Monday, September 12, 2011
Semester begins today. Resistance is futile
Hello...hello.
The new semester starts today. After a super long 4 months break, that is.
Liat memang liat la. Well, Monday kan?
Aiyooo... office pun tak kemas lagi. Masa semester berjalan, my excuse was "Busy la. Tunggu cuti sem la. Senang nak ngemas."
Ni dah 4 bulan cuti, dah naik sem balik pun, dok bersepah gak. Heee... nak bagi alasan apa lagi ekk?
This sem we lecturers are assigned as a more functional Academic Advisor (sorta mentor-mentee la jugak). Dulu dah ada, tapi jarang sangat students refer, sebab dulu ada Ketua Program.
Ada lecturers yang dapat 6-8 orang students je. Tapi program aku kena handle sorang 26 students!!! Harap-harap takde yang berbuat onar menyusahkan aku.
To all my dear students, WELCOME BACK.
Harap-harap korang start this semester dengan azam baru. Cer tempek exam result sem lepas kat cermin solek tu, biar tiap-tiap hari korang tengok masa nak bersiap gi kuliah, rasa semangat sikit.
Okay, tata for now. Banyak keje nak buat ni.
Friday, September 9, 2011
Karangan bergambar raya 1432H/ 2011
Pada malam raya yang lalu, sedang Lil Adib dan sepupu-sepapatnya
masih dalam lingkungan usia kanak-kanak sedang bermain bunga api di
halaman asmara MokSu Jamal....
kelihatan Pak Manan pula tersenyum riang
menyarungkan baju raya pemberian Abang Sham.
Siap tag pun tak buka lagi. Hehehe.
Memandangkan kami adalah keluarga paling last sampai di kampung, maka gambar-gambar kesibukan kakak-kakak ipar mengemas dan anak-anak menakan bersilat di dapur tidaklah dapat di'snap'.
Dipendekkan citer, tahun kali ni family aku memang nak beraya sederhana je, hence no baju raya sangat lah. Diulang...'sangat' ye. Hehehe
As usual, pagi-pagi lepas mandi dan makan ketupat lemang segala, adalah sesi bermaafan. Dah tak kuasa nak amik gambar, sebab yang penting adalah memastikan duit raya dicekup masuk ke dalam genggaman. Hahaha.
Then, sesi bergambar la....
Oops...aku terr'upload' gambar yang paling bongsu pulak. Hehehe.
Nampak patriotik pulak dengan bendera kat belakang tu kan?
Kak Mie's family- banker of the family. Si Haziq dok sibuk main games.
Abang Sham--- serba putih.
Boleh buat trailer untuk cerita Hantu Bonceng sempena raya.
Kak Ta- eh, apesal lak Abang Muz tetiba kaler kuning? Bersih 2.0 ke?
...dan family Kak Zie. Tema hitam putih kelabu.
The Manan's clan.... a.k.a Moksu Jamal's family.
Haihh..aku je la dukung anak kecik. Yang lain sume anak sudahlah besar, panjang pulak tu. (sila bersihkan minda anda) Muehehe
Seterusnya sesi fotografi untuk calon-calon anak mithali.
Sila tekan butang A di alat kawalan jauh anda untuk mengundi anak paling mithali.
*weh, vote le untuk yang tengah tu ye?*
Kategori Menantu Hantu.
Taip MH dan hantar ke 32999 untuk mengundi Menantu Hantu. Hehehe
Time ni tetiba Abang Ipin terbuat lawak "Eh, kenapa ada 5 orang je menantu?"
Aiyoookk. Apakah salah seorang drp anak-anak kena ada dua orang err....? Hahaha
Dan juga kategori Cucu Pilihan.
Haaa..yang ni cer tengok anak sapa berdiri paling tegak dan zuhud memandang ke tanah. Hihihi
Tengahari tu, MrHubby & I mengelat tak ikut ziarah rumah sedara-mara sebab tengkuk dia terpele'ot.
So, sambil berguling riang menanti kehadiran para tetamu, kitroang pinjam segugus ketupat MIL kat dapur untuk amik gambar Lil Adam & Lil Adib.
Kita umpan dia dengan ketupat dulu.
Lil Adib: Eh apa ni?
Kemain lagi sengih bergambar dengan ketupat.
Kalo suruh anyam sendiri, jadi tikar le jawabnya.
Meh nak rasa sikit... Mmmm.... tak sedap la. Mama, mana rendangnye?
Masa tetamu tengah ramai-ramai tu, Lil Adam petik bunga ni dan bagi kat aku.*alololo...baiknye*
Katanya sebab matching dengan kaler baju Mama.
Kalo Tok hang nampak, siap la hang kena berletiaq sebab petik bunga kesayangan dia.
Lewat petang tu, the cousins main bola kat laman. Along Aqil tukang buli sebab dia paling besar. Haha
Oi..oi.. football mana boleh pegang dengan tangan?
Eh...Lil Adam jadi keeper kot.
Sekian sahaja laporan hari raya di Endau untuk tahun ini.
Mana ntah gambar masa gi ziarah kubur aritu. Kalo ada nanti, aku buat entry.
WHATTTT? Harga gula naik 60 sen?!!!
Pagi tadi dengat HotChat kat HotFM pasal komen tentang pengguna prepaid mana-mana syarikat telekomunikasi akan mula dikenakan cukai 6%... termasuklah simpack baru, mulai 15 September ni.
Dalam pada orang dok bising harga barang naik, tarif elektrik naik, harga minyak naik... ada jugak pengguna kaya yang redha dengan 6% tu, siap kata "Alahh...apa sangat la 60sen tu."
Apa-ke-sengal sangat?
Rasionalnya...orang yang guna prepaid adalah sebab nak jimat, perlu bajet penggunaan kredit telefon. Dalam erti kata lain, kurang berkemampuan la. Yang nak ditambah lagi beban orang yang kurang berkemampuan tu buat apa? Nak bagi jadi berkemampusan??
Meh sini aku nak tanya...Cer bayangkan...kalo tetiba kerajaan announce
HARGA GULA DINAIKKAN 60 sen UNTUK SETIAP KILO.
Tak meroyan peniaga-peniaga restoran?
Tak ke pengguna membebel bila harga donat naik jadi 80 sen sebijik. JCo dan Big Apple jadi RM3 sebijik.
Naik 10 sen, 20sen pun dah bising.
Itu GULA, yang kita beli maybe sebulan sekali.
Kalo top-up, maybe sebulan 2kali. Maybe la... Mana aku tau. So, secara kasar maksudnya si pengguna dah 'berzakat' sebanyak RM1.20.
Tapi elehhh... biasa sangat la strategi gini. Esok-esok nak dekat pilihanraya, turun pulak tax untuk prepaid ni. Silap-silap siap dapat subsidi.
Nasib baik aku guna postpaid.
Cuma untuk secondary hp aku prepaid la. Tapi, aku pun ada strategi...
Sebab prepaid aku guna pelan UOX (untuk remaja), so takde airtime expiry. Jadi aku nak topup selambak siap-siap sebelum 15 September.
Masalahnya Celcom ni pun %$*&%*@#$$... nanti mesti dia telan kredit aku tu tak pasal-pasal. Aku dah masak sangat...Dah 3,4 kali aku kena.
Korang amacam?
Thursday, September 8, 2011
Menengok anak bulan
Sebelum aku post entry raya, ada baiknya aku upload dulu gambar ahli-ahli falak syarie yang terdongak nengok anak bulan, 2 hari sebelum raya aritu.


Cer teka... Apa yang diorang tengok tu?
posted from Bloggeroid
Marsha AF pengsan telan 30 biji pil
Memang mencapab (mencari publisiti) betul la minah ni.
Aritu kisah pasal kawin diam-diam kat FRIM. Ropa-ropanya ginik untuk video klip.
Kali ni, pengsan tak sedar diri sebab telah pil berlebihan pulak.
Sudah-sudah la buat gimik tu, Marsha oiii.
Kang esok-esok kau mati tergolek tepi jalan pun orang buat derk je sebab ingat gimik jugak!!!
Aritu kisah pasal kawin diam-diam kat FRIM. Ropa-ropanya ginik untuk video klip.
Kali ni, pengsan tak sedar diri sebab telah pil berlebihan pulak.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26,
dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling
Jaya, petang semalam selepas didapati tidak sedarkan diri akibat
terjatuh di rumahnya.
Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan
kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil
secara berlebihan.
“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil
pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil. Dia kini di
bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak
bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita
Harian.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.
Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi
itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang
dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh
diri.
“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima
undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang
hanya mengetahui berita itu daripada rakan. Penyanyi yang terkenal
dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan
berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.
– Via Berita Harian
Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.
Sudah-sudah la buat gimik tu, Marsha oiii.
Kang esok-esok kau mati tergolek tepi jalan pun orang buat derk je sebab ingat gimik jugak!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



