Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Crow's Egg- euwwww but nice!

It was one of the things I go for--- free movie tickets!
Kali ni, in conjunction with the Adelaide Film Festival, I got free tickets from StudyAdelaide.

So, tak pasal-pasal merasa la aku jejak kaki kat Palace Nova dekat Rundle Street tu.



The movie is Kaaka Muttai a.k.a The Crow's Egg. 
Cerita realiti yang lawak tentang budak-budak di Indian slums yang bercita-cita nak makan pizza.
Boleh tengok trailer kat sini....


Since movie nye start awal, dan hari Ahad memang semua businesses start lambat... maka kitorang pun lepak-lepak la dulu kat kaki lima Rundle Street tu.

Lil Adam & Lil Adib syok dok korek coins yang ditanam kat kaki lima kedai. Hahahaha



Jangan tak tau...coin singgit Malaysia yang ada keris tu pun ada okehhhh.

 Anyway, masuk dalam cinema... ada promo untuk filem lain jugak.




Dan mamat ni pulak.. buat announcement bahawa bontot dia gatal.
Ehh... dia promote Orchestra, a short animated film.

 Interesting la jugak.


Ada budak manja berkepit cuddle dengan Mama sepanjang movie.


Movie tu sangaaaaat walaupun agak gross jalan cerita dia, tapi lawak dan sangat meaningful.
Dapat la aku tazkirah setepak kat anak-anak, tentang betapa beruntungnya diorang nak makan pizza, sekali-sekala boleh dapat.
Siap la korang, lepas ni nak makan pizza, kena kerahan tenaga. Muehehehehe (#evil mom)


So, the verdict, two thumbs up.
Cerita Tamil kottt...berani korang kata tak best? Kang tak pasal-pasal cinema kena bakar. Bahahhahahahaha



Monday, October 12, 2015

That is so UnIndian


*backdated entry*


Jarang-jarang aku ni lucky. Tapi aritu, aku dapat free tickets daripada StudyAdelaide untuk gi tengok movie premiere, UnIndian.

Sayangnya, disebabkan katanya tak boleh bawak budak (sebab event tu ada serve alcohol), maka tak dapat la aku pi dengan MrHubby.

So, aku pun ajak la sorang hamba Allah ni. Dah setuju nak jumpa pukul berapa, tunggu kat mana, etc.... tiba-tiba boleh pulak dia cancel last minute. Grrr...
Aku bukan la apa kan. Tapi nampak sangat la inconsideratenya. 
Menggagau aku cari orang ganti.


Last-last aku ajak Uya.
Maka, lepas pick-up Uya, kitorang pun pi ke Picadilly Cinemas.

Actually, we were encouraged to wear our traditional costumes. Tapi sebab aku malas berpoyo-poyoan dengan baju kebaya, maka aku pakai smart casual je la.
Rugi pulak. Kalau tidak, mesti aku boleh fefeeling retis kat red carpet tu.


Sementara menunggu movie start, kitorang disajikan dengan Indian snacks. Samosa yang sedapnya humang aiiii...
Punya la sedap, sampai aku pi amik sekali lagi. Perangai Malaysian sangat! Hahaha. Kira aci la tu sebab aku tak minum alcohol. Kan?

Bila aku tengok keliling, ada je orang bawak anak. Cisss... kalau aku tau awal-awal, aku bawak anak-anak aku.


Anyway, ada popcorn jugak wehhh. 
Tapi bukan typical flavour lah. Ala-ala perisa berempah gitu. Very the Indian.

Sebelum premiere start, the director introduced us to the actors and actresses.


So, dipendekkan cerita, cerita pun bermula.

Kisah tentang awek India single mother yang dah lama dok Sydney. Nampak begitu modern dan daring sangat, which I think macam tak berapa masuk akal, almaklum je la...kita kan Asians.


It was a good movie though. 
Cuma plotnya predictable la.


Abis movie, ada Q&A session. 
Ada la soalan-soalan yang tahap I-rolled-my-eyes, ye la kan... ala-ala, kau sorang je la kawen dengan MatSaleh. Hahaha.










 Another photo to recap the evening...

 Thanks Uya, for the good time!



Next time kalau ada premiere yang suruh pakai costume, harus aku overdress. Hewhewhew

Sunday, July 24, 2011

Hantu Susu



Ramai yang dah tengok telefilem Hantu Susu kat Astro kot. Aku tengok masa ulangan je tadi.

Buat julung-julung kalinya ada citer yang compile beberapa cerita lain kat Malaysia ni. Selalunya Hollywood je ada, macam Epic Movie, Scary Movie, etc.

Citer ni pasal empat hantu; Pontianak (Erra Fazira), Penanggal (Amy Mastura), Langsuir (Zarina) dan Kum Kum (Marsha) yang dibuang dari kampung diorang, so diorang pindah ke kampung lain, that is banglo yang kebetulan diorang sewa sama-sama.

Bila dah masing-masing tau diorang sama-sama hantu yang tengah cuba nak jadi baik, kecoh la... especially bila ada beberapa pembunuhan kat kampung tu yang dibuat oleh Hantu Susu... dan diorang pulak yang dituduh.






Ada banyak skrip menarik dan lawak dalam citer ni (provided u dont get the joke--- sila jangan lemot) dan ke'spontan'an dialog diorang tu la yang best.

Saiful Apek tak abis dengan tagline dia "Kita aim dulu."

Cuma part tangkal tu ada khurafat sikit la, kalo orang yang kureng ilmu agama nengok.

Tapi sayangnya kat scene-scene akhir tu, sayangnya Amy Mastura tak jadi hantu jugak, maybe sebab susah nak computerize banyak-banyak scene penanggal takde kepala. Hehehe.


Aku rasa la, kalo digarap lebih sikit... bagus buat filem tayang kat panggung.

Hmm... Suka lak aku nengok diorang pakai kebaya. Kalo aku pakai kebaya tiap-tiap hari, agak-agak orang syak aku ni hantu tak?

Monday, June 20, 2011

Cara menangani penonton yang annoying in cinemas


Amongst the annoying things while watching movies in the cinemas are...


The cinema is too warm/too cold
Don't they know about thermal comfort? Or do they expect Malaysians to have 7 layers of fats to keep us warm?


People kicking the back of your chair
Grrrr.... I feel like kicking the idiot!


Those with super-hi-tech phones
...that still rings although 'it has been switched off'.
There's always a reminder at the beginning of the movie. Perhaps they can't read.


People who came in late and keep going out
"Excuse me.. excuse me."
If your bladder leaking, why not u request for a seat next to the aisle?!



The arm rest stealer
Hey, I might not be fat... but I need my space too!

Those who eat/drink with extra sound effects
U know that sound of plastic pack/wrappers of Twisties and slurping the almost-finished drinks?

The director-wannabes and scriptwriter-wannabes
They know what's the next scene and keep telling the person next to them.




Noisy kids
It's alright if it is animated/cartoon movies. Typical audience- kids!
Fine... I have kids too. But I manage to calm my boys down before I get stares from others.


The cinema staff who wait for you to leave
I love watching the behind-the-scenes stuff, esp when it comes to Jackie Chan's. And sometimes I just need to know who the side actors/actresses are. Mana le tau ada yang sedara aku ke... senang nak minta autograf.


So, now... u tell me...
How do u deal with these annoying people?


Dik, boleh slow sikit tak?

Bro... relax la, bro. Kita tengah tengok wayang ni.

Syyyy.... Syyyy!!!!!!!!

Si kampung mana la datang tengok movie ni?

U director/scriptwriter citer ni ekk?

*dush..dush* (tendang kerusi depan)


Which one?

Wednesday, May 4, 2011

WW- ngedate dengan Centa





p/s:
Giler best citer Limitless ni. Buat aku berangan sakan...

Saturday, March 19, 2011

Serupa, tak sama

Ni citer yang hot org dok tengah citer... Hikayat Merong Mahawangsa.
Tingin aku nak tengok, tapi didorong oleh OST nye je...hehe (bias betul kat Anuar Zain).

Cer korang telek.... macam serupa kan?



Dan lagi satu ni... cer compare...

Kongsi- lakonan Shaheizy Sam... dengan Ninja Assassin-Rain ("nama saya Rain")

Sengaja diorang bagi sama ke kebetulan je?

Monday, January 17, 2011

Ngangkung perdana dengan students


Baru ni Astro buat channel baru... Astro First (Ch 480), yang tayangkan movies kat panggung sekarang.
Sekarang tengah ada citer Ngangkung, Damping Malam & Aku Masih Dara.
RM15 je per movie. Kira murah la tu. Boleh tengok berkali-kali selama 48jam... sampai muntah darah, sampai kau dah boleh 'miming' skrip setiap pelakon.



Aku taknak la fikir tentang impak ke atas industri filem sebabnya aku memang tak dapat gi cinema dalam musim ni. I don't have many choices, do I?


Pikir punya pikir, MrHubby & I decided to subscribe Ngangkung (actually kitorang mengharap nak tengok Hantu Kak Limah) sebab students nak datang the following day (semalam). Boleh buat tayangan perdana.

Nanti sebelum starkutip la duit tiket sorang RM2. Student price RM1 je la... Hahaha

So, semalam rumah aku meriah dari pagi sampai ke petang dengan kunjungan drp students & ex-students. MIL dah balik, so berjamu ala-ala koboi je la. Kesian students aku, asal datang rumah aku je.. kena self-service. Macam masa open house dulu.

Koboi tak koboi pun, syok gak diorang melepak sambil borak & tengok citer tu.
Dulu-dulu selalu gak ex-students datang makan-makan/BBQ, lepak, tengok DVD kat rumah secara berjemaah. Maunye tidak.. dari aku bujang, sampai aku nak kawen diorang datang tolong, sampai aku bersalin ke Lil Adam... Semua dah grad, ni la baru nak start balik ada batch yang happening.

p/s:
Memula tengok citer tu, aku wonder gak la apa maksud 'ngangkung' tu.
Tetiba tingat lagu dalam kaset 'Pedas' masa kecik-kecik dulu.. ada lagu Leman Ngangkung (nyanyi mcm lagu Lenggang Kangkung)

"Leman ngangkung...ngangkung lah nombor ekor
Nombor tidak keluar, Leman jumpa hantu jerangkung"



Sunday, December 12, 2010

Rapunzel and my dreams




Last nite, after such a boring day at home (tu la gatal sangat x siapkan keje awal-awal)... we decided to take Lil Adam for a movie. Dalam dok in doubt nak tengok which movie...we went for Rapunzel: A Tangled Tale, as suggested by AidaIkmal (tq, babe).


Bukan apa... if we watched Harry Potter, harus aku akan jadi annoying tanya MrHubby every now and then, dia ni sapa... orang jahat ke baik... nape dia mcm tu... etc. (kes x reti nak faham citer complicated bersequel-sequel).

If we watched Narnia, I guess it's gonna make my lil boy yawn while waiting for the interesting scenes. Maklumlah... tengok citer pukul 11.15pm! Giler ahhh..bawak anak tengok citer malam buta. Hahaha.

Anyway, Rapunzel was really a lovely movie. Though dah tau lebih kurang plot citenyer, aku tetap enjoy.

I reckon, bcoz it reminds me of my former landlady (Inga), a Finnish. Bila tengok rambut blonde dia & anak-anak dia... aku pun berangan...
"Bestnyaaa kalo nanti anak pompuan aku ada golden hair!!!"

Aku tak expect la sampai ada super-power tu. Tapi, dengan mata besar dan bulat macam mata aku (ayat tak boleh blah)... minus the green colour la.

Sila note... I said GOLDEN HAIR, bukan blonde. Sebab selalu orang kata Blondes are stereotypically st*pid. Hehe




Tapi kalo dah rambut aku pun takde ala-ala Hayden Panettiere dan MrHubby tu takde rupa ala-ala Matthew McConnaughey (apa-ke-hey-nye aku bagi nama pakcik ni sebagai contoh?kan ke dia dark blonde! whatever...)

...tok sah la dok berangan mengarut sangat. Kalo anak aku ada golden hair pun, I might get stern looks and funny smug from friends. Hehehe.


Alamak. Sori la korang..aku lupa suruh korang standby baldi hijau untuk tadah muntah hijau korang. Kekeke.
Takpe..belum terlambat lagi. Ada lagi citer yang memerlukan baldi tu lepas ni... Sila teruskan membaca.


Pagi tadi, aku bangun dengan ala-ala tingtong sikit... and I told MrHubby, I dreamt of 2 stories....

Warning: sila dekatkan baldi hijau dekat dengan anda sekarang!


Me: Cinta, semalam Mama mimpi...

MrHubby: Mimpi apa?

Me: Dua daripada ex(-bf) Mama berebut-rebut nakkan Mama balik. Siap gaduh-gaduh lagi dengan Cinta.

MrHubby: Hahaha. Iye la tu.

Me: Huh..nak kata Mama dah tak hot la tu... :-/


Hahaha...Padan muka aku!


p/s:
The king dalam citer Rapunzel tu nampak macam bapak Jiji-Fify laaa... (Ehehehe. I puji ni, Prof!) :P

Nuffnang ads

My Heartbeat