Thursday, May 14, 2015

Anak yang berpandangan jauh sempena Mother's Day

The perks of being mak-mak.
Tengok anak membesar, dan acting like yourself.

Acting like yourself--can be sweet, can be scary. 
LOL


Walaupun kekadang agak lawak bila tengok Lil Adam tergedik-gedik excited planning untuk birthday (like planning it 13 months ahead, before the initial year punya birthday celebration), ada baguihnya jugak.

Walaupun ada masa dia mengkantoikan surprise dengan ayat "What flavour of cake do you like, Mama?"  
atau mengkantoikan treasure hunt mencari hadiah dengan ayat "No, your present is not there! "
*sambil mata mengerling ke arah tempat tu, dan terlompat-lompat excited* ---Duh!Obvious sangat!

.... at least he learns to make a celebration meaningful.

He looks forward to celebrating any occassions/events in the family.
Birthdays, anniversary, mother's day, father's day, etc.

Last weekend, for Mother's Day... dia kata "You'll have to find two things, Mama. And I'm not telling you where I hid them"

Elehhh..macam le susah sangat. 
Aku buka beg sekolah dia je, dah nampak handmade card.

Astagaaa... apa benda dia tulis/lukis tu?

 
Katanya, itu trofi untuk No.1 mum.
Kehkehkeh. 

Lepas tu aku usik dia... "What? You have No.2 mum?" You forgot about the lesson from Hansel and Gretel? --- kepada yang ter-miss lawak ilmiah ni, boleh baca SINI.

In the card...walaupun berserabai aku nak membacanya...it says...

Happy Mother's Day, mama. 
You are the best mother in the universe. 
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli, 
the future, the past, the present and back

:)   ;)   :P


Hahahaha. Tak boleh blah..tetiba ada China ngan Gallipoli. Alkisahnye pasal Anzac Day aritu banyak sangat publicity pasal Gallipoli kot.


Belakang kad, ada tulis ...(why la belakang kad?)

To mum.
From your first

Dan aku tanya... "from your first what???"

Dia jawab...
 "Here... I wrote "Son"

Hahahaha. Ada ke tetiba kat depan kad ada satu je perkataan "Son."
Lawakkkk...lawakkkk.

 Lepas tu akak cakap aku tak jumpa hadiah lagi satu. So, he went to his room and handed me this....


"Eh? Why Nan's pen? I'm not your nanna! What, are you saying I look like a grandma?"
--bertubi-tubi aku bebel. Bukan nak cakap terima kasih.

"It's okay, when I get married, you're gonna be a nanna."


MrHubby menyampuk "Hahahaha. So, by that time, dia dah tak bagi hadiah Mother's Day dah la... sebab dah bagi sekarang."

 Huhuhu. Well-played, Adam.
Well-played.

Anyway, he also got me this painted pot of daffodils.
Walaupun nak tercekik menengok hasil seni anakanda mengecat, tapi kira okay la...sebab bunga tu cantik. And what matters most is--- he remembers to make me feel special.




That day, kitorang makan kat rumah je.
Buat sushi (plus nigiri, sashimi and udon) banyak-banyak... makan puas-puas.
Dan sebab aku dah lama mengidam nak makan durian... buat durian crepe sekali... Hehe

----
Yang ni pulak, from last year's Mother's Day celebration.
Sampai setahun aku peram, baru post sekali. Hahaha


That's a little pot of pansy seeds. Aku dah try tanam. Aritu nampak macam hidup.
Tapi dah sejuk-sejuk kebelakangan ni, takde la aku keluar jenguk, entah hidup entah tak pokok tu.



His attempt to make a menu for breakfast-in-bed.
Rice, oat or subway. Hahaha. Senang cerita. Subway terus.




And that's how he drew me.
Wearing one of my t-shirts yang dia suka :-P


Thank you Adam and Adib---for being my Little Cinta and Mini Cinta
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli,
the future, the past, the present and back
+1

Hehehe. Selalu aku guna taktik keji ni.... copy that, plus one.
Win!






Friday, May 1, 2015

Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang pokok


Sapa tak suka makan jeruk buah cermai?
Mengandung ke, mengandungi ke... semua orang (especially pompuan) suka, kan? Kan?

Hehehe. Teringat masa gi kelas agama kat Sekolah Tuan Abdullah petang-petang dulu. Sekupang pun dah boleh dapat sesenduk.
Jaman sekarang ni, maybe 5 kupang pun tak dapat. 


Walaupun buah cermai ni menjadi pojaan ramai orang, tapi bagi aku, ada satu kenangan tak best dengan buah/pokok cermai.
Begini ceritanyaaaa....


*cue masuk lagu penglipur lara*



Masa kecik-kecik dulu, aku dan Acik ada task masing-masing setiap pagi.
Bukan macam anak-anak jaman sekarang, buka mata je, makan dan hadap TV.

Aku dan Acik-- tak aci mandi, tak aci breakfast... celik-celik mata je, terus pegang penyapu lidi. Sapu keliling laman rumah.
Laman rumah Abah tu besar jugak, actually. Kalau nak sapu sorang-sorang, dengan kudrat budak umur 7 tahun, memang lambat la nak siap.
So, kitorang bahagi sorang setengah.
Biasanya kawasan jajah aku adalah kawasan belakang rumah, start dari area pokok asin-asin a.k.a. cekur manis yang facing tanah lot kosong belah kanan rumah, sampai ke pokok cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan yang menghadap ke rumah Pak Asan belah kiri rumah.
Maksudnya in between tu, memang kena cover jugak la..merangkumi...

Pokok jambu batu (dekat reban ayam) tempat aku memanjat dan toreh nama...
ke pokok moktan (read: rambutan) - punya la lama aku nak merasa pokok tu berbuah.
Pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram
Pokok cermai....sampai ke pokok cempedak.
Kawasan berlabel merah adalah kawasan jajahan aku. Yang berlabel tu yang major je.
In between tu ada segala mak-neka pokok lagi.

Kawasan jajahan Acik pulak ada pokok bunga kertas, pokok mempelam, pokok jambu delima dan macam-macam lagi.
Pendek kata, semua jenis pokok yang rajin fefeeling autumn lah!

Dua masalah besar yang leceh dalam assignment aku ni adalah... 
  1. Ada banyak pasu dekat semua pokok-pokok tu. So, kena la rodok-rodok penyapu sikit sebab daun yang luruh maybe nyorok kat celah pasu.  
  2. Laman rumah abah tak berumput langsung!!! Pasir putih je. Maka confirm la kalau daun jatuh ke tanah, akan nampak obvious sangat, takde chance nak bajet incognito macam chameleon. Pelan yang aku konon-konon tempek kat atas ni, saja bubuh hijau bagi nampak environmental friendly gittew.

Perangai aku pulak, sambil menyapu, sambil suka membelek.
Aku belek daun, belek bunga, belek pasir, tanah, batu.
Maka makin lambat la kerja aku siap.

Dan antara yang aku suka belek adalah buah pokok asin-asin.
Comel gitu.


Tapi, jangan terpedaya dengan kecomelannya.
Aku selalu sakit hati dengan pokok asin-asin tu,



Lagi hamsap, sebab pokok asin-asin dan cermai tu memang kerja luruh je daun dia.
Geram betul! 
Baru je sapu, by the time habis keliling rumah..dah ada yang mencecah ke bumi. 
In other words, masa Mak buat QC (tak lama lepas kitorang habis menyapu), dia nampak macam tak bersapu betul-betul la.
Terus aku dan Acik kena beletiaq "Haaa!!! Hampa sapu hat yang depan mata saja!!!"

-___________-
Grrr!
Dah penat sapu pun, jangankan nak dapat terima kasih, kena bebel pulak.
Life was so unfair.


So, setelah banyak kali sakit hati, last-last, aku ngan Acik dapat satu idea. 

Bila aku sama-sama menyapu dengan Acik... kami 'honggaq' (goncang dan goyang sepenuh perasaan) pokok-pokok tu bagi luruh semua daun yang baru nak kuning. Kiranya, kalau daun-daun tu baru je masuk akil baligh, maybe dah terpisah dari pokok la.

Tak cukup dengan tu, daun-daun yang ketegaq tak nak luruh kitorang 'rimbaih' dengan penyapu.

Korang bayangkan, dua beradik umur lebih kurang 7 dan 9 tahun... terlompat-lompat sambil menggodek-godekkan penyapu lidi kat daun-daun pokok yang tinggi.


Hmmm..aku rasa nak propose kat DBP la, supaya improvise peribahasa "tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia."
Meh aku nak tukar jadi "tangan yang menghayun adik-adik dalam ndoi pun, bisa menggoncang pokok asin-asin dan pokok cermai."

Kikikikiki :-P

Sampailah pada suatu hari, pokok asin-asin tu pun ditebang.
Aku la manusia yang paling bahagia time tu. Cuma masa tu, aku tak reti lagi nak buat sujud syukur, so aku kira hoyeh-hoyeh style budak-budak je la.

Walaupun dah tak dapat makan masak lemak asin-asin dah, aku redho je. Sebab sakit hati aku dengan daun yang luruh tu lagi kritikal daripada keinginan nak makan. Bahahaha

Disebabkan masak lemak asin-asin ni dah jadi favourite aku ni, tiap kali gi Anjung Selera depan Masjid I'tisam, confirm aku cedok sayur ni ke dalam pinggan aku. 
Dan sambil makan tu, aku akan terbayang hazab aku satu ketika dulu. Hewhewhew



Haaa...sekarang, cer bagitau aku...
Sapa kata "Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang?"

Kan boleh je.... sebab ada dua beradik yang goyangkan. Kehkehkeh



p/s:

Happy anniversary, Acik!
I miss my big brother very much.

Nuffnang ads

My Heartbeat