Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Ayah!



Justify Full
It's Father's Day...
To all daddies, ayah, abah, bapak, baba, walid, pak, dan yang sewaktu dengannya...

I wish u... Happy Father's Day!
Ur kid(s) and spouses are all proud of u (kecuali bapak2 x guna yang pandai buat anak je tu).



On this special day, I'd like MrHubby to know that I truly appreciate his attention, care, help, love and bla..blaa... to me, and to Lil Adam (plus the little-one too).
Semoga terus menjadi ayah kebanggaan anak-anak kita.

I love u, Centa!





Saturday, June 19, 2010

Makan pun nak kena feel ke?

Sesapa yang pernah terbaca entry aku tentang sagu, mesti tau yang aku ni termasuk dalam kategori 'buta rasa'... My tastebud is damn hopeless. Aku makan almost apa saja - sebab bagi aku, semua rasa sama je.

Tapi aku tetap ada 'feel' pada makanan. Ye la kan, walaupun kecur air liur tu sekejap je (secepat Gaban bertukar dalam 0.05 saat je)... dan kunyahan dalam mulut pun x sampai 40 kali seperti yang dianjurkan (sunnah tu wei, baik korang ikut)... aku tetap ada preference.

Preference in which kalo diberi pilihan, aku tak makan benda-benda ni pun xpe... hanya sebab aku x feel.

Tempoyak : Bagi aku durian hanya sedap dimakan raw atau dimasak manis, bukan untuk savoury dishes. Kalo durian yang bukan tempoyak, tak payah ajak pun aku boleh hadap sorang-sorang. Nak nak kalo bubur durian, pulut durian, donat Duren duren (Big Apple)... Haa..melalut dah!


Namun begitu (cewah, ayat skema!)... aku tak kisah untuk jamah tempoyak kalo dijamu kat rumah orang, esp. kalo tuan rumah memang observe aku makan tak lauk dia.
Dan aku tak la sampai tahap menghina orang yang makan tempoyak ni... Jangan terkejut nape aku cakap macam ni, sebab aku pernah ada sorang ex-bf yang bangang , dia buat muka geli bila aku makan apa ntah. Bagi aku, jangan sesekali hina makanan, x kira la makanan tu pahit ke, busuk ke, huduh ke...


Ikan patin : Aku memang makan freshwater fish (keli. tilapia) walaupun MrHubby tak makan, tapi aku makan kat kedai la, x nak masak lauk yang aku sorang je makan. Tapi bila part patin ni, aku surrender. I guess sebab masa mula2 aku belajar pasal ikan air tawar ni (esp. patin la)... it was emphasized on the insulator layer in the fish to keep themselves warm. Maka tiap kali aku makan ikan patin (baru sekali dua rasanya), aku seakan-akan terbayang lapisan lemak yang masuk ke tekak aku (aku kan health freak sikit!)



Lagi satu, aku rasa ni salah tukang masak juga la... I mean, orang yang masak ikan patin pertama yang aku makan dulu. First impression je dah kong! Adoiyaiii...Kalo tak silap, patin masak tempoyak -lagi la kombinasi yang aku tak feel.
Tapi, aku x kisah kalo ada orang makan ikan nie depan aku. Along aku slurpp slurpp ratah kalo hadap ikan ni...tapi tetap x berjaya membuka hati aku untuk menerainya (apa punya perkataan daa..) lagi.


Terubuk
: korang promote la kat aku sedap macamana pun ikan terubuk ni... terubuk bakar especially masa bulan posa, aku rela makan benda lain sebab aku tak suka tulangnya yang banyak.


Memandangkan tahap kesabaran aku hanyalah senipis bulu roma bakteria, maka aku takkan sesekali sanggup hadap ikan tu lama-lama di pinggan sebelum masuk ke mulut.
Ye la kan? Kang aku terus makan, tercekik tulang pulak.

Atas dasar yang sama jugak la aku menjadi anak Cina yang x cekap makan dengan chopsticks. Lame excuse!


Taucu :
Masa skolah asrama penuh dulu, hari Isnin adalah hari paling aku benci sebab menu lunch adalah ikan masak taucu. So, I'd end up makan ikan dgn nasi je... tanpa kuah. Kalo macam nak mengkelan tu, baru aku cuit2 sikit kuah taucu dalam tray tu.

Tapi, masa zaman bujang dulu, my hsemate (K.Zah) masak taucu rasa sedap lak... hehe. Dan aku makan mee jawa sebab aku mula2 tu xtau ingredients dia mmg ada taucu. Lepas dah tau, aku still makan gak...

Ni, aku citer ni..jangan la ada yang terasa hati pulak. Again, aku tekankan... aku takde masalah bila tengok orang makan semua tu, cuma aku je tak sampai tahap 'feel' lagi. Tak syok la kalo setakat makan masuk perut je.

Hmm... so, ada tak orang Perak ke Pahang ke yang boleh masak dengan best hingga mengembalikan feel aku terhadap makanan-makanan di atas?


Friday, June 18, 2010

Korang nak kulit gelap ke cerah?











Bila World Cup kali ni, nama Afrika meniti-niti di bibir kita.
Aku tanya MrHubby...

Me: Apa beza South Africa and Africa itself? (okay, korang boleh gelakkan aku sekarang, tapi Geografi dulu aku dapat A tau!).

Dia cakap South Africa tu negara ye, Africa tu benuanye.

Me: Kiranya masa sekolah rendah dulu kita dok main nama, negeri, nama buah, nama benda, etc. tu (korang ingat kan game ni?)... selalu orang letak negara Afrika untuk huruf A, salah la?

MrHubby: Hmm..salah la.

Me: Ooo ye ke?

MrHubby: Tapi bila main game tu dengan cikgu (hoh? aku main dengan kawan2 je), cikgu tak cakap pun salah.

Me: Hahaha. Cikgu tu pun fail Geografi agaknya.


Okaylah... well, we know that Africans have dark skin tone.

When I was small, aku punya kulit adalah kategori yang tak-berapa-nak-cerah (hehe, tak mau mengaku gelap!). Hinggakan ada satu panggilan (dalam family aku) dicipta, in which my parents & Along/Acik panggil aku- to refer to my not-so-fair skin. Aku benci betul panggilan tu!
Kadang-kadang kalo sebut Afrika tu, kira antara perkataan yang merujuk kepada aku la tu.



Nevertheless, I never tried hard to look fairer. Standard la kalo setakat beli moisturizer atau facial foam from the whitening range. Tapi bila tengok macam xde banyak beza pun, aku mengaku je la aku Mexican or Latina ke... kan ala2 Gabrielle Solis/JLo gitu :P (sila tahan dulu muntah hijau tu ye?)

Bray, my Aussie friend laughed upon knowing that Asian women are so afraid of being suntanned (siap pakai sarung tangan masa driving), and they even use the bleaching products to get fairer skin!

Speaking of bleaching products ni, baru-baru ni aku dapat tau dari sumber yang boleh dipercayai... ada pihak yang minta approval untuk mengimport merkuri. Yes, mercury a.k.a raksa (bagi orang bukan bidang sains) macam yang ada dalam bebuli termometer tu.

Bila ditanya why would we need to import that heavy metal, jawapannya adalah... it is being used in one of the local cosmetics (untuk pengelupasan). Whew!
That means it REALLY IS in the market.



Nasib baik aku x gila memutihkan muka!

Adik-beradik aku ada gak yang pakai produk pengelupasan ni, tapi bila aku tegur, masing-masing pasang telinga kuali je. Maksud aku bukan la telinga diorang jadi hitam, tapi... diorang buat derk je la. Maybe sebab tak nampak pun muka jadi melecur ke, bergerutu macam katak puru ke atau . Instead, ramai yang puji kata muka dah makin cerah & gebu.

Ye la kan... it gets into the body system by skin absorption, so takleh la expect kesan tu nampak immediately. The effects might not be seen one, two years after the application (like other kinds of routes of exposure: inhalation, ingestion, injection, etc.), tapi maybe lambat la sikit.

As for me, I have done my part. Takpe la kalo nanti tua muka aku banyak freckles ke, fine lines ke... asalkan aku tak tua sebab kena skin cancer dan yang sewaktu dengannya! Tak pun, silap haribulan, jadi macam ni...kekeke


So, babes... korang ada ke pakai whitening/bleaching products?

Thursday, June 17, 2010

Jangan la seksa aku!

Masuk arini, dah 3 hari aku cuti. Mulanya sebab Lil Adam demam. Dah tu, aku terfikir, bila lagi nak spend masa dengan anak bujangku itu, nanti dah start sem, lagi la bz. Tiap hari berbloghopping, mesti ada at least 1 blog kawan-kawan yang buat entry pasal makanan. Apa yang dimakan, apa yang dimasak, etc.

Sejak 'mengandungi' nie... nafsu makan aku menggebu-gebu. Nampak je entry makanan, mesti aku ketaq nak makan benda yang sama macam dalam entry tu. Contohnya, baru ni...aku baca pasal...

Rojak/pasembor: terus aku clock out dan menyimpang ke Section 9 masa otw balik rumah-beli Rojak Karim yang x sedap tu. Dah la xde kentang, aku cukup meluat dengan cucoq kelapa yang dlm ingredients tu.


Pastu ada pulak entry Sambal belacan bacang/ asam pedas: meleleh air liur, tapi mana nak cari kat Shah Alam ni? Nak nak dengan aku yang ada daulat dengan lesung batu (read here). Hehehe


Justify Full



Lagi satu yang aku xtahan, cucoq udang: nak pulak bila ada kentang... dan kuahnya adalah kuah kacang- bukan sos cili yang ceroi tu! Dipadankan pulak dengan ABC.. slurppp!!!




Waa... terseksa aku tau!
Bukan apa, gara-gara aku bleeding aritu (bila aku bz buat keje rumah termasuk memasak), maka aku telah menggantung senduk/kuali. Jadi kalo nak masak tu, sekarang ni agak malas la. Hehe.

Bila tengok Mamapasha buat sup ayam & sayur kelmarin, aku terfikir gak... alaa..bukan susah pun. Mengada je aku xnak masak!


Hmm... Ni pun kira nasib baik la hujung bulan ni nak ke utara (lawat students yang tengah practical training) .. maka dapatlah cari pasembor Penang.

Wednesday, June 16, 2010

Kasut display



Aku meluat betul kalo pegi kedai kasut.
Tak kira la Vincci ke (aku jarang beli kasut kat situ), Primavera ke, yang kat dalam Jusco/Parkson dan yang sewaktu dengannya, kedai AhLeong ke, hinggalah yang tepi jalan... asal aku capai je nak try, mesti tak muat!!!

Okay, aku tak muat ni bukanlah sebab aku melebar akibat buatan orang (pregnant), tapi ni boleh kata anytime la...


Puncanya? Sebab asyik-asyik diorang display kasut saiz 4 atau 5. Maybe itu yang nampak comel utk letak kat showcase tu... (kalo letak yang besar gedabak, huduh la pulak) tapi sebab kaki aku besar, saiz 6 ke 7 ntah... maka tiap kali aku nak try kasut tu, mesti x muat.

Larat ke aku nak mintak 4,5kali carikan size aku untuk 4,5 designs yang aku nak?
Aku malas, salesgirl tu harus la lagi meluat.
Nak nak kalo in the end, satu kasut pun aku tak beli.



Aku ni bukan la jenis membelek kasut sangat. Paling-paling lama pun, 10-15minit. Tu paling lama tu. Kalo aku nampak je yang aku berkenan, aku sarung, jalan-jalan sikit, bayar la.
Tapi kalo dah kena melalui kelecehan macam nie... aisey! Sampai tua la aku tak beli kasut baru.

Fine. Kaki aku besar. Actually masa aku umur 13 gitu, kasut aku size 8 tau. Macamana boleh mengecik pun, aku tak tau lah... Tapi dalam erti kata lain, memang takde harapan la nak jadi Cinderella.

Tapi kaki aku tak la tahap 'gajah tok mia' macam kaki Along, size 9!!! Alamak, ada yang terasa ke? Hehehe. Anyway, dulu kitorang selalu usik dia
"Hang jangan mintak hantaran kasut tau. Buruk nanti orang tengok.. besarnya kaki pengantin pompuan!"


Hahahaha.



Nuffnang ads

My Heartbeat