Saturday, July 15, 2017

Bodoh sial

Dalam bulan puasa ni, selalu gak aku join majlis iftar dengan masyarakat kat area rumah aku ni. 
  1. Saja la konon nak kenal-kenal orang
  2. Aku malas masak/malas fikir nak makan apa

Anyway, this is a good neighbourhood.
Ada quite a number of huffaz. 
Ada Arabs, mainly studying at MediU.
Ada academics.
So in other words, aku dok kat sini dikelilingi orang yang murni-murni la. (aku je kot tak berapa nak murni. hehe).

Pernah terdetik nak biarkan Lil Adam dan Lil Adib berkawan dengan budak-budak kat sini.
Tapiiiiii....ada sekali tu, MrHubby cerita, ada sorang budak sekolah (lebih kurang sebaya Adam) dok sebelah dia.
Sementara menunggu berbuka, dia sembang dengan kawan sebelah dia.

Entah apa butir bicara dia, tapi yang jelas...banyak disulami dengan "....bodoh.....sial.." 
Dengan nada yang ala-ala mesra.


Whatthefotosintesis?

Sambil berbodoh-sial tu, sambil gelak-gelak.
Eh. Boleh pulak gitu?

Aku tau la  perkataan macam tu dah jadi bahasa biasa percakapan budak-budak muda zaman sekarang. 

Adakah aku tua (read: ortodoks) bila aku terasa jengkel dengan bahasa kasar macam tu?
Aku tak rasa orang tua je yang tak selesa dengan bahasa macam tu. 

Sebelum ni selalu kita dengar 'bahasa menunjukkan bangsa'.... 
Ni aku wonder... adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap sosio-ekonomi?
Tapi yang dok area rumah aku ni, boleh dikatakan semua okay je kot. 
Mentaliti kelas ke4 jenis merokok dalam lift tu ada la jugak. Tapi..entah la.

Hmmm...or adakah bahasa dipengaruhi oleh tahap kelulusan akademik?
Orang bijak cakap macam tu tak? 
Seingat-ingat aku, Aussies yang banyak swear words pun, tak reflect kat Sv aku yang tahap Prof tu. Paling kasar aku pernah dengar dia sebut adalah 'bloody' something-something.


Akak harap budak-budak universiti takde la yang macam ni.
Nanti lagi 4,5 tahun dah nak kawen.... 
Korang takpe ke kalau laki bini korang nanti guna bahasa bodoh-sial sesama sendiri?

Fikir punya fikir, aku rasa kalau gini la gayanya... Macam mana la aku nak biar anak-anak bergaul dengan budak-budak macam ni?
Baik aku simpan anak aku dalam rumah je la.

Monday, February 6, 2017

Nasib baik aku tak sekolahkan cukup-cukup

Recently kan, fenomena fidget spinner dah kemain sakan lagi di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun asalnya dicipta untuk distract orang yang autistic/ada ADHD... dah jadi trend  pulak yang tak autistic pun sibuk nak main jugak.
Po-dahhh! Tasbih dok ada sekian lama, takde pulak kau nak guna untuk fidgeting.

Kat sekolah Lil Adam dan Lil Adib pun tak terkecuali.
Pihak sekolah minta kebenaran parents untuk jual fidget spinner kepada students. Tapi memandangkan pihak sekolah jual agak mahal, aku ingat nak cari sendiri la kat luar.




So, pada suatu petang yang hening, aku pun pegi ke sebuah kedai kat Kompleks ****. Dengar kata kat situ ada jual. Maka semangat la aku nak menggumbirakan hati anak supaya boleh dapat award Ibu Mithali.😆 

Untuk effect yang lebih poyo, aku tak bagitau kat anak-anak, aku nak gi mana. Cuma masa MrHubby drop tu, aku pesan supaya alert dengan message kat henfon, sebab aku nak update rupa fidget spinner dan harga mana yang sesuai.

Sampai kedai U****, aku eenie-meenie-mynie-mo dan masuk salah satu aisle. Mata meliar cari.
Takde.
Masuk aisle sebelah. Pun takde.
Aku tawaf kedai tu satu pusingan, tak nampak pulak benda yang dicari.
So, aku pun gi kat kaunter...

Aku: Dik, fidget spinner ada tak?

Adik salesperson: Kak nak fidget ke spinner?

Aku: Eh! Apa bezanya?

Adik salesperson: Fidget tu fidget la yang tekan-tekan tu. Spinner tu yang boleh spin.

Aku: Laaaa...dik. Yang itu namanya fidget cube. Yang spin tu fidget spinner. Fidget tu movement yang orang buat bila fidgeting.

*Rasanya aku dapat menahan diri daripada buat rolled eyes time tu :-P


Adik salesperson: Eh..a'ah ye. Dah habis la, kak. Yang cube, ada dalam almari kaca tu.





Haihhh...pekerja-pekerja zaman sekarang... boleh tak equip sikit diri tu dengan ilmu tentang produk yang dijual?
Cer tengok salesperson yang jual produk kesihatan auta je lebih. Kemain lagi diorang goreng. Goreng boleh goreng, dik. Jangan sampai hangitm, sudehhh..

Walaupun benda basic, tapi kan itu mencerminkan tahap ignorance korang? *sigh*


Lepas tu, aku pun balik ke kereta dan MrHubby tanya "Aiii..kejap je? Tadi kata nak message gambar dengan harga?"... dan aku sambut dengan bebelan.

Punah la harapan aku nak dapat trofi Ibu Mithali.
Kesudahannya, aku beli fidget cube kat anak. Dengan alasan 'fdget spinner is too mainstream'. Hahaha. Tak lupa juga, aku tokok tambah dengan artikel-artikel tentang bahaya spinner yang kat Aussie tu. Strategi untuk mempengaruhi anak mesti A.

Harga?
Hmm... lagi mahal aku beli online, daripada kat kedai tu.
Padan muka aku!
Kehkehkeh.


Cerita lama pasal salesperson yang tak cukup ilmu kat SINI.



Tuesday, January 31, 2017

Sapa kata orang kurus tak banyak cholesterol?


Aku ni bukan la kaki gym.
Tapi disebabkan figure aku yang slender (dah macam Slenderman pulak! Haha), maka tiap kali balik dari zumba, kalau terselisih dengan orang, mesti ada yang cakap "Dah kurus dah, nak exercise apanye?"

Biasanya aku jawab..."Ni pasal nak sihat la, bukan nak kurus!"

Ye la kan... kalau dah sedia kurus, makin bersenam, lama-lama kang makin nipis melayang ditiup angin, boleh ikat buat layang-layang. Hewhewhew.

Sebenarnya aku pun tak tau camna nak ubah pemikiran typical orang kita.
Asal kurus je, ingat dah sihat.
Asal kurus je, ingat tak payah bersenam.
Haihhh...

Kolesterol ni dalam darah/salur darah.
Tak perlu ada simptom pun... tau-tau je kong!



FYI, aku start buat blood test masa tahun 2001.
Time tu aku kat Pathology, HKL. So, senang la. Tak yah go through clinic, amik sample, terus proses kat lab tu jugak.
Dan WITHOUT FAIL, cholesterol level aku selalu CEMERLANG.
Read: Cemerlang di sini adalah range yang moderate atau high risk.

So, tiap kali buat medical check up

  • untuk masuk universiti
  • untuk kerja clinic
  • masuk keje gomen
  • nak sambung study abroad
  • nak buat student visa


...aku sangat-sangat look forward nak tau keputusan cholesterol test aku.


Biasanya lepas dapat blood test results, aku akan insaf dan stay awaaaay daripada deep fried food.
Agak berat jugak la nak tahan godaan bila tengok KFC dengan kulit Hot & Spicy yang rangup tu.
Terpaksa buat-buat jeling saja kakak cucoq pisang kat Seksyen 6 tu.
Char kuetiau hanya boleh ambik bau macam Abdul Wahub buat.
Fuhh...memang menderita!



Namun disebabkan iman manusia adalah senipis kulit bawang, biasanya keinsafan aku tu bertahan ada la dalam seminggu dua (saja! Hahaha).
Lepas seminggu, hati aku akan berbisik "Alaaa..sikit je ni" sambil tangan menyuap cucoq pisang.
Lepas dua minggu, syaithonirrojim akan berbisik "Sedap ni, baq hang! Rugi kalau tak makan!"... dan aku pun melayan nafsu makan seolah-olah aku ni siang berjoging, malam pegi gym.
Lama-lama lepas tu, kalau musim ketam MIL ajak balik, aku kata kat diri aku "Tak baik wo kalau tak makan, dah mak mentua suruh." Harharhar


Fast forward to last 2 years masa aku di Adelaide, aku sempat buat test sekali. School of Nursing, Faculty of Health Science tengah recruit orang untuk health screening, aku tadah je la.
As usual, bila kuar result untuk cholesterol, aku sengih-sengih je kat Nurse Practitioner tu, sebab aku dah tau memang off-range. It was a bit lower than the previous test though, maybe sebab makan secara sihat dan banyak berjalan kaki.
Disebabkan BMI, waist measurement, blood glucose semua okay...maka takde la aku kena bebel. BP naik sikit je time tu, dan aku kata sebab aku nervous tengok dia hensem stress dengan lab works. Hahaha.


Last year masa baru 2 bulan lebih aku balik ke Malaysia, masa jalan-jalan kat Kompleks PKNS, aku tengok ada roadshow by National Kidney Foundation, Diorang ada buat free health screening.
Being a health freak (la sangat!), aku pun ajak MrHubby buat few tests.


Memandangkan time tu aku tengah period, urine sample tak ambik la. So, aku cuma buat glucose test, dan yang paling aku nak tau sangat...CHOLESTEROL!!!


Guess what?!!
Dah nama kalau balik Malaysia tu, semua makanan aku boleh bedal, sekali reading aku 7.0 (high risk adalah >6.2 mmol/L... tapi borderline untuk high risk is 5.2 mmol/L).


Time tu aku fikir, elok gak la start all over again. Maklumlah..baru balik Malaysia, boleh la nak monitor balik ikut cara pemakanan aku.

Aku pun start makan oat dan segala mak nenek lain yang dikatakan boleh mengurangkan kolesterol. Seperti mana kesungguhan untuk tak makan cucoq pisang, demikian la juga hot-hot-chicken-dung aku dengan oat.
Tak sempat habis sebungkus besar oat, aku dah bagi alasan...err.... busy, tak sempat buat la.
Atau ehh..dah bulan puasa, lepas raya la baru start makan oat balik.


So, aku pun start join zumba (alternate with piloxing that wasn't very enjoyable).
Zumba dengan Teacher (ZIN) Azie memang best.
Dah memang aku pun suka aktiviti gedik-gedik macam tu, maka aku boleh la survive berbanding nak kena kontrol makan.


Masa awal-awal join tu, ada blog reader aku ternampak muka aku terselit dalam gambar zumba dan tanya Teacher Azie, aku ni blogger tu ekk? 
Wahhh fefeeling retis kejap. Muehehehe


Lepas 8 bulan gitu (kena tolak 2,3 bulan aku mengelat tak pegi zumba sebab busy masa bulan 11,12)... last 3 weeks, aku rasa macam ada palpitations lagi. 
Ish...dah lama sangat tak kena, last dulu masa 2010. 
So, pegi klinik dan lepas buat ECG, aku pun merelakan blood sample diambik untuk test. Memang timely sangat la...sebab aku memang nak test cholesterol sekali.

And the results.....
*drumrolls*

Ta-daaa!!! 6.2.
Walaupun masih dalam high risk range, kira berkurang la daripada beberapa bulan lepas.
Low Density Lipoprotein (LDL) aku pun memang tak cukup low, tapi aku assume..untuk aku yang melantak tak hengat dunia (bagus sebab ingat akhirat) ni, I owe it to the physical activity la. 

All hail zumba!!!

Hoyeahhhh!!!


Moralnya di sini...


  1. Exercise la.
  2. Sesapa yang kurus tu, bawak-bawak la buat blood test untuk check cholesterol tu. Mana la tau kan. Tak nak la tiba-tiba je sakit dan dah terlambat.
  3. Kalau rasa nyawa korang need to be insured, boleh register insurance dengan MrAgent  aku yang informative, helpful lagi hemsem (dua puluh lima persennnnn. Kehkehkeh)


Friday, November 25, 2016

The end of the Permanent Head Damage :-P

 Hoihh... Lama giler tak update blog ni. Konon busy le sangat.
Setelah dilly-dally, akhirnya aku ada reason yang super-kukuh untuk post an entry. GRADUATION!!!
Ni pun kira lambat la jugak post.

Anyway, yessss.... Setelah jenuh perah otak, akhirnya perjalanan PhD aku pun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.

So, September aritu kitorang 'balik ke kampung halaman' di Adelaide. Kali ni with a different feeling. Lega.
Happy.
Excited.

I remember 4 tahun sebelum tu, masa aku lalu luar Bonython Hall tu, aku nampak majlis konvo tengah berlangsung, I told myself... I will be there one day.

So, this is it!!!


Pagi-pagi aku dah sampai ke uni, and this was gambar pertama aku pakai robe. Acecece..saja je poyo dgn background 'Why follow?' tu. Muehehehe


Seronoknya, kali ni convo ada geng! Tak sangka Yahya dapat join sama-sama konvo. Ada le geng nak bergambar dan bergosip sikit. Eh. Tiket seat kitorang pun dekat-dekat je.



Mula-mula gi check nama kat Edgeloe Room, then keluar la kejap...untuk ambil feeling the ambience kat luar Bonython Hall tu.



Sebelum masuk ke hall, Maisarah sempat tolong pinkan hood aku supaya tak londeh. Kena photobomb pulak dengan Yahya. Hehehe.


As usual, guests masuk dulu... these are my guests;
Jane (yang berbesar hati ambik day off from work, study, etc just to be with me on my special day!),
Maisarah (yang cepat-cepat set-up prepare utk experiments supaya dapat attend majlis aku), dan
Titin (yang always happy for me, setelah jenuh aku meraban kat dia masa study dulu).


Lepas tu, guest semua dah bersekedudukan duduk, kitorang pun berarak masuk ke dalam hall. Malas pulak aku nak upload video berarak masuk tu, sebab kang nampak pulak kembangnya hidung hati aku time tu.
Anyway, korang nampak aku menyelit jenguk dari row kedua tu? Hahahaha. Gigih sangat kan?

Yang bestnya, graduation ceremony kat overseas bukan le meleret-leret macam kat Malaysia yang berjela-jela ucapannya.


Cuma pakcik ni berucap sikit, dan dia terima award (mace bearer tak berucap sebab pakcik ni lagi power drp mace bearer)....


Sempat lagi aku ngajak Dr Steven ni selfie..padahal aku tak kenal pun dia. Hahahaha.
Memang "ini hari Ahmad Albab aku yang punya!!!" So, aku engkak-engkak atas stage pun, lantaklahhh...



Lepas tu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.... menunggu turn nama dipanggil pun, kerenyih baekkk punya kat camera :-P
Patut la Jane cakap "No doubt, Izzie...you have the brightest smile in the hall!"


And...the moment of glory...
Alhamdulillah....


Kuar dari hall, grab Dino dulu. Hahaha. Walaupun anak dia konvo sekali, aku tak kira... Dia kena spend time bergambar dengan aku jugak! Afterall, dia memang tau sangat pe'el aku yang 'good-with-camera' (as he said it). Wakakakaka


Cheeky me!



And the group. With Carrie, Dino, Yahya's family and mine.
Too bad Sharyn and John couldn't make it.  Wish they were there too.


Dino menyampaikan amanat :-P


Semoga tempias kejayaan aku kat diorang pulak.
Thank you, Jane...Maisarah & Titin. Muah..muahhh.
Thanks for the bouquet of native Aussie flowers, Jane! I love it!


Ika (the adik mee goreng) also came to congratulate me. With Lindt chocolates.
Awww...sweet...

Dan ada artis mai convo chek okayyyyhhhh!!!
Thank you, Ummu for dropping by :-*

The ladies....
Chris & MaiLin are graduating one or two days after mine.


Other yang berjasa untuk the big day...
Adam- yang susah payah submitkan tesis aku yang maha berat tu ke AGC. Thank you, Adam. Semoga pengajian Adam dipermudahkan sebab tolong akak. Hehehe


These two Sayang Mamas: Lil Adam and Lil Adib.
Mama minta maaf sebab busy masa hujung-hujung kita kat Adelaide dulu. I tried my best not to miss anything big involving you, anyway, kan?


And this man.
Who kept me sane.
And comforts me everytime I am down.
The reason I am what I am today.



That noon, lepas dah bersurai semua... kitorang gi makan kat Knoodle dengan Adam, Imran dan Jane.
Then aku ngan Jane pegi ke Terrace Towers untuk lunch celebration with the School.

I remember dolu-dolu masa aku ke Terrace Towers untuk meraikan Nasreen -Dino's other student. Time tu aku dok plan nak buat kuih-kuih Melayu untuk tetamu yang datang. Wahahahaha. Plan tak boleh blah.
Belakang kalu... aku lenggang mak limah je.
Ye la kan... Masa bila aku nak membuatnye? Kalau time aku kat Adelaide lagi, rajin la kot.



The 'Drs' with Paul --the IT guy who might have had lots of trouble entertaining our my stupid questions pertaining computer/ IT. LOL.


Mazna is finishing soon too!
Jane pun harap-harap tak lama lagi la.


Habis majlis, aku pun turun.
Selalunya aku selfie dalam lif ni sebab ada cermin besar ni.
Apparently, this time---it's different. Different feeling.
Dan entah bila lagi aku nak bergambar kat dalam lif ni lepas-lepas ni.


Balik rumah, rehat kejap...lepas tu kitorang pegi celebrate dengan Phu & Wen pulak.


Genki Sushi Bar! Yummm....


I received this lovely Swarovski pen! Oh my!!!!
Thank you, sister!!! :-*
You know, everytime I use this pen, I get 'whoaaaa!!!' from people around me. And everytime it happens, I tell them that it's from you.


Still in the mood for graduation, on different occassions, we had photoshoots with kengkawan geng air ketum James St. Dr Faisal & Dr Aqilah.

My oh my... rasa nostalgic sangat. Terbayang-bayang kalau dapat berkumpul lagi dengan geng-geng Adelaide kat James St. Now that it's over, mesti macam-macam cerita keluar.


And a jumping pose with the three men in my life (wishing Abah was there too!)


With my beloved MakNgah, the one who always motivates me.
I love you so much!

And the family - my proud PakNgah, MakNgah and Abg Fashni.
I am glad we are finally together in Adelaide.


Ahhh...
So that's it.
There might be few more entries related to this one, though... mengikut tahap kerajinan perasan busy  aku selepas ini. Hewhewhew.



Alhamdulillah... Now the robe, the bonnet and scroll are mine!


I graduated with a Dean's Commendation for the thesis from The University of Adelaide.
Was also awarded


  • High Commendation (runner-up) for Academic Excellence in Postgraduate Research at the 2015 Study Adelaide International Student Awards, Adelaide, South Australia.
  • Merdeka Award 2015 from Australia-Malaysia Business Council (South Australia) Inc. for outstanding academic achievement, ability to act as an ambassador for South Australia and contribution to the furthering of the South Australia-Malaysia relationship
  • 1st place Student Poster Award for the best poster at the 31st International Congress on Occupational Health, Seoul, South Korea
  • School of Population Health Prize for the best poster at the 2014 Florey International Postgraduate Research Conference, Adelaide, South Australia

Wednesday, October 26, 2016

Nuffnang ads

My Heartbeat