Monday, August 9, 2010

Simpulan bahasa yang buat aku blur

Peringatan: Sila baca sambil kontrol nafas, supaya anda tak gelak kuat sangat.

My weekend was spent at Port Dickson, joining the Photosantai group for their photography.
If I am not mistaken, that was my 2nd time kot in PD. Nak kata the first one, macam x logik pulak (though I dont remember at all setting my feet there).

Anyway, on my way there, when I saw the signboard Teluk Kemang, I told MrHubby that it's one of the places untuk teropong anak bulan.



Impressed with my knowledge (poyo je nak ngaku ahli falak), I told him... actually aku tau tu pun sebab masa kecik2 dulu aku suka baca kamus.
Ye, puan-puan... u read it right. Aku membaca kamus.

Bunyi macam budak nerd kan? Hahaha
Okaylah... family aku bukan orang senang, maka bahan bacaan yang limited tu la aku baca.
Tapi benda tu jugak la yang bagi aku pandai.

Balik kepada citer tadi...
Aku baca satu kamus oren ni. Kecik je, tapi kat blkg kamus tu ada simpulan bahasa dan contoh ayat. Antara yang ada...

Anak bulan: Bulan yang baru terbit pada awal bulan
Pantai Teluk Kemang merupakan tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan menentukan hari permulaan puasa
. (lebih kurang macam tu la ayatnya)

Aku ni mana la berjalan jauh kecik-kecik dulu. Tapi, walaupun aku x pernah jejak ke Teluk Kemang tu, aku ingat la sampai arini.

Yang bestnya ada lagi satu simpulan bahasa yang membuatkan aku cuak.

Makan suap: Rasuah (gila wei, sebelum tadika mana la aku faham rasuah tu apa)
Makan suap adalah diharamkan dalam Islam.

Arakian membaca contoh ayat tu, aku terus terfikir...
"Alamak! Dah tu, haram la yang selama ni aku makan tu ye? Tapi pasal apa Mak & Abah tak cakap pun benda tu haram?"


Nak tanya kat Mak & Abah, x berani (cewah, baik tak aku... taknak bagi diorang rasa bersalah)

Maka aku hidup dalam kekonfiusan selama beberapa tahun. Kesian kan?


Elehh... Bila Lil Adam cecah 6bulan, dia pun makan suap jugak!!!

ni gambar masa dia 7bulan

Bila aku imbas balik, terasa lawak pulak kebodohan aku tu. Bodoh, bodoh pun.. jadi lecturer jugak aku :P
Sekarang aku berazam... Nanti, aku kena explain kat anak-anak aku la supaya diorang tak konfius macam aku dulu. Hehehe. Sekian...



Friday, August 6, 2010

Apa tafsir mimpi aku?

Dah lambat aku post entry arini. Konon bz sangatlah... (tolong la percaya. Hehe).

http://www.tiffanyliu.com/show-image/516497/Tiffany-Liu/Sleep-to-Dream.jpg

Semalam aku mimpi pegi rumah Azzamoro. Ntah macamana babitkan Azza, aku xtau lah.
Siap dalam mimpi tu aku dah 2nd time pegi rumah dia... sedangkan sekali pun aku x jejak lagi sebenarnya.
Ada majlis apantah masa tu. Nak kata birthday si Airyll ke, xnampak lak kek. Adik si Airyll pun tak cukup haul lagi untuk celebrate birthday.

Anyway, kat sana, I met few blogger frens. So, standardlah mak-mak kan? Sembang itu ini.
Rumah Azza besaaaaaarrrr sangat (okay, Azza... sila kembangkan hidung anda sekarang). Sampai ada 6,7 bilik dan 4,5 bathrooms. Maka mak-mak pun dengan senang-lenangnya BF anak, berehat baring2, etc. (aku tak tau apa motif benda ni kuar dalam mimpi aku).

Then tiba waktu solat, kitorang solat berjemaah.
Saf tu putus sikit kat tengah. Sebab aku ni alergik sikit tengok orang solat berkelompok-kelompok (macam yang aku pernah citer), maka aku pun berdiri di tengah-tengah untuk sambung saf tu.

Later, bila tiba masa balik, kitorang pun balik. Singgah kat 1 pump station.
Masa tu aku kuar dari keta untuk tanya direction kat sorang lelaki (bangla kot). Tapi dia macam nak molest aku terang-terangan kat situ. Giler apa?

Aku yang memang jenis gonjeng ni pun tolak dia dan tepis2 tangan dia. Ntah macam mana, sampai kat sudut tepi pump station tu, ada macam bengkel kecik. Aku demand nak report kat manager on duty, tapi ada sorang mamat (Cina kalo x silap) ni sengaja buat alasan macam-macam (nak backing si bangla tu gamaknye).

Sekali lagi, dengan jurus belang tarung aku (cewah! tak boleh blah) ... Mamat tu terlentang jatuh dalam satu bekas besar (macam keranda) berisi tanah. Tak puas hati lagi, aku amik beberapa batang kayu penyapu/mop yang berhampiran dan aku rodok2 badan & anu dia. (serius, wei..jangan gelak!)

Dah tu, aku timbus dia dengan tanah dalam bekas macam keranda tu.
Huh! Puas hati aku!


Ermm... persoalannya, apa maksud mimpi aku tu ha?
Kali ni, aku ingat mimpi tu dengan jelas. Selalunya kan senang je kita terlupa.
Fine, mimpi adalah mainan tidur.

Tapi.... Setahu aku mimpi bersolat tu adalah sesuatu yang elok.
Tapi yang lepas tu (dalam mimpi yang sama jugak) aku kena molest dan aku bunuh orang tu, apa kes pulak?


Wednesday, August 4, 2010

Lembik lutut

It's been some time since I last blogged about my dear munchkin.
Lil Adam is still as cheeky as ever.
Korang imagine la....Bila aku buat muka menahan geram (menggetap bibir, sambil buntangkan mata) macam nak cubit pipi dia, sambil berkata..."Eee...eee... comel ni! Geramnya!"...
...dia pernah tiru aku buat macam tu.

Lately, tiap-tiap malam dia mengigau. Kadang2 tu 'ehek-ehek' je lebih... saja mengada. Sikit-sikit, boleh la layan. Kalo MrHubby & I sama-sama penat... memang la snowwybear pun jadi beruang ganas!

Lagi satu, dia dah pandai buat taktik lembik lutut...if he refused to follow or to do what he is supposed to. Tengok la sendiri aksi dia kat IKEA nie...

Haaa.. kan dah kena tarik tinge dengan ayah. Hahahaha


Walaupun tak dibiasakan dengan toys setiap kali dia minta (kadang2 kitorang beli, tapi most of the time, we tried reasoning with him).... sekarang kalau tak buat lembik lutut, dia buat keras lutut.
Contohnya, kat pasar stadium aritu, he stood still near the stall selling the toys he wanted. Agaknya dah jemu sangat kot asyik dok reasoning... Hehehe.
Tindakan itu juga walau bagaimanapun hanya membuatkan diri sendiri merana, dan terus mood Mama pun jadi spoil.


The adorable part is undeniable though.
When we passed by the clinic, he knows that's the place that the doctor would be checking my tummy.
"Nanti doctor check Mama macam ni. (dengan aksi ala2 dok scan perut) Mama tummy ada baby."

He'd also kiss my tummy occasionally. "Adam sayang adik ****"
(siap bagi nama tuuu...)
Aku dah cakap dengan MrHubby..."Kalo yang keluar nie baby boy, macam mana ye? Dia dah set nama adik tu babygirl..."

Nak nak pulak semalam aku mimpi, bila scan, nampak 'bird'. Kekekekeke... :P


p/s:

MrHubby & I are joining a photography group this weekend at PD. But the news this morning made me think twice... re. the crocodile...(Read the news here and here.)
Errr... Macam mana ekk?

Tuesday, August 3, 2010

Perkataan yang selalu disalahguna

Dah jadi kebiasaan orang kita guna perkataan tak kena pada tempatnya. I mean, perkataan tu disalahguna...

Aku ni bukan la pakar linguistik, tapi sebab aku agak particular... maka telinga aku macam nak menanah dengar orang misuse these words.

Antara yang common adalah...

Member
Maksud asal: ahli
Maksud menyimpang: kawan
Contoh: "Aku keluar dengan member aku ni..."

Biasanya kalo adik aku (Ina) cakap macam ni, aku akan balas..."Member persatuan mana?"
Dan dia sengih je la.


Arwah
Maksud asal: roh (plural)
Maksud menyimpang: si mati
Contoh: "Arwah nenek aku dulu memang baik"

Sejak bila pulak kau boleh nampak roh si mati tu?
Actually, the right word is Allahyarham/Allahyarhamah. Penggunaan arwah & almarhum adalah salah ye kawan-kawan. Sila rujuk MrHubby's scribble here.


Sporting
Maksud asal: Anything related to sports/ involving risk or willingness to take a risk
Maksud menyimpang: cool
Contoh: "Sporting la bapak kau. Siap boleh berjoget-joget lagi depan aku "

gambar hiasan

Ohhh... okay. Maybe orang yang cakap tu si bapak tu mengambil risiko untuk digelakkan anak cucu ke, tak tau la...


Terer
Maksud asal: overwhelming feeling of fear and anxiety
Maksud menyimpang: pandai/hebat
Contoh: "Kau terer, boleh la buat"

Ayat ini akan mendapat respon "Terror apa? Terrorist?" daripada yours truly.



Sadis

Maksud asal: kejam
Maksud menyimpang: sedih/menyedihkan
Contoh: "Sadis betul aku tengok minah tu bila kena dumped dengan bf dia."

Apa yang minah tu buat sampai dia jadi sadis? Dia tikam orang? Aku rasa yang dimaksudkan tu adalah keadaan dia yang tengah bersedih, tahap air hidung meleleh-leleh pun x benti.


Perasan atau tidak, kebanyakan perkataan yang disalahguna adalah daripada bahasa Inggeris. Gamaknya nak practise English kot kan, sampai menyeleweng maksudnya... Hehehe.
Tu belum masuk lagi yang paling aku meluat dengar... "That's mean..."
Nanti aku buat entry lain pulak untuk yang tu.

Monday, August 2, 2010

Lagu yang paling aku tak suka

Hello peeps!
I just came back from a field trip @ Bernam with my dear Hydrology students yesterday. Penat macam x abis lagi. Ni dah dekat sejam aku dok hadap PC tanpa keje berfaedah. Lagi sejam ada lecture, maka biar la aku merapu sikit...

Dalam banyak-banyak lagu (Malay, English, whatnot), mesti korang ada fav song(s) kan? Lagu yang boleh didengar berulang kali sampai cair taik telinga, tapi tetap tak jemu. Okay, let's not talk about the typical favourites. We'll go for the opposite.

Aku paling paling paling tak suka tahap 10 kuasa 23 ialah... lagu Warisan Wanita Terakhir (Teacher's Pet). Kalo aku dah meluat tu, jangan harap la aku nak quote pulak walau serangkap pun lagu tu.

Nape ntah aku pun tak tau.
Ni sambil tulis entry ni sedikit sebanyak ada la jugak terlintas kat kepala (hampeh betul).

Alergik betul aku kalo dengar lagu tu. Selagi radio tu within my reach, aku akan tune ke channel lain atau off je for about 5mins (sampai lagu tu abis).



Kalo ada orang nak pedajal aku kuatkan volume masa lagu tu berkumandang, aku sanggup jerit2 macam orang sewel supaya suara aku mengatasi lagu x best tu.

Hehehe. Sori la ye kalo ada yang sangat suka dengan lagu tu.

Mmmm... share la pulak dengan aku lagu apa yang paling korang tak suka. Nak gak aku tau... (kepoci!)

Nuffnang ads

My Heartbeat