Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Momoka - Pahit kutelan jua

The original plan was 2 years 7 months. It's been somehow delayed... and delayed.

Banyak kali aku check balik entry lama aku untuk sedapkan hati. Setiap kali tu jugak la aku angkat jari dan mengira, sebab aku nak samakan rekod breastfeeding Lil Adib ni dengan Lil Adam. 
Kalau Lil Adam dulu aku wean him off in May, maksudnya lebih kurang 2 tahun 8 bulan la (or 7 months plus) dia melekap dengan aku. Aku tak nak esok-esok Lil Adib argue nape dia tak dapat 'momon' selama yang Lil Adam dapat (manalah tau kan).



At once, masa 31st May (baru 2 tahun 5 bulan), tetiba aku rasa tak larat sangat dah. Aku sort of nekad nak stop BF Lil Adib. So of all the options, aku try tenyeh asam jawa sikit.

Berjaya pulak tu!

Masuk je mulut dia, terus muka jadi semacam.
Siap tarik tolong tutupkan dengan baju lagi.

Tapi malam tu masa tidur, dia seluk tangan untuk peluk aku... and I found myself weeping dalam diam.
Sedih la jugak.
So, I sticked to my plan to wait for another month or two.

Masa sembang-sembang aritu, Syifa ada cakap, dia just slow talk dengan anak-anak dia like 2 months before their second birthday, that they'll have to wean off soon. And it worked wonders!
Tapi dengan Lil Adib ni, aku tak rasa la kekdah tu applicable. Satu, sebab dia tak berapa bercakap lagi. Dua, sebab maybe nature anak lelaki tak sama dengan anak perempuan.


Masuk 2 tahun 7.5 bulan, we travelled to Melbourne.
I was thinking bonbon would be the only option to soothe him kalo dia cranky sepanjang perjalanan yang 12jam tu.  Tapi aku sort of berjaya jugak. Masa tido, he just slept on my arm untuk dapatkan 'the smell that he is familiar with'.

Back to Adelaide, 20th August he couldn't resist it anymore.
Nak dijadikan cerita, asam jawa brand Maharajah yang aku guna sebelum ni dah habis, so aku guna brand lain pulak. Guess what? It didn't work that well walaupun aku dah sebut ayat "Momoka eee-yek!"

Either memang asam jawa tu sedap, sampai Lil Adib ignore the sourness.
Or memang the addiction dah irresistible... tak tau lah!


So, aku decide untuk try Nescafe paste yang aku bancuh pekat.
Aaaannnnnd... It worked!

However, after several days, dia ketagih balik. Bila terjaga malam-malam, dia cari momon jugak.
 Que sera sera.

"Pahit pun, pahitlah. Ku telan jua."
Gamaknya nescafe + susu =  perisa nescafe susu kot!


Dolce gusto gittew. Hahaha


Last week, I went back to the 'asam jawa routine' (with a different brand).
Hari ni  dah lebih kurang 2 minggu Lil Adib tak dapat momon.


Lepas ni mesti aku akan rindu nak manjakan dia.
Yup. Maybe lepas ni Lil Adib dah takde kepentingan untuk duduk atas riba aku, atau bermanja sebelah aku  macam sebelum-sebelum ni.


Lately, bila aku balik rumah, dia dah tak menerpa kat aku lagi, sambil meruntun-runtun nak candu dia.  How heartbreaking! T-T

Biasanya, dia akan runtun kat aku, tinggalkan iPad (or whatever he's doing), curve kan badan, duduk atas riba- bersiap sedia nak momon. Sambil tu, kalau tak pegang cincin kat tangan kiri aku, dia akan korek tahi lalat dekat pusat aku.

Tapi ini untuk kebaikan both of us jugak.
Lepas ni aku maybe busy dengan fieldwork pulak. So when I am away, takde la Lil Adib akan cranky sebab mencari-cari aku.



But now that the "momoka, pissss" (Read: "Bonbon, please!") session is over, certainly I will miss muka manja dia yang sanggup ikut setiap perkataan aku demi nak dapatkan bonbon pojaan hati. 


Bila time manja terlebih, 'momon' pun dia sebut 'momoka'.



Yeah...
Kalau tadi 'pahit kutelan jua" tu adalah ayat untuk Lil Adib, sekarang dah jadi relevan untuk aku jugak.

To sum up, Lil Adib punya record is almost similar to Lil Adam. 2 years 8 months.




Dear Lil Adib,
Semoga setiap titik susu yang Mama bagi memberi manfaat untuk kesihatan dan kebijaksanaan Adib. It's not that I don't love you anymore, it's just time to stop. I still love you, as much as I did when I cuddled you in our first BF session luar labour room Hospital Putrajaya dulu.

*sob sob*
T-T

Thursday, January 17, 2013

Salah faham yang memupuk kebengapan ibu-ibu tentang BF


Aku pelik. Memang susah nak emphasize kat orang... kenapa breastfeeding (BF) lebih mudah berbanding bagi formula (FM). Jenuh jugak nak explain kalau orang salah faham tentang BF. Susah la bila terpaksa tinggalkan anak, takut b(._)(_.)b 'jatuh' la..macam-macam alasan... 


Aku faham sebab aku sendiri tak berapa dapat sokongan daripada MIL dan SILs awal-awal dulu. In fact, kawan-kawan yang BF pun biasanya memang tak mendapat sokongan daripada generasi W (atas daripada generasi X, memandai je aku kasi nama.hehe).


BF pun nak kena belajar ke?
Haa...yang ni kesilapan paling utama. Aku dulu pun ingat senang je...sua kat baby, settle cerita. Tapi sebenarnya tidak. From experience, I learned that there's a lot more to know...
Contoh simple... Baby kuat menyusu bukan pasal dia lapar atau susu badan tak cukup, tapi sebab BM tu mudah hadam. Dan kalau takde ilmu, seseorang tu akan bermasalah bila tak tau camna nak handle EBM, atau cara-cara nak enhance BM/ensure continuous supply.
Benda ni tak payah cakap pasal orang jauh-jauh...dalam family sendiri pun dah ada. Kerana perkara-perkara-yang-nampak-macam-senang ni ada ahli keluarga aku yang konon melabur beli pam mahal, tapi sudahnya buat jadi tukun je. Tapi ada juga ahli keluarga yang consistent dan rajin consult dengan ibu-ibu lain, jadi Alhamdulillah berjaya BF seperti yang diharapkan.




Leceh la
Leceh...Bagi FM je la.
Haa...pahala nak bergunung-ganang, tapi tak nak susah langsung. Tau nak mudah je. Kalau orang kata minum susu lembu, jadi lembu... tau pulak marah (memang tak patut pun cakap macam tu).

If we talk about bangun malam, aku rasa lagi mudah terus selak baju/bra dan hala la  b(._)(_.)b  kat baby tu... Lebih mudah daripada lawan mencuit laki-bini..."Bang, turn awak pulak bancuhkan susu anak." Then, susu terlebih panas, kena sejukkan, terlebih sejuk pun tak boleh.
If we talk about travelling (with the baby), korang tak payah bawak tin susu, flask air panas, air masak sejuk, botol yang dah sterile, etc.


Sakit tuuu...
Engorge? Haa...apa lagi? Rajin-rajin la pump. Tu tanda banyak susu tu. Kalau dok mengaduh je sampai demam, memang la nampak kesan negatif je.
Baby gigit? Alahai... takde sampai putus pun. Kalau kena gigit, tepuk la sikit baby tu, biar dia stop gigit.
Inverted n*pple? Yup...ada kawan aku yang dapat menyusu sampai dua tahun walaupun mengalami masalah tu (aku tau dia baca blog ni).





Kan dah start keje balik, kena BF jugak ke?


Tak susah pun setakat luangkan masa sekejap untuk anak sendiri. Dah kata sayang, takkan takleh berkorban masa kot? Lagipun ada pump yang jenis Freestyle sekarang, boleh handsfree masa mengepam...so sambil tu boleh driving, boleh blogging...




Tapi, FM kan ada DHA, omega-3, gangliosides bagai..
But again, all those are not as naturally good as BM.


Lagipun kalo DHA banyak, nanti kepala anak jadi besar. Read HERE. Haha





B(._)(_.)b kecik, susu tak cukup la
Besar macam Dolly Parton atau leper macam pengkid, semua tu dipengaruhi oleh fat tissue je. BM production pulak dipengaruhi oleh saiz mammary gland, dan kelenjar tu sama je untuk setiap pompuan.
Aku 'kesian' kat orang yang berfikiran macam ni, sebab it goes back to rule no.1 tadi. Tak cukup ilmu. Bagi diorang, kalau dua hari cuba pump, cuma dapat 1oz je, tanda susu dah kering. Deyyy... sebab tu la orang suruh bertanya dan membaca.
Aku pernah dengar pengalaman orang yang setiap hari pump cuma mampu dapat setengah oz. Setengah oz tu lebih kurang 15ml je. Ciput tet sangat. Tapi sebab dia tau konsep supply vs demand, sebab dia yakin dengan rezeki Allah untuk anaknya, sebab dia betul-betul determined... dia dapat menyusu sampai setahun lebih dah.



Dan yang super-ultra-paling-bengap...
Nanti b(._)(_.)b kendur, tak sexy la
Adoi...Aku rasa macam nak tunjal je kepala moron yang buat statement tu. Tu la, dulu suruh belajar sains, main-main. b(._)(_.)b tu boleh 'sag' sebab faktor umur meningkat dan faktor graviti. Kalau macam tu, memang aku doakan lagi melandut dan melayut la...sampai boleh selempang ke kiri ke kanan masa nak pegi toilet. Wakakaka.


Lagipun dengan BF la boleh bakar kalori dan cepat kurus. Makan la macam 'ada membela' macam aku pun, tapi kesannya tidak terserlah. Hehe.
Aku tau ada mak-mak akan komplen kata "Tipu arr. Aku dah BF, tapi x kurus pon!"
Yang tu kena berbalik kepada faktor umur la, atau metabolism badan.

Apa pun, when there's a will, there's always a way.
Betulkan niat tu dulu. Tanya diri sendiri... kenapa nak BF?


Monday, November 12, 2012

Menayang (._)(_.)


During the pageant last two days, I uploaded a pix of myself in the middle of the crowd with the caption "Picnic by the roadside- at The Credit Union Christmas Pageant."



It  was liked by many of my friends and acquaintances and invited various reponses (sikit je)...but suffice to make me ask MrHubby about the appropriateness. It never crossed my mind that gambar tu akan menimbulkan kontroversi sebab Nursing in Public (NIP). 
Afterall, MrHubby yang tolong snap gambar tu, dan dia tau aku nak upload kat FB.... and my FB photos are only open for viewing to friends (one level only).

Sebenarnya, aku dah pernah tanya kat MrHubby pasal apa pendapat dia, apa hukumnya...dah tanya lamaaaa dulu. MrHubby  kata, dia tak kisah..sebab itu adalah 'urusan' aku dgn anak. I am doing my business by feeding my kids. Berdosa la kalo orang pandang dengan pandangan bernafsu. Kind of macam orang tu setim bila pandang t*tek mak sendiri.

"Lagipun masa BF kan selalu Mama alihkan sikit badan..cover sikit. Bukan la terus 'ta-daaaa' depan orang pun."
Yup. Aku bukannya menayang t*tek aku pun.




So..aku tanya la pulak..apa pendapat dia kalau yang published in magazines tu. Contohnya macam untuk ruangan Kasih Ibu dalam Majalah Pa&Ma..yang ada gambar mak-mak dok breastfeed anak masing-masing. Similar issues timbul bila MediaMalaya post pasal benda ni. Read HERE.

MrHubby kata..tak jadi masalah la. It's a magazine on parenthood!
Bukannya majalah Mangga yang memang menyembulkan segala yang tersembul untuk tontonan dan bacaan golongan remaja sampai ke orang tua.
So, aku sangat kesian kat orang-orang jumud yang maybe asyik baca majalah lagho je sampai tak pernah selak langsung any medical books or magazines- yang terang-terang akan pampang gambar keseluruhan organ penyusuan tu, malah organ pembiakan pun ada.  

Fine, ada yang kata bonding antara ibu dan anak,  tapi  tak yah la nak tunjuk orang. walaupun tak nampak, tapi automatic aku imagine mulut baby tu kat mana.   
Whatthefotosintesis lah. 
Setim sangat ke kalo tengok gambar mak-mak tgh menyusu? Daripada dok buat fatwa macam-macam..elok la jantan-jantan miang yang kekuragan belaian tu berpuasa.

Kalo dah tak tahan jugak..asyik nak kena mandi wajib je kalo setakat nampak si ibu menyusu-tanpa-
tunjuk-t*tek .. menikah je la. Dah masuk tahap wajib menikah dah.
Duit tak cukup? Too bad..sebab korang pilih pompuan high maintenance..hantaran kurang daripada 10k..babai. Harus la nanti dapat anak, kau kena spend duit utk beli formula (FM) pulak kan..sebab tak nak bini-high-maintenance kau tu menyusu kat public. 
Kalo mampu nak spend beratus-ratus sebulan untuk beli FM..bagus la. Kalo tak..too bad. Masa tu good luck la untuk rasa what-if-ada-jantan-lain-setim-terpandang-bini-kau-tengah-NIP.
What goes around comes around kan? 


Ada juga yang kata tak payah la sampai nak hantar gambar ke magazine. Kesian ibu-ibu yang tak dapat BF anak diorang..mesti diorang rasa inferior.
Hmm..malas cakap la kan. 
Bagi aku..Ya, nombor satu, perlu ada ilmu tentang BF. 

Tapi memandangkan menurut bestpren aku..colleagues dia yang doktor pun 'tak boleh' BF..aku percaya, faktor kedua adalah kesungguhan dan keazaman. 
Tapi kalau kau boleh kata "Eh, rajinnya you luangkan 10-15 minit untuk pam susu masa kerja."... nampak sangatlah diri tu tak sanggup bersusah-payah untuk pam susu. Lepas tu, esok-esok, komplem pulak "Alaaa...I punya BM supply drop la." 
*sigh* Susah nak ajar orang tak faham konsep Supply vs Demand ni.

Fine. Kot ye pun tak boleh jugak, cer bayangkan kos FM yang perlu dibeli setiap bulan. Aku tak tau sekarang berapa harga setin susu yang ada 8X DHA, gangliosides dan segala alfa, beta, omega. Tapi seingat aku, kalau dicongak-congak...setin cuma bertahan seminggu lebih, sebulan boleh jejak ratus-ratus.
Owh..lupa pulak aku. Maybe harga FM tu cuma 1%  daripada harga henbeg Coach diorang..apalah sangat kan?
So, if there's a will...there's a way. InsyaAllah. 
Jaga pemakanan. 
Doa jangan lupa. Sebab Allah yang bagi rezeki dan kesihatan kat kita.



Baru jap tadi, aku tanya pulak Sharyn dan Ganyk kat ofis aku ni...apa pendapat Aussies tentang NIP.
Ye la kan, kot-kot la orang Australia anggap gross sangat ke.

Sharyn cakap "I don't think there should be an issue. Babies need to be fed. Not that u go around bare-chested. I have seen moms doing it in the garden, at the restaurant, everywhere. I reckon Aussies are open, and they wouldn't mind it. I haven't seen anyone coming to a nursing mom, telling they shouldn't do it in the public. Evn if there is, it could be an old bugger! Why do you ask?"

Ganyk, sebagai seorang lelaki... dia pun anggap 'it's not a problem.' 


Apapun, aku suka dengan komen poyolahkau, salah seorang kat post tu.

Salam. Sebagai seorang bapa dan suami, asalkan tidak mendedahkan aurat yang tidak sepatutnya, gambar penyusuan ibu dan anak tidak salah, malah harus digalakkan. Tidak timbul unsur riak atau menunjuk-nunjuk kerana ibu-ibu ini memang menyarankan setiap ibu bapa lain yang melihat gambar tersebut untuk mencuba atau meneruskan penyusuan bayi mereka sehingga umur 2 tahun, maka kesediaan mereka untuk tampil secara umum merupakan satu mesej bahawa penyusuan susu badan adalah satu trend yang baik dan tidak perlu disembunyikan, lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu yang kononnya sensitif tak bertempat. 
Kepada ibu-ibu yang gagal menyusu badan dan merasa sedih melihat ibu lain menyusukan anak mereka, itu perasaan semulajadi yang membuktikan bahawa penyusuan badan memang suatu aktiviti ibu dan anak yang amat baik. Tuhan maha mengetahui dan tidak akan menghukum anak yang tidak berjaya disusukan oleh ibunya. Jika lelaki itu miang, tak perlu tengok gambar ibu menyusu pun, dia boleh bayangkan yang bukan-bukan, tengok perempuan pakai purdah pun dia boleh khayal macam-macam, jadi janganlah risau sangat pasal gambar menyusu badan. Banyak lagi ada gambar artis seksi dalam suratkhabar dan majalah, tak ada pulak orang kata ini akan menaikkan nafsu ghairah lelaki miang. 


Bak kata pengacara Melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi"... so takyah la kecoh-kecoh sangat. Kennnnn?


Thursday, March 8, 2012

Pengalaman ber-EBM di Dubai


Setelah sekian lama berjanji palsu untuk buat entry tentang pengalaman aku ber-EBM di Dubai, hari ni la baru aku mendapat hidayah untuk menulis menaip.

Well, being a mom, aku tau..ramai yang tak sanggup berjauhan dengan anak. Nak nak kalo yang masih BF.
Tapi ada jugak colleague aku yang sanggup tinggal anak kat maid sebab gila buat itu ini untuk cepat naik pangkat. Heh.

Aku ingat lagi masa meraban berjauhan dengan Lil Adam masa kursus induksi kat Perak dulu (read HERE). 

So, masa aku gi Dubai aritu... aku dah start semak kepala.
Stok EBM untuk Lil Adib memang cukup. 
Masalahnya ialah AKU NAK SIMPAN DAN TRANSPORT EBM TU KE HULU KE HILIR. 
Macam mana? Aku ingat aku pernah baca persiapan Farah.

Okay... untuk sediakan Coleman tu setakat sekali pakai maybe tak practical untuk aku. Sebab aku ada banyak perkara kena consider (which is not to be mentioned here). So, aku korek segala do's and dont's daripada Ina, adik aku yang keje dengan Royal Brunei tu.
Dia cakap, untuk hand carry, setiap botol hanya boleh isi 3oz je. Kang berapa banyak botol aku nak kena bawak? 
Plastic bag untuk EBM? For certain reasons, aku tak nak guna plastik tu.

Sementara tunggu teksi datang depan rumah, aku bon-bonkan Lil Adib cukup-cukup. Biar betul-betul 'kosong'. Tapi time tu la jugak dia mengada dok membonbon main-main. Haishh...
Mengikut nasihat Ina... masa check-in, aku dah cakap awal-awal kat ground staff tu. Dia kata preferably ice pack tu aku simpan dalam cargo bag je. Fine.
So, yang aku bawak sebagai hand carry cuma sling bag dan satu bag berisi pam & botol susu.


Sepanjang dalam flight, aku cuba elakkan terlalu ingat kat Lil Adib. Maklum je la... Kalau asyik rindu kat anak, lagi stimulated la susu nak keluar.
Dan aku cuba jarakkan masa pumping. Ya, aku tau...kalau jarang pam, kurang la susu. Tapi aku terpaksa. Sebab takut nanti tak boleh bawak balik (just in case).
Lagipun, setiap botol hanya boleh isi 3oz je. Botol yang aku bawak untuk 3h 2m tu cuma berapa belas entah.

Lepas tu aku minta tolong stewardess tu (Naetty) simpankan untuk sejukkan.
Katanya, diorang xde freezer. Haihhh. Pasrah je la aku. So, aku kata, xpe..sejukkan je la macam mana pun.
Sebelum touchdown di Dubai, Naetty pulangkan EBM tu kat aku. So, bila aku dah collect bag kat carousel tu, aku cepat-cepat sejukkan dengan ice pack.

Ice pack tu pun dah lebih kurang 8 jam. Masih sejuk. Tapi dah half frozen je la.

Memandangkan aku sampai waktu subuh sepi'ee pun belum menjengukkan diri, maka lepas melangut kat surau, aku try nak mengopi kat kafe-kafe kat situ. Sebenarnya ada hidden agenda la kan? Nak tumpang EBM, or at least... nak sejukkan ice pack tu.



But man...I was turned down.
Kononnya policy diorang, takleh tolong simpankan apa-apa barang selain daripada barangan diorang.
Okay, aku faham.
Tapi sebagai seorang ibu, aku sedih la jugak kan.

Takpe..aku pujuk hati. Sebab at least, ice pack aku masih sejuk. So, I said to myself, I better rush to the hotel, to try my luck there.

Agak-agak dah cerah sikit, aku gi hotel. My attempt for an early check-in pun harommmmm tak dapat. Benci arrr.
Aku cuba bagitau hotel staff tu...yang aku perlu letakkan EBM tu dalam fridge. So, kalau aku boleh check-in kat bilik yang tak berkemas lagi pun aku tak kisah. Tapi diorang bagi alasan bodoh. Takde bilik kosong.
Again, aku rasa sedih dan cuak. Tapi aku tahan lagi.

Lama aku duduk kat lobi hotel tu, bersembang dengan Dr/professor dari Jordan & Georgia. 
Sambil tu, bila ada peluang... aku cuba minta tolong staf yang jaga kat pintu masuk ke kafe diorang (for breakfast) untuk tumpangkan EBM/ice packs aku kat freezer diorang. Staf tu (aku refer sebagai X) entah Pakistani ke Bangla ke entah. Tapi dia buat acuh tak acuh. Dia kata tak boleh..dan suruh aku jumpa prang housekeeping.

Aku tunggu.

Sorang budak housekeeping (aku refer sebagai Y) datang. Bangsa tu jugak.

Aku explain pot-pet-pot-pet-takdapatcheckinawal-bla..bla... dan dia buat muka pelik, dan kata tak boleh.

Masuk kali ketiga dah aku turned down ni.
Agak-agak dah berdiplomasi tu tak jalan jugak, dan hati keibuan aku pun dah tersentuh...
Aku pun menggunakan senjata paling ampuh. AIR MATA.
Yes. Aku menangis.

Sebenarnya airmata aku menitik sebab automatik aku ter-sedih. Hehehe
Ye la kan... itu rezeki untuk anak aku. Yang diorang tolak aku ke-tepi ke-tengah tu, jadah apa?

Itu baru 4 botol X 3 oz. Kalau aku dah pam banyak?
Dengan storage yang entahapahapa tu. Kalau dah rosak? Tak ke aku kena buang je EBM tu???
Rasa nak je aku tunjal kepala mamat-mamat sengal tu sambil jerit "Kau gila?!!!"

Arakian menengok aku nangis macam tu, si X tanya aku kenapa.
Aku pun tersedu-sedan cakap (in English la kan) "U suruh dia tolong, tapi dia kata tak boleh. Apa ni? Kau ingat hotel ni atu kau punya ke?" (eh..okay. ayat last tu aku propa je lebih. Heh)

Dan dan tu jugak si X tetiba kata "Eh, kenapa pulak? Boleh..boleh..."

Macam @#*^$#$!@#$%^&**( kan?
Tapi aku pedulik hapa...janji EBM aku selamat.

Lepas tu, aku duduk balik kat lobi.
Dr dari Jordan tu tanya kat aku apa yang aku buat.
Dia pelik. Sebab kat negara dia...kalo BF, memang direct BF je. Takde pulak career moms pam jadi EBM bagai.
Hmmm... gitu rupanya.

So, dipendekkan citer. 
Lepas aku shopping petang tu, baru aku balik ke hotel untuk check-in. Dan aku sengaja tak ambil lagi EBM aku tu.
Mini fridge kat bilik tu pun bukan la sejuk sangat. Ye la, bukan freezer pun!

So, aku call housekeeping malam tu. Minta tolong diorang masukkan icepacks aku dalam freezer, kalau boleh, EBM tu pun boh dalam freezer jugak.

Noted.

Esok paginya... masa aku dah nak check out, aku check lagi sekali. 
Rupanya MASYA ALLAH. 
DIORANG TAK FREEZE PUN BENDA ALAH TU. Cuma letak kat fridge je.

Nak hangin pun tak guna.
Aku cuma minta housekeeping staff tu tolong freezekan. Sapantah nama dia. Stephen ke Steve gitu lah.
Masa tu ada la dalam 2-3 jam lagi sebelum aku tinggalkan hotel (lepas check-out, aku gi jenjalan kat BurJuman sebelum pegi airport)



Masa dah betul-betul nak tinggalkan hotel, baru la aku minta diorang keluarkan EBM dan icepacks aku yang tak berapa nak frozen tu. 
Dalam hati aku "Macamana la EBM aku nak bertahan kalo icepacks pun sejuk macam ni je?"
Time tu, tawakkal je la yang tinggal. Semua usaha dah buat.
Aku berpegang kepada satu je...Ini rezeki untuk anak aku. Kalau ditakdirkan tetap rezeki dia, InsyaAllah...EBM ni akan masih elok bila sampai nanti.

Sampai kat airport... 

Aku tengok ada reminder tentang bawa liquid. 
As usual, tak boleh lebih drp 100ml/ 3oz per bottle. 
Dan kena masukkan dalam transparent plastic bag.

Mengenangkan aku ada banyak botol EBM x 3oz, aku decide untuk simpan dalam cargo je.

Dah queue nak dekat dengan turn, aku rasa - It's about time for another pumping session. Kalau tak pam, mau rasa macam nak meletup nanti :P Flight lagi dua jam.

So, aku keluar dari queue, puas aku mencangak cari nursing room. Nada.
I ended up pergi washroom. Terpaksa la kan. Kalau airport tu lapang dan banyak sudut macam KLIA, memang aku sanggup buat kat open area je. Ni harap lapang dan jauh-nak-mamfus lepas check-in je.

Masa aku pam tu, aunty janitor tu (Sri Lankan) siap tolong cover badan aku lagi dengan plastik hitam.
Aku cakap la terima kasih, tapi aku tak kisah pun kalau orang nampak..sebab semua pompuan.

Habis pumping, aku pack semua EBM yang ada dengan icepacks (yang tak berapa nak sejuk tu), balut dengan cling wrap, bungkus dengan plastik..dan bubuh dalam cargo bag. Sendal elok-elok dengan barang..supaya tak bergerak sangat.
Then baru aku check-in.
 



Pumping session dalam flight kali ni aku tetap buat walaupun aku duduk sebelah sorang mamat Serani. Well, orang educated usually don't act like sex maniac kan? So, senang la. Takde la dia perhati aku dan tanya aku macam-macam.
Kalau sesetengah jantan gatal tu, tengok je orang BF/ pam susu..mesti fikir boobs tu as a sex object. Low mentality sungguh!

As I happened to board the flight with the same cabin crews again, senang la cerita. So aku minta the steward pulak to keep the EBM for me.
Kali ni dia bagi a bag of ice for me to keep it. Puas hati aku. Dapat sejukkan sendiri EBM depan mata. Heh.

Touchdown in KL that morning of Lil Adib's birthday...
Ice dalam plastic bag tu makin mencair. So, beg aku dok drip air sana-sini. Tapi, ada aku kesah? Hahaha
Janji bila aku buka luggage... EBM aku semua ok.
Alhamdulillah...

Well, pengalaman aku ber-EBM di luar negara maybe tak semudah yang Farah lalui (read HERE). Tapi aku bersyukur dapat lalui jugak.

EBM tu semua pun dah selamat masuk dalam perut Lil Adib. Keh keh keh.

Kebetulan pulak kawan aku Ann (a Senior Lecturer in Hotel Management in NZ) ada minta kengkawan list down apa yang perlu sesebuah hotel buat untuk improvement,aku pun tibai la mengadu tentang alkisah EBM aku. Hehehe. Bagus kan?

Aku harap lepas ni lebih banyak hotels yang BF moms-friendly :)



Tuesday, January 3, 2012

2011 reflected

Last year............

I have published two books (after a long-winding journey)

I have attended national and international conferences.
I was even awarded the 'Best Oral Speaker' in one of the sessions.



I have just finished my term as the Advisor of the Students Society (ETES), and I think they performed quite well thru-out the term.

I managed to exclusively BF Lil Adib for a year. One more year to go.

Alhamdulillah...
Semuanya dengan izin Allah.

Ni entry ni bukan untuk riak/takbur/ujub/bongkak dan yang sewaktu dengannya. Tapi just a self-reflection...
sebab...

"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung.
barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi.
barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka.."

-Mafhum Hadis

Semoga tahun 2012 ni lebih bermakna buat kita semua...dengan kejayaan, kesihatan, kehadiran orang baru (baby ye, bukan 'orang ketiga')...

Okay..okay...I know, I should be blogging about my Dubai trip and Lil Adib's birthday.
Nanti ekkk... 1st day naik keje, rasa macam sloth pulak :P




Tuesday, November 8, 2011

Cheap BPA-free feeding bottles


Hahaha. Aku memang lokek. 
Kata la aku lokek ke, bakhil ke, kedekut taik hidung masin ke... yang penting, aku rasa aku spendthrift. Teeeheee...

Baru-baru ni aku rasa naaaak sangat tukar semua botol susu Lil Adib. Botol tu semua (ada la dalam 20 biji kot) aku guna untuk simpan EBM. So, bergilir-gilir guna, aku kira boleh la bertahan lebih daripada 6months.

Jenuh la aku survey segala online shops. Klik sana, klik sini nak cari feeding/EBM storage bottles yang murah. Mostly (BumbleBee, Autumnz, Jingle Jungle) yang saiz kecik, 4oz tu nisbah harganya jatuh sebiji lebih daripada RM3.

Ada la satu online shop tu, aku tengok kena beli banyak, baru jadi murah. Tak kisah la kan, sebab memang aku berhasrat nak beli 20-30 biji pun (ye, aku kan tamak haloba-loba!)
Harga dah cantik, ngam-ngam sebiji RM3, tapi bila campur postage lagi RM10, aku rasa mahal.
Ada yang leh COD, leh la jimat postage cost tu, tapi nun jauh dari tempat aku kat Shah Alam ni.


Eventually, masa aku ke Jusco hari tu, aku jumpa feeding/EBM storage bottlesbrand Anakku. 
Twin pack, satu yang besar (8oz) dan satu yang kecik (4oz). 
Harga baru RM6! 
Maksudnya sebiji RM3 la. Yay!!!

 
Siap dapat yang besar lagi... Kalau beli online shop punye, dapat semua yang kecik je. Hehehe.

Maka aku telah memborong 8 biji, dan dua hari lepas tu aku beli lagi 6 biji. 
Nak beli banyak pun, macam kureng bersemangat, sebab my BM production fluctuates :( 


Oh ye, pasal Pil ASI yang aku makan aritu, aku rasa ada juga effects... BM banyak. Tapi maybe jugak sebab aku tibai segala makanan yang membanyakkan susu. But I have to stop taking it, sebab Lil Adib macam alah- dia muntah dah poo-poo jadi lain  macam bila aku makan 5biji as recommended on the pack (silap aku la jugak tak reduce the dosage).

So now, I'm back to consuming the Pil ASI, tapi 3biji x 2kali (atau bila aku teringat je).
Dan weekend baru ni, sempena cuti raya... penuh freezer aku dengan stok susu :)

Wednesday, July 20, 2011

Jangan kerana kau sorang, rosak imej muslimah-bertudung-paras-lutut!



It's surprising how people react and could be helpful or not upon knowing u r a BF mom. Selama ni aku memang jenis tak kesah sangat, tapi kali ni aku pissed off sebab ditolak ke tepi ke tengah oleh orang yang berimej wanita solehah. Grrr...

Gini.. semalam aku dijemput attend OSH course kat Kompleks Kejuruteraan. Dah la Lil Adib tetiba demam, aku terpaksa jadi ibu-tak-berguna-yang-menghantar-anak-ke-nursery-setelah-diberi-ubat.

As usual, masa lunch break, aku nak pam EBM. Since aku malas nak balik ke fac.sendiri untuk hantar EBM tu, aku pun try la tanya few people on the options.

Biasanya aku memang tak ambik pot pun orang lelaki tengok/tau aku bawa EBM. Nak nak in my own fac. Dah lali dengan usikan-usikan sengal tu (kalo aku charge sbg sexual harrassment baru padan muka).
Tapi semalam, firstly, I had to ask this one guy (sebab pompuan dah pupus kat situ, kalo ada pun, dari fakulti lain).. katne possibly ada fridge. Dia suggest tanya kat level berapa ntah, or maybe try kat kafe.

Then, aku nak tanya organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut... tapi aku nampak dia gi sambut speaker yang baru sampai.

So, I had to ask another person. Suggestion baru- try kat library.
Aku tak sure kat library ada pantry tak, so aku tak puas hati dengan usul tu.

Bagai nak gila aku berputar kat situ, last-last dapat la aku jumpa organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut tu.
Aku bisik slow kat dia, tapi dia tanya balik (sebab tak dengar kot) dengan agak kuat "Pam susu?"

Then ada sorang lelaki yang berdiri dekat situ penyibuk ke concern aku tak tau la..mencelah "Nape?"
Dan this organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut jawab dengan kuat "Dia nak pam susu."

Dengan acuh tak acuh dia suggest aku ke level 13 atau level 4.

Naik ke level 13, aku tengok ada pejabat Dekan dan pejabat am yang tutup (sebab lunch hour).

So, aku turun ke Level 4. Minta jumpa sorang staf pompuan. Yg jantan sibuk tanya "Nape?"
Kepala nak berasap dah. Kalo br***ts aku dah nak pecah kerana tunggu nak dikosongkan, memang aku 'sugun' sekor-sekor penyibuk tu.
Tanya staf pompuan ni, tengok-tengok fridge diorang rosak lak.

So, aku dah give up dan tanya sapa ntah katne surau.
Surau pun ada yang tak sure nak jawab. Aku tau la bangunan besar tu ada banyak surau, tapi kau bagitau la yang mana aku boleh pegi. Buduh.

Sudahnya, aku menonong je, tanya students... dan diorang direct aku ke surau.
Lepas solat Zuhur, pam..dan korang tau katne aku simpan?

Aku nekad BIAR JE DALAM HENBEG AKU.
Sebab aku tengok tentatif, dalam sejam lebih lagi habis la slot tu, jadi aku nak balik awal untuk bawak Lil Adib ke klinik.



Fine, memang aku tak bawak cooler bag bagai. But all these while, people I sought help from were soooo helpful.

Dan kali ni I am damn pissed off sebab seorang organizer tak boleh diharap menjaga welfare participant macam aku ni, ditambah pulak dia membawa imej seorang wanita-muslimah-tudung-paras-lutut. Siap dengan loud nya bagitau kat lelaki tu apa urusan aku.
Baik kau tak payah pakai tudung-paras-lutut tu!

Well, memang aku jenis redah je, tapi aku tak suka jantan-jantan gelandangan gila seks yang maybe membayangkan yang bukan-bukan bila diorang dengar istilah 'pam susu'. Well, u know what I mean.


I am not skeptical terhadap orang bertudung paras menyapu lantai sekalipun, sebab ada yang aku kenal sanggup bantu tumpangkan EBM aku kat pantry ofis dia (bukan dalam uni ni pun) sedangkan dia takde anak pun lagi.
Ye, korang maybe nampak aku huha-huha, tapi aku masih ada otak untuk bantu dan cakap berbisik-bisik sikit untuk elakkan fitnah.


Friday, April 22, 2011

Tak boleh baca doa tu

Mana ada doa yang tak boleh dibaca?
Kalo tengah period ke, dalam hadas besar ke (kes tak sempat mandi wajib ke nih? haha) semua doa boleh je baca.

Ni haa...
Fiza Rahman ada buat entry tentang doa amalan untuk ibu yang BF.

Tapi buat julung-julung kalinya aku takut nak amalkan doa tu.
Sebab dalam minggu ni cikgu nursery cakap Lil Adib tak berapa nak minum EBM yang aku bekalkan. Kalo biasanya satu botol besar dan satu botol kecik akan dipulangkan kat aku tiap hari... kali ni cuma botol kecik je aku dapat balik :(

Cikgu tu cakap... "A'ah, kak. Dia dok sibuk isap jari dia... sampai terlena."

sedap sangat ke jari kau tu, Lil Adib?

To date, my freezer is full. Kalo aku pam lagi, entah nak simpan kat mana pulak.
Arini aku cuma bawak 1 botol kosong (besar) je, sebab kalo bawa dua...nanti balik, harus la freezer tu jadi sesak macam Sardin Cap Ayam.


Maka tak dapatlah aku mengamalkan doa tu. Kang terasa engorge, jenuh aku cuak :P

Wednesday, February 23, 2011

Out and about with Lil Adib



Earlier today, I went to the clinic to seek advice from the Dr. Apparently she said, there's nothing much to worry about... So, harap-harap betul la katanya.

Then, I met my former boss, DrWan for a luncheon @ Plaza Shah Alam. Lil Adib behaved so well...


Lepas makan & borak-borak, I went to Mamapasha's place. Macam biasa la... ala-ala 2nd home gitu. Hahahaha. Ada buat 'keje jahat' sikit yang tak boleh reveal kat sini. Heh.

Tengah syok-syok Lil Adib tido tu, I had to make a move sebab cikgu kat nursery texted... saying that she's worried if the EBM yang aku simpan kat situ rosak, sebab freezer diorang macam tak sejuk betul.

Gelabah aku wei....
Aritu aku dah pam ada la dalam 6,7 botol je... tapi sebab freezer aku kecik, dan sebab aku nak defrost, so aku hantar la terus EBM tu ke nursery. Lagipun, tak lama lagi Lil Adib dah nak dihantar ke situ...

Dalam kepala aku dah terbayang nak kena buat entry bertajuk 'Crying over spilled...eh, spoilt milk'. Huhuhu.
Tapi, nasib baik.... aku bau susu tu masih okay. So, sekarang ni... umpama sirih pulang ke gagang, EBM aku pun sudah kembali ke dalam freezer aku... Hahaha

Sekian laporan untuk hari ini.

Friday, October 1, 2010

Who said DHA is ABSOLUTELY good?



Baru2 ni aku dok bersembang dengan ofismates pasal gelagat anak masing2.

Cailyn (Winie's daughter, 2) the Drama Queen yang buat2 tangan sakit, dari rumah sampai ke Jusco. Tapi bila nampak toys kat Jusco, terus melompat keriangan.

Faezah pulak, dengan Fatini, 5 yang banyak tricks untuk tarik perhatian. Nak diurut la, nak digaru la... sampai tertido.

Aku pun kata "Ooo... babygirls are like that eh? Nasib baik (Lil Adam is a boy)..."

Maka masing-masing yang telah menjadi mak budak ni pun membuat interpretation kononnya kebijaksanaan tu sebab susu (FM) yang diorang bagi kat anak diorang.


Winie: My mom said she only gave me Dutch Lady, patut la I tak pandai buat tricks macam tu.

Faezah: Eh, I pun dulu minum Dutch Lady jugak.

Me: Aku ni Baby Dumex je (kalo x silap lah)... tapi jadi lecturer jugak maaa... Ehehehe.


Eh, lupa lak nak citer. FYI, Winie ni sgt concern pasal kesihatan, nak nak pasal baby's/kid's progress (mind u, her hubs is a doctor). Maka dari pemakanan si ibu/anak, environmental exposure sampailah ke permainan/pergaulan anak --dia sangat teliti. Tak salah pun kan? Cuma aku sendiri tak la se-detail tu.

On that basis, she really believes in eating a lot of fish and selecting the formula milk with DHA (dan yang sewaktu dengannya) to make sure her Cailyn is brilliant.
Well, DHA is known for improved attention and visual acuity kan?

Sampailah baru-baru ni, bila dia sembang dengan sorang doktor masa check-up tentang pengambilan DHA.

Guess what?
Dr tu cakap, so far there is no such research evidence yang mengatakan DHA boleh bagi anak bijak.

In other words, selama ni banyaklah misleading ads. Aku x pelik sangat. Standard la... marketing strategy. Yang takde diorang claim ada. Yang contentnya ada sikit, diorang claim ada 5X ganda.

Nape benda ni has never been revealed? Macam kata Elyn aritu la... maybe itu etika diorang. Lagipun consumers lagi suka percaya dengan apa yang diwar-warkan di media. Farah pun masa dia buat entry pasal memlih FM aritu, macam-macam cadangan dia dapat.



Yang nak tergelaknya, the Dr. even said DHA could increase the size of the brain (cuma x tau at what dosage it does). So, aku terbayangkan kalo terlebih amik DHA, kepala jadi besar sebab brain dah oversized! Hehehe

Whatever...

Yang aku pasti, none of the DHA-fortified formula berani claim that they are better than breast milk! Korang perasan tak?

So, korang kelentong la apa pun untuk jual FM korang, to me in addition to naturally having DHA and etc., BF still has other advantages and benefits.

Lepas ~2tahun setengah BF, Lil Adam pun hanya minum susu murah je. Dutch Lady (Honey) . Ye, anak aku x high maintenance. Alhamdulillah. Mudah-mudahan adik Lil Adam nanti pun murah rezeki untuk dapat BM selama yang aku mampu.



Friday, May 21, 2010

The end of the love feeding




The past two, three weeks have seen a tremendous change on Lil Adam's addiction to his fav bonbon. I tried reducing the frequency of BF, simply bcoz I was tired. (Okay, ada sedikit penipuan di situ...sebab I wanted to conceive too). Anyway, memang BF is tiring, and it takes so much of my time. Kalo BF sambil duduk buat keje, harus la sakit pinggang. Maka I always lie down.

There was one day that he didn't ask for the bonbon.

And the following day, I never offered, but as he asked for it, he got it.
Macam tu la hari-hari berikutnya.... I won't be the one offering, unless I just wanna soothe him down or to stop him from monkeying around.

I believe, he will wean-off by himself. Cepat atau lambat, tak kisah la... Kalo dah rezeki macam tu, at least I try.
Nak sapu peria, minyak gamat, sirap bagai... tak sampai hati. So, taktik seterusnya adalah buat muka sedih... (ingat lagi tak, Lil Adam pandai buat expression for Sad and Happy?)... sambil berkata "Bonbon sakit...huk huk huk..."

So, biasanya dia acah-acah je nak gigit, tapi dia tak buat (sambil buat muka noti tu...)

Tapi aritu ada sekali, when I said..."Bonbon sakit la, Adam."
Dia jawab..."Shian bonbon sakit. Takpe, nanti makan ubat ye?"

Hehehe.

Now that Lil Adam has had enough of his bonbon…I’m glad that I have done my part as suggested in the hadith:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

I remember those days, when I first pumped the BM. It was a bit hard to get used to it, I mean…it’s funny when once u bf, the other breast would also be automatically stimulated and discharging the white liquid. Nobody told me before!

Lucky MIL was around to help me during my confinement. So, I was like… “Mak! Mak! Tolong...Cepat ambil botol (susu) ke... apa ke... nak tadah ni."

And she came with a cup, only to collect a few drops before it stopped. Hahaha. Lawak pulak rasanya.

Another memory is expressing BM at work. Usually, it’s twice a day. But there were times when I was too busy and only had a chance to pump it once (by lunch time).

Sometimes, I got impromptu visits by students for various purposes while doing it. It’s kinda hard to stop, as from the main door, they would only pass by Faezah’s cubicle before seeing me. Therefore, for privacy, Winie offered me to use her room, further in. Thanks, mate.

There were days when I went back home with my blouse wet (the nursing pads seem unable to retain the discharge). However, alhamdulillah… I have never experienced swollen breasts bcoz of too much BM. Masa nie la perasan sexy! :P

Sometimes, when my buddies were already waiting for me to go out for lunch together, I’d just bring the pump along…and have it expressed in the car. If we were riding in my car, I’ll just ask Sab or Zana to drive, so I could do the business while on our way to the lunch place.

Of course there were also bitter experiences when some irresponsible idiots caused my EBM in the fridge to ruin as I wrote in my previous entries.

I stopped expressing when I moved to our new home, and changed Lil Adam’s sitter. She found it hard to handle the EBM. That was when he was around 15 months. So since then, no more headaches to freeze the EBM, etc. He'd only got his daily dosage of bonbon when I’m with him… before and after office hours, weekends, at nite.

Bitten by the munchkin? Oh…that’s normal. My threshold level is high, so as long as I could stand the pain… I wouldn’t scream.

As he grows, he usually does that to tease me. It’s easy to tell- the naughty smile and those round doe eyes.

But what is that, compared to the pahala I got from every drop that he drinks.

Anyway, I might not be blogging about BF Lil Adam anymore, as he kinda has stopped by now. Sekali-sekala ada la dia selak juga...tau2 je dah masuk dalam mulut, maklumlah sebagai kudap-kudapan nak bagi mata lali nak tido.

And Lil Adam... should u read this one day...

Mama bangga dan happy sangat dapat BF Adam sampai lebih kurang 2 tahun 7 bulan mulai dari saat Adam melihat dunia. Ramai yang tak sangka Mama dapat BF Adam se'lama' ni. Ye la kan? People tend to think big jug contains more :P

I won't forget our first bonding session... with closed eyes, u were trying hard to latch. Sekarang, macam2 aksi stunt Adam buat bila BF ye?



Mama harap, Adam menjadi anak yang bijak hasil daripada susu badan Mama sendiri. Walaupun Mama dah tak BF lagi, Mama tetap sayangkan Adam.

Huhuhu... *mode layan sedih*


Friday, July 31, 2009

Breastfeeding in the public


Remember those younger days?
Have u ever came across the scenario when u see mommies breastfeeding their li'l ones in the public? What was ur response?

I didn't find it offensive nor that I was dumbstruck. It was just a mommy-baby business taking place.

I have been asked by friends, sisters, etc on this matter..."Do u feel shy while bf Cikebum in the public?"

And my firm answer is..."No."

I know most people are not happy with it, and they are even uneasy at such sight. But have they ever given a thought on whether or not the baby deserves to get his/her nutritious diet?

As for myself, I have experience bf my Cikebum in almost all places- u name it.

Restaurants?

On the bench of shopping complexes?

On the curbside?

Near the futsal/badminton court?

In the car?

In the lecture room (while listening to students' presentation)?


Mama, bonbon please...
I know, it's in here.
Seluk, nak..jangan tak seluk!!!


I know... Those konon-konon baik ones would condemn... but to them, looking at sexy celebrity posters revealing their boobs and seeing naked figures lazing on the beach are not sinful.

And those typical, judgmental people would condemn - why not the moms & babies stay at home?
Hello!!! We are human beings, and we are not close-minded like u!!!

That's not all...
Perhaps another solution is suggested... so that the BM is expressed into a bottle.
Easy, mate... perhaps u are not educated enough of the possible contamination of BM that will result in various diseases esp. to these fragile munchkins.
Or perhaps u do not have the sense that 'fresh from farm' always tastes better. Why don't u eat yesterday's nasi lemak or roti canai today?

I thought all conservative moms prefer BM compared to formulas. However, my MIL for instance, to my amazement... is the other way round. From the confinement days that she looked after me, she kept reminding not to 'trouble' myself to bf Cikebum. Perhaps to her, bf will occupy most of my time whereas it could have been used to do other chores. Hence, she always makes noise when she knew that I didn't give formula to him.


MrHubby and I once purposely bought a tin of formula before going back to his hometown just to show that we give Cikebum formulas too. But, kantoi... when Cikebum refused to drink it. Instead, he tagged along and kept crying for his bonbons.


So, that's it. I don't care anymore. Being the usual Isabelle that I am, I just play deaf.


To be frank, the hard times in BF I ever experienced were those when... (not to be revealed to MIL)

  1. I am away attending courses (that I'll have to bring Cikebum along, or if impossible I'd have to tumpang other people's freezer to store the EBM).
  2. I have something else to do (say, helping out others in the kitchen. This specially applies when we are back in kampung for raya, etc.) Anyway, that's a good excuse for me (hehehe) or at least I take the opportunity to rest.

I once asked MrHubby on his opinion on this and he told me that it is sinful for others to stare at this mom-baby 'bonding session' with a sexual desire. So, he doesn't mind.. and in fact I get full support from him.

Thanks, buamiku yang tuncit! ;)


Friday, July 24, 2009

Breastfeeding photo contest

Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Ogos akan datang, sayangbabyibu.com bersama penaja lain akan mengadakan 'Breastfeeding Photo Contest'. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang penyusuan ibu terutama di khalayak umum. Semakin ramai ibu-ibu yang menyusukan anak di khalayak umum/di mana-mana jua, ia akan menjadikan ini suatu suasana atau perbuatan yang normal dalam masyarakat kita.

Breastfeeding Photo Contest is Fun, Fair, and FREE! Contest ini based on publicity voting. Penyertaan bermula hari ini hingga 25 July 2009. Semua foto akan di'upload' dan akan diundi oleh juri awam mulai 26 july hingga 10 Ogos 2009 (kalian boleh suruh kaum kerabat kalian family, kawan2, sedara mara semua undi kalian).

2 Cara untuk menyertai contest ni:

Melalui Blog
1. buat satu entri khas tentang contest ni.--ok

Until today, I have spent about 22months expressing the love feeding for my darling Cikebum. Despite the ups and downs, challenges from in-laws (they think FM is easier), being away from Cikebum (attending courses) and worrying every now and then if the supply is insufficient...Alhamdulillah I managed to provide him with the most nutritious diet he needs.
And all the situations include the sessions in the car, restaurant, shopping mall benches (not only nursing rooms), on the curbside, etc. U name it...I have tried almost all.
Shy? Not even a little.
For love towards the mini-me, I'd do anything for him. And I am NOT that stupid to opt for FM just bcoz I am shy to bf in the public.
From breastfeeding, you can just admire the type of sacrifices mothers have been making....when you see them breastfeeding in public's eyes....

2. letak gambar unik anda sedang bf. --here it is.
The standing position. Tu belum tengok lagi dia sondol Mama yg tengah meniarap!!!

3. sertakan sekali butir2 berikut:

Nama ibu : isabelle
Nama anak : adam cikebum
Tarikh lahir anak : 18.09.2007
Umur anak semasa foto diambil : 21mths
Lokasi foto diambil : living room
Secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.
When I had to attend a twe-week course, that was the real challenge, bcoz I have never been away from him more than a day (at work that is). So, I had to pump out and store the EBM in the freezer (tanpa malunye, minta tumpang kat pejabat pusat latihan tu).
Cikebum on the other hand seemed to suffer so much that he cried and cried (according to MrHubby & MIL who took care of him), but what really touched my heart was when they told me "He stopped crying for a while when he saw the shadow, bcoz he thought it was me perhaps. Upon realizing it was not, he continued crying."
That was the bitter one. The sweet one is the one that I still experience until today.
As u could see in the pix, while enjoying the bonbon on one side, his finger would be playing with the other one (like tuning for radio channels).
Sometimes, while shopping (when he's in my arms)...he'd even seluk my blouse to get the bonbon. That means he is already bored following the Mama to shop la, apparently.
Notty little Cikebum!

4. letak logo contest di blog dan linkkan ke blog ini ---done



5. dah siap, sila tinggalkan link entri anda di ruang komen entri ini.---will be done shortly



Terms and conditions:

1. ONLY breastfeeding photos are accepted.
2. ONLY ONE breastfeeding photo per participant.
3. One person can only vote ONCE.
4. All entries are to reach us no later than 25 July 2009.
5. Voting starts from 26 july till 10 Ogos 2009.
6. Voting result is final and any form of correspondences shall not be entertained.
7. We reserves the right to ammend the terms and conditions without prior notice.
8. Sponsors reserves the right to exchange prizes to one of equivalent value.
9. All entries must be of participants’ original works. Usage of third party/parties creative works are prohibited, in which the entry will be automatically disqualified.
10. Minor photo touch-up is allowed i.e. adjustment of brightness of colour and softening or sharpening of the image, bluring sensored part :)
11. Winner shall be notified via email and blog at sereniety.blogspot.com by 18 Ogos 2009.

Nuffnang ads

My Heartbeat