Friday, July 9, 2010

MC



I am on MC today.
Don't worry... nothing very serious.

Ermm.. nak buat apa ye?
Maka selepas urusan aku selesai, aku melencong ke rumah Mamapasha ... ni nak pegi lunch pulak.


Dim sum & Japanese food sedap gak kan? (dalam kecoh2 nak berjimat, ada hati lagi nak makan mahal2...haha... xpe, baby punya pasal)


Will post an entry once I'm back

Thursday, July 8, 2010

Perkara yang buat aku...err...


Semalam...


Perkara yang buat aku hangin

-awal pagi lagi aku terserempak dgn koordinator yang janji nak publish buku-buku aku. Bila aku tanya nape lambat siap, etc...jawapan dia memang x menjawab soalan aku langsung!


Perkara yang buat aku terkejut

-Aku masuk kelas, ada dlm 70+ org students! (biasanya tak la seramai tu). Banyak kali aku terberhenti bercakap sebab tak dapat terima kenyataan-hujung sem ni kena mark banyak exam papers. Huwaaaa! :(


Perkara yang buat aku semak kepala

-Plan untuk bawak diorang pegi field trip jauh-jauh maybe kena kensel, sebab kena guna 2 bas. Jenuh nak handle tu. Pegi dekat-dekat je la jawabnya. Errr.. Bukit Cerakah boleh?:P


Perkara yang buat aku hmm-apa-ye?

-Dah makin ramai joyah yang tahu pasal pregnancy aku. Ada yang jadi stalker kat blog aku, ada yang memang jenis Joyah... bawa mulut sana sini. Takpe... next time aku cerita kat diorang berapa kali aku beromen dengan laki aku pulak.


Perkara yang buat aku tersenyum sinis

-Nampaknya aku yang paling stylo kat fac. ni (okay, sila muntah hijau sekarang), sebab orang-yang-dikatakan-paling-lawa tu pun dah tiru stail aku berpakaian.
No wonder la Miss Copycat tiru aku, walaupun aku x lawa. Muahahaha (okay, stalker... kalo berani, sila la tinggal komen dengan nama sendiri. Tak main la guna 'anonymous' macam aritu)



Hari nie....


-Aku pegi check gigi...ingat nak buat scaling ke apa ke. Sekali dentist tu macam malas je nak entertain aku sebab gigi aku takde masalah. Siap tanya aku "u tau tak nape orang buat scaling?"... bla bla....

Kalo gigi aku teruk, logik la nak ceramah lebih-lebih. Entah apa-apa jer.

Okaylah..untuk yang ni, xyah letak gambar la.. sila rujuk gambar kat header terus. Hehe






Wednesday, July 7, 2010

Duh!

The new semester has just started. But aku masih tak dapat momentum nye.
Maybe sebab aku dah lama cuti (MC), plus kursus seminggu, plus seminggu lagi balik ke kampung & pantau budak2 praktikal.


1st day semester start pun, I was away... conducting a talk (until yesterday). Arini & esok ada bengkel vetting pulak. Meeting koordinator lagi. Eiii... banyaknye keje!!!
Mood bersemangat nak start lecture tu lari ke mana ntah... Biasanya awal sem aku berkobar-kobar sangat nak try new approach on the students. Tapi kali ni macam terhegeh2 betul rasanya.





Singgah ofis semalam, aku tengok workstation aku pun tak terkemas lagi (bersepah as ever la). PC yang aku mintak technician tolong format pun belum kembali ke pangkal jalan - camna aku nak buat keje? Tak gaya macam nak start keje balik je...

Kalo dapat bloghop sambil2 buat keje tu, reda la sikit. The last few days, aku jenguk blog kengkawan waktu malam jer.

Oh ye... sekarang ni the campus is surrounded by mat-mat skema la, siap dgn neck ties & kad matrik. Hehehe. Minggu Wawasan Siswa (orientasi) pun kalo x silap aku dah jadi nama Minggu Destini Bangsa.

Ahhh.. poyo la. Tau kenapa aku kata poyo?
Sori la ye... tapi ini hakikat kebanyakan yang ada keliling aku. Tiap-tiap semester, tiap-tiap tahun.

  • Mula-mula tak dapat masuk universiti, kecoh nak buat rayuan. Guna segala kabel. Mintak tolong semua orang. Kalo tak dapat jugak masuk, kata orang tu tak nak tolong anak bangsa.

  • Dah bagi masuk, awal2 tu janji nak belajar sungguh-sungguh. Nak banggakan keluarga. Nak jadi best student la...apa la...

  • Masuk semester ke-2, dapat PTPTN... joli. Beli hp, kuar dating. Suruh beli buku RM78 pun, kata mahal. Buat aktiviti persatuan, liat betul nak join.

  • Semester ke 3: Kalo lecturer tak bagi lecture notes, tuduh lecturer tu kedekut. X reti nak survive langsung! Semua nak spoonfed!
    Zaman aku dulu, kelam kabut salin nota kat whiteboard tu. Tak lorat pun nak minta fotostat nota lecturer. Kalo dah bagi nota powerpoint, nota tu je la dia baca... xde usaha langsung nak buat additional reading.

  • Semester 4: Dah start lupa pesanan orang tua kat kampung. Lupa diri yang dia tu dulu masuk universiti pun sebab rayuan. Belajar pun asal boleh je. Dapat result cukup makan pun boleh la... janji grad.

  • Semester 5: Repeat subjects yang sama dua kali pun, dapat C+ je. Suruh pegi praktikal, buat macam company bapak dia. Kadang pegi, kadang tak. Belum lagi grad, dah nak besar kepala.

  • Semester 6: Keje final year project main copy paste je. Kalo aku bagi fail, terus 'cop' aku ni lecturer yang strict. Maka the following semester takde langsung yang aproach aku jadi supervisor (aku x kesah pun, lagi bagus..kurang beban kepala aku nak baca English korang yang berterabur tu).

So, kepada the so-called anak bangsa a.k.a benteng terakhir negara (u r right!)... Mana pegi janji dulu yang konon nak belajar bersungguh tu?

Hah... ada ke yang sentap dengan kenyataan ni? Sebab makan cili?
Komen sikit....

Tuesday, July 6, 2010

Menaiki Tom Cruise (ahahaha)



As I mentioned yesterday, masa balik aritu kitorang naik cruise. Tapi takde kena mengena la dengan Tom Cruise. Haaa... yang tengok gambar floatie Pulau Rimau ni, jangan la cepat-cepat jump into conclusion...

Mula-mula memang la naik cruise warna kuning/oren tu ja (feri Penang)....

Tengok betapa riangnya Lil Adam... dengan muka noti dia tu.
Ni Acik (abang aku) yang ala-ala model RayBan tu (kalo full shot, memang RayBan tarik balik perlantikan jadi model..kekekeke)

Then, kitorang betul-betul pegi naik Star Cruise...hehehe.
Tapi alaa... dari Swettenham Pier tu ke tengah laut je, then patah balik la... (1 malam jer). It was on promotional rate. So, apa lagi????


Pass masuk ke semua tempat dalam cruise tu (kecuali cabin orang yang tengah beromen..hahaha)... cafe, casino, pub, cinema, tempat main mahjong, etc.


Masa queue ni, MrHubby perasan ramai ah so-ah so yang (group travel) pakai kaler pink... siot jer. Maka aku pun tak pasal-pasal jadi geng tua tu... Ciss!!!


Us before boarding...
...and Acik's family.

Memang 'perak buih' la (bak kata abang aku)... kalo boleh setiap langkah nak amik gambar.. kekekeke

Whatever. Masuk je dalam cruise, terus hala ke cafe. lapar weiii... Nice scenery kan?

Staf-staf dari pelusuk dunia yang mesra (kat name tag diorang ada tulis nama dan negara asal diorang)
Ni baru nak masuk ke cafe. Macam grand kan?

Tanpa berlengah lagi, kami pun menjadi manusia haloba (gambar manusia haloba tidak kelihatan sebab tak dan dan nak makan) :P


Muka berpura-pura kontrol (sebenarnya tak sabar nak terkam makanan). Sila beri excuse kepada ibu mengandung ye?
Pilihan makanannya taklah sehebat buffet kat Equatorial Bangi atau Sheraton (Grand Dorsett) Subang Jaya. Tapi tengok je la betapa semangatnya Lil Adam mengunggis ayam ciken nie...


Dalam banyak-banyak tu.. aku ralat tengok udang nie jer. Katanya simmered with white wine.

Maka aku pun curi udang-udang besar dalam sayur (aside from ketam pujaan hatiku itu)... Hahaha. Kesian orang lain makan sayur tu tanpa udang.


Paling best nak makan bila Lil Adam & Iman dah start bz dengan Ultraman diorang...

Intan tengah kontrol ayu supaya nampak makan sikit. Korang tak tau yang tu dah masuk 8 pinggan dia hadap..Hehehe

Adapun gambar aku yang sedang buruk lantak telah ditapis terlebih dahulu... yang kelihatan cuma hasilnya...


Sambil makan, ada band datang nyanyi dari meja ke meja. Wahhh... tingat masa aku makan kat The Olive dulu.

Please note. Pakcik baju belang itu is not a part of the band. Melainkan dia tak pakai jeans tu (supaya sa,ma pendek dengan dress amoi-amoi yang bertopi tu).

Apabila senja melabuhkan tirainya, ni la view yang terhasil...



Kalo dah nama naik kapal tu..mesti la ada scene Titanic. Hahaha. Tapi xjadi la buat betul2, sebab takut terlanggar iceberg. Kat Selat Melaka tu, iceberg apanya Isabelle oii?
Dan kitorang jalan-jalan kat deck. Rehat-rehat dan monopoli bangku kat situ. Kalo ada ah so yang datang nak amik seat tu, kitorang ingat nak tolak je dia masuk dalam laut. Kekekeke keji kan?



Malam tu, kitorang tido kat cinema jer... sambil layan movies.

Okay nie gambar last sebelum balik... konon poyo la aku ni...bcoz i'm a Piscean kan? :P

My review?
2 bintang je kot... (out of 5).
Kalo dirayu lagi, dapat la 2.5.

Prolly bcoz I had to observe Lil Adam sambil-sambil nak lupa daratan tu. Bagi orang bercinta, best la kot.. boleh bercakap pasal bulan bintang sepanjang malam.

Kalo ditanya Acik & MrHubby yang sempat jenguk ke tempat-tempat lain dalam cruise tu pun, they still give the same rating. MrHubby cakap 1.5 stars je. Hehehehe.
So, peeps... give it a go. Especially to those yang belum ada anak lagi.

Sunday, July 4, 2010

Bob cut?



I'm baacccckkk!!!
(uish..mcm mmbekkk bunyi kambing lak)

Yes, we arrived early this morning, at 1.45am.
Macam penat lagi... tapi petang ni ada Naj's wedding lak (remember Naj's solemnization?) Adoiyaiii..nak pakai baju apa ye?

Nanti la...bila free sikit...I will blog about...
  • the picnic we had
  • the cruising (ye, aku pegi cruising weiii)
  • the food I've been craving for
  • blaa... blaa... (kalo aku citer skrg, dah x surprise lah)

For the time being, I need ur opinion la guys...
I suddenly feel like going for a drastic new look by a short bob cut.


(aku malas nak cari gmbr bob cut sendiri yang aku buat 6mths ago, hence this pix)

Actually bukan la benda baru sangat pun kalo baru buat hujung tahun lepas. But to get away from the typical look (dan sebenarnya nak bagi nam[ak muda sikit..hehe), I guess that's the option.

Tapi kan... aku wonder la...
Masa dalam pantang nanti, kan kena ikat rambut ketat-ketat (supaya tak masuk angin kat kepala). So, kalo masa tu pun aku berambut pendek, camna nak ikat? Boleh ke berambut pendek/botak masa dalam pantang?

Nuffnang ads

My Heartbeat