Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Photo Challenge Balik Raya 2015-Isabelle...frankly

Ta-daaaa!!!
Maka inilah dia aku punya #TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".




Haaa... punya la semangat! 
Blog entries yang terperam punya la banyak...tapi dek kerana dicabar oleh Ren dan KakiJalan, rasa membaraaaa je semangat nak try. Almaklumlah... dok kat Ostrololia ni, bukan semua benda ada... but we tried to make-do la apa yang ada kan? 
Nak lagi best, MrHubby ngan orang keliling rajin pulak melayan aku punya kehendak nak buat aksi meraban ni.

Okay... 3 syarat utama yang WAJIB ada dalam challenge ni...
  • Setiap gambar MESTI ada BLOGGER. ---uihhh ni mesti!
  • Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015". ----orait! A4 it is, siap letak dalam clear folder lagi.
  • Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. --- selama ni aku kutuk orang yang beria pakai baju kurung/kebaya tak kira masa kat obersi, naaahhh...sekarang aku yang terpaksa buat! Tapi sebab time winter tergedik-gedik sejuk, maka aku pakai coat la atas baju raya.

Tanpa berlengah lagi... dipersembahkan.... *drumrolls* ...
...ba-dum-tsss!!!.... 

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
  • Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, pastu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)


Kalau berat menjadi ukuran pun, aku no hal punya. 
Tengok, aku gigih verify berat aku dengan digital scale dengan  penimbang biasa ...err... analog? 
Sampul duit raya dengan meriahnya bergelimpangan di sebelah. 


  • Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

Aiseymen, tahun ni Adelaide takde buat PaRam. Tapi nasib baik boleh pegi Sunday Market... maka tercengang la pengunjung Marion Sunday Market aritu menengok sorang awek Melayu Muslim pakai kain pelikat angkat sebelah. 
Tang buluh lemang tu...payah sikit la, tapi demi nak bagi real punya pasal...aku gagau la buluh pelita yang ada. Kira ni untuk buat lemang ramping la.


  • Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendiri tau hehe.)

Hari raya kan biasanya orang ziarah kubur...  
Ni aku dah siap bawak Yasin/buku tahlil...ngan kepit vase berisi air bunga, sekali....aiseymennn.... silap port daaa.... kubur non-Muslim pulekkk. Muehehehe.
Aksi ni adalah high risk sebenarnya.  Kalau terkantoi, harus tak pasal-pasal aku buat-buat meratap kat kubur ibu-sudara ala Kassim Selamat untuk cover malu.


  • Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak. (Lagi kreatif, lagi bagus.)

Yang ni dengar macam senang, tapi demi mempelbagaikan kuih raya, aku dengan tebal mukanya telah minta kat jiran tetangga kuih raya diorang masa pi beraya. Hahaha. Dan untuk pose yang special, aku pun baring atas lantai dan buat muka bajet comel la cenggini. Siap pinjam ukulele anak-anak.
Dah snap muka galak, siap tayang rantai dokoh besar gedabak, tercover pulak poster PhotoChallenge tu...maka kena la posing sopan sikit.
  • Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

Hoh! Ni agak mencabar, sebab mula-mula aku cuma amik gambar MrHubby tengah bayar zakat. Tapi sebab dah kata nak kena ada blogger dalam gambar tu... nah! amekkaw! 
Aku siap pakai glove pink (gicchew! kau mampoo?)  untuk berjabat tangan dengan Tuan Aji amil. Tersenyum lebar Tuan Aji tu dapat kuih raya sebekas.

  • Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
  
Kat Ostrololia ni, bukan boleh sembarangan seludup bunga api... maka si penjual bunga api terpaksa meng'cover' muka beliau supaya identitinya tak dikenali. Tapi yang best... bila part main bunga api, layaaaannn... mask ke mana, apa ke mana... siap pusing-pusing bunga api sambil nyanyi lagu raya Saloma lagi.
  • Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) 

Jenuh tak cukup tangan, nak pegang 10 sampul duit raya lagi... nak pegang poster PhotoChallenge lagi. Lanun ni narsis, jadi takleh ada pelakon tambahan dalam PhotoChallenge aku. Anyway, lanun ni tersengih kegembiraan sebab dapat pao banyak duit raya. Heh.
  • Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. (Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)
Cabaran paling besar adalah sebab kat Adelaide ni takde tol.  Maka drive le kitorang sampai 60 km (pegi balik) untuk ke tempat ala R&R---highway caravan and tourist park namanya. Dah kalau takde tol, maka memang takde la pekerja tol. Jadi biar aku je la buat muka sedih tak balik beraya.

Kalendar pun, takde yang besar, noks! Ada yang size tampal kat fridge je. Jadi la... janji tunjuk tarikh raya tahun ni.

  • Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

Challenge yang ni aku buat curi-curi masa gi beraya kat rumah orang. Cuak weii..kang tengah-tengah susun kasut orang, tetiba terkantoi masa diorang nak balik, harus kemaluan membesar malu besar.
Tu belum kira penat-penat susun tinggi-tinggi, tetiba tumbang Menara Condong Pisa Kasut ittew. Hehehe. 
Anyway, dalam gambar ni memang segala jenis kasut ada la... dari slippers, crocs, sneakers, boots, semua lengkap!

  • Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


This last one aku anggap mencabar sebab nak cari orang yang sangat tua, sebab kalau umur 50-an, nampak kuat cedang lagi... maka aku datangkan eksklusif orang tua Italian Aussie! 
Cer korang teka berapa umur dia? Rambut pun dah tak berapa ada... yang ada pun, dah grey. Heh. 
Satu hal pulak lagi, aku nak kena explain kat dia, kenapa nak kena pegang photo challenge tu. Hahaha.

Fuhh!!!
Setelah bersusah-payah, menebalkan muka, menahan kemaluan dan mempertaruhkan nervous... akhirnya siap jugak 10 challenges ni. 
Aku happy sebab berjaya menyahut cabaran kengkawan untuk buat challenge ni. 
Wish me luck!
Hehe. 

Wednesday, March 25, 2015

Ramah tak bertempat -_____-


Aku selalu takde masalah nak start a conversation dengan stranger.

Dalam bas/tram/flight, kalau tak moody dek PMS, rajin aku sembang dengan orang seat sebelah. Macam-macam topik keluar- weather, current issues.
Kat ofis lama dulu, dengan kakak-kakak cleaner pun aku buat baik. Berbual tanya ada anak ke tak, dah makan ke belum, raya tak balik kampung ke.
Dan aku tak kisah pegi kursus/ conference sorang-sorang. Tak perlu ada geng, confirm I will make new friends.



In other words, I am considered as a friendly person la jugak.
Cuma, the rule of thumb is...try cari topic of the same wavelength.

Jangan la dengan makcik sapu, kau cerita tentang politik.
Dengan golongan elit, jangan la meraban citer tepi jalan.
Dan standard la mak-mak, kan? Kalau berkumpul mesti cerita pasal anak-anak.
Orang pregnant mesti citer pasal pregnancy.


Suatu hari menjelang Hari Raya beberapa tahun yang lalu...

Aku pergi Jalan TAR nak cari baju raya.
Almaklumlah, itu port paling meriah nak jamu mata.

Masa tu aku tengah pregnant (6 bulan lebih), so aku pun singgah satu kedai ni.
Sambil aku dok belek-belek colour yang ada, sambil gosok perut.

Si sales assistant tu pulak suggest kat aku "Yang warna maroon ni cantik, kak."

"Atau boleh ambil fesyen yang ni. Ramai jugak orang beli"

Aku senyum.
"Mmmm... Yang hijau ni ada saiz S tak?"

(Tak boleh blah kan, perut boyot pun nak pakai saiz S. Hahaha.)

Sementara si sales assistant bersusah-payah mencari saiz yang aku nak, aku perhati keliling.
Menengokkan si sales assistant berperut besar, aku yang over-ramah-as-usual pun tanya  

"Mengandung jugak ke? Berapa bulan?"


"Tak. Perut saya memang macam ni...."



*krik-krik.... krik-krik*



Aduiiii... aku rasa macam *gedegang!!!* rentung dipanah petir.


Apa lagi?
Aku pun menyumbangkan sengihan yang paling lebar sampai ke telinga demi nak cover kemaluan.
dan cepat-cepat aku ajak MrHubby keluar dari kedai tu.

Evan Peters Was Adorably Embarrassing In These Early ’00s Commercials


Walaupun aku dah berkenan baju tu, malu punya pasal... terpaksa pegi kedai lain.
Nasib baik selang 5,6 kedai gitu ada jugak baju yang sama. Harga pun sama.

So, moralnya di sini...


JANGAN NAK BERAMAH MESRA LEBIH-LEBIH DAH DENGAN ORANG LEPAS NI!!!

Beramas mesra takpe.
Hewhewhew

Friday, January 11, 2013

Ta-daaaa!!! And the lucky ones are...


Dek kerana entry semalam pasal Jangan Lupa Lirik jaman kanak-kanak, baru aku tingat pasal lagu PakMat macam yang dikomen oleh Miss Lonely.
Mesti korang pun tau lagu ni. Jom nyanyi sama-sama....




Malam yang sepi..pi..pi
 
Pak Mat jual topi..pi..pi
 *kejadah apa meniaga malam-malam? ooo..night market kot*
Topi Pak Mat koyak..yak..yak
 
Pak Mat jual tempoyak..yak..yak

Tempoyak Pak Mat basi..si..si
 *tempoyak boleh basi ke wehh?*

Pak Mat jual nasi..si..si..

Nasi Pak Mat enak..nak..nak..
 
Pak Mat jual anak...nak...nak
 *giler aa...dah elok-elok nasi enak, gatal jual anak. Kena repot polis ni*

Anak Pak Mat hilang..lang..lang
 
Pak Mat jual gelang..lang..lang
 *okay, this is hilarious. boleh geng dengan AC Mizal. "jual gelang!"*

Gelang Pak Mat patah..tah..tah
 
Pak Mat jual getah..tah..tah
 
Getah Pak Mat putus..tus..tus
 
Pak Mat jual tikus-kus-kus
*maybe tikus lab kot, utk buat eksperimen*

Tikus Pak Mat lari-ri-ri

Pak Mat bunuh diri....
*dah putus asa sangat kot, bisnes asyik lingkup. Kesian*

Ironi sungguh hidup Pak Mat kan?
Banyak dugaan dia. Sampai last-last sekali bunuh diri...Apedaaa. Tu la...lain kali jangan masuk MLM. Eh, apa pulak? Lagu tu tak mention pun Pak Mat masuk MLM. Sori...sori. Ni pengaruh gelang AC la nih.

Wahahaha.


Tapi takpe.. yang mati, kita tanam. Yang hidup, mari kita ingat mati... sambil bergumbira.
Sebabnya aku nak announce pasal giveaway aritu.Hehe.

Aku pun tak faham kenapa ada 112 views tapi cuma 16 orang yang komen. Aku assume sebab  yang lain tu nak remain sebagai secret admirer aku lah kan? Hahaha. Lariiik.

Dan dengan ini... aku umumkan penerima untuk Creative Pay It Forward 2013 adalah.... *drumrolls*



So nampaknya kali ni..rezeki readers ni la....

So, anytime in this calendar year, insyaAllah akan ada sesuatu untuk korang. It could be tomorrow or even 31 Dec 2013 nanti. Hehehe


Yang lain, jangan sedih-sedih. Nanti ada rezeki lebih, aku buat lagi giveaway ye.


Tuesday, January 8, 2013

Sape nak hadiah, mari meromen, eh... mengomen!


 
Tiap kali buka blog, aku akan check berapa banyak views dan comments ada kat entries aku. Contohnya, cerita tentang susah-senang aku berhijrah semalam ada 80+views dan 12 comments (termasuk komen balas aku). Kalo comments orang je, aku rasa..half of that kot.




Kadang-kadang tu ada sampai 100-200 views yang datang dari pelbagai sumber. Dari networkedblogs (Facebook) ada, dari bloglist orang lain ada, dari google pun ada. Agaknya dia tak tau camna nak 'follow' kot. Alaa...klik je kat 'Join this site' kat belah kanan blog ni (bawah gambar Lil ADib Tomeytomeyto).


Tapi cer korang tengok ni.... nisbah views kepada comments adalah sangat jauh. 



Yang dalam bulat merah tu... 229 orang views, tapi yang komen, cuma ada dua orang.
Aku kira penjodoh bilangannya orang la kan? Takkan aku nak assume, sorang buka blog aku, dan ramai-ramai berkumpul depan PC nak baca sama-sama.
Tak tau la sama ada MALu atau MALas nak tinggal komen. Antara dua tu je.

So, niat aku mula-mula nak buat giveaway kepada followers aku, tapi tetiba I was inspired by Akmal
untuk buat 2013 CREATIVE PAY IT FORWARD ni.
(Actually, Akmal suggested untuk 'the first 5 people to comment'), tapi aku nak buat untuk randomly selected 3 commentators.

Cenggini... barangsiapa (fuiyo, guna perkataan 'barangsiapa'!!!) yang bernasib baik will receive a gift from me this calendar year. It will be something you receive at any given point in time during 2013.  It may be a book, a candle or something that I saw when I was out that made me think of you, or something completely random. Who doesn't love receiving something in the mail that's not a bill? 

So, Apa lagi?
Lepas baca ni, tinggalkan apa-apa komen kat bawah tu. Kalo anonymous, kena la tulis nama skit kat bawah tu. 
Then, nanti aku guna Random Generator) untuk pilih 3 orang untuk dapat 'that little something'.

Rugi woh kalau malu-malu tenuk nak komen.
Tapi lagi best kalo korang follow, sebab blog ni kan best? Kan? Kan? (hahaha. Perasan!)

Monday, January 16, 2012

The results...of the Dubai Giveaway

Setelah berhempas pulas membuka kitab, mengetest power... macam-macam jawapan yang keluar untuk Dubai Giveaway aritu.

So, arini aku reveal la ye....



adalah....




Dan



adalah...












Yang memberi jawapan yang tepat adalah....





But as promised, jawapan tepat yang paling awal yang akan dapat hadiah.


So, the winner is ELISSMIE.

Kay-dee, Aidaikmal dan Apak Cikidong pun kira terer gak la sebab dapat jawab dengan tepat, cuma terlambat jer.





To the rest of u, thanks for participating.
Nanti aku kaya, aku buat lagi giveaway ekk :P




p/s:
Congrats, Eliss.

Ni nak pos ke nak bagi by hand ni? Hehehe

Saturday, January 14, 2012

STICKY POST- Dubai giveaway


As promised, here is the Dubai Giveaway.
Opened to all followers of Isabelle...frankly.

All you have to do is GUESS WHAT IS WRITTEN THERE? 
Contohnya...



 is actually
 




So, sila la teka... apa yang tertulis di sini...



dan di sini...





So, leave the answers in the comments of this entry.
Comments will be moderated for this purpose.

Jawapan yang betul paling awal akan dapat satu souvenir dari Dubai.

All the best!!!

Thursday, December 8, 2011

Contest: Baby Ruffkins Giveaway



Babyruffkins offers a wide variety of kids stuff, that'd make u go ga-ga over the cutey things.
Comel-comel semua, juling bijik mata.
 
 
 And look at this harness/bag. Isn't it cute?

 
U can get it if you are lucky enough, bcoz Babyruffkins is giving it in a giveaway.
 


Wanna join? Just click on the banner. Good luck!

Saturday, July 9, 2011

Contest SHAWL | Shawl cantik untuk dimenangi

shawl

Woh... Little Mama Diary ada buat giveaway la.

Cara Masuk

  • Buat entri ringkas kat blog pasal Contest ni. <– DONE
  • Bagitau ID follower dalam entri <– Isabelle Is
  • Link balik ke blog I <– DONE!
  • Bagitau Sebab Nak Shawl – satu ayat je pun boleh. <— DONE
  • Tinggalkan PERMALINK entri kat bahagian komen <— DONE

Sebab aku nak SHAWL ni...

Asyik beli sendiri je. Kalo beli sendiri, nak murah kena la beli banyak, tapi jenis yang sama. Takkan nak pakai jenis shawl yang sama je kan ? (nak melaram, tapi mengada tak nak bayar mahal kan? hehe)

So, kalo aku dapat shawl ni, just nice la. Ada sehelai shawl yang pesen ni. Takde la se-pattern je yang ada dalam koleksi.

Lagipun rasanya shawl ni bukan jenis yang nampak macam kepala besar macam disarung kelambu tu kan? Kekeke...


Deadline: 13hb July 2011

Wednesday, April 20, 2011

Bukan cookies, bukan tempeyek

Nampak macam cookie, tapi awat besar sangat?
Tempeyek ke? Tapi nape legam semacam?

Tersebutlah kisah...


Arakian pada suatau hari apabila aku tengok BM production agak kureng, aku pun merebut dried longan, kurma merah & kurma hitam dalam my favourite pot yang aku beli dari Aussie dulu.

Sambil tu, aku pam BM kat meja. Dalam hati aku "Jangan aku lupa pulak aku dok boil benda tu!."

Lepas simpan hasil EBM, aku pun naik bilik atas dan berblog sakan. Bertelefon sana-sini.
Letak je telefon, terdetik kat hati aku "Sapa la masak sedap sangat bau ni?"

Tetiba aku teringat.. "Alamak!!! Air kurma aku!!!"
Terus aku turun bawah dan tengok pot pujaan aku berasap. Aiseymen... Ntah dah berapa lama la ni? Sampai boleh keluar sekeping tebal macam ni...

Bau hangit memenuhi ruang rumah, sampai petang... sampai malam.
Hahaha. Ambik kau...
Dalam dok pesan kat diri sendiri tadi, boleh pulak aku lupa. *sigh*


Maka teka-teki aritu aku rasa Akusyafrina le yang jawab paling hampir tepat.
Tahniah ye..dan jangan lupa email untuk dapatkan voucher 15% discount kat Hartz Chicken Buffet tu.

Wednesday, April 13, 2011

Teka-teki

Sapa terrerist... sila teka apakah ini?



Sapa bagi jawapan tepat terawal akan dapat voucher 15% discount kat Hartz Chicken Buffet. (ada kat Times Square & Sunway Pyramid)

Friday, April 1, 2011

Giveaway by Cuppies4u

Sticky post. Pls scroll down for the latest entry.



Giveaway by CUPPIES4YOU

Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!

So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.
  1. Copy & paste ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.

Kalo sama2 menang dengan blogger yg aku kenal, leh la gi collect secara berjemaah. hihihi

Sunday, January 30, 2011

If u like it...


If u like this pix...

that it suits the 3C theme,

click HERE to vote for us ye.



Thanks :)

Monday, January 24, 2011

Baby&Me Shopping Style Contest



Baby & Me Shopping Style Contest
Baby & Me



TIPS SHOPPING BERSAMA ANAK:


Kids are unpredictable. So, banyak la yang kita kena prepare before the little rascal menunjukkan belangnya, esp. masa kita nak shopping. Ye la kan... shopping pun kena hati tenang gak, supaya kita tak tersilap beli barang.


penting buat persediaan kalau taknak anak buat hal macam ni


Tips di bawah ni adalah based on pengalaman sendiri bershopping dengan Lil Adam, sebab tu ada contoh sekali.


Emergency needs
Rule no.1, kena la standby diapers/wipes/etc., especially untuk baby. Kang tengah syok memilih barang tu, tetiba dia buat 'kek' pulak... naya!
Aku letak ni no.1 sebab masa 1st time kuar beli groceries dengan Lil Adam (masa baby lagi), dia telah berbuat onar kat Tesco, sedangkan aku bawa handbag berisi barang-barang aku je. Hihihihi. So, lesson learnt.
Untuk toddlers, sediakan hand towel & sanitizers... just in case tangan dia comot pegang ntahapahapa nanti.



Elakkan crowds
MrHubby & I sangat tak suka tempat ramai orang. Tau je la, ramai orang... shelves kosong, risau anak hilang celah-celah crowd dan yang paling teruk, nak beratur kat cashier counter. Azab!
So,kitorang selalu elak bershopping masa weekends. Biasanya kitorang pegi lepas keje (weekdays) dan bukan sehari dua lepas 'pay day' kebanyakan orang.


Things to buy
Stay focused. Senaraikan barang yang nak dibeli supaya tak buang masa merayau dengan anak yang tak tentu akan buat perangai lepas sejam dua.
It'd be better kalau korang dah belek flyer yang dihantar kat rumah sebelum shopping... jadi dah boleh target terus brand apa, varian apa, colour apa... supaya tak rambang mata dan tersalah pilih.
Aku selalu buat list dalam handphone je. Senang, sambil shopping tu pegang handphone. Kalo orang sms/call, takde la baru tergagau-gagau cari dalam beg.


Comfy
Untuk baby, make sure dipakaikan booties/mittens, siap dengan dibedung cukup-cukup. Maklumlah supermarket tu sejuk, nak nak bahagian perishables & frozen food. Aku yang tua..eh, kurang lemak.. ni pun kalau lalu kat situ meremang bulu roma kesejukan, apatah lagi baby.
Untuk toddlers/mama/ayahnye, make sure baju tu tak terlampau nipis/tebal... ikut keselesaan la. Kasut pun mesti sesuai... kalau ke pasar, takkan la sama dengan kasut ke shopping malls kan?


Tidur sebelum atau semasa shopping
Anda ada pilihan untuk make sure anak dah cukup rehat/tidur di rumah supaya dia tak buat drama semasa shopping...
atau biar dia main/aktif sebelum tu supaya dia terlena masa anda bershopping.
Tapi rasanya eloklah dia rehat dulu, biar dia sama-sama enjoy jamu mata dengan Mama/Ayah dia jugak.


Moving around
Carrying a baby would be easier in pouch/sling rather than in strollers sebab dia lebih rasa selesa/selamat dalam dakapan kita. Sambil pilih barang, sambil kelek anak... takde la tertoleh-toleh monitor anak dalam stroller.
For toddlers, pesan kat dia jangan lari.. nanti jatuh, nanti orang kidnap. Elok juga la bawa stroller, sebab dah penat berjalan bershopping, dia boleh duduk dalam stroller. But bear in mind, kalau tempat yang sesak, elakkan la bawa stroller tu.
Dulu masa Lil Adam, x sempat berpouch/sling dan dia tak suka dudduk dalam stroller, so lepas ni, selagi tak exceed the weight, Lil Adib akan dikelek je la jawabnya.


Hungry kids= Cranky kids
Macam juga kita 'isi tangki minyak keta' sebelum mulakan perjalanan, kalau boleh makan la dulu sebelum shopping. Biasanya kalau grocery-shopping on weekdays (lepas keje), kitorang akan makan siap-siap dan BF baby siap-siap sebelum memulakan misi. Kalau shopping dengan perut lapar, mesti mood swing sebab rasa terkejar-kejar.
p/s: Kaedah ni jugak bagus untuk menyelamatkan poket. Aku realize, bila shopping dengan perut kenyang, kita jarang meraban nak beli yang bukan-bukan.

Tapi kalau tak sempat, masa shopping tu, Lil Adam akan minta roti/Nutrigen yang nak dibeli. So bagi je dia makan yang tu dulu, tapi simpan la bungkusan untuk scan masa bayar nanti (cuma kena sengih la kat adik cashier tu, sebab diorang pun faham--- janji kita bayar!)


Umpan
Sebaik-baiknya bawa mainan pujaan/bantal busuk favourite anak supaya dia leka. Kalau terlupa...biasanya mula-mula nak start shopping, kitorang akan pilihkan atau biar Lil Adam pilih satu toy untuk dia belek sepanjang tempoh bershopping tu. Itu umpan untuk distract je, sebab kitorang dah biasakan dia sebelum lalu kaunter bayaran tu "Okay... kita pulangkan toys ni ye."
Kalau mainan tu murah, boleh la beli. Tapi kalau mahal... apa lagi? Distract lagi la dengan benda lain.
In the case kalau memang nak belikan sesuatu toys untuk anak, elok la bagi dia pegang dulu benda tu (sebelum start mencari barangan dalam shopping list kita). Contohnya Lil Adam masa nak dapat Ultraman/Monster set dulu. Pegang je benda tu, terus dia dok diam dalam troli... takde tarik muncung panjang, takde buat perangai minta itu ini... sampai la balik.


Involve them
Mengikut je bontot Mama/Ayah shopping mesti la membosankan. So, try ajak anak sumbangkan tenaga untuk pilih dan ambilkan barang, masukkan dalam troli. Lil Adam cukup rajin bab ni, sebab dia rasa kehadiran dia dihargai..bukan sekadar pak pacak yang tak buat apa-apa.
Best tau try minta anak pilihkan barang. Contohnya cereal yang nak dibeli, tanya la anak..."This one or that one?" (walaupun sebenarnya benda yang sama je, kotak je berbeza). Atau korang boleh minta anak ambilkan barang yang korang eja e.g. "I want an A.P.P.L.E. Can u please get one for me?"
Jangan lupa puji dia rajin dan pandai sebab tolong pilihkan.

Kalau anak tersilap ambil, jangan marah... tapi gelak la sama-sama dan ajar dia. In a way, dia akan belajar mengenal barang dan jenama yang kita guna. Suatu hari nanti, jangan terkejut tengok hasil observation tu dia mungkin akan sebut "Tengok tu... susu Adam. Syampu macam Mama punya..." etc.

Tapi beringat gak ye, kalau kat bahagian fragile items yang ada tulis "Once broken, considered sold' tu... Kang tak pasal-pasal kena beramal jariah kat supermarket tu pulak.


Bring a company
It'd be better to have someone else shopping with u, selain anak yang dimaksudkan. Ajak la suami, kawan atau saudara untuk temankan. Kalau penat mendukung, boleh bergilir. Kalau perlu ke tandas, takde la kena berkejar dengan anak dan tinggalkan troli... Biasa la kes troli dah isi barang pun hilang lepas balik dari tandas. Jenuh nak cari balik barang, timbang, isi dalam troli.


Cashier counter
Fuh! Ini cabaran yang agak susah. Dah la queue panjang... ada pulak godaan coklat/gula-gula kat tepi tu. Ini la masanya nak ajar anak benda yang betul. Bagitau anak, gula-gula tu merosakkan gigi ke, atau 'lepas ni kita beli biskut ye, tak nak la jajan ni.'
Tak guna bohong anak mengatakan benda rapu tu tak sedap atau mahal. Esok-esok dia tau kita bohong, haa..jenuh menjawab!
Kalau anak insist, apa lagi... kita kan mak bapak yang mencorakkan kain putih... bertegas la mengatakan 'No!' atau 'Next time'... tapi jangan lupa peluk dan cium anak untuk bagi diorang tau menolak permintaan diorang tu bukan bermakna kita tak sayang.

Tapi, kalau rasa anak dah behave sepanjang bershopping tu, reward la dengan sesuatu yang dia minta. Sekali-sekala je tau.




Pendek kata, jadikan shopping sebagai aktiviti untuk 'bonding' dengan anak.
Ingat... kalau kita biasa layan anak dengan baik, luangkan masa, bagi perhatian dan sabar dengan kerenah dia... InsyaAllah anak juga akan lebih bertolak ansur dengan kita sebab dia dah terbiasa dengan emotional support macam tu.



Nama: Isabelle
Nama Anak: Lil Adam (3 Tahun 4 Bulan), Lil Adib (1mth, masa gmbr ni diambil, ada dlm perut lagi)
Hubungan: Mama & Anak


Sunday, December 26, 2010

500 blog



Aku rasa ramai yang kenal or at least pernah dengar nama Ben Ashaari. Ni dia tengah buat pencarian 500 blog dalam masa 24 jam.

Pls click the banner for further info.

About myself

Si chatty yang kena kurangkan bercakap sebab dah terlalu banyak membebel kat students, so blog is the alternative. Selalu mengaku umur 18tahun, walaupun terang-terang tidak. Sebabnya? Aku hanya berpegang pada 1 prinsip je. Hehe (prinsip mana boleh ubah-ubah) :P


Nape jadi blogger?
Dah tagline pun 'Isabelle...frankly'... So, banyak yang diblog adalah pasal apa yang aku experience/observe, benda-benda lawak keliling aku, pendapat peribadi aku, etc.
Not to mention la untuk networking dengan kengkawan cyber. Cool wei, dapat tegur dan share pendapat dengan orang asing macam dah kenal lama jer...


Dah la tu, Citer banyak pun tak guna, kang orang meluat pulak. Keh keh keh


Monday, December 13, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A

Dah lama tak join GA. Saja nak try kali ni. Ehehe. Macam teka kacang pulak rasanya...


Anyway, KakYong... Baby dalam perut saya teka...
Tekaan pertama : RM 83.23
Tekaan kedua : RM 83.48

Kalo tak betul gak, err.. kira baby saya nak main-main je la tu.

Monday, December 6, 2010

Isabelle giveaway- the winner is...



Following giveaway aritu, seperti yang dijanjikan... tarikh tutupnya semalam.


Jawapannya...
Masa pregnantkan Lil Adam, I gained 19kg.

Dan during my last visit to the Dr (26th Nov) tu, my weight shot up from 45kg to 57kg.


Maksudnya... I gained 12kg.
Hehehe.

So, pemenangnya ialah... Tifa.
Tifa, please email your details to snowwybear(at)gmail(dot)com ye.

Errr... kita jenguk sikit benda apa Tifa akan dapat...






Yang lain, well done. Nanti tengah rajin & murah hati, kita buat giveaway lagi ye.

Nuffnang ads

My Heartbeat