adelaide Unicare tu. Last Friday, Dr Steven and sorang nurse tu cakap luka dah cantik (read: kering elok). Tapi tadi nurse lain cakap siap tak kasi aku buat dressing sendiri. 
Alahai... aku ni dulu belajar microbiology 3 tahun, takkan la tak reti konsep keeping it sterile vs bacterial infection. Kalau tak, takde la aritu diorang nak cakap luka dah elok. Tapi ni, boleh pulak dia tak bagi aku basahkan luka tu. Mandi pun, suruh bungkus tangan dengan beg plastik. Tu belum lagi aku cakap pasal nak wuduk, kang lagi panjang pulak aku dengar ceramah perdana dia.

It's been a week now. Linda (my colleague who is a nurse) kata, looking at the condition, it might take another week to heal. Hadoiii... Harap-harap cepat la sembuh. Kang bertapuk-tapuk pulak labworks aku menanti.

Okay la..nak sambung buat keje.
Babai... *sambillambaialaMissUniverse*

Wednesday, December 11, 2013

Skincare products yang korang pakai tu selamat tak?


Orang pompuan mana yang tak nak kulit cantik. Laki mana yang stim tengok muka awek/bini penuh jeragat? Entah-entah jerawat naik sebijik kat dahi pun, dah bising.


Semua pompuan mesti nak kulit halus mulus macam vontot baby. Yang kulit tak-berapa-nak-cerah tingin nak jadi putih pucat macam mayat. Aku je kot tak kesah kulit tak cerah, sebab aku kan Latina - bajet Eva Mendes la sangat! (#silamuntahdarah)
Sanggup tempek segala tok nenek skincare, baq hang! Yang mengelupas, yang membakar kulit, semua ada. Jaman sekarang mana main tempek bedak sejuk dah....

Sebelum tu, aku emphasize kat sini... ada sesetengah orang, memang walaupun dia lumur krim ada hydroquinone kat muka dia, serasi. Kulit cantik bersih, putih kemerahan.
Tapi korang kena ingat... Some effects tak nampak there and then, tapi in the long run. Firstly, kulit jadi nipis so prone to harmful UV rays. Secondly, yang absorb dalam kulit tu, masuk ke blood stream. Then boleh masuk ke organ dalaman kita. Hati ke, buah pinggang ke. 

Unless korang ni Iron Man, lantak korang la nak pakai apa pun. Jangan esok-esok wad kat hospital-hospital kat Malaysia penuh, sudehhh.

Ni aku dah copy balik senarai  PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM...siap dengan nombor notifikasi untuk rujukan (kang kata aku memandai reka pulak).
By right, products ni semua dah tak boleh  diimport/ dikilang/ diedar/ dijual kat Malaysia, tapi standard la kan... ada je orang buat lagi. Duit punya pasal.

Rajin-rajinkan le diri membaca sikit pasal effects of mercury ye. Ni aku bagi link sikit. Baca SINI. Yang ni pulak untuk hydroquinone -->Baca SINI
Yang lain, sila google sendiri. Biasa dia...semua nak spoonfed!

2013

Aveana Night Revival Cream
NOT110404581K
Tretinoin
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.  Owi Lab (M) Sdn/ Bhd.  

Blemished Skin Ampoules
NOT110204305K
Asid Azelaik
Noble Aspect Sdn. Bhd.  Noble Aspect Sdn. Bhd. 

Golden Horse B&W Cream - GH902-1
NOT120905460K
Merkuri
Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.  Chin San Chemical Works, Taiwan

Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone
Europe Cosmeceutical Industries  Sdn Bhd  Centre De Recherches Biocosmetiques S.A., Switzerland 

Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury 
Auraqu Enterprise  CV Raja Kosmetik, Indonesia

Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury
Auraqu Enterprise  CV Raja Kosmetik, Indonesia 

SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury 
SF Infinity Resources  Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise) 

Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan 1 Khazanah White Pembersih
Wajah NOT05040954KE Hydroquinone 2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone 3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone 4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone 5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone 6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin - See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan 1 Khazanah White Pembersih
Wajah NOT05040954KE Hydroquinone 2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone 3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone 4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone 5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone 6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin - See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf

SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury
SF Infinity Resources  Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)



Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
Haresh Enterprises Sdn Bhd  Re-X Products Co., Ltd., Thailand

White Complex
NOT100801451K
Tretinoin
NB Natural Beauty Facial & Slimming (Uda) Sdn. Bhd  Cylin Cosmetic Sdn Bhd

SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury 
Shin Viky Beauty Global  Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan

SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury 
Shin Viky Beauty Global  Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan






Huhhh..Banyak jugak. Ni belum kira lagi products yang belum diorang test.
Punah harapan nak cantik. Okay..list untuk products yang kantoi tahun-tahun sebelum ni pulak...


2012
 
Daily Protecting Cream - Joie et Beaute 
NOT100778850K / NOT100602230K 
Mercury  

La Bliss Skin Brightening Cream 
NOT100200697K 
Tretinoin 
 
Sans Dynamic Intensive Light Cream 
NOT100400422K 
Mercury
 
Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion  
NOT100403485K
Mercury
 
Bio-Clear Intensive Renewal Complex 
NOT120503338K Tretinoin 
 
MS Wellmood Enhancing Cream 
NOT100602405K Tretinoin 
 
Renewing Cream 
NOT100101066K 
Tretinoin 
 
E Beaute Total Revitalizer Night Cream 
NOT100601840K 
Mercury
 
MS Wellmood Lightening Complex 
NOT100601840K
Mercury
 
Multi cream
NOT100764415K 
Tretinoin
 
DQISTEE Night Cream
NOT100802185K 
Mercury 
 
DQISTEE Beauty Day Cream
NOT100802184K 
Mercury 


2011
Sensual Whitening Cream 
NOT100751321K 
Mercury 

Derma-Rx Arbutin-R Cream 
NOT090601556K 
Tretinoin & Hydroquinone

DS1 Blemish control cream
 NOT091201931K 
Azelaic Acid

EZEE Sunblock Cream 
NOT100601213K 
Mercury 


Montagne Jeunesse Chocolate Masque 
NOT090700043K 
Lead
 *yang ni nyaris 3hari lepas aku nak beli sebab Lil Adam kata lawak kalau aku tempek coklat kat muka*


2010

NV Toner Treatment No 1 
NOT05010130KE 
Hydroquinone & Tretinoin

NV Toner Treatment No 2 
NOT05010129KE 
Hydroquinone & Tretinoin

Zara Rejuvenation Cream 
NOT04081873KE 
Hydroquinone 

Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream 
NOT081201209K
Tretinoin

Pigmentation Recovery Complex 
NOT081200745K 
Tretinoin

De Putih Night Cream 
NOT05100878KE 
Tretinoin

BML HB LOTION 
NOT090701336K 
Tretinoin & Hydroquinone

Krim Malam Shana 
NOT090600820K 
Tretinoin & Hydroquinone

 
Natasya Gold Krim Herba 
NOT091100971K 
Tretinoin & Hydroquinone

Biotox Whitening Hydro Cream 
NOT007061310K 
Dexamethasone

Yoko Whitening Cream 
NOT080100330K 
Tretinoin

Sue Beauty Night Treatment Cream 
NOT080600138K
 Tretinoin

 

2009

Felisa Gentle Peeling Solution 
NOT07080210KE 
Tretinoin

Krim Malam Rahsia Rimba 
NOT080801112K 
Hydroquinone

Biocosmet Whitening Essence Cream 
NOT07122920KE 
Hydroquinone

H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream 
NOT04102838KE 
Hydroquinone

Magixpress Lightening Plus 
NOT07121009KE 
Hydroquinone

A.Vant Cream 
NOT05022860KE 
Tretinoin

Eriesya Spa Beauty Cream 
NOT07122412KE 
Hydroquinone

Natasya Krim Herba 
NOT07090337KE 
Hydroquinone & Tretinoin

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya 
NOT03090150KE 
Tretinoin

Ratna Sari Whitening Night Cream 
NOT080700826K 
Tretinoin

ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream 
NOT04082451KE 
Hydroquinone

Chantique - Whitening Night Cream 
NOT04121404KE 
Tretinoin

 

2008 

 Khazanah White Pembersih Wajah 
NOT05040954KE 
Hydroquinone

Gloskin Krim Malam & Siang 
NOT05082557KE 
Hydroquinone

Reena's Astringen Lanjutan 
NOT05010659KE 
Hydroquinone

Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk 
NOT07020213KE 
Hydroquinone

EETYE Whitening Cream 
NOT06080859KE 
Hydroquinone

O'Lynn Skin Lightening Cream 
NOT06110164KE 
Tretinoin


p/s:
List updated : July 2013
Source:
National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB), Ministry of Health

Sori la aku tak tepek semua gambar. Cuma letak a few yang aku rasa agak familiar (at least aku selalu dengar/nampak kat stalls dan online shops).

Aku tau maybe ada yang sentap kalo tengok skincare products yang dia pakai ada tersenarai. Cuak terus nak buang dan beli baru  (make sure tak beli yang 2x5).
Yang meniaga, apatah lagi. Harus sentap 7 keturunan tak mau cakap dengan aku, sebab rasa aku tuang pasir dalam periuk nasi diorang. Bila customers tanya, diorang akan jawab "Ooo...itu yang palsu punya." 
Whatever lah. Kulit masing-masing jugak yang nak lawa, nak kerepot pun. Kalau tak kulit, yang nak dapat cancer nanti pun, badan masing-masing kan? Sebagai researcher yang dok study pasal skin, dan yang ada le ilmu sikit pasal health... aku rasa aku patut share benda ni.

Satu aku nak ingatkan... kalau products yang korang pakai takde kat senarai ni, jangan le confident sangat. Sebabnya ada jugak company yang menipu... bila mintak samples untuk test, diorang bagi yang 'confirm suci lagi selamat' punya. Ye la, bodoh apa dia nak bagi samples yang mengkantoikan diri kan?




Okaylah noks. Kulit mak pun tak la cantik mana sangat. Dah la... Mak nak gi berwuduk la untuk naikkan seri muka. Kalau tak jadi gak, mak nak tempek kuih seri muka kat muka pulak.

Babai.
Feel free to share.
Bil
Nama produk
No.notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
Pemegang Produk
Pengilang
Label
1.
Aveana Night Revival Cream
NOT110404581K
Tretinoin 
 Owi Lab (M) Sdn. Bhd.  Owi Lab (M) Sdn/ Bhd.   PDF. 247KB 
 2.
Blemished Skin Ampoules
NOT110204305K
Asid Azelaik
 Noble Aspect Sdn. Bhd.  Noble Aspect Sdn. Bhd.  PDF. 390KB 
 3.
Golden Horse B&W Cream - GH902-1
NOT120905460K
Merkuri
 Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.  Chin San Chemical Works, Taiwan  PDF. 522KB 
 4.
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone 
 Europe Cosmeceutical Industries  Sdn Bhd  Centre De Recherches Biocosmetiques S.A., Switzerland  PDF. 450KB 
5.
Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury  
 Auraqu Enterprise  CV Raja Kosmetik, Indonesia  PDF. 174KB
6.
Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury 
 Auraqu Enterprise  CV Raja Kosmetik, Indonesia  PDF. 170KB 
7.
SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury  
 SF Infinity Resources  Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)   PDF. 135KB 
8.
SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury 
 SF Infinity Resources  Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)   PDF. 135KB   
9.
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
 Haresh Enterprises Sdn Bhd  Re-X Products Co., Ltd., Thailand   PDF. 277KB
10.
White Complex
NOT100801451K
Tretinoin
 NB Natural Beauty Facial & Slimming (Uda) Sdn. Bhd  Cylin Cosmetic Sdn Bhd   PDF. 302KB
11.
SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury   
 Shin Viky Beauty Global  Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan 
 N/A
12.
SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury   
 Shin Viky Beauty Global  Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan 
 N/A
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf
Tahun 2008
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf
Tahun 2008
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf
Tahun 2008
Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.rv2F2Hqw.dpuf

Friday, May 17, 2013

Apakah cintamu cuma pada boobs?

Aku pernah tanya kat lelaki "Which part of a woman that attracts you most? Muka yang cantik, atau the lady lumps?"

Ada lelaki yang anggap - apa guna seksi berbonggol-bonggol kalo muka pecah rumah? Some others think 'bumper belakang' itu lebih sexy.
Dan ada juga yang anggap, biar la awek berwajah ke'desa'an, asalkan body mantap ala Zila Bakarin. Especially merujuk kepada b(._|_.)bs lah. Typical kan? 


Whatever.

Tapi kelmarin, setelah satu dunia dapat tau tentang the truth that Angelina Jolie dah buang kedua-dua belah breasts dia (yang tertinggal ketapi, sila baca kat SINI) masing-masing pakat jadi judge.


Maybe lepas ni asal nampak je gambar dia, terus usyar kat dada. Cheh!
Apa kes? Nak tengok how is it like having implants?

Nak perhati sambil komen "Elehhh...bukan real b(._|_.)bs pun!"
So what?

Well, actually masa aku post tentang skin sample yang aku perlu daripada abdominoplasty aritu (read HERE) aku lupa nak mention... memang antara bahagian yang paling banyak di'operate' dan donated adalah bahagian b(._|_.)bs. I mean, dada.
Sebab nak tunggu orang operate untuk buang isi lebihan yang berlipat-lipat kat pinggang tu,.. maybe susah sikit. Berkurun la kot nak dapat kalau sekadar tunggu orang go under the knife untuk cantik. Lagi mudah tunggu skin samples daripada orang yang terpaksa operate dan buang isi diorang atas faktor kesihatan, macam kes Angie ni la- in which orang buang siap-siap (undergo mastectomy) when they know they are at risk.


Cuma kan..bila fikirkan mentaliti orang kita yang anggap Ohhh-Angelina-Jolie-tu-taklah-sexy-pun-sebab-dah-tak-sejati, aku rasa pathetic sangat orang-orang macam ni.
Nak nak kalo jantan la yang cakap tu.

Apa kau ingat b(._|_.)bs tu cuma objek seks?

Malang betul sapa yang jadi bini orang macam ni.
Cinta tu cuma pada fizikal. 
Sebab b(._|_.)bs besar? Sebab muka cantik?
Lama-lama bila b(._|_.)bs si bini dah kendur, mula la gatal cari pucuk muda yang perlu sugar daddy.
Nanti muka si bini dah start ada wrinkles mula la komplen "You ni tak pandai berdandan la."
 
How shallow.

Yang pompuan pun sama la...

Nak sangat tayang b(._|_.)bs tu buat apa? Macam kau sorang la ada.

Esok-esok tua, kalau pun dada masih cekang macam Pamela Anderson, kau ingat tak reput ke bila dah dalam tanah? Reput jugak.  Sama je macam b(._|_.)bs kendur orang lain tu.

Thursday, April 4, 2013

Danggg! Throat cancer EVEN IF u don't have hot drinks!



I was rushing this morning.Nak cepat sampai ke lab, sebab nak run experiments. Nyaris-nyaris lupa ambil jacket/sweater. Dah la pagi tadi sejuk giler. Dengan berangin lagi.
So, sempat aku masuk balik dalam rumah dan capai jaket kat coat rack. Jacket koko aku. Then off I jumped into the car. MrHubby dropped Lil Adam, dan drop aku sekali.

Sekali bila aku nak pakai...
Laaa...ni jaket laki aku daaa...
Dah tak pasal-pasal aku pakai jaket gedoboh arini.


Brrr...sejuk betul arini.
Baru sebulan masuk autumn, dah rasa macam winter.


Musim sejuk-sejuk ni, it is nice to have a hot cuppa while watching the TV kan?
MrHubby and I both do not like super hot drinks though. Leceh nak minum panas-panas sangat. Melecur tekak, or lidah boleh hilang tunas rasa for a week.
So, we usually will put three-quarter hot boiling water to brew our tea/coffee, and add another quarter of room-temp water after a few mins.



You don't play play aaa... if it is piping hot, boleh melarat jadi throat cancer tau.

Haa...yang suka minum air sejuk or air biasa (at room temp) tu jangan rasa selamat sangat ekkk.
You are still at risk if you HAVE A THROAT OR MOUTH.

You see.. you see...


Hahaha



Tuesday, March 19, 2013

Istihadhah- Cis! Angkara dia rupanya


Masa jaman anak dara (belasan tahun) dulu, aku selalu alami istihadhah. Lepas abis period, gap dalam beberapa hari, lepas tu 'period' balik. So, dah jadi satu keje pulak aku nak kira balik whether darah tu istihadhah ke atau period. Kalau istihadhah, maksudnya aku tetap kena solat dan buat amalan-amalan fardhu yang lain.

Korang bayangkan la. Jenuh jugak duit aku spend membeli pads je. Kalau outing ke Great Wall masa dok asmara asrama dulu, aku akan borong pad selambak - sekali beli 3 bungkus besar, dah macam bawak bantal peluk/ bolster pulak.
Tapi aku tak main la bungkus-bungkus pad dengan sokkhabar macam orang dolu-dolu beli kat kedai runcit. Nak malu apanya? Dah aku nak pakai, aku beli je la. Hahaha.

Masa tu dah takde maknanya aku nak pakai Whisper atau Kotex Super Long with Wings yang mahal tu. Aku beli je mana-mana yang murah, sebab balik-balik nak kena kerap salin dan buang jugak kan?
Habis duit dok spend buat beli pads je.




Mula-mula aku susah hati, takut la penyakit ke apa ke. Tapi bila dah konsisten sangat macam tu, aku buat derk je la.
Tapi bila orang kata "Eh, baik kau pegi check, mana la tau ada apa-apa ke?".(Read: penyakit, bukan baby).. aku pun mula gelabah hanjeng balik, dan start meraban fikir pasal nak jumpa doktor.

I was also referred to ke Hospital Seberang Jaya. Dr check itu ini. Prescribed progesterone berbotol-botol. Tapi lepas aku baca pasal side effectsnya, aku stop makan ubat tu. Seal botol ubat tu masih intact. Tapi bila mak dan abah terjumpa, boleh pulak diorang ingat aku makan pil perancang! Duh! Lawak betul.

Aku gi HKL, refer kat Pakar Perunding bagai. Dari subuh dah kena naik bas dari Shah Alam, sampai HKL pukul 8 cenggitu,tunggu sampai tengahari baru dapat jumpa Dr, semua macam takde perubahan pun.

Then, Abah bawak aku pegi klinik apanamantah yang kononnya Dr tu hebat giler ahhh. Sebelum masuk, Abah pesan kat aku "Hang cerita semua-semua kat Dr tu tau!" (maksdunya jangan sorok apa-apa la).

Last-last, setelah dengar hikayat penglipurlara daripada aku, Dr hebat tu cuma conclude "Maybe awak stress belajar kot. Nanti bila dah abis belajar, okay la tu."
Bila aku bagitau Abah, muka Abah tak puas hati. Hahaha :P

Maka, sejak hari tu, aku dah malas nak amik peduli pasal istihadhah.
Aku cuma dalami ilmu pasal pengiraan istihadhah.


Ha...sebut pasal ni,  kiraan hari untuk istihadhah adalah berbeza. Kalau yang on regular basis (tiap bulan confirm period terlebih hari) lain cara kiraannya, yang sekali sekala je extended menstrual cycle ni lain cara pengiraannya.
Aku nak explain panjang berjela pun, aku tak berapa ingat... sebab masa tu aku hanya focus kepada kes terpencil aku je la. Tapi aku ingat, buku tu aku pinjam daripada my BFF, Bibah- ada gambar bunga ros dan percikan darah (ilustrasi je la) kat cover buku tu. So, korang boleh la cari sendiri. Kalau tak jumpa buku tu, korang roger aku, kita buat Jejak Kasihan mencari Bibah. Hehe


Recently, aku dapat info atas info daripada Ust. Nor Hafizah Musa (Kelas Pengajian Fiqh Wanita Siri 3/2013, kat Malaysia) bahawa... (Aicehhh...aku guna perkataan 'bahawa'! Sila kagum dari kejauhan)


"Antara faktor keluarnya darah istihadhah dan keguguran adalah KERANA MASUK BILIK AIR MASA AZAN TENGAH BERKUMANDANG!!!"
Maksudnya masa syaiton dan tenteranya berlumba-lumba masuk toilet, masa tu jugak la kita join diaorang  diaekor. So, masuk la toilet sebelum atau selepas azan.


Bila fikir-fikir balik, ada betulnya kot. Maybe dulu aku poyo nak solat awal waktu, sebab kan pahala  untuk yang dah siap berwuduk menunggu waktu solat tu lebih besar. Dan pahala untuk orang yang sedang berwuduk tu mesti la lebih besar daripada orang yang dok terhegeh-hegeh buat kerja lain masa azan (a.k.a melengah-lengahkan solat).
Nak dapat pahala paling besar tu, maybe aku tak mampu la. So, maybe sebab tu la masa azan berkumandang, aku kalut gi masuk bilik air untuk berwuduk. Hmmmm...
Aku rasa la.


So, untuk protection yang ampuh lagi kebal, moh le kita amalkan baca doa ni (doa yang Rasulullah SAW ajar kepada Hasan dan Husin untuk berlindung dari gangguan iblis dan syaiton).





Ada orang panggil doa ni 'doa pelindung bayi'.
Kira sama la tu, sebab memang nak elak daripada syaiton pun kan? Tak kira la untuk baby ke, orang tua ke.

Well, speaking of prolonged menses ni... kerana istihadhah ni jugak la aku terpoyo dengan MrHubby masa nak kawen dulu. We discussed on the what-if's aku susah nak conceive, sebab period tak teratur. Siap beria-ia bincang dan setuju untuk ambil anak angkat. 

Sekali, lepas kawen, aku sempat period sekali je. Hahaha.
Ini semua poyo!!!

Eh, poyo..poyo jugak... jangan lupa amalkan doa tu.
Moga kita sentiasa dilindungiNya...

Friday, February 3, 2012

Dear my extra fats...


Most people yang selalu jumpa aku, yang dah setahun tak jumpa aku lately komen yang kata aku dah berisi sikit.... Tapi diorang kata naik kat pipi je la.
Cer korang tengok. 


Berisi tak?
*jegilkan mata supaya korang tak berani jawap 'ya''. Hehe



Tu la masalah aku. Berat nak naik sekilo pun susah. Rasanya sekarang, it's about 47kg (naik la sekilo dua drp sebelum preggy).
 Paling tinggi pun, 48kg, which is still waaaay low for my 165cm height. BMI tu tak pernah ideal. Asyik underweight. 

Aku tak kisah kalo berat aku naik. Tapi aku lorat... super-lorat... kalo yang naik tu nampak tang pipi je. Benci tau!

Yer la... orang nampak gambar passport, mesti kat muka je kan? Orang akan ingat aku ni 'tembun' ke...apa ke...
Kalau nak naik pun, sekilo dua tu...cer berkumpul kat tangan ke (tangan aku nampak urat/tulang timbul...huduh la!)....tang kaki ke....hehehe...atau errr.....



p/s:
Lately, I have been craving for moist choc cake. Bila hadap je sorang-sorang, terus lupa isi tu naik tang pipi. Hahaha
 


Tuesday, January 31, 2012

Medical bills-dah banyak mana kalau takde panel clinics?



Early this year, Lil Adam and Lil Adib merasa la menyedut nebulizer tu sebab dah jenuh selesema. 
Lil Adam masa kecik dulu, melalak-lalak kalo disuruh sedut benda alah ni..tapi sekarang dengan rela hatinye....

Lil Adib pulak...well, budak cool kan? So, dia relax je la sepanjang 5minit tu.



Bila aku belek-belek balik medical bills yang dibayar oleh tempat keje aku ni kat panel clinics... actually banyak le jugak...

Cer kita tngok sama-sama...

Tahun 2006 RM31 je. Hehehe.
Sebabnya? Aku gi klinik sekali je. Lagipun I joined in August. So, 5 bulan terakhir je la.


Tahun 2007.
Jumlah Keseluruhan RM 1,308.
Fuh. Meningkat dengan jayanya.
Maklum la..time ni, aku dah kawin. So, bil ni termasuk untuk 3 orang la, dengan MrHubby dan sorang anak. Lil Adam lahir dah by September...

2008 pulak...total bills naik sikit. RM 1,608.80
Well, those compulsory vaccinations la kot.

Tahun 2009 je baru bil menurun jadi RM 1,156.65.
Maybe sebab semua dah stabil. Except that aku dok bersungguh-sungguh trying to conceive. Haha


Tahun 2010, bil mencanak balik sampai jadi RM 2,147.25.
Haaa..ni sebab aku preggy la nih. So, I assume mostly untuk check-ups la. Takleh salahkan Lil Adib, sebab dia lahir dah betul-betul hujung tahun...so, ubat untuk dia tak termasuk lagi.

Last year (2011), bil menurun balik jadi RM 1,529.28.
Hmmm...ni kira sebab dah tak banyak sakit kot. Agaknye la.

Kalau kira-kira balik...ish...mau rabak poket kalau takde klinik panel kan?
Tapi jangan risau la... Alhamdulillah... yours truly memang takde penyakit pelik-pelik. MrHubby dan anak-anak pun macam okay je. 

Rasa rugi jugak bayar insurans tiap-tiap bulan. Hahaha. Dasar pelokek aku ni. Huahuahua.

Eh...yang ni ni....


BUKAN NEBULIZER la, Lil Adib oiii...
Yang tu pam susu Mama tu.
Haishhh..budak ni pantang nampak beg susu tu, jenuh dia punggah....


Nuffnang ads

My Heartbeat