Monday, December 31, 2012

Hadiah birthday Adib


Unlike Lil Adam, Lil Adib ni macam takde minat betul-betul kat any character.
Kalau Lil Adam dulu, dia suka Thomas, then suka Teletubbies, suka Shaun the Sheep, Oso, Little Einstein, Ultraman, etc...

Tapi Lil Adib ni lebih kepada mengikut je apa yang abang dia main. So, kitorang pun blur nak bagi hadiah apa untuk birthday dia.

Last-last bagi la Angry Bird toys ni. Sebab dia dah kenal angry bird dalam tab/android.
Lagipun, boleh la Lil Adam main sama-sama.



 
  


Kitorang serahkan hadiah ni masa Lil Adam takde (pegi sekolah kot), supaya dia tak sibuk nak TOLONG buka hadiah si adik. Hehehe.


 
  Belek dulu...


Okay... ready to launch!

Tak aci betul, nak tembak pig tu dekat2 je, sebab confirm jatuh terbalik. Kalo tak kerana dilanggar angry bird tu, maybe terlanggar tangan dia sendiri :P

Jaman aku dulu, main lastik je terus. Apa barang le slingshot plastik cenggini. Hehe.
Tapi takpe la... The look on his face bila berjaya tembak tu..is priceless.
 

Well, ni adalah kesukaan dia...sebelum dia jatuh chenta sama itu Ultraman. 
Hahaha 

Sunday, December 30, 2012

The second is two!

I could still remember
The day 3 became 4.
Dengan tenangnya aku pegi keje siang tu walaupun dah sakit.
Dengan selambanya aku singgah beli cucoq dan ayaq nyoq dulu sebelum pegi hospital.
Dengan nervousnya aku dalam labour room.
Dan dengan mudahnya Lil Adib lahir ke dunia.

Alhamdulillah.

Dari kali pertama kita di hospital tu, it feels like falling deep in love with every twinkle of your eyes.You are a miracle sent from up above. A gleam of hope at every sunrise. A shimmering light in the darkest of nights.






Hari ni birthday budak garang tapi paling manja, Adib Zakwan a.k.a Lil Adib Tomeyto.
Kiranya dah genap 2 tahun jugak la aku BF Lil Adib dengan jayanya. Kalo lengkap 6 bulan kira dapat degree... genap 2 tahun ni kira dapat master la ye. Haha. Poyo nak jugak.
Kira 2nd 'Master in BF' la nih... 

 
I love you my darling Lil Adib and may you be blessed with a lifetime of laughter and love, perseverant energy for great things, and beauty in akhlak and iman.


Doakan Adib jadi anak yang baik, bijak dan berjaya ye.
Happy birthday, sayang.
Mama, Ayah dan Abang Adam sayang Adib.

Monday, December 24, 2012

Tips untuk hadapi break-up

Entry kali ni adalah untuk readers aku di kalangan yang belum kawen atau yang masih muda remaja, mencari pasangan dan masih tak sure "Is he/she the one?"
Yang mak budak-bapak budak pun boleh baca. Buat modal untuk senyum-senyum teringat camna dulu melepasi fasa bangang yang sama. Aku dah banyak kali pernah merasa putus cinta sebelum ended-up dengan my MrRight, tapi aku admit, pernah sekali je aku jadi-tak-serupa-orang. Kental aku, kan? Hahaha
Kekadang tengok adik-adik yang putus cinta ni macam LOSER sangat. Walhal ex dia tu memang hampeh kunyit. Takde kena-mengena pun rusuk si jantan tu dengan si awek.



So, kepada adik-adik yang baru break-up..ikut la tips ni...



Jangan dengar lagu-lagu sedih
Tau sangat dah. Kalau time sedu-sedan ni, asal dengar je lagu kat radio, rasa macam DJ radio asyik pasang lagu kenangan cinta korang je. Tak pun, mula la perasan macam lagu-lagu cinta-tak-kesampaian semua tu macam kena-mengena dengan diri korang kan? Tetiba rasa macam Ajai, Adnan Abu Hassan, Melly Goeslow semua nak cipta lirik untuk kesah centa kau yang pathetic tu.
Dan dan tu la feeling Ombak Rindu, sambil srottt-srottt lap hingus. Jangan nak nafikan la. Aku pun pernah rasa bodoh macam ni, once ago. Once je tau. Hahaha


Nangis puas-puas
Biar sampai lompong hidung menghembus hingus. Kalau Kasim Selamat nangis sampai buta, kau nangis la sampai tahap boleh bantu hasilkan tujuh tempayan airmata untuk pinangkan Puteri Gunung Ledang. Alang-alang nak nangis, kan? Biar le ada pekdahnye.
Tapi jangan le bodo sangat nak nangis sampai seminggu. Agak-agak la wei. 2,3 malam sudah la. Kang sembap muka, terus jadi andartu... takde sapa pun nak. Ingat, itu bukan 'the end of the world', so mesti tampil hebat- biar si ex tu menyesal kemudian hari. Heh


Share!
Jaman teknologi ni, bukan boleh harap sangat. Kang ada yang share kat FB, confess dan kutuk-kutuk kat twitter. Kang jadi kes macam meroyan mengaku takde dara tu pulak. Haihhh... I mean, share dengan BFF ke, ahli keluarga terdekat ke. Yang paling memahami la.  Jangan lupa Allah kan sentiasa ada. So, apa lagi, tadah la tangan lama-lama, minta doa. Allah tu Maha Mendengar.


Remove him/her from your contact list
Ni berat sikit. Sebab ada yang masih mengharap si ex tu contact balik. Tolonglah. Don't be the first one to contact him/her. Dia dah dumped awak, nampak sangat la hidung tu penyet (tak mancung), jadi jangan la dok sorong-sorong pipi lagi. 
Kalau dia call, reject. Block terus no.hp dia lagi bagus. Dia sms, delete.  Email address dia terus set sebagai spam. Tak cukup dengan tu, kalau dia tinggal komen kat FB, unfriend je. 
Kalau tidak you might end up kembali kepada orang yang pernah tak menghargai korang suatu ketika dulu. Ohh...so not-cool nak cerita balik kat anak cucu nanti. 
Lagi bagus kalau letak target- kalau dia tak contact dalam masa 'edah' 3hari, that's it. Aku pernah buat macam tu dulu, dan yang sengalnya, dia contact pada hari ke-4. So, selamat jalan romeo lah kan? Walaupun dia tu tak se-romeo mana pun, sebab aku pasti dia susah nak cari pengganti aku.







Delete. Delete. 
Supaya korang tak ingat lagi kenangan Kasih Tak Sampai ala kumpulan Padi tu, delete dan buang la semua surat/gambar/email.
Aku malas nak sort album-album lama untuk tarik keluar, koyak dan bakar gambar-gambar lama, so gambar-gambar tu ada je lagi. Aku rasa MrHubby pun pernah tengok, tapi sebab aku takde feeling dah...dia pun never bothered nak suruh aku buang.


Get Occupied
Sibukkan diri. Buat something yang korang suka. Hangout dengan kawan-kawan ke, atau create la hobi baru. Keji punya plan. Kalau dulu sama-sama kumpul setem (hahaha, okay tak lawak), sekarang ni gunakan setem-setem tu untuk hantar surat kepada boifren/gelfren baru. Hehehe.
Kalau dulu sama-sama suka lepak kat McD (sebab ada free wifi), sekarang kena la ingat--itu strategi dia supaya korang banyak makan fastfood dan gemuk, dan banyak penyakit, dan jadi alasan untuk dump korang, dan supaya takde orang nakkan korang lagi lepas dia dumped nanti.


Change your routine
Kalo dulu rutinnya adalah tiap pagi dia yang sms atau call untuk kejutkan solat Subuh, sekarang belajar le bangun sendiri. Takde soleh mana pun dia tu kalau tak menghargai korang.
Kalo dulu, asal weekend je mesti pergi tengok wayang, kali ni buat le aktiviti lain. Pegi shopping sesama kengkawan ke (seriously, retail therapy memang berkesan), go-kart ke, apa-apalah asalkan tak monyok kat rumah.


Solat jangan lupa
Lepas solat tu, jangan la doakan ditemukan jodoh dengan si-ex tu pulak. Kau nak ke kalo dia bukan jodoh kau? Kang dah kawen nanti, bercerai... bukan ke silap sendiri, sebab degil gak minta Allah jodohkan jugak dengan orang-yang-maybe-tak-berapa-sesuai tu. So doakan le supaya Allah kuatkan hati dan tentukan yang terbaik untuk korang.


Buka mata, establish rapport
Tolong la move on. Keluar la dan buka mata luas-luas, that your life does not revolve around him/her sorang je. Belajar la beri peluang dan buka hati untuk mengenali orang baru.  Tapi kalo bernasib baik, orang baru tu betul-betul serius nak ajak kawin, terus bingo. Confirm bukan buat stok nak dating 10 tahun je.
Aku rasa nak tunjal kepala orang yang tetap terhegeh-hegeh mengharapkan si-ex dia kembali. Nak nak kalo si-ex tu dah kawen dengan orang lain. Nampak sangat bodohnya kau. Siap cakap sanggup bermadu (jadi bini no.2). Apa kau ingat kau sanggup bermadu, bini dia sekarang tu sudi dan sanggup jugak ke? Ngeng!


Buka lembaran baru
Bila dah pasti semua okay... dah boleh mulakan hubungan baru... jangan la ulangi kesengalan dulu. In other words, jangan la tangkap muat je. Bercinta dengan orang baru, walhal hati asyik dok terfikir lagi si-ex yang dah ada anak dua, tiga.
InsyaAllah, korang akan temui orang yang lebih sesuai.

Apa pun, kalau korang tak berfikiran positif (ada hikmah di sebalik break-up tu, supaya korang bertemu orang lain yang lebih baik)... memang tak ke mana la jawabnya.
Forever alone le, in other words.

Good luck ekkk.

Sunday, December 23, 2012

Kebosanan yang berbaloi-baloi

Sedang berehat sementara tunggu kek coklat untuk birthday Ummi siap kelmarin, tetiba Abang Syed call untuk ajak MrHubby temankan dia dan Abg Fizul pegi ke Melbourne. Impromptu pulak tu. Mula-mula kata nak bertolak pagi esoknya, tapi tetiba diawalkan jadi malam tu jugak.

Nasib baik la aku dah pernah jejak ke Melbourne masa winter jaman Master dolu. Jadi kedengkian tu dari skala 10 turun ke 2.5 je. Dan disebabkan trip pun 'balik hari'... 2.5 pun berkurang jadi 1.5 je.

So, untuk kek tu.. aku cuma sempat buat deco simple je, sebab barang baking entah ke mana dah packing (kan kitorang nak pindah rumah) dan aku terus minta MrHubby drop by untuk hantarkan sebelum berangkat ke Melbourne.


Snap gambar pun tak sempat... tapi cenggini je la rupa kek tu (yang dicuri dari Ummi).

Lepas tu, aku dan anak-anak pun semalaman dan seharian la di rumah.
Bosan la jugak sebab dah lama tak duduk rumah 24jam macam housewife. Masa keje dulu pun, jarang sangat aku amik cuti... dan kalau cuti pun, jarang sangat aku melekat kat rumah. Paling lama pun berkurung kat rumah, at least mesti aku nak keluar menghirup udara segar (segar la sangat kat bandar Shah Alam tu) bila dah malam. 
Tapi dah kali ni tinggal dengan anak-anak je... so, aku layan tido, tengok TV, masak dan makan. Dan makan lagi.

MrHubby sampai rumah dah pukul 1 a.m semalam.
Nasib baiklah kepulangannya itu diiringi oleh KFC bucket. Muehehe.

 

Korang mungkin ingat "Elehhhh KFC je pun nak kecoh."

Tapi bagi aku yang dah 6 bulan tak jumpa ayam-bukan-sekadar-goreng-kunyit, adalah menjadi satu rahmat besar. Sebabnya?
Kat Adelaide ni mana boleh makan sebarang fast food (unless kalo kau nak berpegang kepada ajaran ahli kitab. Eleh macam la kebulur mati kalo tak makan  KFC/McD/Hungry Jacks tu!)  Tapi kat Melbourne ada KFC halal. Hehehe.


Pendek kata, berbaloi-baloi jugaklah duduk memerap kat rumah, walaupun hakikatnya aku punya bosan tahap dewa  duduk seharian di rumah dah sampai tahap nak berasap kepala.

So, kepada pasangan-pasangan yang nak outstation, pastikan jangan balik dengan tangan kosong. Terutamanya kalau bini/laki masing-masing jenis yang easy to be satisfied with food. 
Burp!!!

Friday, December 21, 2012

Fits u or hits u?



A child told the mother: “Mommy you are very beautiful today.”
Replied the mother : “Why?”
The child said : “ Because you did not get angry today .”

Moral of the story:
1. It is easy to possess beauty:- do not get angry.
2. Anger is temporary madness.


My remarks: *Panggg!!! Rasa merah panas kat pipi* -_-





-------------------------------------------------------------


A man attended an interview for a job.
Along the corridor, he picked up a piece and threw it into a dustbin.
The interviewer passed by and saw it.
This man got the job.
Moral of the story:
Live with good habits, and you will be recognized.


My remarks:*Little things in life do count, kan?


-------------------------------------------------------------

A small boy worked as an apprentice in a bicycle shop.
A man sent a bicycle for repair.
After repairing the bicycle, this boy cleaned up the bicycle and it looked
like a new one.
Other apprentices laughed at him for doing redundant work.
The second day after the owner claimed the bicycle back, this boy was
pinched and offered a job.

Moral of the story :
1.Go the extra mile to be successful.
2. Doing more gains more & Doing less loses more.


My remarks: Asalkan bukan dengan niat membodek, it is highly encouraged

-------------------------------------------------------------

The owner of a farm asked his child to work everyday at the farm.
His friend said to him : “ You do not have to make your son work so hard.
The crops would grow just as good.”
Owner of the farm replied: “ I am not cultivating my crops, but my child.”


Moral of the story:
1. A simple way to groom a child is to let him experience some hardships.
2. If not cut, jade would not turn into useful ware.


My remarks: Orang kita suka mengata, mengalahkan kita sebagai mak bapak kandung si anak tu

Thursday, December 20, 2012

Hebat dulu, hebat ke akan datang?

Aku rasa jaman sekarang ni, dapat straight A's tu dah biasa. Macam orang sekarang masuk U. Lainlah jaman kakak abang kita dulu (yang lahir tahun 70-an dan sebelumnya), memang grand sangatlah kalo dapat semua A dalam SRP/SPM. Nak nak pulak kalau lepas tu dapat masuk U.

Dulu: Uiiii...anak Pak Mael tu dapat masuk U. Pandainya diaaaaa.

Kini: Kau study kat U mana? (loser sangatlah kalau soalan tu irrelevant kepada penerima soalan.) Nampak sangat masuk U tu dah jadi sesuatu yang biasa. Tak gah dah.



Beserta dengan PMR results yang keluar semalam, ex-student aku ada tulis status kat FB.




Aku ingatkan 'superb' tu memang real superb la, sebab Si Farid ni budak pandai jugak. Sebab tu aku ingat dia overwhelmed.

Anyway, bila Farid cakap 1A pun takde, aku dapat bayangkan... 

Betapa masa tu expectation mak bapak sangatlah tinggi. Yang kat kampung mungkin mencanang kepada setiap jiran tetangga yang dia tersermpak masa on the way pegi pasar. Atau jadi topik utama waktu si bapak bersosial di kedai kopi.
Yang kat bandar pulak, maybe tanpa ditanya pun dia dok rewind-play cerita yang sama..dengan hidung kembang-kempis menyedut oksigen lebih banyak daripada biasa.
Yang mendengar? "Tak tanya pun." atau mencemik ala-ala "Kau ingat anak kau je pandai?"
Cuma dulu orang tak sebut la "Ada aku kesah?" Hihihi

Cuma bila kita tengok balik... kawan-kawan yang tip-top masa kat sekolah rendah atau sekolah menengah dulu, ada je yang menjadi 'orang biasa je' hari ni. Kerja biasa. Lifestyle biasa. Family biasa. (nak family luar bisa, kawin dengan alien la weiii).
Kawan-kawan yang dulunya selekeh atau sempoi je...sekarang dah jadi somebody.

Personally, kawan-kawan sekolah menengah aku ramai jadi orang bagus-bagus. Bisnes sendiri, appear dalam TV (sebagai tokoh, bukan pak pacak), etc. Maybe sebab boarding school tu dah tapis orangnya. Semua budak bijak.
Kita gostan satu tapak. Kawan sekolah rendah.
Ada je kawan-kawan sekolah rendah aku yang dulu tak merasa naik stage pun masa Hari Penyampaian Hadiah, tapi sekarang kemain hebat lagi...  jadi pakar Maths, ada yang tengah buat PhD, ada yang keje kat overseas (tak tau la sekadar 'floor engineer' ke apa) dan macam-macam lagi.

Itu membuktikan result PMR kita tak menjanjikan apa-apa pun.
Keputusan SPM memang penting. But again, itu pun tak menjamin kau dapat kerja elok.
Ada yang rasa dah hebat sangat lah kalau habis buat Degree. Tapi tak jugak. Ada jer yang top student, tapi lambat dapat kerja, masih menternak lemak dan menanam anggur di rumah... sedangkan kawan dia yang kena repeat 2,3, subjects dulu dah 4,5 bulan merasa gaji sendiri.


Cuma masa nak sambung komen kat FB Farid pasal 'being a successful man' tu... At first, aku nak taip - dia dah ada career, gaji makan tak habis, ada kereta besar, rumah besar (ye ke?), bini besar...eh, bini lawa... 
Tetiba aku tekan backspace balik.

Aku rasa tak betul definisi 'orang yang berjaya' kalau aku tulis macam tu.
Macam-macam cara orang define hidup diorang dah successful.

Ada yang rasa... Rumah macam mahligai syahdu, kereta 4,5 bijik menjalar depan laman walaupun belajar sampai SPM je dulu (tu pun  pangkat 2) tu berjaya.

Ada yang anggap ... Cashing cheques lima angka tiap-tiap bulan hasil jualan barang-barang MLM tu dan menayang kat FB/blog sebagai berjaya. Ye la kot. Berjaya motivate orang.
Kalau dia riak, berjaya kutip dosa la pulak.

Ada yang ingat...  Jadi politician, semua orang dengar cakap dia. Maklumlah... ada title Dato. Tu la berjaya bagi diorang. Walhal lawak kat Malaysia mengatakan... dalam crowd, baling je seketul batu, confirm kena kepala sorang Dato.  Lame sungguh.


Ada je kengkawan yang aku dan MrHubby kenal... Bila dah masuk kerja kat Petr*nas, terus cas hebat dan kaya. Cakap nak hebat saja. Dia la dewa, dia la boss. Terus rasa tak cool nak hangout dengan kawan-kawan keje gomen, sebab takleh ajak main golf. Bini orang Petr*nas pun terus rasa tak sekufu nak sembang-sembang dengan bini kepada kawan si husband.
Itu contoh je la. Yang keje kat Pet*nas sebagai pump attendant, tak berlagak pun macam orang tu! Hehe. Eh, tak sama ekkk? :P


Tapi tu la kan. Allah tu Maha Adil. Tak semua yang kita nak tu kita dapat.

Antara yang aku nampak depan mata...

Ada yang kerjaya bagus, gaji besar, family penyayang, tapi masa untuk keluarga terpaksa dikorbankan, maklumlah kerjaya bagus tu menuntut masa kerja yang tak tentu.
Ada yang suami banyak duit, baru buka mulut nak tanya "Abang..cantik tak ba..." terus Kate Spade depan mata.
Ada yang pasangan bahagia, taat dengan suruhan Allah, tapi diduga dengan lambat dapat zuriat.
Ada yang macam elok berkerjaya, duit pun banyak dah simpan... tau-tau perangai pulak failed. Terus takde boifren lekat. Andartu.
Ada yang anak orang kaya, dah beranak-pinak pun masih dapat elaun drp bapak, tapi physicalnya tak la lawa macam Maya Karin pun. Eh, lupa pulak cosmetic surgery mahal ekk? Hehehe


Semua tu mengajar aku bersyukur. Dan sambil tu kena la menilai jugak, dulu aku macam bagus je...tapi sekarang dan masa akan datang, aku hebat ke? Hebat di mata manusia je ke? Hmmm

Wednesday, December 19, 2012

WW- Bonbon


Feng shui untuk pindah rumah

Ingat lagi bebelan aku pasal susah mencari aritu?
Actually sehari lepas tu, Alhamdulillah... dah nampak sinar gemilang nak dapat rumah yang kitorang aim, tapi terpostpone pulak sebab boss kepada real estate agent tu macam sengal sikit. Kena submit supporting docs sampai dua tiga kali, which means dah 80% dah potential nak dapat. Tapi lepas dua hari tetiba suruh cari rumah lain. Ciss..harapan pelesu.
So, aku pun terus gegar agent tu directly, dan InsyaAllah tak lama lagi dapatlah kitorang pindah ke rumah baru (yang lebih selesa, harapnya).

Ni le sneak peek rumah tu... Hehehe.


Walaupun belum packing, aku tergerak hati nak pikir Feng Shui untuk berpindah nanti. Bukan la kepercayaan meraban sangat. Aku ni 50% Chinese 50% Malay, so setakat ambil logik yang tak merosakkan aqidah je la.

Bila aku cari-cari tips pasal benda ni...
Ada macam-macam rupanya.

Yang pertama, siap dengan kiraan Chinese Almanac untuk hari-hari yang sesuai dan tak digalakkan berpindah. Tapi takde kuasa la aku nak ngikut sampai cenggitu sekali. Kang kata aku ni syirik pulak.
Biasanya aku berpegang kepada hari Jumaat (sebagai hari yang mulia), Sabtu Ahad (sebab convenient kan..weekend), dan aku cuba avoid Selasa (to seal a deal atau buat apa-apa yang major).


Light up the strategic locations within the home the day before the official moving in date.
Rugi woh. Tariff letrik kat sini dah naik 100% (since July), takkan aku nak biar menyala 24 jam bodo cenggitu je kalau takde orang dalam rumah?



On the appointed day and hour, open the main door with your right hand.
Memang la langkah kanan dan guna tangan kanan. Takkan la guna tangan untuk beristinjak lak. Owhh..maybe kot masa tu tangan penuh angkut barang le kot.


Say a silent prayer and proclaim you are the rightful owner taking possession of your home.
Tak payah. Aku baca surah AlBaqarah je nanti. Kalau aku malas, aku pasangkan mp3 jer. Hehe. Kalo lagi malas, aku baca bismillah jer. Hehe.


Ketua rumah masuk dengan kaki kiri.
Eh... apahal pulak? Sudah...sudah... Kitorang nak langkah kaki kanan gak. Biar la semua kanan-kanan-kanan-kanan, macam kuda ber-gallop je nanti. Hahaha


Buka pintu dan tingkap untuk bagi masuk the flow of energies. Sprinkle handfuls of salt and rice mixture at corners of each space, followed by space clearing with a singing bowl.
Acecece...ni kira macam tabur beras kunyit la kot. But err... Singing bowl? Swinging Bowl a.k.a mangkukhayun aku tau la (restoran kat Adelaide nih).


Light up and turn on water pipes, gas and electrical appliances in order to declare the preparedness and perfect function of your new home.
Bukak kejap je la. Lama-lama kang, tepuk dahi pulak aku nak bayar bil.


Light up a stove with charcoal to symbolize a bright career, warmth at home and the ‘passing on from one generation to the next’. Put a kettle over the stove to boil.
Mana boleh??? Kettle kitorang letrik punya. Kang lingkup la heating element dalam tu :P


Receive a ceremonial red packet and place it at the bottom of the wooden rice urn. Fill it up with rice to the brim and stick a red and gold sticker that denotes ‘Fullness’ (满).
Hmm... tong beras dah ada, tapi bukan la WOODEN. So, to compensate kekurangan tu, sticker tu nanti aku tulis dengan tulisan jawi sekali la.Pa-nun-wau-ha. Penuh. Muahaha


Aku sebagai lady of the house kena pastikan ada 'the five essentials' kat dapur sebagai lambang stable supply of food on the table. Sebotol minyak masak, kicap, cuka, garam, gula. 
Okay, semua ada...kecuali cuka. Boleh la kot beli nanti. Lagipun kan Rasulullah SAW bersabda: 
 "Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. 
(Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

The children will troop in with buckets, pails and cleaning aids. Leave the broom to a later day.
Bab main dengan baldi memang kepakaran Lil Adam dan Lil Adib. Tapi kat sini pun memang guna vacuum jer, so, takyah susah hati la pasal penyapu tu.



Move in your safe into the Northwest sector of the house or a location as advised by your consultant. 
Pass. Aku takde safe deposit box.


Request for another red packet from an elder to symbolize continuation and expansion of the family’s fortune.
Alamak... angpow merah yang MakNgah bagi dulu dah koyak-rabak. Aku nak mintak kat sapa pulak yang dikira elder kat sini nih?




Then aku kena buat fresh flowers arrangement kat living room area. Aku suka contoh yang diberi... orchids (tanda purity), magnolia (for nobility) dan Lily (lambang good fortune and desires). 
So, Cintaaa... jangan lupa belikan bunga pojaan Mama ye. Yay!
Alternatively, boleh gak letak sebakul fresh fruits macam buah oren (lambang prosperity), apples (safety), nanas (good fortune), delima (for opportunities) and buah peach (for good health). 
Yang ni pun boleh la kot nak buat, kalau kebetulan memang dah ada buah-buah tu kat rumah.

Cook a meal and serve tea with the boiled water from the stove. Allow the charcoal to burn out before cleaning it up and then filling it up with fresh charcoal to be place under the cooking cabinet (to ensure stability of income and uninterrupted supply of food on the table).
Bab masak dan teh tu boleh la buat, tu pun kalo dapur tak pakai letrik (hot plate). Wahahaha. Tapi apa susah... kita buat je doa selamat.


Eh coppp. Tapi..last sekali katanya...
Moving in is reserved strictly for immediate family members and should not include guests. The house-warming party is a separate matter.
Hahaha. So, awal-awal berpindah nanti cuma majlis kesyukuran kitorang 4 beranak je la. Ada kelapangan (dari segi masa dan RM, eh..AUD), boleh la jemput tetamu pulak. Harap-harap takde la typical Malays lagi yang asal nampak muka aku je asyik tanya "Bila nak buat makan-makan?"
Heh. Tunggu la ye. Doakan.

Tuesday, December 18, 2012

Wondering.. Panjat ke?

Mesti korang pun pernah tengok grafitti kat bawah jambatan kan?


 Contohnya macam dekat Morphett St. ni..



 
Atau something macam 'hasil seni' kat tiang ni... ditempek dengan sticker warna-warni. Ni gambar ni aku amik depan Adelaide Uni nih.




Some people kata...
Sapa la gatal tangan buat vandalism ni?


Others pulak anggap...
Kau ni, buta seni la. Tu bukan vandalism...Tu la seni.
Aicehhh..kemain la statement tunjuk artsy-fartsy


Aku?
Macam mana gamaknya diorang panjat tinggi-tinggi sampai ke atas tu?
Kalau korang tengok betul-betul... sticker paling tinggi adalah yang dekat bahagian merah 'bunting' tu, dekat dengan perkataan 'somewhere'.
Tinggi kan?
Takkan orang tu gigih cari tangga? Or dia panjat atas bahu kawan dia?


Tapi kalo yang macam ni punya bridge???
 Tinggi humang aiiii...

Monday, December 17, 2012

2 months artwork at ET

Nenong..nenongggg...
Mengong...mengong...
Arghhh... aku dalam mode sengal sebab baru je berdiskusi sakan dengan SV dan co-SV.

Well, Lil Adam baru je start school holidays (of the 4th term, of 2012) at East Torrens. Sempat la dia bersekolah 2 bulan. Nampak la ada improvement, walaupun aku tak abis-abis dok risau pasal progress dia. Maybe my expectation is too high- sebab dia anak sulung, dan sebab masa aku umur 6 tahun, aku dah boleh membaca sokkabar. Tapi kekdah pembelajaran kat Aussie ni adalah macam playschool. Relax dan enjoy-enjoy. Jadi pressure tu kurang... aku takut dia tercicir.
Anyway, ni la antara hasil-hasil kerja dia....
 
Yang ni dia buat koala dengan aku...guna bahagian tengah toilet roll tu...



   supaya nanti boleh terus saruk kat pokok, ala-ala koala tu tengah dakap pkok la kununnya. Hehehe

Rudolph the XMas reindeer, inspired by Zakuan (anak Kak Surah)... dengan XMas card untuk Teacher Wendy.

Haaaa...yg ni dia bawa balik dari sekolah. Bell, Xmas tree ornaments dan XMas tree. 
Yang snowman tu siap dikembungkan dengan kertas lagi disumbat dalam perut dia. Hahaha
 

Okay...Itu artworks yang musim XMas. 
Yang ni pulak yang entah bila dia buat, dah hujung-hujung term baru bawak balik selambak ke rumah.
Kelongsong popcorn.
 
Lil Adam and the helper.
 
His very own version of clock. Dengan nombor terbalik. Haihhh..dyslexic kah anakku?

Aku terharu bila tengok gambar ni...
walaupun watercolour tu cair dan brush yang dia gula pun lebar semacam, aku nampak dia lukis  our BigRedCar...dengan traffic lights.

 Sob sob..tetiba rindu kat BigRedCar


This one was hand-painted by him, for Diwali.


Colourful bell..err...yang ni for XMas gak kot.
Rumah 3D dengan pokok dan rumput imaginasi Lil Adam.
 

Yang ni pulak... dia tulis lepas diorang ada aktiviti pegi shopping kat Woolies.

Aku pun tak tau la nape senarai barang yang dia 'beli' tu semua start dengan huruf P je. 
Peas- Pineapple- Pumpkin -Pear- Peppers

 
Walhal dia bawak balik apple sebijik. 
 Konfius...konfius.
  
Apa pun..paling lawak adalah 'journal' dia tentang trip tu. Aku suka interpret lukisan-lukisan dia, sebab dulu masa bercinta dengan MrBoyfren, aku selalu hantar surat dan buat 'karangan bergambar' macam ni. Hehehehe

Hahaha.Gila comel (takde sapa dah nak puji anak sendiri).
Cer tengok octopus tu.



*klik gambar untuk tumbesaran yang cemerlang*
 Dan yang ni paling lawak sebab aku tanya...apa yang dia lukis kat muka 3 orang lidi tu? (gambar last). Lil Adam jawab...tu gigi diorang sebab they were feeling very cold (sambil buat aksi menggetap gigi). Hahahaha



Froggy with googly eyes :)
 


 In this handmade book pulak, dia lukiskan his favourite foods...
 

Watermelon, carrot... dan yang tengah tu aku pun tak ingat dah dia jawab apa (masa aku tanya aritu).
Amacam, nampak tak rupa tembikai dan carrot dia?
 
Yang merah tu bukan wayang kulit, walaupun ada tulang (from icecream sticks) kat belakangnyadan yang selonggok kelabu tu adalah...cer korang teka apa?

Ikan. 
Hahaha.
Siap ada sisik bulat-bulat lagi.
 
3D corner, siap ada buat Mama, Ayah and Adam. Adik dia takde la pulak.
Yang bertampal kat dinding tu adalah roti (dlm bungkusan), sayur (aku rasa la)...dan donut (pink glaze, you!)
Well, aku selalu membayangkan indahnya kalo aku kat sini sebagai dependents yang mengikut MrHubby- mesti aku akan banyak menyibuk buat aktiviti kat sekolah Lil Adam.


p/s:
Ni gambar hari second last Lil Adam nak gi sekolah. Tetiba  dia buat onar tak mau naik school bus, terpaksa la kitorang hantar sendiri. So masa nak hantar dia, Lil Adib sibuk nak bawak toys dalam bagpack. Sama macam perangai abang dia dulu.

Yang nak tergelaknya, beg Thomas dia dia tak bawak... tapi dia isikan toys tu semua dalam bagpack Ultraman abang dia.


Haihhh... sama-sama minat Ultraman rupanya anak-anak bujang aku.
 


 

Nuffnang ads

My Heartbeat