Showing posts with label alkisah artis. Show all posts
Showing posts with label alkisah artis. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Dewi Remaja 1986 -tak boleh blah

You'll have to watch this to make your day!
Kahkahkahkahkah.


Sapa yang tak pernah dengar pasal Dewi Remaja? Sebaik-baik manusia yang tak lagho pun, pernah dengar kot pasal beauty pageant ni. Initiated by Majalah Remaja, yang sangat 'in' satu ketika dulu.

Ada yang celik-celik mata je kenal Scha Alyahya dengan Neelofa. Kalau batch aku maybe familiar dengan Irene Santiago, Azah Aziz, Wan Khatijah, Juliana Banos, Annahita Bakavoli. Tapi tak ramai yang tau Umie Aida, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim pun muncul dari pencungkilan bakat yang sama (tahun je berbeza).


Okay, kita pause jap cerita tu.
Korang tengok dulu DEWI REMAJA 1986 ni.

Warning: 
Aku tak galakkan yang pregnant tengok video ni. Yang tengah menunggu hari nak bersalin pun, maybe jangan tengok lagi...takut terbersalin awal pasal banyak sangat gelak. Kihkihkih.

Haishhh...Macam-macam style ada.
Tapi aku bagi hint sikit la untuk korang observe. Confirm korang akan terkekeh-kekeh punya.


  • Pengacara tu, sapa tak kenal kan? I follow....
  • Semua rambut adalah sepesen. Rambut kembang tu dah memang 'in' time tu. 
  • Mekap berjahang dengan pipi macam baru kena lempang, bibir merah ala-ala 1km pun dah boleh nampak dia datang dari jauh.
  • Yang berwajah desa masih tak dapat camouflage, maybe teknik mekap zaman tu x sehebat zaman sekarang.
  • Dan yang paling best...korang tengok minit ke 2.45. Perhati catwalk dia. Dan kalau korang minat sangat dengan dia... dia muncul lagi minit ke 11.20.

BTW, Sheril Aida tu zaman 80-an tu glamer la jugak sebab jadi artis. Dan dia adik Syed Sobri.
Tengku Anis Ismail dan Noraini Ismail tu pun katanya jadi model/pelakon sikit-sikit.
rehanna Yassin tu adalah heroin citer Gila-Gila Remaja, yang Faizal Hussein jadi Azroy tu.



Sekarang bila aku calculate balik... diorang ni umur 44-50 tahun. Aku wonder la camna rupa diorang sekarang ni. Dan maybe diorang cerita kat cucu-cucu diorang yang dulu diorang ni ratu cantik (gichhhew!) Ngehehe.


Okay...tu cerita 28 tahun yang lalu.
Kita imbas balik dewi-dewi yang lepas.
Credit to : Onesteptobe

Aleeza Kassim- Dewi Remaja tahun 87/88.
Memang lain gila la muka dia dulu kan? Apa sudah jadi?


Apa pun, time tu Aleeza ni hot la. Siap jadi model video klip Shidee tu. Lagu Janganlah Menghancurkan. Kahkahkah. Level Shidee je? Sekarang mesti Aleeza  tak main la takat Shidee ni.
Aku search videoclip lama tu takde pulak...cuma ada yang re-make je.



Dewi Remaja tahun 1990/1991n pulak- ada Jasmin Hamid, Kuza, Umie Aida...
Jasmin Hamid sekarang masih bergetah, masih aktif berlakon. Muka makin cekang.



 Kuza dah slow down sikit.


Umie Aida time tu guna nama glamer lain -Ermi Zura.





Yang posing angkat ketiak ni...korang kenal?
Alaa..yang selalu dengan bulu mata pelesu tu! Cik Ta lerr. Rozita Che Wan.




Juliana Banos- Dewi Remaja 1998/1999.
Dah kawen dah dengan orang kaya En Mokhtar dia. Bahagia je dengar ceritanya.
Tahun yang sama jugak, Wardina pun masuk Dewi Remaja.


Rita pun bertanding tahun yang sama jugak. Maybe tak ramai yang ingat, dulu dia jugak model untuk iklan bedak Chrissie, yang ada la dalam 10 kali kot dok ulang "Chrissie...mmm wangiii..." 
Hahahaha


Kalau korang pegi karaoke, cari la lagu Selingkar Kasih (Rem), dapat la tengok Rita jadi model video clip tu. Eh takpe..ni aku dah attach kat bawah ni...




Okay...yang baru sikit. Annahita. Dewi Remaja 2003/2004.





Annahita ni masa aku terserempak kat UiTM, aku tak puas hati sebab dia tak tinggi. Hewhewhew. ye la kan. Aku expect at least tinggi paras aku la. At least.
Anyway, lepas kawen dengan Dato, sekarang Annahita dah senyap.



Scha Alyahya- yang ni ramai orang kenal kot.  Dewi Remaja 2005/2006.
Time tu takde lak orang sebut-sebut pasal hidung ekkk? Ooops.


Lagi satu yang ni. Neelofa. Dewi Remaja 2010.
Dengar kata Neelofa pun tak tinggi sangat. Maybe la kot. Sebab adik lelaki dia ada je study kat Adelaide ni, aku nampak pun tak berapa tinggi sangat.


Dah...dah.
Korang jangan nak kata aku tua pulak. Korang tak kenal dewi-dewi remaja yang lama tu bukan sebab korang muda, tapi sebab diorang dah tak berapa aktif dalam industri hiburan sekarang kan? Kan?

Monday, June 3, 2013

Kelles kau Jah, dengan telekung pun boleh



Medley lagu-lagu Britney, NSync and Backstreet Boys.

Sedap suara minah ni.
Agak-agak nanti ada penerbit nak ketengahklan bakat dia, dia kekal muncul dengan telekung tak? Hehehe.



Friday, May 17, 2013

Apakah cintamu cuma pada boobs?

Aku pernah tanya kat lelaki "Which part of a woman that attracts you most? Muka yang cantik, atau the lady lumps?"

Ada lelaki yang anggap - apa guna seksi berbonggol-bonggol kalo muka pecah rumah? Some others think 'bumper belakang' itu lebih sexy.
Dan ada juga yang anggap, biar la awek berwajah ke'desa'an, asalkan body mantap ala Zila Bakarin. Especially merujuk kepada b(._|_.)bs lah. Typical kan? 


Whatever.

Tapi kelmarin, setelah satu dunia dapat tau tentang the truth that Angelina Jolie dah buang kedua-dua belah breasts dia (yang tertinggal ketapi, sila baca kat SINI) masing-masing pakat jadi judge.


Maybe lepas ni asal nampak je gambar dia, terus usyar kat dada. Cheh!
Apa kes? Nak tengok how is it like having implants?

Nak perhati sambil komen "Elehhh...bukan real b(._|_.)bs pun!"
So what?

Well, actually masa aku post tentang skin sample yang aku perlu daripada abdominoplasty aritu (read HERE) aku lupa nak mention... memang antara bahagian yang paling banyak di'operate' dan donated adalah bahagian b(._|_.)bs. I mean, dada.
Sebab nak tunggu orang operate untuk buang isi lebihan yang berlipat-lipat kat pinggang tu,.. maybe susah sikit. Berkurun la kot nak dapat kalau sekadar tunggu orang go under the knife untuk cantik. Lagi mudah tunggu skin samples daripada orang yang terpaksa operate dan buang isi diorang atas faktor kesihatan, macam kes Angie ni la- in which orang buang siap-siap (undergo mastectomy) when they know they are at risk.


Cuma kan..bila fikirkan mentaliti orang kita yang anggap Ohhh-Angelina-Jolie-tu-taklah-sexy-pun-sebab-dah-tak-sejati, aku rasa pathetic sangat orang-orang macam ni.
Nak nak kalo jantan la yang cakap tu.

Apa kau ingat b(._|_.)bs tu cuma objek seks?

Malang betul sapa yang jadi bini orang macam ni.
Cinta tu cuma pada fizikal. 
Sebab b(._|_.)bs besar? Sebab muka cantik?
Lama-lama bila b(._|_.)bs si bini dah kendur, mula la gatal cari pucuk muda yang perlu sugar daddy.
Nanti muka si bini dah start ada wrinkles mula la komplen "You ni tak pandai berdandan la."
 
How shallow.

Yang pompuan pun sama la...

Nak sangat tayang b(._|_.)bs tu buat apa? Macam kau sorang la ada.

Esok-esok tua, kalau pun dada masih cekang macam Pamela Anderson, kau ingat tak reput ke bila dah dalam tanah? Reput jugak.  Sama je macam b(._|_.)bs kendur orang lain tu.

Wednesday, May 8, 2013

Nak bini macam Aishwarya, laki macam Ashraff Muslim?

Dulu semua (okaylah bukan semua, most) lelaki teringin nak ada bini macam Aishwarya Rai. Maklumlah... bak kata lagu jaman kecik-kecik dulu...
"Hidung mancung seludang... ♫ ♪ betis bagai bunting padi ♫ ♪ sungguh cantik dipandang ♫ ♪"



Tapi bila lepas beranak... dia mengembang macam tertelan Mauripan,  dagu pun macam kek terlebih baking soda... terus semua pakat kata 

 "Aku maksudkan Aishwarya lain la. Bukan yang ni...." (#cover malu)

"Eh...aku bergurau je dulu tu. Muka aku ni, mana la layak dapat yang lawa macam tu" (#baru sedar diri)






Itu untuk lelaki.
Yang pompuan pulak, arakian keluar cerita pasal Ashraff Muslim kawen dengan Dayana, tetiba terus ngaku minat kat si Ashraff. Walhal sebelum tu tak pernah kenal pun mamat ni berlakon cerita apa.

Almaklumlah... orang ada rupa, dan alim (masa tu kan dia baru je menceburi bidang perubatan Islam). Maka regardless tahap kegedikan dan kelawaan diri, pakat-pakat la jeles kat si Dayana. Siap ada yang meng-offer diri lagi nak kawen dengan Ashraff.


Sekali...bila semalam keluar cerita pasal Ashraff berniat nak kawin lagi satu, tapi Dayana redha... ramai la yang mengutuk dia. Termasuk la pompuan-pompuan yang dulu gilakan si Ashraff ni. Ramai yang kata baru tiga tahun kawin tak dapat anak, dah gatal nak menikah lain (walhal dia tak sebut pun nak poligami tu sebab zuriat). 
Yang lagi aku pelik, si Dayana tu dah cakap redha, ramai pulak yang 'I-feel-you' dan membantah-bantah.


Aku pelik sangat orang kita ni. Mengaku tahu poligami tu halal, diizinkan Allah. Bukan takat dua... empat pun boleh.
Tapi bila bukak topik ni kat dalam Facebook ke, radio ke, mana-mana pun la... mesti jadi panas.


Nak lagi lawak, aritu masa berborak dengan dua orang kawan aku, sorang tu punya la semangat cakap "Aku tak halang poligami, asalkan bukan dengan suami aku!"

Pulak dah. Kejadah apanya cenggitu? Allah takde bagi exception la.


Bagi lelaki pulak, memang ada suami-suami yang tahu kemampuan dan kemampusan masing-masing kalau ada niat nak pasang lebih daripada satu.
Ye la kan... Memang susah nak berlaku adil.
Kang yang muda suruh stay overnight, yang tua mesti 'merengkam' dalam hati.
Kang sorang minta cincin penuh jari, sorang lagi minta gelang sampai siku tak boleh nak bengkok.



Aku pernah berbicara hati-ke-hati pasal poligami ni dengan MrHubby.
Alhamdulillah setakat ni hati aku kuat lagi. Dan Alhamdulillah so far dia pun rasa tak perlu ada orang lain. Or maybe dia rasa dah jenuh layan aku sorang tak tau la, kan? Hahaha

So, setakat ni kalau orang kata kat aku nak ngorat laki aku (maybe dia bergurau je), aku masih boleh jawab "Sila la. Tu pun kalau dia nak kat awak..."

Bukan berlagak. Tapi walaupun kita sayang kat suami, bukan ke kita masih ada anak-anak?
Kalau takde anak, kan ke kita masih boleh ngadu kat Allah?

Lain pulak ceritanya kalau tanya si pompuan yang bakal menjadi bini muda. 
Haaa...cer sembang dengan mana-mana pompuan yang 'berkawan' dengan suami orang. Lembut gigi dari lidah. Sanggup berkongsi. Akan memahami. Takkan minta lebih-lebih. Cukup la sekadar berada di sisi. 
Tapi bila call tak berjawab, terus mengamuk mogok tak nak makan. Whatthe? 
Merajuk. Berazam dalam hati- tak nak dah jawab nanti si laki tu call balik (tapi cair bila dapat delivery bunga sejambak).
Bila tiba masa mengandung, terus naik syeikh! Rasa kena tinggal. Bila pegi check-up sorang-sorang, rasa macam terabai, dan laki-tak-guna-yang-dicintai-tu cuma tau sedap je. #ifyouknowwhatimean

Tapi kan... aku tengok dalam ramai-ramai perempuan yang mengaku alim, nampak alim, memang alim.... tak semua yang mampu terima hakikat bahawa ALLAH YANG PEGANG HATI KITA. Dia yang berkuasa nak tetapkan hati kita, cinta sampai mati kat sorang tu je atau tetiba rasa gatal nak ada spare part.


Sekarang kulit cekang, muka lawa... boleh la "I lap yu, you la satu-satunya."
Esok-esok bila poket dah tebal, dah pandai pilih caddy comel-comel masa main golf.. dah pandai pegi overseas trip dengan kengkawan yang sama-sama botak dan buncit... maybe dah lain ayatnya.

Bini pulak asyik sibuk dengan kelas poco-poco sebab nak bagi kurus atau sibuk dengan MLM nak tambahkan kekayaan.
Masa tu, ayat untuk pasangan tu masih sama lagi ke?


Cer fikir jap...
Kita lupa kan?

Allah tu dah izinkan poligami, so kita ni siapa yang nak emotional marah-marah kata tak boleh?

Hmmm...

Dan aku terus menggaru-garu dagu...


Tuesday, March 12, 2013

Sos = Anuar Zain vs Black

MrHubby is very particular when it comes to chilli sauce. He has a very distinct tastebuds, kononnya la. 
 
Aku? Huh... Semua aku tibai je.
Bagi aku takde beza pun sos cili Kimball ke, Ayam Brand ke...Itik brand ke.
Yang beza ketara adalah sos cili dengan sos tomato. Dan sos tiram. Hehehe. Yang tu kalo tak reti beza, memang terang-terang sangat la buta rasa.
Oh ye, dan lagi satu, sos cap Arnab- yang selalu mamat burger guna untuk jual kat burger stall  tu. Yang tu memang rasa tak berapa best sikit la.

Maka, sejak kawin, bila pergi Tesco, masuk je lorong sos, MrHubby la yang akan decide nak capai botol sos yang mana satu untuk bubuh dalam troli.
Biasanya  Kimball, Maggi dan Life je yang akan dipilih. Kalau masa tu takde sale, memang nasib la.
 




Baru-baru ni, masa mencicah jemput-jemput, MrHubby tanya aku "Sos kita dah abis kan?"

Me: Kan ada lagi. Banyak lagi tu. Sos untuk masak pun ada selambak lagi dalam fridge.

MrHubby: Mana sama.

Me: Eh..kan ke brand Kimball tu. Sama la rasa dia, macam yang dalam botol tu kalau dah brand sama.

MrHubby: What if Ayah kata Anuar Zain dengan Black tu sama?

Me: *buat-buat cool* Okay apa. Tak kisah la... at least, Black pun suara sedap.

MrHubby: Tau pun tak sama.

Dalam hati aku...
Cisss...ada ke patut disamakan AbangNuar chentaku ittew dengan Black?
Oh well, Black tu muka hensem la jugak. Tapi manakan dapat dibanding dengan Anuar Zain.


Latest pic, semalam AbangNuar gunting rambut. Auwww... Hensem lah!

Friday, December 7, 2012

When I Was Your Man


 
It might not be relevant that much to me anymore, tapi kira boleh la untuk adik-adik/students yang dok bercinta tu... sebagai pengajaran buat lelaki-lelaki yang tak menghargai pasangan.

Ehhh.. kira untuk pompuan pun sama la jugak. 
Kena appreciate, jangan buat sambil lewa je. 
(Babai ex-ex aku yang sudah di haluan masing-masing)

 

Same bed, but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio, but it don't sound the same
When our friends talk about you all that it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little when I hear your name
And it all just sound like ooooooo

Hmmm too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers and held your hand
Should have gave you all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she's dancing with another man.

My pride, my ego, my needs and my selfish ways
Caused a good strong woman like you to walk out my life
Now I never, never get to clean up the mess I made
And it haunts me every time I close my eyes
It all just sounds like ooooooo

Too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers and held your hand
Should have gave all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she's dancing with another man.

Although it hurts I'll be the first to say that I was wrong
Oh, I know I'm probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know
I hope he buys you flowers, I hope he holds your hand
Give you all his hours when he has the chance
Take you to every party cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done when I was your man!
Do all the things I should have done when I was your man!

Wednesday, November 7, 2012

PDA laki bini


Bila keluar gambar Diana Danielle dengan Farid Kamil berlaga pipi, bercium dahi lepas selamat akad nikah, ada yang kata "Awww. so sweet."
Dan tak kurang pula yang butthurt berkata "Ishh apa la nak cium dahi, cium pipi kat tempat awam." Butthurt.



Alaaa. Dah sah, dah halal. Biar le dia.
Lagipun dah once in a lifetime je dia nak ada gambar kawin macam tu. Takkan dah jadi pengantin basi nanti, tetiba nak bersiap pakai baju kawin dengan berandam sakan hanya untuk posing macam mesra-mesra tu?
Mesraaaaa (*tangan gedix macam Bob AF)

Dulu masa bercouple, dah tentu ramai yang menjadi mufti siap dengan hujah takboleh, walhal dia sendiri lupa dia ada kakak/adik/anak perempuan yang who-knows-one-day akan jadi macam tu jugak.

Bagi aku la kan, tak jadi isu pun kalau dah terang-terang hubungan tu halal, selagi tak over. Tapi ada juga yang tak bagi cium dahi lepas selesai majlis akad nikah, especially kalau majlis tu dibuat dalam masjid.
Aku sendiri? Aku buat jer masa kawin dulu. Hehe.

Ni jangan la ada yang nak tiaw aku pulak, konon tuduh aku ni sekular sampai menghalalkan pengantin buka aurat atau bersanding tayang bini yang makeup lebih-hangat-daripada-biasa.  Aku pun belajar agama jugak.



Aku tak check pulak kesahihan fakta bila ada komen yang kata Ustaz Azhar Idrus yang cakap bermesra di khalayak tu perkara tu haram walaupun kita dah halal sebagai suami isteri.
Anyway,aku rasa la kan, rasionalnya kita tak digalakkan bermesra sakan di tempat public walaupun dah kawen adalah supaya tak mislead org yang ingat kita belum kawen.Sama ada membuatkan bebudak belum kawen kata "Tu...diorang tu boleh je buat, nape kitorang tak boleh?"
atau pun
untuk mengelakkan salah faham dan 'kemaluan' kepada pihak Pegawai Pencegah Maksiat sebab tersalah terjah ala Abang Nas Ahmad rambut megi.

Mungkin masyarakat kita tak biasa. Our norma yang penuh dengan kesantunan melayu atau adat ketimuran, supaya org tak kata "Elehhh... Macam dia sorang je ada laki. Meluat aku tengok."


Haihhh..kenapa la nak didebatkan sangat benda tu?
Pasal hukum merokok tu haram, terus diam-diam je. Nape? Dah takde modal nak lawan ayat AlQuran?

Kepada orang-orang yang pernah tengok aku dengan MrHubby, atau akan tengok kitorang....
Sila bersiap sedia untuk menanah bijik mata, kalo lepas ni nampak aku cemolot atau meraba-raba laki aku di khalayak ramai. Tapi jangan risau, aku takkan sampai tahap nak beromen lagi sambil melintas jalan. Muahaha. 

Harus la ada yang kata "Get a room la weiii."  tapi mesti bara je kalo aku pangkas dengan ayat ampuh "Kau mampu?" 
---okay, agak evil di situ.



So far maybe orang keliling aku baru cair taik telinga bila dengar aku panggil laki aku 'Cinta.'
"Cinta, Adam dengan Adib mana?"
"Kita nak balik pukul berapa ni, Cinta?"
Lagi rasa macam nak muntah hijau bila aku terpaksa ulang panggil MrHubby kalo dia tak dengar "Cintaa. CinTAAA. CiNTAAAAA." Keh keh keh. Maybe ada yang rasa macam sanggup jadi pekak sekejap.

Owhhh,by the way.. i love PDA.
it's does not only mean Public Display of Affection to me, but i also look at it as Public Display of Awesomeness.Heh


p/s:
Entry ini adalah sempena DrNajah (my BFF) ada tag minta komen aku pasal isu PDA ni. So, aku ingat baik aku buat entry je la kat blog, supaya aku tak 'terrrbuat entry' kat Facebook wall orang lain.Heh.

Thursday, October 4, 2012

Sapa kata lelaki berperut tak sexy? -18SX

Selalu orang bayangkan lelaki-lelaki kental macam Aaron Ajis atau ber-six pack macam Remy Ishak je sexy.
Tak semestinya. Yang 'berperut' pun boleh dikira sexy tau.

Fine. Maybe ada yang kata aku puji laki sendiri sebab MrHubby adalah kategori teddybear. So, who cares? Aku memang tak berapa sangat kalau lelaki yang kurus keding, takde ciri-ciri protective langsung. Jangankan kalau penyamun acu pisau, kalau kena tiup dek angin pun, dia terbang dulu. Lagipun, takkan la nak harap ke muka ala baby face je, kalau keserasian tu ke laut.

p/s: Abang Anuar Zain centaku ittew is an exception ye. Muehehehe

Ni citer pasal the hunky Irish actor, Liam Neeson. Feeewittt!!! (wahhh..bunyi macam gersang pulak. ekekeke.maklumlah malam ni MJ)
Dalam The Ellen DeGeneres Show baru-baru ni, he stripped down to tiny hot-pink underwear. Hihihi. But he did it for raising money for breast cancer research!

 

Nak kata sexy tu, tidak le. 
Ye la, umur dia pun dah 60. Tahap bapak/atuk-atuk dah pun.
Anyway, he appeared to be naked as he sat on a throne, waiting to be doused with water. Ellen and an excited fan (a cancer survivor) threw pink balls at a target, ultimately scoring and getting him sopping wet!




$20,000 was donated for breast cancer research.
Now that's what we call a real man!

Hmmm... agak-agak bila mencecah umur 60 nanti, laki kita semua sexy lagi tak?



On a lighter note, 

p/s: 
Entry ni adalah sempena bermulanya tayangan Taken 2 hari ni.
Gagagaga.... Bestnya!!!

Friday, September 21, 2012

She has the talent, kan?

I think this is awesome.
She deserves to win the Asian Wave 2012 kan?




Hmm..sejak-sejak berhijab ni, makin menyerlah pulak Shila ni.

To Shila, congrats!

p/s: Congrats okay...NOT CONGRATES!

p/s/s:  Aku wonder kenapa dulu Ayu yang menang OIAM. Sudahnya, sekarang lepas kawin diam-diam, beranak...senyap terus.



Tuesday, August 7, 2012

Abby Abadi took 4 years. Aku? 15 years... and counting

Time-time second half of bulan posa macam ni, aku bet kat Malaysia dah sakan berkumandang lagu raya kat radio.
Sambil memilih baju raya kat shopping malls pun sambil boleh miming ala Fazidah Joned, atau feeling hail Amir sekejap walaupun rambut tak berapa nak kembang.
Yang pegi Bazar Ramadhan, mesti ada yang dah merasa terbeli makanan yang tak sedap, sampai mengurangkan pahala posa dek kerana berbakul menyumpah orang yang berniaga tu.
Minggu depan, aku rasa ofis-ofis gomen dah akan start lengang sebab masing-masing akan balik kampung beraya.

Kat Adelaide ni, last week ada bazar Ramadhan. 
Adik-adik undergrads buka gerai. Aku tak pegi, tapi aku dengar citer 'keren' jugak. Hehe. Hebatlah adik-adik ni... siap dengan satay, kuih 4 biji satu dollar, dan ntah segala toknenek lagi. Murah meriah ler bak kata orang Indonesia. (eh mengapakah aku ter-tune ala Indonesia di sini?)


Ramadhan aku di sini, biasa-biasa je. 
Kadang-kadang ada majlis berbuka orang ajak, atau iftar perdana macam dua hari lepas. Malam ni InsyaAllah Kak Shidah akan datang dengan family lepas terawih.

Well, dalam keseronokan buat persiapan raya ni...tingin jugak aku nak tanya. Okay la..tanya tu sounds very-the-lorat sangat. Kita sama-sama ponder je la.

Apa pencapaian korang untuk Ramadhan kali ni?

Alaa..jangan la cakap puasa tak ponteng lagi. Tak ganaz la. Aku pun dah bertahun posa tak ponteng sebab BF.
Sahur tak miss, terawih without fail pun tak aci masuk dalam list.
Cer fikir out of the box sikit.

Hmmm...
Contohnya...bila aku baca pasal Abby Abadi yang dah berbaik-baik dengan Memey (here and here) aku terfikir sesuatu...



It took them 4 years. Empat tahun untuk Abby mengubat hati dia dan memaafkan insan yang dah merobekkan hati dia, menghilangkan kepercayaan dia.
Aku???

AKU MASIH TAK DAPAT MAAFKAN SESEORANG SELEPAS 15 TAHUN.
15 tahun wehhh. Bukan sekejap.
Walaupun dah lama tak jumpa, bahang api tu dah takde... bara tu dok panas lagi bila bersua-muka setelah sekian lama. Walaupun masing-masing dah berkeluarga, dah beranak-pinak pun.

Apa salah dia?
Cukup la kalau aku katakan dia telah membusukkan nama aku. Bukan tu saja, siap berkomplot lagi untuk merosakkan kepercayaan parents aku kat aku.
Harap muka je lawa. Nampak baik, sopan santun, cakap pun lemah lembut. Kalau dia buka cerita baru pasal aku ni dulu begitu-begini, confirm lah orang percaya. Ye la kan, takkan  orang nak percaya kat aku yang gonjeng dan tak berimej muslimah sejati sangat ni...ye tak?


Bagi aku, aku takde salah dengan dia... sebab masa kami berpisah tahun 1997 dulu, dia pun never bothered nak bersalam dan bermaafan dengan aku. So, nampak sangatlah kan maybe dia pun rasa guilty.

I know this is bad. Very bad.
Tapi, aku takde kekuatan untuk memaafkan. Kalau ada pun, maybe just to forgive, not to forget.
Dendam kesumat tahap dewa betul aku ni. Teruknya aku. Tapi, takpe la...aku boleh consider untuk maafkan dia dengan satu syarat. DIA KENA JUMPA PARENTS AKU DAN MENGAKU APA YANG DIA CERITAKAN PASAL AKU DULU TU ADALAH TAK BETUL.

So, you-know-who-you-are...
If u happen to read this, and it keeps haunting you... BUAT LA APA YANG PATUT.




Aku sedih sebab diri aku 'tak cukup kuat'.

Friday, January 6, 2012

Rozita Che Wan ke Rahimah Rahim nie?

Cer korang telek gambar ni betul-betul.
Kalo korang terer, cuba teka...adakah ini Rahimah Rahim... atau  
 
Rozita Che Wan?

"

Ehehehe. 


Majalah lama yang memuatkan gambar Che Ta menjadi model fesyen ni is somewhat yearsssss ago. 
Tapi yang mana nampak lagi muda remaja compared to yang bawah ni?


Hahaha. Okay lah...
Mari kita bersangka baik.
Ni mesti make-up techniques ni (Wah, macam alasan Rohana Jalil la). Dolu-dolu kan mekap memang kaler mambrang gitu. Bulu mata pelesu pun tak wujud lagi kot.

Or...maybe kesan menjadi duta yang tak pakai Safi Rania Gold. Kan? Kan?

Korang ingat lagi aritu aku cuba berevolusi jadi RCW? (check it out HERE)
Setelah 2 bulan gitu aku guna SRG, aku rasa err..muka aku tak evolve pun. Wakakaka. Next entry nanti korang tengok muka aku ye?


Dan dalam majalah yang sama gak ada Ayu Raudhah, adik RCW.

Tapi muka dia  tak banyak beza pun kan?
Except that keruncingan muka tu la...maybe dah lose weight kot.


Thursday, December 8, 2011

Kad kawin Syella dengan Dato' ittew...

Mula-mula kecoh pasal dia kawin...

Orang cakap cantik.
Ada orang kata seksi sangat. Ada yang kata "Kesian, syok sendiri bersanding sorang-sorang."

Tapi bila orang tak nampak gambar suami dia...
Tak kurang yang komen "Bertuahnya badan. Dapat banglo dengan Audi tuuu."
Ada yang kutuk "Elehhh...laki pun dah tua..mampu lagi ke nak dapat anak?"

Lepas tu kecoh kata Tan Sri Musa Hassan.
Tak pasal-pasal je kena.



Dan kali ni... ni ha..gambar kad kawin Syella.



Cuma yang aku nak terguling-guling gelak sebab....

Kad ni dah la nampak nau macam di'edit'.

Kalo bapak Syella tu Dato, nape mak dia bukan Datin??
(err...maybe 2nd wife kot. Fine)

Tapi, seingat aku, dulu aku pernah baca majalah... Syella kata family dia miskin, adik-beradik ramai, tinggal kat umah flat je, dia tolong jual nasik lemak untuk sara hidup, dan.....ayah dia mcm ada masalah mental eksiden..
Tup-tup dapat title Dato.
 Hahaha.
Apa komen korang?


haaa sama la..sampai bc kad tu btul2..ayah die dato tp mak xde datin lak..ak bc dkt blog sume duk kt die ni org ssah dlu..beniaga ns lemak la..mmg brniaga ns lemak die btul2 tu kot..hehe..tu dato suami die skrng sngkut..hihi..

Tuesday, October 25, 2011

Penangan Rajnikanth


Menjelang Deepavali, macam biasa... I still keep the same hope.
Every year, without fail.

Aku nak TV tayangkan cerita Padayappa, supaya aku dapat gelak guling-guling dengan MrHubby nengok hero pojaan aku, Rajnikanth.
Nak harapkan diorang tayang Endhiran, ke laut la jawabnya... sebab sempena setahun anniversary tayangan, boleh pulak diorang request tayang semula kat panggung. Mana ada chance nak masuk TV kalo cenggitu?!

Petang Ahad lepas, Zeta sms aku- bagitau ada hero pojaan aku kat TV3. MasMZ pun ada update status kat FB tengah tengok Sivaji the Boss.
Maka aku dan MrHubby yang kebetulan nak kuar makan time tu sanggup bertanggak kat kedai mamak selama sejam setengah untuk nengok citer tu, walhal dah pernah tengok pun sebelum ni. Hahaha. Hebat sungguh penangan Rajnikanth.


Tak payah hensem macam Aaron Aziz atau ada six-pack macam Remy Ishak.
Dengan perut teh tarik tu, dia punya charm... sampai orang sanggup queue dan tidur luar cinema semata-mata untuk beli tiket tengok citer dia.

Dan kalo korang kata Rosyam Nor tu hero tua, try Rajnikanth.
Tahun ni umur dia 61 dah tau!!!


Korang tak kenal Rajnikanth???
Ni haaaa senarai KEHEBATAN dia.



  • Rajnikanth makes onions cry
  • Rajnikanth can delete the Recycle Bin.
  • Ghosts are actually caused by Rajnikanth killing people faster than Death can process them.
  • Rajnikanth can build a snowman….. out of rain.
  • Rajnikanth can strangle you with a cordless phone.
  • Rajnikanth can drown a fish.
  • When Rajnikanth enters a room, he doesn’t turn the lights on, he turns the dark off.
  • When Rajnikanth looks in a mirror the mirror shatters, because not even glass is stupid enough to get in between Rajnikanth and Rajnikanth.
  • Brett Favre can throw a football over 50 yards.
  • Rajnikanth can throw Brett Favre even further.
  • The last digit of pi is Rajnikanth. He is the end of all things.
  • Rajnikanth does not know where you live, but he knows where you will die.
  • Bullets dodge Rajnikanth.
  • A Handicap parking sign does not signify that this spot is for handicapped people. It is actually in fact a warning, that the spot belongs to Rajnikanth and that you will be handicapped if you park there.
  • Rajnikanth’ calendar goes straight from March 31st to April 2nd, no one fools Rajnikanth.
  • If you spell Rajnikanth wrong on Google it doesn’t say, “Did you mean Rajnikanth?” It simply replies, “Run while you still have the chance.”
  • Rajnikanth can do a wheelie on a unicycle.

Thursday, September 8, 2011

Marsha AF pengsan telan 30 biji pil

Memang mencapab (mencari publisiti) betul la minah ni.

Aritu kisah pasal kawin diam-diam kat FRIM. Ropa-ropanya ginik untuk video klip.


Kali ni, pengsan tak sedar diri sebab telah pil berlebihan pulak.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling Jaya, petang semalam selepas didapati tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya.
Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.
“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil. Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.
Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.
“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang hanya mengetahui berita itu daripada rakan. Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu. – Via Berita Harian
Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.


Sudah-sudah la buat gimik tu, Marsha oiii.
Kang esok-esok kau mati tergolek tepi jalan pun orang buat derk je sebab ingat gimik jugak!!!

Monday, August 22, 2011

Lagi artis Melayu mesra anjing

Mula-mula dulu, kecoh pasal Jee dan anak-anak dia main anjing.
Lepas tu Sharifah Sofia.
Then, dalam 2minggu lepas, kawan aku nampak sorang artis lama pompuan (zaman AR Badul) bermesra dengan anjing dalam keta, dekat-dekat airport. Bila kawan aku perhati, dia cepat-cepat cover.



Kali ni pulak, turn Nanu Baharuddin.

Amboi...mesranyaaa.....

Ni kekdahnye sebab takde laki nak dipeluk time tido la kot.

Tunggu la. Nanti mesti keluar jawapan standard drp dia "Saya pegang masa bulu anjing tu kering. Tak pe kan?"


Ini la yang orang kata. Kalau bodoh, jangan tayang kebodohan kat orang. Kalau jahil, jangan sampai takboleh diajar.




Justin Bubur


Artis-artis kita setakat jual kek lapis, popia, kuih raya... katanya untuk mendekati peminat.

Tapi apalah sangat dibandingkan dengan Justin Bieber ni...



Aku bet ramai peminat budak-rambut-tutup-dahi ni yang berharap dapat beli dan rasa bubur ni sebab dia yang masak.
Nak tau nape? Sebab diorang mesti percaya Justin Bieber yang masak. Har har har


Friday, August 19, 2011

Gadis kampung takde yang blonde-Nora Danish



"I dont like my hair black but wut to do. Gadis kampung takde yg blondeyyy...
Masih shoot utk Zikir Buat Dhia. Thank God for another day. Salam Nuzul Quran to all my Muslim friends :)"

gadis kampung nora danish

Gitu le kata Nora Danish. Apa pendapat korang?


I'M NOT OFFENDED BY ALL THE DUMB BLONDE JOKES
BECAUSE I KNOW I'M NOT DUMB
AND I ALSO KNOW THAT I'M NOT BLONDE


Nuffnang ads

My Heartbeat