Monday, October 25, 2010

Nanti sat na...


Actually, aku tengah bz skit nih. Pagi tadi check up kat klinik gomen, malam ni check up kat panel pulak (ye, aku tamak!).

Patutnya bz bz nie, I shouldn't be posting anything...hehehe. Tapi gatal tangan kan? Standard la tu.

So, entry pasal vacation akan menyusul. Tunggguuuuuu....

Thursday, October 21, 2010

Hoyeh...hoyeh!



Setelah ditimbang kati akan cadangan kawan-kawan dalam entry "Hurray hurray holi-holiday" (sila nyanyi macam Boney M bila sebut tajuk ni)...

Setelah nak biol kepala aku menanda test papers 100 orang students yang macam x habis-habis... dan

Setelah menarik muncung sampai boleh diikat riben (sebab MrHubby maybe terpaksa attend meeting pulak)... eventually we are heading towards this place for a getaway.


Boleh teka kat mana?

Hehehe. I urgently need a break, sebab next week onwards mesti akan bz punya.
Tapi rasanya at this stage, x dapek la mak pakai bikini. Harus la huduh jadinya. Hahaha.
Kalo pakai swimsuit baru aku tu, agak2 'memeri' tak ye? :P

Wednesday, October 20, 2010

Takde baju la...



Tiap pagi lepas mandi, aku akan termenung kat bilik baju (we have a room for the wardrobe dan baju-baju yang bergantungan)... sambil kepala dok berbalas pantun dengan alasan-alasan yang diberi oleh diri sendiri.

Kalo MrHubby kuar bathroom, seeing me sitting there staring at my actually-banyak-la-jugak clothes...biasanya dia akan tanya "Nape, Sayang?"

"Hmmm..." (*buat muka toye, dengan mata kuyu*)

"Haaa..Ayah tau jawapannya..."

"Apa?"

"Mama takde baju nak pakai kan?"

"Heeee..." *sengih*

Aku rasa ramai lagi blogger friends yang rasa benda yang sama.
(Cepat la angguk kepala, wei...) Kan? Kan?

bukan koleksi baju aku


Bukan apa... jadi orang pompuan, baju penuh almari pun...boleh cakap "takde baju nak pakai" atau yang mulia sikit "tak tau nak pakai baju mana la..."

As for me, I always use the former statement (alasan utk beli baju baru) sebab the latter shows that there's too many to choose from. Hehehe.

Nape ek?
Kasut penuh almari... sampai berderet susun depan rumah pun... tetap nak beli lagi.
Handbag dah ada segala kaler, tetap gak nak beli lagi. Handbag lama tu bukan la dah sampai berlobang pun.

Tapi kan... aku punya kes ni rasanya x boleh elak la.
Nak-nak setelah membuyung ni pun, kalo still dok pakai blaus dgn pants, mesti ada yang nak mengata "Dah mengandung pun, gatal nak pakai macam tu... Pakai la baju elok sikit."

Baru ni dah punggah kotak baju baby/maternity, tapi tengok2 tak banyak rupanya baju maternity aku.
Nak beli, alang-alang sangat... tak lama mana je nak pakai.
Tak beli, kang aku takde baju nak pakai. Haihhh...

Sudahnya arini datang keje, aku sarung baju kurung jer. Sib baik muat lagi...


Tuesday, October 19, 2010

I don't like markets



Walaupun aku seorang perempuan, ditambah pulak yang berzodiak Pisces, aku sangat tak suka pi ke market. I mean, wet market lah.
Kalo supermarket, hypermarket, mini market memang aku suka la.
(p/s: orang utara x sebut 'pasa' or pasaq'... memang kitorang sebut 'market' atau kalo ada slang skit, bunyinya 'merkit'. hahaha)



Antara sebab aku x suka ke wet market adalah...

1. Aku rasa becak-becak lantai tu sangat melecehkan dan kotor


Kalo dah kena berjalan dengan 'citra ayu', itu bukanlah Isabelle namanya. Harus la kan, jalan laju-laju kang, sedar2 je dah terlentang memandang siling pasar dengan bintang2 mengelilingi kepala.
Tangan kotor lepas pilih ikan pun, boleh celup-celup dalam baldi berisi air tu je, bukan air mengalir.

Fine, maybe ada yang anggap aku mengada x suka pi market.
Tapi, aku pegi la jugak sejak-sejak dah dewasa nih. Maklumlah kan... kalo nak beli ayam/ikan fresh... bukan boleh harap kat Tesco/Giant sangat.

2. Aku x kenal sangat jenis ikan.

Kalo dulu aku cuma kenal ikan emas dengan ikan bilis je, sekarang dah maju la sikit. Sejak kawin, aku dah boleh identify dengan konfiden la cencaru, siakap, ikan merah, bawal, kerisi, bulus, dan entah beberapa genus/species lagi.
Anyway, kalo korang lambak ikan kembung (temenung), selar, pelaling, ikan uji rashid (yang mata buntang tu) dan mabong kat depan aku, maka aku akan eenie-mini-mynie-mo la jawabnya.

Kejahilan aku dalam mengenal ikan ni bertimbal balik bila aku kawin dengan MrHubby yang kampungnya dikira tak jauh la dari laut (bestnya boleh makan ketam fresh & murah!). In fact, sebelum ni aku x pernah pun kenal ikan jebong (ayam-ayam), sekarang aku dah pernah makan la. Secara tak langsung, masa pegi pasar, aku xde la buta huruf sangat sebab dia akan bagitau aku "Yang ni ikan sekian-sekian, sedap dibuat masak begini begini." etc.

MrHubby jugak lebih pandai pilih ikan yang fresh atau tak fresh. Cuma kalo setakat beli 2ekor gitu, aku segan la nak minta tolong penjual tu tolong siangkan (ni macam kes hantar baju ke dobi la, nak jaga imej...tak nak nampak sangat kemalasan seorang perempuan).



Hmm... kalo wet market tu bersih macam ni, atau macam kat Aussie dulu, mesti aku suka pegi kan? (mengada!)

Monday, October 18, 2010

Hurray! Hurray! Holi-holiday!

Adapun aku sangatlah berhajat untuk pegi vacation weekend nih.
Saja nak berehat. Rasa macam dah lama tak relax2.
Next week dah exam week, mesti bz dengan marking exam papers pulak nanti.

Ingat nak pi Bukit Tinggi, Pahang jer... tapi rasanya dalam sehari je dah boleh khatam tempat tu.

Nak pegi Terengganu, rasa macam dah defeat tujuan asal, sebab jauh sangat. Kang menambah penat jer.
Dulu masa 6mths pregnantkan Lil Adam, aku siap larat snorkeling lagi, tapi lately aku cepat penat lah.

Melaka? MrHubby & I tak terbayang pulak Melaka tu as a tempat pelancongan. Hehe (sebenarnya tak tau nak buat aktiviti apa)


Yang dah out of list adalah
  • Cameron : Jangan pegi kalo bukan weekend. Takde mende!
  • Genting : Harus la aku berputih mata je tengok outdoor park tu.
  • Langkawi : baru je pegi Jun lepas.
  • PD : jangan tanya nape.
Korang ada cadangan tak?
Tapi jangan la cadang pegi overseas pulak. Aku luku karang!!!

Nuffnang ads

My Heartbeat