Tuesday, July 13, 2010

Bukan remaja je lari dari rumah





Recently, MrHubby bought an air mattress. Ni kunun untuk galakkan Lil Adam tido asing la... kat hujung queen bed kitorang. But apparently, aku sendiri yang tido kat situ (Lil Adam & MrHubby on our bed).
Maybe aku suka tido atas air mattress tu sebab the contours kot. Lekuk2 kat tilam tu sangat best dan sesuai dengan cara tido aku yang tak suka letak bantal kat kepala (it's so relaxing).

Okay, dah tersimpang dari tajuk dah. Mari kembali ke pangkal jalan.
Semalam... tengah-tengah syok kitorang tido, tiba2 terasa panas yang amat sangat. Aku tersedar masa dengar bunyi blackout. (mcmana bunyi blackout ye?)


Jenuh mengipas dalam gelap tu...
Buka tingkap bilik luas-luas.
Amik wuduk, bagi sejuk sikit... masih jugak panas...

Last-last kitorang pun melarikan diri dari rumah. Hahaha. Macam orang lari dari perang kan? Tak tahan diduga sungguh... macam mana la nak mati syahid?:P

Dipendekkan citer, start keta... we drove around the neighbourhood. Apparently, there were several phases yang blackout. Area orang kaya pun blackout jugak... Hahaha. Tak bayar bil ke, bang?:P

Lepas puas tawaf tanpa arah, agak-agak sikit lagi nak jadi Hajah Isabelle, we parked and rested. Dalam 10minit gitu, dah nampak cahaya balik.
Maka kami pun kembali ke pangkal jalan.

Ahhh.. sedapnya tido tanpa kepanasan... sampai terlajak bangun pagi tadi. Subuh pun dah subuh dinosaur. Ngee...


Sapa boleh makan banyak macam aku?

Sesekali when I could satisfy the gluttony, it feels really good. Tambah best bila pregnant ni... apa2 sikit, kata je baby nak makan. Kekekeke. Keji x aku?
Meh kita tengok camna 'meri' nye perut aku masa balik Penang aritu...

Firstly, we went to Taman Rimba.


Riang gembira dua beradik ni berlari. Macam kanak-kanak Ribena..

Mak-mak pulak mengangkut barang/baju....

Bawak stok makanan x hengat2, x leh picnic stail mat saleh langsung (diorang sekeping sandwich pun dah cukup)


Sampai je kat tempat mandi, Lil Adam dengan x cover2 nya cakap "Mama... Adam nak shee shee..."
Hehehe... kasi kantoi daaa....



Lambat tul menunggu Ina & Fitri sampai. Penting ni. Aku siap sambut diorang lagi, sebab diorang yang bawak makanan..Hehehe


So, tanpa mempedulikan alam sekeliling, kami pun hadap bekalan yang dibawa. Dah tahap kebuloq time tu... Haaa..jejai cukup2.



Aku suka sangat la dapat sambal macang tu... Yang lain, lauk sambal tokua, udang masam manis, ikan masin.... perghh.. sedap! Bihun pun ada.

Budak ni yang mula2 takut2 nak masuk ke air....


sampai menggigil2 nak keluar... "Adam is cold, Mama!"Ni budak insaf berbungkus dengan towel....
Seminit kemudian, hilang la insaf dia...


Adik aku, Ina... takut nak berenang. Aku ajar pun, dia x percaya (macam la aku terer)

So, alang2 tak percaya, meh aku sugun dalam ayaq tu cukup2.. Hehehe. Bila lagi nak mendajal adik sendiri kan?

Acik & Intan... mengenang zaman muda2 la tu...

Lil Adam cuba menarik Mama kuar dari air. Dia yang sejuk, dia lorat cakap Mama pun sejuk.



Iman pulak, x puas2 dengan air, siap panjat Fitri lagi...

Okay... tu pasal picnic.
Aku makan banyak jugak.... ingat nak tambah lagi dan lagi, tu aku benti pun sebab tinggal aku sorang je dok hadap bekalan (yang lain dah dok dalam air). Nampak sangat buruk lantaknye ;p

So, bergerak balik dari Taman Rimba, kitorang menyinggah kat Balik Pulau, cari Durian best....

Giler best durian ni...
Tengok la isi dia... perghhh!!! *Makan sambil mata terpejam*
Ni adalah sebahagian daripada yang dah masuk ke perut. Masa melantak tu, mana ingat nak amik gambar dah...


Stesen berikutnya... Padang Kota.... (sila baca dengan suara Ramona Rahman dalam LRT)
Gila la... diorang semua tanya aku... "Hang larat lagi ka nak makan?"
Aku sengih je la...

Sila lihat orang tamak tu tengah pilih dengan rambang mata...

Stall yang kitorang pegi tu dekat dengan landscape nie...


Heee.. buat2 x nampak la si pelahap tu ye?

Demikian lah aktiviti makan aku 3 in a row... one after another. Aku pun macam x percaya. It must be the baby lah... (ayat menyedapkan hati).

Ni padahari yang lain pulak...kitorang gi makan Mee Pata.... kat Padang Kota (Lama).
Bangunan apa ni ye? Macam kat oversea pulak.
Nie la Mee Goreng PATA yang dinanti2... nyum2. ada sambal sotong Paul. Erkkk!


Ni apa punya pose la, dengan lidah terjelir ni...
Pendek kata, kalo balik Penang...memang kitorang atur je tempat makan.
Sedia duit je la...

Monday, July 12, 2010

Daulat no more


I was awakened this morning for sahur with this statement by MrHubby...


"Sayang... bangun! Kata nak sahur."

"Mmm..." (*tarik selimut*)
"Spain menang semalam!"

"Hah? Yayyyy!!! Berapa?" (*mata terus cerlang*)




Hehehe. Nak tau nape aku excited?


FYI, all these while, any football teams yang aku sokong, mesti kalah punya. Nak nak yang aku pegi tengok live. Kat stadium ke, kat padang biasa yang MrHubby masuk ke... asal aku cheerleadernya, confirm la team tu kalah.

Daulat apakebenda ntah!!!
So, this time, I decided to support diam-diam.

Update pun sikit2 je. Bila dengar Spain menang, hati berbunga-bunga, tapi x berani nak meloncat lebih2.

Ish...kalo x kerana hari Isnin kena pakai baju kebangsaan datang keje, harus la aku sarung jersi Spain ku itu! Wakakaka...


Lagi satu daulat ke pembawak budak... is super-dry skin during pregnancy.

Asal muka kering je, pregnant! .... Eh, silap... asal pregnant je, muka kering!
Segala benda aku dah sapu kat muka aku, tetap berburas (aku je malas nak amik gambar untuk tempek bukti kat sini).

Miraculously, the dryness has reduced... just bcoz an expensive make-up product was applied to my skin!
Hehehe. Sounds mengada kan?

But that's the truth.
So, nampak gaya jadi high maintenance la aku yang x lawa mana ni.

Maybe kebetulan ke, tak tau la. Tapi MrHubby pun tegur, muka aku dah x kering sangat... :)

BTW, aku pun dah start mengambil langkah ikut nasihat kawan2 bloggers sekalian untuk banyakkan minum air. Kat rumah masa boleh la berulang ke toilet, kalo kat ofis, malas la aku nak kencing je 10kali sekejap.

So, seems like all the bad things have gone away... Shoo...shooo.... don't come back!


Saturday, July 10, 2010

Numbers of my love life


Dalam aku dok gelak-gelak membaca entry Jiji-Fify about her lovelife number,

I saw the p/s at the end
p/s: If kak isabelle is reading this, can u pliz post something like this too in your belog? Your biggest hottest fan nak baca nihh! =)

Wahahaha..sekarang mari gelakkan diri aku sendiri.

Okaylah..sebagai memenuhi permintaan tu, aku citer gak la... sebab aku tau MrHubby bukan jenis yang sentap x pasal2. In fact, to him... what is past, is a past.
Aku pernah bercinta dengan macam-macam jenis lelaki, u name it... semua kategori ada rasanya. Tinggi/pendek, gemuk/kurus, Muslim/Non-Muslim, berpelajaran tinggi/mat gelandangan, hensem/huduh, sebaya/lebih tua/lebih muda. Tapi gambar x banyak la dalam entry ni.. sebab masa tu kan zaman kamera yang pakai filem tu. Malas la aku nak scan gambar lama2, nak nak pulak gambar manusia2 hampeh dalam hidup aku.
Okay, let's start now....


6 : Ye, umur 6 tahun..di tadika.
Aku dah gatal mengusyar-usyar budak lelaki. Okay la, aku gatal. So what? Tapi alaa.. nak kata hemsem, x la hemsem pun budaknye. Pandai jauh sekali.


8: Aku ada boyfren nama S.
Hahaha. Macam serius je konon. Walaupun masa tu dia bukan suka aku sorang. Dia konon kapel dengan aku & best friend aku, Wahida. (err..aku x sure Wahida yang aku add kat FB aku tu Wahida yang sama atau tak). Lepas darjah berapa ntah, S pindah sekolah.


9-10: Darjah 3 dan 4 aku masih dgn kegatalan aku. Hehehe.
Sebab aku ada abang (Acik) yang tua 2tahun drp aku, maka aku selalu usyar kawan2 dia. Alamak. Kantoi pulak... Kawan Acik tu, A.. aku suka gitu2 jer. Dan aku gak ada boyfren, Z (tapi x sama kelas dengan Acik).
Masa tu, aku rajin buat cerita kononnya aku jumpa duit masa rehat (kadang2 20sen je), maka aku minta excuse untuk tawaf satu sekolah, masuk setiap kelas untuk tanya sapa yang hilang duit. Sebenarnya nak lalu tunjuk muka je kat kelas diorang tu... Time tu, kalo aku masuk ke kelas 'dia'... kecoh la kawan2 dia.
Nak lagi huduh punye citer, kadang tu aku sengaja guna duit 20sen sendiri untuk meloloskan diri jalan2 keliling sekolah. Hahaha
Tak boleh blah kan?

melayu panggil cinta monyet, nape omputih panggil puppy love, bukan monkey love?


12: Zaman glamer.
I was pretty popular amongst teachers & students, due to my academic performance. Biasanya Ketua Pengawas akan kena gosip dengan Penolong Ketua Pengawas (aku la tu). Tapi tahun aku, xde gosip timbul, sebab Ajun jadi Ketua. Aku pun xheran la, sebab kalo sebelum tu, Apit Md Udin (yg hensem tu) jadi Ketua, tapi dia pindah sekolah pulak. Amboi..nak digosip dengan orang hemsem ajer.
Tapi masa tu aku ada tersuka kat sorang mamat nie, I. Siap kantoi surat centa dengan Mak tuuu... Hahaha. We are still friends till today. In fact few weeks sebelum aku kawin, we met up for lunch (kebetulan dia ada kat Shah Alam).

Please note there were no fancy affairs during high school. Hehehe. Nape agaknya ye?
But hey, I had a crush on one of my pen pals. We are still in touch until today walaupun masing2 dah berumahtangga ;)


18 onwards - okay, yang nie kena fast fwd sikit... bcoz I hate to mention about these morons. I met the parents of them all, tapi kalo dah moron tu, moron la jugak kan?
18: I met a guy in a chat room, A. I relied so much on him but later, he accused me of cheating him, sebab dia nampak aku berjalan dgn Y. Kepala hotak dia la...
Aku bagitau dia, aku kuar dengan kawan2 pompuan. Memang aku tak tipu. Tapi masa dah nak balik, aku berjalan tepi main road sebab kebetulan moto Y rosak. A nampak dan dia pun buat la tuduhan keji tu. Whatever.



19: So, aku pun merealisasikan apa yang dikata. Alang2 dah kena tuduh kan?
Actually, aku berkawan dengan Y sejak form 4 lagi as pen pals (zaman snail mail, mana la nak bertelefon/email bagai). Tapi masa tu awek dia yang pathetic itu (we called her Rimao, sebab garang macam harimau) selalu psycho aku. Anyway, walaupun berlainan universiti, kitorang selalu gak berjumpa. Kawan-kawan dia macam pelik sebab kitorang 'tak jadi'.
We broke up bcoz he was late in planning the future. Aku dah bagi idea pun, dia liat jugak. Tapi lepas broke up, he followed my advice. Dah terlambat la kan? But he was amongst the nicest guy la I should say, cuma aku tak setuju sebab dia pulangkan semua surat2 dan gambar2 aku dulu termasuklah yang masa kami hanya pen pals. Whatever la. Maybe dia nak jaga hati awek dia. Wife dia tu sekarang berkawan dengan aku, baik orangnya. In fact, maybe some of u memang pembaca blog dia pun. Hehehe. Sapa ye?


Sambil tu jugak, I had another friend (cuba avoid guna terms boyfren), R- orang Sarawak. We met in the train on our way back to Penang.

hehehe. feeling hindustan x kalo bercinta kat train camni?

Dia ni pun sorang lagi yang aku tabik spring la... sebab sangat gentleman. Sampai sekarang aku masih kenang kebaikan dia. Susah wo nak cari gentleman!
Cuma aku merajuk betul dengan dia bcoz he flew off to the UK without telling me first. Sampaikan dia call jauh-jauh tu pun, aku buat acuh tak acuh jer. Tak pe la... yang penting, kitorang masih berkawan jugak sampai arini.



21: Woh... larat lagi ke korang nak baca nih?
Okay, at the age of 21 gitu, I dated this no.1 thicko. Kitorang kenal sejak aku umur 18, tapi konon sebagai abang angkat-adik angkat je la. Last-last memang terangkat. Aku malas nak citer pasal dia nih. Sebab dengan educational background dia yang tak seberapa tu... dia masih x bersyukur aku menerima dia. Sori la ye. MrHubby pun marah kalo aku judge orang mcm ni, tapi memang terbukti la the lack-of-intelligence tu.
Why we broke up? Bcoz of a very tiny thing, that he went to the extent insulting me with such a super-low phrases. Takde balak yang akan kata dekat girlfren masing-masing macam tu.
Aku tunggu dia apologize, but he never did. The day I said to myself "Fine, that's it!', masa tu baru dia terhegeh2 sembah aku balik. Boleh blah!
I heard from his nephew (yang lebih kurang sebaya je), that dia memang meraban dan hidup tak tentu arah jugak lepas tu. Dah la qualification x tinggi, dia boleh quit keje dia yang dah susah payah dia naik pangkat tu!
Tapi, bagi aku... itu balasan atas apa yang dia buat kat aku la kan?



23:
I met this slow-mo guy (camna la aku ni macam desperate sangat?). Yang ni muda setahun drp aku, N. Berkawan dengan dia jugak bagi negative impression orang kat aku, sebab masa tu dia dah ada a so-called awek. Kira aku ni perampas la.
With time, aku started to notice... Dia ni jenis tak reti appreciate orang, tak dengar nasihat, dan selalu menyusahkan aku. Apa punya balak daaaa... Dayus betul.
Bila rasa dah terancam (dia suspect aku ada boyfren simpanan), baru nak gelabah. Hahaha.



24: Aku berkapel (oh no!) dengan 2,3 orang at once. Haa.. jangan nak judge aku, baca dulu.
Tapi, bila si W atau F nak berkapel dengan aku, aku dengan jujurnya bagitau yang aku dah ada boyfriend. So, bila diorang insist nak berkawan gak... aku biar je la. Tapi ada la kes in which baru nak kuar dating dengan sorang nie, terpaksa patah balik sebab boyfriend yang lebih utama dah tunggu kat bawah rumah (apartmen). Hahaha. Selamat makan hati la... kan awal-awal aku dah bagitau, aku ada boyfriend.
W is a Chinese guy yang terlalu mendesak agar aku commit, whilst F ni memang sweet talker (dah ada awek pun, masih tak nak ngaku. Buduh!)

Sambil tu, I was eyeing on S (we were in the same office), mamat yang nampak macam ego tapi entah napa aku gatal gak nak ngorat dia. Haa... ada la nak kata aku perigi cari timba tu!!! Tapi sebab Kemahiran Menggoda aku adalah A+, maka aku berjaya jugak pancing dia. Hehehe.
Kat tempat keje tu jugak, ada lagi sorang yang rajin menabur budi sebab dia salah anggap kemesraan aku dengan semua staf, termasuk staf bawahan. Ye la kan, takkan aku nak double standard pulak. Kang orang kata aku ni sombong pulak... baru jadi pegawai, ingat bagus sangat la?
Dia macam tak faham hints aku bila aku kata "No!"... malah siap sebar cerita yang aku ni nak bertunang segala dengan dia. Perghhh...


25: I made everything half-clear by time I was about to leave to Aussie.

Malam sebelum bertolak, aku bawa S jumpa my parents (they were in Shah Alam to send me to the airport the next morning). Mak cepat2 tarik aku ke bilik dan tanya "Ni yang mana pulak ni? Yang budak aritu tu apa cerita?"
Aku sengih jer.
Mak kata "Dia ni nak mampuih betoi... main-main pulak!"

Masa kat airport tu, memang ala-ala kantoi jugak la sebab ada 2 boyfriends, N dan S. Tapi aku pedulik hapa... korang nak bertumbuk berganyang ke, silakan la... depan parents aku tu (confirm kena reject terus!)

W macam helpless sebab aku makin tak endahkan efforts dia yang cuba nak amik hati aku. Gila wei, hantar kad birthday sebesar alam pakai courier ke Aussie, korang ingat murah? Kalo kad tu lebih mahal daripada kos postage, takpe la jugak. Apa ke bodoh betul mamat tu, pakai mail biasa dah la. Dah la dia tersilap tarikh birthday aku. Hahaha.

Si sweet talker tu pulak, aku bagi pengajaran cukup-cukup sebab bukan saja menipu aku, malah jugak menipu awek dia dan menipu sorang lagi awek baru kat negara yang dia sambung belajar. Macam toooot je kan?

Mamat yang menabur budi tu pulak terpaksa berputih mata bila aku purposely hantar poskad kat S ke alamat ofis. Saja hantar poskad, biar semua orang boleh baca. Hahaha. Keji dan mungkar tak taktik aku?

Dipendekkan citer, akhirnya aku berjaya dump N (ada citer sikit kat sini).

Itu yang kat Malaysia.
Yang kat Aussie, sempat la skandal dengan 2 orang. Okay, yang tu taknak cerita la....


So, kesudahannya... apa jadi?


*




*




*




*




*




26: Aku balik dari Aussie. Target nak kawin by the age of 25 pun dah terlepas...haha
It didn't take that long. Lepas sebulan keje, family MrBoyfriend (now MrHubby) pun datang merisik. Takde bertunang-tunang nye. Sebab aku gatal nak buat wedding reception kat Shah Alam (instead of kat kampung), aku berhempas pulas buat preparation in just 3 mths.
Then, we tied the knot.



Clap...clap...clap.... *applause applause*

Kalo korang perasan, dalam banyak-banyak initials nama tu, yang mana satu jadi laki aku? Hahaha





Eh...ehhh... jap!
10 bulan kemudian, keluar la permata hati aku, Lil Adam.

Maka love life aku pun berterusan....



Friday, July 9, 2010

MC



I am on MC today.
Don't worry... nothing very serious.

Ermm.. nak buat apa ye?
Maka selepas urusan aku selesai, aku melencong ke rumah Mamapasha ... ni nak pegi lunch pulak.


Dim sum & Japanese food sedap gak kan? (dalam kecoh2 nak berjimat, ada hati lagi nak makan mahal2...haha... xpe, baby punya pasal)


Will post an entry once I'm back

Nuffnang ads

My Heartbeat