Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

Cikgu sekolah ajar rude word?!?


As usual, balik kerja, aku akan pusing ambik Lil Adib from kindy. Bergurau-gurau. 
Lil Adib memang kalau ditanya, dia tak cerita. Soalan biasa aku- what did you eat at school? blablabla.
Sebab benda tu jugak yang aku cerita masa on the way berjalan balik dengan Tok dari tadika dulu.


selfie in the car-on the way to school



Then detour untuk jemput Lil Adam. He hopped into the car, and sat on the co-driver seat.
Biasanya dia akan tanya "How was your day, Mama?" 
Dan soalan tipikal aku...Do you have any homework? What do you wanna have for dinner?"

Tak macam Lil Adib, Adam ni-- sekali dia cerita, jenuh nak kena suruh senyap jap. Hahaha.

"Mama, today we learned about aurat."

"Ooo..that's good. Do you wanna share with me what is the aurat for boys"

"Hmm.. it's the belly button and the knees"

Aku dapat idea nak usik dia.. "What?!!! You mean, when u solat, u just have to cover those two, but not the parts in between?"

"Hahahaha. I mean from the belly button to the knees. I know you know it"

Lepas beberapa minit diam...tetiba dia kata
"It must be very hard to be a girl. I won't be able to cover my aurat if I were a girl"

Dan aku pun mula ceramah free. "You see. That's why it's easy for girls or women to go to hell, as easy as it is to go to heaven--when they give birth, pot-pet-pot-pet-potpet...."

...to which aku cuma dengar dia reply "Oooo...." 

"Just now, Abang E*** (the male teacher) didn't know how to say (._I_.)"

Aku rasa, maksud dia...he tried to avoid using the word 'breasts' lah kan.

Lil Adam sambung cerita... "So I suggested. ..Bon-bon!"

Hahahaha. Lawak pulak aku rasa.
That's our code word for boobies, masa anak-anak kecik dulu. Just bcoz aku tak nak anak-anak cakap kat public "Nak t*t*k!!!" or  "Mama, nak n*nen"--which is a common term for it. Hence the bon-bon. 

So, did everyone laugh?--aku tanya.

"A bit, but Abang E*** said, okay..let's use that word."

"You see... it's good to have code word, isn't it?"



Conversation interrupted kejap... sebab aku dengar lagu best kat Kool FM. Jadi aku pun join melalak penuh perasaan.
Lepas ni, sapa-sapa ternampak aku tengah semangat menyanyi dalam keta, sila buat-buat tak nampak ye.

Habis lagu....masa lalu roundabout....

"Mama.. today at school Abang E*** said the S word"

Terkejut aku. "Hah!!!! What?! What S word?"
Panic, tapi tetap kena focus on the traffic.

"You know, that rude word."

"You mean S.H.I.T?" ---aku terpaksa eja supaya Lil Adib tak pick up the word.

"No. It's the other one."

"So which S word?"

"S.E.X" --Lil Adam spelt it out, half whispering. Again, supaya Lil Adib yang dok kat belakang tak dengar.

Aku cuak. "Hoh?! Why would he say that?"
Kepala aku mula berfikir laju. Sel-sel otak mula berhubung, umpama Ahmad Maselan makan coklat minda. Takkan dia cerita pasal sex pulak.
Ahhh...  Takkan derjah 3 dah belajar Sex Ed?!


Lil Adam sambung.. "No, it's during the class. You know, when men and women.........."

Ahhhh...sudah. Takkan cikgu dia advanced sangat, tetiba nak ajar pasal aurat time beromen sex?! Aku mula fikir pasal well-you-know lah kan...

Dalam aku tak boleh focus sebab banyak kereta kat jalan, Lil Adam sambung lagi... "Abang E*** said, if people are of different sex, like men and women.... the aurat is....blablabla......"


...........
...........................
.............................................


"Ooooohhhh... ajnabi. Mahram."
*facepalm*

Fuhhh... berpeluh aku!

Betul lah sex, memang dia kena guna terms 'sex' pun. Bukan gender. 

Cepat sangat propa mama nye pun!
Kehkehkeh.

 ************************************

Gambar ni aku ambik dua malam lepas, masa gi klinik. 
Time tu aku eavesdropped dah terdengar Lil Adam bacakan pamphlet tu kat adik dia...
Lil Adib mengikut je word-by-word.



Sampai part bulatan tu ada dengar dia sebut "This is S.E.X. You cannot say this word, adik. It's a rude word."


:-P
Hahaha. Lawak... lawak.....


Monday, October 19, 2015

Pizza picnic at Campbelltown preschool


Seingat aku, tadika aku dulu adalah sangat grande walaupun cuma Tadika KEMAS sebab ada swimming pool. Haaa..korang mampoo? 
Well, actually itu adalah kolah untuk orang amik wuduk, sebab tadika aku kat bawah surau (depan SekeTuL)--sebab tu la muka aku terpancar nur keimanan. Bahahahaha. Tapi ahh...kira swimming pool la jugak kan? #taknakkalah

Aku ingat tadika aku tu dah habis gempak dah la. Ropa-ropanya Lil Adib punya preschool lagi gah.
-_____-
Dah la aritu diorang renovate buat garden bagi cantik...siap ada buat pizza oven lagi.

So, in conjunction with the new face and the new oven.... diorang ada organise picnic.
Picnic = Makan?!?
Maka aku la orang yang paling gumbira. Wheee!!!

As usual, parents lain  ada potluck bawak a little bit of everything. 
Nyum nyum...


Aku masa tu tengah not in the mood untuk socialising, maka aku 'mingle' with the food saja la. Hewhewhew.


Haaa...ni la pizza ovennya...
Kelles kau Jah.


Aktiviti memizza (what a word ---nanges Cikgu Nooriah baca BM aku ni kang) telah diketuai oleh Let's Do Pizza
Best betul tengok orang buat pizza depan mata. Tak perlu topping meraban macam aku buat kat rumah. It's freshly made in front of your eyes--so cukup dengan cheese and herbs.


Pizza panas-panas dari oven!
Alamak--kantoi gambar tengah pulun makan. Hehehehe.

Aku rasa, kalau hidang kat aku 3 biji pizza time tu pun habis, sebab sedap sangat. Tapi demi citra ayu, aku pun kontrol-kontrol la sikit. 


Lil Adam and Lil Adib?
Diorang tak peduli sangat (walaupun Lil Adib is a huge fan of pizza)--sebab tengah sibuk main kat sandpit, dan main pam air dari tanah.

The new yard lepas renovation ni lebih friendly dan boleh maximise the space usage.
Kalaulah aku ada kindy.... *berangan jadi cikgu tadika*.......................
..........mesti ada budak-budak tercabut telinga kena piat. Eh
..........mesti aku nak buat learning environment macam ni jugak.


Then, aku masuk ke dalam (learning area) dan belek buku progress report Lil Adib. 
Dan belek-belek story books diorang.

Guess what?
They have this fav book of mine---Can't You Sleep, Little Bear? Awwww....
It was Adam's favourite book too  (cerita lama KAT SINI). So, it's nice to know that Lil Adib pun dah pernah dengar cerita nie.



Lepas feeling-feeling, aku keluar balik... mingle dengan makanan (lagi!).  Ngehehe.


Said hello to Suzie, Jasmine and Tatum.
...sambil mengunyah.


And since we had something on after that, ktiorang pun balik.


And before we left, had a photo with Patrea, one of the lovely teachers.

Tuesday, October 6, 2015

Abo and Italian stuff by M6



Anak lelaki ni, selalu last minute nak inform kalau ada apa-apa yang penting.

Sekolah buat fundraising hot lunch, tau pulak dia bagitau awal-awal. Tapi kekadang tu, time breakfast sebelum gi sekolah, baru nak bagitau "I will be at the assembly today, talking about bla...blaa..."
Duh!

So, walaupun last minute, sebagai ibu mithali...♫ ♪ ibu yang sejatiiii ♫ ♪
Kasih sayangmu kasih yang suci,♫ ♪  pengorbananmu disanjung tinggi
eh..ehhh...
sebagai ibu mithali yang bangga dengan pencapaian anak, aku pun meluangkan masa untuk tengok Lil Adam and his M6 classmates di assembly.


Kalau time aku bergegas nak buat lab works macam dulu, tak dapek la nak pegi... memang rasa loser sangat.
Tapi bila ada kelapangan, why not kan?
Afterall, anak membesar sekali tu je. Alaaa... assembly kat sini bukannya berjam-jam tengah panas terik sampai basah keti dengar cikgu membebel. So, kira orait la.

So, aritu, lepas drop Lil Adam, hantar Lil Adib... aku pun patah balik ke ETPS untuk attend assembly tu.

Orait...amik gambar suasana dulu...

Kalau dulu, aku mesti geng dengan Maryse la time-time cenggini. Tapi kali ni, sebab aku baru je berkenalan dengan mak si Reem (middle eastern) tu, kang dia kata aku galak pulak nak berselfie bagai. Jaim, okay...jaim..bak kata orang Indonesia.

Assembly dimulakan dengan Advance Australia Fair.
Lirik ada kat skrin, tapi mana yang terlindung tu, aku miming-miming je la. Hahaha.


Mr Thom cakap pasal P.E.
As usual, updates pasal soccer team and such.


Then, choir from the budak-budak yang senior sikit.
Lepas tu, classmates Adam pun naik in pairs...baca info pasal  tema untuk minggu tu.
That week, it was about Australia and aborigines.


 

Then diorang semua naik stage menyanyi dua lagu....
Home Among the Gumtrees

and Jump Jump Jump Like A Kangaroo


Lepas tu, diorang  tunjukkan artworks diorang.
Lil Adam buat kangaroo tu masa kat sekolah kot.






Assembly lagi satu pulak (recently) was for their Italian lesson.
Dah pagi nak gi sekolah, tetiba tunjuk kat aku satu laminated strip...

Aku tanya untuk apa, dia cakap untuk assembly.
He wasn't expecting me to attend it...sebab katanya dia tak kisah. But I told him, I wanna be there because it is special for me. Cuma aku tak buat drama bagi nampak aku sayang sangat kat dia je... kang takut dia bergayut kat kaki aku pulak lepas assembly. Hahaha.

Kali ni, bukan Aussie national anthem, siap ada India punya national anthem sekali. Terus aku feeling Alka Yagnik sat. Harharhar.
 
Dan since it is a Hindi and Italian week, ada Bollywood dance gittew.

Aku selalu bayangkan kalau aku jadi cikgu kat sekolah sini, confirm aku bawak segala baju-baju tarian kebudayaan untuk ajar bebudak omputih menari joget. Cita-cita tak buleh blah.. Kehkehkeh.

Anyway... ada short speech by Gael (the not-so-new principal) and  Mr Thom.
Then ada penyampaian untuk Wendy's award. (Wendy is the new IEL coordinator, replacing Tracy). Wahhh...sakan!




The students of Italian class (by Ms Ciufoli).




Then, it was Lil Adam's turn.
Alahaiii...cakap sebaris ayat je ropanya.

 ..and last but not least, the choir.


Looking forward for the 4th term which will begin next week.

Thursday, October 1, 2015

Lil Adib's health assessment


Aritu Lil Adib ada Preschool Health Assessment, conducted by Child and Family Health Service, SA Govt.

Lokasinye kat Council Chambers.
So, pagi tu aku pun pegi ke City Council...sebelum pegi ofis.
 
Sambil tunggu tu, sambil layan Lil Adib main play dough dan sambil belek balik checklist yang belum bertanda.
At the age of 4, by right he should be able to do all those. Tapi sebab ada a few yang aku tak sure, so aku biar je tak bertanda. Aku rasa kalau kat Malaysia, mesti dah kena sound sebab tak completekan checklist. Tapi kat sini, diorang cakap takpe..hehe



Anyway, mula-mula the lady suruh Lil Adib kira blocks tu. Kacang je la.


Then, to check his hearing, pakai headphone and he has to put the block in the container once he detected the sound.
Yang ni macam confusing sikit... sebab Adib ni playful. Kekadang dah dengar pun, dia buat main-main.


Next was checking the vision.
Part ni lawak sikit, sebab instead of mata dia je ngikut tegok cahaya flashlight tu...dengan kepala-kepala sekali dia gerakkan.
Hahahaha

And the teeth.
Nice teeth u have there, buddy! ;)

Another eye test.
...which he enjoyed very much, for he gotta be a pirate.
Arrrr....
The pirate had problems seeing the little letters at distance.

Last but not least---weight and height.
Almost 17kg...itu pun ada hati nak buat manja suruh orang dukung bila dia cranky. Haishhh...


Sempat pulak I expressed my concern pasal Lil Adib's height.
Aku perasan Adib ni tak setinggi Lil Adam. Mana la tau tetiba tersesat gene bantut dari mana-mana. Hahahaha.
Anyway, I was told he's above average.
Phew! Nasib baikkk....
So, lepas ni boleh sambung kutuk orang-orang pendek dan rendang tak berbuah. Wakakakaka
 

Few days lepas tu, kitorang pegi Unicare untuk Dr Stephen check telinga Lil Adib, just in case ada impacted earwax.
Dr tu pulak pandai pujuk... dia kata ada lizard in the right ear, and a mouse in the left ear, that he had to take them out.

So, lepas tu mudah la keje aku bila nak bubuh eardrops, sebab Lil Adib tau...it's to give the lizard and the mouse a swim. Hewhewhew

Friday, September 25, 2015

Pegi sekolah pakai pyjama (macam pantun daaa..)

Orang selalu pegi sekolah dah wangi, comel-comel pakai kemas. Tapi kindy/ preschool kat Aussie ni best betul. Dah la konsepnya 'playschool' je... benda-benda merapu macam ni la yang aku suka.

Walaupun hari sekolah biasa, budak-budak boleh pakai baju biasa (read: bukan uniform), tapi tak pernah la (rasanya) ada yang pi sekolah pakai baju tidur.
Aritu, Lil Adib had a Pyjama Party kat sekolah.
So everyone kena pakai pyjama.


Kebetulan Lil Adib ada pyjama baru pojaan dia- Minions. So, senang la nak pujuk supaya dia cepat bersiap pagi tu.
Si Teddybear ni selalu memang bangun ngam-ngam cukup masa je untuk bersiap dan breakfast.



Orang lain bawak bantal busuk/ pillow pet, dia nak bawak Baby Mario and Baby Luigi.
Hahaha.




Budak-budak lain pun happy masing-masing datang, macam baru bangun tido je.








Dah alang-alang tajuk post ni macam pantun... meh aku pantun sikit la...

Pegi sekolah pakai pyjama
Breaskfast pulak makan roti
Kalau dah kata nak ikut tema, 
Boleh tak si cikgu pakai nightie? :-P



Hewhewhew

Nuffnang ads

My Heartbeat