Friday, January 24, 2014

Ultraman Adib's birthday party!


Plan asalnya nak buat tema lain, tetiba last minute aku terfikir why not buat Ultraman, since Lil Adib tengah suka gila kat hero Jepun tu.


Invitation was sent by Facebook jer, MrHubby yang uruskan sebab minggu tu aku busy giler kat lab. Tapi standard la kan... busy-busy pun, tetap gedix when it comes to planning a party for the loved ones.

Untuk cake, kali ni agak huduh. Alaa...masa kek Plant vs Zombies aritu pun huduh jugekkk.
Cuma yang ni melampau messy nya.




Kali ni aku cuma buat Ultraman dengan resaksa tu je guna fondant. Yang lain pakai icing jer.
Hazab jugak la sebab dah lewat malam (sebelum hari majlis) aku baru terhegeh-hegeh start. 

Cuppies pun ala-carte (read: ala-kadar. heh) je.



Kenapa last minute?
Sebab masa dinner time, aku gatal tangan buat Ultraman standee atas kotak nih.


Mujur la pinata resaksa gorgon dengan goodie packs aku dah siapkan awal-awal lagi.So, yang tu dah put aside lama dah.




Aritu birthday Lil Adam buat untuk kids je, dah penuh rumah. So kali ni, kitorang buat kat Thorndon Park. Start pukul 5pm. So, mula-mula sampai, set-up dulu dengan banner, belon segala.
Nasib baik ada abang-abang hemster hemsem  (Pokka, Affan & Aput) tolong angkut barang dan set-up semua-semua.


Bila dah ada tetamu sampai, apa lagi?
Lebai Pokka pun lead baca doa. Kelles kan? Ala S.Jibeng pun ada. Kihkihkih


Menu?
Aku masak nasi hujan panas...
 MrHubby masak daging masak hitam-ke-apa-nama-pun-tak-tau-lah.

Menu lain, aku buat yang mudah je.
Salsa shrimp balls... potato salad...kuih sagu kelapa


Marshmallows

Jelly joiners (gummies)
 

Dengan buah-buah ni.... aku hidang je la. Bukan nak kena uli, bakar, goreng pun kan? Aiskrim pop pun ada.Aaaa..yang masa kecik-kecik dulu kita patahkan dua sebelum makan tu.


Tetamu yang datang ada yang bawak kuah lodeh, banana muffins, kuih bakar, crumble, juice, bihun goreng, kek buah, eskrem,  dan macam-macam lagi. Meriah dengan makanan.

Lil Adib yang konon reluctant nak amik hadiah daripada Uncle Johnes...  dapat je kat tangan, terus "Whoaaa!!!" dibuangnya plastik ke tepi. Tak menyempat nak bukak.


 More guests coming... dan start  makan la. Nak tunggu apa lagi ye tak?






Selfie Mama and the birthday boy.


The kids...
Tasneem comel. Yayang, Adam's friend. Oh well..Titin's family is family friend now.

 And the not-so-kids. Riang gembira dengan belon.

Sambil makan tu...bebudak diajak main games.
First game : The longest yard.

Tengah-tengah majlis, tetiba birthday boy buat onar.
Ni kena marah, dia buat muka kerek jer.



While the guests (adults) sembang-sembang dan mengisi perut...


... the kids sambung main the 2nd games- Pop the balloon!


...and the 3rd games : Scavenger Hunt!




Then, it was time for the cake!
Lil Adib tak la nampak terkejut sangat, unlike Lil Adam dulu..masa nak blow candles..baru aku keluarkan cake.


 Haaaapy birthday to you!!!!


Lepas tu, baru la pinata time!


Birthday boy terpaksa didukung, sebab tak cukup tinggi.
Kalau gantung pinata tu tinggi sangat, kang tak mencabar lak untuk kids yang besar-besar.


Ni pun MrHubby mengelat siap angkat sikit pinata tu...just to let them have a chance to hit it.


Jenuh gak diorang pukul... (I should not have made it too sturdy lah). Nasib baik gak Hariz berjaya pecahkan... so riang le bebudak semua kutip candies and lollies.


Lil Adib menyusup celah orang ramai and came back to me, with just a candy in his hand. Dia tak faham lagi kot konsep berebut. Eh... tak pandai berebut le konon. Walhal kat rumah, segala toys dia nak berebut dengan Lil Adam.


Lepas tu, all kids dapat 'Good Attitude Award' certificate.


Happy la bebudak tu... dan happy juga hati aku kesampaian hajat nak berkumpul, mingle, menjamu makan kengkawan sambil raikan anak-anak.


Aku tau, bukan budaya orang Islam celebrate-celebrate birthday ni... tapi aku tak rasa la at this age, aku boleh harap Lil Adam dan Lil Adib buat Majlis-Penghargaan-Buat-Mama-Best-Sebab-Beranakkan-Kami. 


Oh ye... kalo korang terperasan, most guests pakai merah/ putih... konon sebab kaler Ultraman le kan. Mihmihmih.


Jejaka-jejaka belakang tabir sedang menikmati aiskrim pop. Very the Malaysian kan?


Tengkiu Affan, Aput dan Pokka! Korang memang best!


Back at home, Lil Adib overwhelmed dengan hadiah-hadiah daripada uncles, aunties dan kengkawan.


Kali ni turn Lil Adib, so si abang tengok je la si adik buka hadiah ye... tapi nanti main sama-sama.

Suka betul dia dengan M&M's ni. Tak menyempat nak suruh buka. Dasar pemakan macam Mama dia sapa ntah.


Lil Adib dapat baju, toys, figurines, tabung,  dan macam-macam lagi...

"Tengkiu, uncles and aunties. Lepas ni bagi hadiah kat Mama pulak ye!"
Eh.



Tuesday, January 21, 2014

Awekmu dulu kini awekku

Awek mata bulat yang petah tu dulu marka (read: girlfren) Lil Adam. Siap share dengan Iman (Lil Adam's cousin) lagi. Boleh sama-sama hadap lama-lama.

Okay la, marka tu bunyi macam over sangat lak. In this case, kira 'crush' je la kot.

She is Dora the Explorer!



Sejak aku cuba kurangkan Lil Adib tengok Ultraman, aku pun substitute la dengan video Dora. Dia happy sangat. 
Tapi nak sebut nama awek tu pun pelat "Dola! Dola!"
Dah macam Dolah Cantik pulak aku dengar. Hahaha
Nah tengok video ni... excited dia kalau nampak apa-apa barang yang ada Dora.





Actually, mula-mula dulu (masa takde anak lagi kot) aku dok tengok kartun Dora ni kat NTV7, I said to myself... kejadah apa la kartun ni, mata terkelip-kelip, tanya soalan then tunggu orang bercakap balik.

Tapi bila Lil Adam dah suka, aku sebagai mak... setuju je la dengan calon menantu pilihan anak. Eh.
I mean, lama-lama aku pun jadi suka tengok Dora ni, sebab dia pandai dan comel. 
Tak la bengap macam Oso (korang tau kan, kartun Oso beruang (konon spy/agent yang selenga tu?). Asyik-asyik bagi jawapan yang salah.

Lepas tu, aku siap cakap kat MrHubby, kalau ada anak pompuan, aku tak lambakkan dengan Princess-y stuff (Princess kan lembik!).... tapi aku akan buat segala benda dia Dora. Dora kan tough! Baju Dora, beg Dora, kasut Dora, mainan Dora, birthday cake Dora, semua-semua la. Habis la anak pompuan aku takde chance nak jadi minah lembik. Hahaha.

Kerana Dora ni, Lil Adib sekarang ke mana saja mesti nak bawak bagpack.
"Pack-pack! Pack-pack!"  Kalo sekali dengar, boleh berubah air muka sebab ingat dia sebut benda lain. Macam Pokka aritu- terkedu, sampai la aku kata "Bagpack la, Pokka. Akak tau awak mesti ingat dia sebut benda lain kan?".LOL.

Bagpack Lil Adib ni takde la isi segala tok-nenek macam bagpack Dora tu. Dia bawak dua Ultraman, Kasier Belial (ultraman jahat), dengan dua ekor Godzilla.


Untuk budak sebesar Lil Adib yang agak late bloomer (when it comes to talking), I owe so much to Dora. I believe, kerana Dora ni jugak la (and of course dengan kuasa Allah), Lil Adib dah pandai sebut ayat-ayat macam...

Oh man!

There you go...

Watch out!

Dan lagi satu ayat yang selalu dia sebut adalah bila dia selalu usik aku masa aku nak pakaikan diapers. Biasanya aku buat-buat takut/geli nampak bird dia. So, Lil Adib akan cover dengan towel.
sambil cakap "No more! No more! Lalalalala..."

Ni video nye...

Noti nye lahai...memang macam perangai Lil Adam masa kecik dulu.




Dan bila gi rumah Ummi aritu, dia nampak Dora kesayangan Cha (anak Ummi), siap dia peluk lagi ha... Nasib baik dia tak buat hal nak angkut bawak balik.



Lepas ni aku nak suruh dia tengok Diego pulak la. Kang tengok awek je, susah pulak hati aku. Huhuhu


Monday, January 20, 2014

Berkampung (tido) kat ofis kerana heatwaves







Last week has seen the heatwaves hit more than 40'C for 5 consecutive days in Adelaide. Last year max cuma 42'C. But this year, melarat sampai 46'C. Masak!!!





Staying indoors at home couldn't even be cool enough. Nak-nak pulak kalau aircond ada kat dapur (kejadah apa pasang aircond kat dapur instead of living area or bedrooms?) Hmm..maybe Aussies ni ingat semua orang nak merasa jadi Cinderella kot, tido kat dapur. Whatever.

Monday (when it started), lepas hantar kereta (Bluey Babe) ke workshop, MrHubby sent me to the office. Tapi boleh pulak aku terbangang, lupa yang kunci ofis aku attach sekali dengan kunci kereta. Kebetulan pulak biasanya Monday cuma aku dan Ganyk kat ofis, called him and he said he won't be in. So, I decided to go back home.  
Tak kuasa aku nak patah balik amik kunci bagai dalam bahang panas cenggitu. 

I thought boleh la balik buat kerja kat rumah. Tapi humang aii...it drained my energy, sampai tahap tak boleh pikir langsung. Aku cuma lepak kat bean bag, sambil layan FB... sampai trending #kangkung pun aku tersilap baca as 'kangkang'. 
Kronik tu! So, last-last aku berendam dalam bath tub lama-lama.

Selasa, tak tahan punya pasal... malam tu, aku ajak MrHubby and the kids tido kat ofis. Hahaha.
Free aircond le katakan.

Us, having cookies for supper sebelum tido.



The kids played with the 'connecting toys' and ended up inventing this headgear. LOL.


Apa-apa je la nak oii...


Nobody was aorund anyway, except that my SV just pass through on his way back home.

Agaknya sebab bertukar tempat tidur, aku takleh nyenyak sangat malam tu. So, the following day, aku agak ting-tong sikit. Baru ingat nak balik awal, but hooked up in a discussion with my SV la pulak. 

Malam Rabu tu, MrHubby nak suruh tido kat ofis lagi, tapi aku insist nak balik rumah (macam MIL pulak, takleh tinggal rumah lama-lama. Hahaha).
As a consequence, malam tu aku takleh tidur sangat. Panas wehhh! Aku siap basahkan kain buat selimut. Kipas pasang sampai 3 bijik kat dalam bilik, pun panas jugak. 

So, apa lagi...confirm la Khamis tu kitorang berkampung lagi kat ofis.Siap tapao makanan siap-siap for dinner.
Pagi buta esoknya, MrHubby gi keje... by pukul 9am+, dia drop by to fetch the kids back home...dan aku sambung buat keje.
Bagusnya bila super-panas ni, satu jer kot. Aku jadi terlebih rajin dok dalam ofis/lab... buat segala experiments. Takde guna keluar awal kalau panas yang amat walaupun matahari dah tenggelam.

Jumaat dah tak teruk sangat dah. It was still 42'C though. But I stayed back till late, sebab ada meeting bagai with our Flinders team. Siap Sv aku buat statement kat diorang "Is has been working harder than usual this week."... sebab dia nampak aku balik lewat giler tiap-tiap hari kot. Mihmihmih.

The best part was, dah dekat sunset, the gale wind started blowing... and the temperature halved to 22'C. Legaaaa...sangat!

So, the weekend was spent dengan mengqada' tidur sampai pukul 9 gitu. Hahaha.

Setakat yang aku check until the end of February, max temperature would only be around 32'C. Kira okay la tu.
Kalau tidaaaak.... 

Nuffnang ads

My Heartbeat