Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

The little robots at LittleBotz


Banyak betul child development centres jaman sekarang ni kan?
Belajar memasak la, belajar painting la... dan yang ni, LittleBotz!

Disebabkan aku dapat free pass sebab jadi juri jemputan untuk projek robotik SAS aritu, maka aku pun bawak le Lil Adam dan Lil Adib ke LittleBotz, Atria.

Terasa ulu pulak sebab aku jarang ke shopping malls baru. Haha. 

Tengok tu...berseri-seri muka walaupun nak ditinggalkan for few hours.



Lepas register, diorang pun start la main apa yang diorang nak. 

Aku dengan MrHubby? 
Dating la...apa lagi. Heh.

Actually, macam-macam yang diorang boleh belajar kat situ untuk cultivate creativity diorang. Banyak giler Lego. Gumbira la bebudak.
So untuk main kat situ, diorang kena guna thinking skills la dalam bidang Sains, Teknologi, Engineering and Maths. Wahhh...gitu!

Kecik-kecik dah nak jadi engineer?
Bukan ke aritu kata nak jadi chef?


Yang aku tau, anak-anak memang happy dapat pegi situ.

Time aku nak ambik balik, Lil Adib dah cranky. 



Sejuk katanya!



Rupa-rupanya Lil Adib merajuk time nak balik sebab abang dia tak layan dia masa try games apa ntah.

Tengok...nak amik gambar pun, muka dok sebek lagi.
Nanti kita datang lagi ye. 

Tengkiu, Aunty Jiji!

Wednesday, April 6, 2016

Cikgu sekolah ajar rude word?!?


As usual, balik kerja, aku akan pusing ambik Lil Adib from kindy. Bergurau-gurau. 
Lil Adib memang kalau ditanya, dia tak cerita. Soalan biasa aku- what did you eat at school? blablabla.
Sebab benda tu jugak yang aku cerita masa on the way berjalan balik dengan Tok dari tadika dulu.


selfie in the car-on the way to school



Then detour untuk jemput Lil Adam. He hopped into the car, and sat on the co-driver seat.
Biasanya dia akan tanya "How was your day, Mama?" 
Dan soalan tipikal aku...Do you have any homework? What do you wanna have for dinner?"

Tak macam Lil Adib, Adam ni-- sekali dia cerita, jenuh nak kena suruh senyap jap. Hahaha.

"Mama, today we learned about aurat."

"Ooo..that's good. Do you wanna share with me what is the aurat for boys"

"Hmm.. it's the belly button and the knees"

Aku dapat idea nak usik dia.. "What?!!! You mean, when u solat, u just have to cover those two, but not the parts in between?"

"Hahahaha. I mean from the belly button to the knees. I know you know it"

Lepas beberapa minit diam...tetiba dia kata
"It must be very hard to be a girl. I won't be able to cover my aurat if I were a girl"

Dan aku pun mula ceramah free. "You see. That's why it's easy for girls or women to go to hell, as easy as it is to go to heaven--when they give birth, pot-pet-pot-pet-potpet...."

...to which aku cuma dengar dia reply "Oooo...." 

"Just now, Abang E*** (the male teacher) didn't know how to say (._I_.)"

Aku rasa, maksud dia...he tried to avoid using the word 'breasts' lah kan.

Lil Adam sambung cerita... "So I suggested. ..Bon-bon!"

Hahahaha. Lawak pulak aku rasa.
That's our code word for boobies, masa anak-anak kecik dulu. Just bcoz aku tak nak anak-anak cakap kat public "Nak t*t*k!!!" or  "Mama, nak n*nen"--which is a common term for it. Hence the bon-bon. 

So, did everyone laugh?--aku tanya.

"A bit, but Abang E*** said, okay..let's use that word."

"You see... it's good to have code word, isn't it?"



Conversation interrupted kejap... sebab aku dengar lagu best kat Kool FM. Jadi aku pun join melalak penuh perasaan.
Lepas ni, sapa-sapa ternampak aku tengah semangat menyanyi dalam keta, sila buat-buat tak nampak ye.

Habis lagu....masa lalu roundabout....

"Mama.. today at school Abang E*** said the S word"

Terkejut aku. "Hah!!!! What?! What S word?"
Panic, tapi tetap kena focus on the traffic.

"You know, that rude word."

"You mean S.H.I.T?" ---aku terpaksa eja supaya Lil Adib tak pick up the word.

"No. It's the other one."

"So which S word?"

"S.E.X" --Lil Adam spelt it out, half whispering. Again, supaya Lil Adib yang dok kat belakang tak dengar.

Aku cuak. "Hoh?! Why would he say that?"
Kepala aku mula berfikir laju. Sel-sel otak mula berhubung, umpama Ahmad Maselan makan coklat minda. Takkan dia cerita pasal sex pulak.
Ahhh...  Takkan derjah 3 dah belajar Sex Ed?!


Lil Adam sambung.. "No, it's during the class. You know, when men and women.........."

Ahhhh...sudah. Takkan cikgu dia advanced sangat, tetiba nak ajar pasal aurat time beromen sex?! Aku mula fikir pasal well-you-know lah kan...

Dalam aku tak boleh focus sebab banyak kereta kat jalan, Lil Adam sambung lagi... "Abang E*** said, if people are of different sex, like men and women.... the aurat is....blablabla......"


...........
...........................
.............................................


"Ooooohhhh... ajnabi. Mahram."
*facepalm*

Fuhhh... berpeluh aku!

Betul lah sex, memang dia kena guna terms 'sex' pun. Bukan gender. 

Cepat sangat propa mama nye pun!
Kehkehkeh.

 ************************************

Gambar ni aku ambik dua malam lepas, masa gi klinik. 
Time tu aku eavesdropped dah terdengar Lil Adam bacakan pamphlet tu kat adik dia...
Lil Adib mengikut je word-by-word.



Sampai part bulatan tu ada dengar dia sebut "This is S.E.X. You cannot say this word, adik. It's a rude word."


:-P
Hahaha. Lawak... lawak.....


Tuesday, October 6, 2015

Abo and Italian stuff by M6



Anak lelaki ni, selalu last minute nak inform kalau ada apa-apa yang penting.

Sekolah buat fundraising hot lunch, tau pulak dia bagitau awal-awal. Tapi kekadang tu, time breakfast sebelum gi sekolah, baru nak bagitau "I will be at the assembly today, talking about bla...blaa..."
Duh!

So, walaupun last minute, sebagai ibu mithali...♫ ♪ ibu yang sejatiiii ♫ ♪
Kasih sayangmu kasih yang suci,♫ ♪  pengorbananmu disanjung tinggi
eh..ehhh...
sebagai ibu mithali yang bangga dengan pencapaian anak, aku pun meluangkan masa untuk tengok Lil Adam and his M6 classmates di assembly.


Kalau time aku bergegas nak buat lab works macam dulu, tak dapek la nak pegi... memang rasa loser sangat.
Tapi bila ada kelapangan, why not kan?
Afterall, anak membesar sekali tu je. Alaaa... assembly kat sini bukannya berjam-jam tengah panas terik sampai basah keti dengar cikgu membebel. So, kira orait la.

So, aritu, lepas drop Lil Adam, hantar Lil Adib... aku pun patah balik ke ETPS untuk attend assembly tu.

Orait...amik gambar suasana dulu...

Kalau dulu, aku mesti geng dengan Maryse la time-time cenggini. Tapi kali ni, sebab aku baru je berkenalan dengan mak si Reem (middle eastern) tu, kang dia kata aku galak pulak nak berselfie bagai. Jaim, okay...jaim..bak kata orang Indonesia.

Assembly dimulakan dengan Advance Australia Fair.
Lirik ada kat skrin, tapi mana yang terlindung tu, aku miming-miming je la. Hahaha.


Mr Thom cakap pasal P.E.
As usual, updates pasal soccer team and such.


Then, choir from the budak-budak yang senior sikit.
Lepas tu, classmates Adam pun naik in pairs...baca info pasal  tema untuk minggu tu.
That week, it was about Australia and aborigines.


 

Then diorang semua naik stage menyanyi dua lagu....
Home Among the Gumtrees

and Jump Jump Jump Like A Kangaroo


Lepas tu, diorang  tunjukkan artworks diorang.
Lil Adam buat kangaroo tu masa kat sekolah kot.






Assembly lagi satu pulak (recently) was for their Italian lesson.
Dah pagi nak gi sekolah, tetiba tunjuk kat aku satu laminated strip...

Aku tanya untuk apa, dia cakap untuk assembly.
He wasn't expecting me to attend it...sebab katanya dia tak kisah. But I told him, I wanna be there because it is special for me. Cuma aku tak buat drama bagi nampak aku sayang sangat kat dia je... kang takut dia bergayut kat kaki aku pulak lepas assembly. Hahaha.

Kali ni, bukan Aussie national anthem, siap ada India punya national anthem sekali. Terus aku feeling Alka Yagnik sat. Harharhar.
 
Dan since it is a Hindi and Italian week, ada Bollywood dance gittew.

Aku selalu bayangkan kalau aku jadi cikgu kat sekolah sini, confirm aku bawak segala baju-baju tarian kebudayaan untuk ajar bebudak omputih menari joget. Cita-cita tak buleh blah.. Kehkehkeh.

Anyway... ada short speech by Gael (the not-so-new principal) and  Mr Thom.
Then ada penyampaian untuk Wendy's award. (Wendy is the new IEL coordinator, replacing Tracy). Wahhh...sakan!




The students of Italian class (by Ms Ciufoli).




Then, it was Lil Adam's turn.
Alahaiii...cakap sebaris ayat je ropanya.

 ..and last but not least, the choir.


Looking forward for the 4th term which will begin next week.

Monday, October 5, 2015

Minecraft party-Adam's 9th birthday


*backdated entry*



Lil Adam turned 8 on 18th Sept. 
Tapi apakan daya, bila Mama tengah menggila busy dengan tesis... mana la sempat nak prepare bagai-bagai.

So, to compensate, on his birthday, aku beli cuppies with colourful sprinkles dan buat toppers untuk dia bawak ke sekolah. Tengok tu... berseri-seri muka bila dapat bawa something untuk celebrate dengan kengkawan.



Mujur la aku ni Mama yang super excited bila organising events. So, dalam kesibukan menulis tesis tu, aku gigih curi jugak masa buat sikit-sikit. 
Alasan aku... "Takpe la..demi anak. Nak bagi anak happy" (chehhh... alasan tak boleh blah). 
So, aku buat preparation pun last minute. MrHubby dah tau sangat, there's no point aku pegi ofis, kalau kepala aku dok fikir pasal birthday party. Kang satu paragraph pun tak siap karang.

*Adam reading the birthday card, before going to school*

Aku prepare tu pun, aku tak bagitau kat Lil Adam sangat... sebab takut dia over excited. 
Korang bayangkan je la... aku ni dah kategori super excited. Kalau dia tu lebih daripada aku, camna jadinye.



Menu kali ni, aku sedia yang simple-simple je la...






Sambil parents sembang...(dan makan)....





...budak-budak main Pin the Tail on the Enderdragon





Kek paling miserable. Konon nak buat no.8 (sempena umur 8 tahun)... tapi sebab cuaca panas sangat, so melt abis. 
Lantak la...janji ada.



Invitation pun limited to close friends. Small scale, senang nak mingle. 


Makan-makan sikit....











Cake time!!!







Pinata kali ni senang sikit... sebab aku buat kepala Creeper je.


Tapi instead of pinata yang kena katok, aku buat strips untuk budak-budak tarik berjemaah for the lollies.


Kalau Anep ada lagi kat rumah time tu, mesti dia kutuk sebab aku spend masa untuk buat pinata instead of buat tesis. Hehehe

It was great to catch up with friends and see the smile on the kids' faces.... lupa kejap tengah semak kepala dengan tesis. Hahaha.




 With Ganyk's family

And Felix's family

 And Phu and Wen.


Lil Adam and Lil Adib at home, with the piles of presents....
Thank you uncles and aunties.


Nuffnang ads

My Heartbeat