During the pageant last two days, I uploaded a pix of myself in the middle of the crowd with the caption "Picnic by the roadside- at The Credit Union Christmas Pageant."
It was liked by many of my friends and acquaintances and invited various reponses (sikit je)...but suffice to make me ask MrHubby about the appropriateness. It never crossed my mind that gambar tu akan menimbulkan kontroversi sebab Nursing in Public (NIP).
Afterall, MrHubby yang tolong snap gambar tu, dan dia tau aku nak upload kat FB.... and my FB photos are only open for viewing to friends (one level only).
Sebenarnya, aku dah pernah tanya kat MrHubby pasal apa pendapat dia, apa hukumnya...dah tanya lamaaaa dulu. MrHubby kata, dia tak kisah..sebab itu adalah 'urusan' aku dgn anak. I am doing my business by feeding my kids. Berdosa la kalo orang pandang dengan pandangan bernafsu. Kind of macam orang tu setim bila pandang t*tek mak sendiri.
"Lagipun masa BF kan selalu Mama alihkan sikit badan..cover sikit. Bukan la terus 'ta-daaaa' depan orang pun."
Yup. Aku bukannya menayang t*tek aku pun.
So..aku tanya la pulak..apa pendapat dia kalau yang published in magazines tu. Contohnya macam untuk ruangan Kasih Ibu dalam Majalah Pa&Ma..yang ada gambar mak-mak dok breastfeed anak masing-masing. Similar issues timbul bila MediaMalaya post pasal benda ni. Read HERE.
MrHubby kata..tak jadi masalah la. It's a magazine on parenthood!
Bukannya majalah Mangga yang memang menyembulkan segala yang tersembul untuk tontonan dan bacaan golongan remaja sampai ke orang tua. So, aku sangat kesian kat orang-orang jumud yang maybe asyik baca majalah lagho je sampai tak pernah selak langsung any medical books or magazines- yang terang-terang akan pampang gambar keseluruhan organ penyusuan tu, malah organ pembiakan pun ada.
Fine, ada yang kata bonding antara ibu dan anak, tapi tak yah la nak tunjuk orang. walaupun tak nampak, tapi automatic aku imagine
mulut baby tu kat mana.
Whatthefotosintesis lah.
Setim sangat ke kalo tengok gambar mak-mak tgh menyusu? Daripada dok buat fatwa macam-macam..elok la jantan-jantan miang yang kekuragan belaian tu berpuasa.
Kalo dah tak tahan jugak..asyik nak kena mandi wajib je kalo setakat nampak si ibu menyusu-tanpa-
tunjuk-t*tek .. menikah je la. Dah masuk tahap wajib menikah dah.
Duit tak cukup? Too bad..sebab korang pilih pompuan high maintenance..hantaran kurang daripada 10k..babai. Harus la nanti dapat anak, kau kena spend duit utk beli formula (FM) pulak kan..sebab tak nak bini-high-maintenance kau tu menyusu kat public.
Kalo mampu nak spend beratus-ratus sebulan untuk beli FM..bagus la. Kalo tak..too bad. Masa tu good luck la untuk rasa what-if-ada-jantan-lain-setim-terpandang-bini-kau-tengah-NIP.
What goes around comes around kan?
Ada juga yang kata tak payah la sampai nak hantar gambar ke magazine. Kesian ibu-ibu yang tak dapat BF anak diorang..mesti diorang rasa inferior.
Hmm..malas cakap la kan.
Bagi aku..Ya, nombor satu, perlu ada ilmu tentang BF.
Tapi memandangkan menurut bestpren aku..colleagues dia yang doktor pun 'tak boleh' BF..aku percaya, faktor kedua adalah kesungguhan dan keazaman.
Tapi kalau kau boleh kata "Eh, rajinnya you luangkan 10-15 minit untuk pam susu masa kerja."... nampak sangatlah diri tu tak sanggup bersusah-payah untuk pam susu. Lepas tu, esok-esok, komplem pulak "Alaaa...I punya BM supply drop la."
*sigh* Susah nak ajar orang tak faham konsep Supply vs Demand ni.
Fine. Kot ye pun tak boleh jugak, cer bayangkan kos FM yang perlu dibeli setiap bulan. Aku tak tau sekarang berapa harga setin susu yang ada 8X DHA, gangliosides dan segala alfa, beta, omega. Tapi seingat aku, kalau dicongak-congak...setin cuma bertahan seminggu lebih, sebulan boleh jejak ratus-ratus.
Owh..lupa pulak aku. Maybe harga FM tu cuma 1% daripada harga henbeg Coach diorang..apalah sangat kan?
So, if there's a will...there's a way. InsyaAllah.
Jaga pemakanan.
Doa jangan lupa. Sebab Allah yang bagi rezeki dan kesihatan kat kita.
Baru jap tadi, aku tanya pulak Sharyn dan Ganyk kat ofis aku ni...apa pendapat Aussies tentang NIP.
Ye la kan, kot-kot la orang Australia anggap gross sangat ke.
Sharyn cakap "I don't think there should be an issue. Babies need to be fed. Not that u go around bare-chested. I have seen moms doing it in the garden, at the restaurant, everywhere. I reckon Aussies are open, and they wouldn't mind it. I haven't seen anyone coming to a nursing mom, telling they shouldn't do it in the public. Evn if there is, it could be an old bugger! Why do you ask?"
Ganyk, sebagai seorang lelaki... dia pun anggap 'it's not a problem.'
Apapun, aku suka dengan komen poyolahkau, salah seorang kat post tu.
Salam. Sebagai seorang bapa dan suami, asalkan tidak mendedahkan aurat
yang tidak sepatutnya, gambar penyusuan ibu dan anak tidak salah, malah
harus digalakkan. Tidak timbul unsur riak atau menunjuk-nunjuk kerana
ibu-ibu ini memang menyarankan setiap ibu bapa lain yang melihat gambar
tersebut untuk mencuba atau meneruskan penyusuan bayi mereka sehingga
umur 2 tahun, maka kesediaan mereka untuk tampil secara umum merupakan
satu mesej bahawa penyusuan susu badan adalah satu trend yang baik dan
tidak perlu disembunyikan, lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu yang
kononnya sensitif tak bertempat.
Kepada ibu-ibu yang gagal menyusu badan
dan merasa sedih melihat ibu lain menyusukan anak mereka, itu perasaan
semulajadi yang membuktikan bahawa penyusuan badan memang suatu aktiviti
ibu dan anak yang amat baik. Tuhan maha mengetahui dan tidak akan
menghukum anak yang tidak berjaya disusukan oleh ibunya. Jika lelaki itu
miang, tak perlu tengok gambar ibu menyusu pun, dia boleh bayangkan
yang bukan-bukan, tengok perempuan pakai purdah pun dia boleh khayal
macam-macam, jadi janganlah risau sangat pasal gambar menyusu badan.
Banyak lagi ada gambar artis seksi dalam suratkhabar dan majalah, tak
ada pulak orang kata ini akan menaikkan nafsu ghairah lelaki miang.
Bak kata pengacara Melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi"... so takyah la kecoh-kecoh sangat. Kennnnn?
Sebab hanya mak nenek memang akan bersikap lorat macam mak-mak dan nenek-nenek. Itu tak boleh, ini tak kena.
Hishhh... lorat kan?
Kat Brisbane dulu, my first landlady cum godmother's an Aussie.
Aku ingat lagi masa awal-awal kat
Brisbane dulu...dia pesan, jangan kuarkan duit kat ATM yang ala-ala MEPS
tu, nanti kena caj, rugi. Dia pesan supaya jangan ramah sangat dengan
strangers, tapi tu pun dah terlambat sikit sebab aku dah terlebih ramah
dengan sorang mamat Aussie masa beli groceries kat Woolies. Dia pesan,
kunci pintu selalu..bahaya (dia tak tau orang Malaysia memang rasa tak
aman kalau pintu rumah tak berkunci, walaupun kita ada kat dalam)...
dan macam-macam lagi la. Sangat informatif.
Banyak benda remeh la bagi aku.
Dia punya concern tu, kadang-kadang
memang bagus. Macam ibu yang mengingatkan anak kan? Tapi paling tak
tahan daulat, bila dia bersembang tu macam takde fullstop. Senang kata,
macam Ibrahim Pendek yang asyik allahummasollialasaidinaMuhammad je
bersalam tiap kali Labu dan Labi nak buka mulut untuk pinangkan Chegu
Murni untuk Haji Bakhil. (refer minit ke 1:42) Hehe
Pernah gak dia ketuk pintu beria-ia,
tapi aku dengan housemate aku dok diam-diam kat dalam, as if we were not
at home, sebab once dia dah buka cerita...memang alamatnya sampai kau
sangap la berkali-kali.
Okay..itu dulu.
Aku
masih keep in touch dengan Mary. In fact, dia plan nak datang Adelaide
untuk jumpa kitorang nanti. Takpe..aku juga akan berbuat onar dengan
pegi ke Brisbane nanti, bawak batalion aku untuk menyusahkan dia. Hahaha
Aku ingat, semua ni dah berakhir. Ropa-ropanya... landlady kitorang yang baru ni pun LORAT jugak. Adehhh...
Tuan rumah aku sekarang adalah British-Aussie,
si bini nye la. Partner dia pulak ermm..aku tak ingat orang mana. Dua-dua dah tua pun.
Tapi
disebabkan aku suka make friends dengan orang baru, aku pun tak kisah
la kan...what's the worst that could happen, anyway? Paling-paling pun,
once every fortnight dia akan datang kutip sewa. Itu kata hati aku.
Hakikatnya?
Selang dua minggu, MrHubby akan mendengar khutbah Jumaat seawal waktu dhuha. Muahaha.
Dia
start dengan correcting Lil Adam's accent. *facepalm* Adoiyaiiii. Anak
aku tu boleh cakap English pun dah cukup baik tau. Tak payah la sampai
nak bergulung macam Aussie sangat.
Cer aku suruh dia cakap "Saya suka menyibuk hal orang sambil makan keropok lekor goreng garing-garing, letak dalam piring." --korang rasa dia cakap dengan accent Melayu tak?
Then, pot-pet-pot-pet pasal
dripping tap water -apa, dia ingat aku suka nak bagi air tu menitik je
24 jam? Aku yang dengar bunyi tap-tap-tap ni pun rasa annoyed tau tak?
Bila kitorang dah beli LCD TV tu pulak... dia
dok cerita pasal kes ada budak kecik kena hempap dek TV besar. Ye la,
aku tau TV tu 55"- besar dan berat. Nasihat tu memang bagus. Tapi, kalo aku takde pilihan lain, celah mana lagi aku nak pasang TV tu?
Lepas
tu, cerita pulak pasal ventilation. Dia suruh sesekali buka tingkap
bilik... dan tingkap bilik air, to allow exchange of fresh air. Lepas tu
melarat la cerita pasal nanti kalau bilik air tu tumbuh molds, bahaya
untuk kesihatan la...pot-pet-pot-pet.
Memang
la ada betulnya, tapi aku kesian bila aku balik, MrHubby cakap "Lagi
dua minggu, mama je la layan orang tua tu masa dia datang kutip sewa."
Aku pun kata la..."Nape
tak cakap kat dia, kitorang orang bidang environment, mesti la concern
pasal water conservation. Bini I tu orang 'safety and health'...
kitorang tau la weiii"
Hahaha. Kesian pulak aku kat MrHubby.
Tapi,
itu tidak bermakna aku sanggup menghadap maknenek tu. Kebetulan pulak
kalau hari aku tak ke uni, jarang pulak kena minggu-membayar-sewa.
Aku rasa partner dia tu pun tak sanggup kot layan bebelan dia. Sebab at one stage, partner dia pun macamcuba nak potong cakap dia berkali-kali sebab dah obvious sangat kot membuatkan MrHubby rasa hangin.
Ni, tadi dia sms aku pulak..suruh aku call Energy Australia, suruh aku check bill tu and have them paid.
C'mon. Ingat Malaysia tu ulu sangat ke, sampai aku tak tau utilities nak kena bayar? Whatthefotosintesis lah.
Fine.
Habis kontrak menyewa nanti, confirm aku nak pindah.
Kata MrHubby tadi, dia macam terkejut bila dapat tau kitorang taknak sambung kontrak. Haaa.Padan muka.
Kalaulah aku ada tadi kat situ, mesti aku tambah "Sorry, we have to move out bcoz somebody is pretending to be my thong, always up my ass."
sambil buat muka toya-mat-amin dan berlalu pergi.
Boleh gitu?
p/s: Cinta, jadi ke kita belikan TShirt ni untuk dia? Hahaha
Bila keluar gambar Diana Danielle dengan Farid Kamil berlaga pipi, bercium dahi lepas selamat akad nikah, ada yang kata "Awww. so sweet."
Dan tak kurang pula yang butthurt berkata "Ishh apa la nak cium dahi, cium pipi kat tempat awam." Butthurt.
Alaaa. Dah sah, dah halal. Biar le dia.
Lagipun dah once in a lifetime je dia nak ada gambar kawin macam tu. Takkan dah jadi pengantin basi nanti, tetiba nak bersiap pakai baju kawin dengan berandam sakan hanya untuk posing macam mesra-mesra tu?
Mesraaaaa (*tangan gedix macam Bob AF)
Dulu masa bercouple, dah tentu ramai yang menjadi mufti siap dengan
hujah takboleh, walhal dia sendiri lupa dia ada kakak/adik/anak perempuan yang who-knows-one-day akan jadi macam tu jugak.
Bagi aku la kan, tak jadi isu pun kalau dah terang-terang hubungan tu halal, selagi tak over. Tapi ada juga yang tak bagi cium dahi lepas selesai majlis akad nikah, especially kalau majlis tu dibuat dalam masjid.
Aku sendiri? Aku buat jer masa kawin dulu. Hehe.
Ni jangan la ada yang nak tiaw aku pulak, konon tuduh aku ni sekular
sampai menghalalkan pengantin buka aurat atau bersanding tayang bini
yang makeup lebih-hangat-daripada-biasa. Aku pun belajar agama jugak.
Aku tak check pulak kesahihan fakta bila ada komen yang kata Ustaz Azhar Idrus yang cakap bermesra di khalayak tu perkara tu haram walaupun kita dah halal sebagai suami isteri.
Anyway,aku rasa la kan, rasionalnya kita tak digalakkan bermesra sakan di tempat public walaupun dah kawen adalah supaya tak mislead org yang ingat kita belum kawen.Sama ada membuatkan bebudak belum kawen kata "Tu...diorang tu boleh je buat, nape kitorang tak boleh?"
atau pun
untuk mengelakkan salah faham dan 'kemaluan' kepada pihak Pegawai Pencegah Maksiat sebab tersalah terjah ala Abang Nas Ahmad rambut megi.
Mungkin masyarakat kita tak biasa. Our norma yang penuh dengan kesantunan melayu atau adat ketimuran, supaya org tak kata "Elehhh... Macam dia sorang je ada laki. Meluat aku tengok."
Haihhh..kenapa la nak didebatkan sangat benda tu?
Pasal hukum merokok tu haram, terus diam-diam je. Nape? Dah takde modal nak lawan ayat AlQuran?
Kepada orang-orang yang pernah tengok aku dengan MrHubby, atau akan tengok kitorang....
Sila bersiap sedia untuk menanah bijik mata, kalo lepas ni nampak aku cemolot atau meraba-raba laki aku di khalayak ramai. Tapi jangan risau, aku takkan sampai tahap nak beromen lagi sambil melintas jalan. Muahaha.
Harus la ada yang kata "Get a room la weiii." tapi mesti bara je kalo aku pangkas dengan ayat ampuh "Kau mampu?"
---okay, agak evil di situ.
So far maybe orang keliling aku baru cair taik telinga bila dengar aku panggil laki aku 'Cinta.'
"Cinta, Adam dengan Adib mana?"
"Kita nak balik pukul berapa ni, Cinta?"
Lagi rasa macam nak muntah hijau bila aku terpaksa ulang panggil MrHubby kalo dia tak dengar "Cintaa. CinTAAA. CiNTAAAAA." Keh keh keh. Maybe ada yang rasa macam sanggup jadi pekak sekejap.
Owhhh,by the way.. i love PDA.
it's does not only mean Public Display of Affection to me, but i also look at it as Public Display of Awesomeness.Heh
p/s:
Entry ini adalah sempena DrNajah (my BFF) ada tag minta komen aku pasal isu PDA ni. So, aku ingat
baik aku buat entry je la kat blog, supaya aku tak 'terrrbuat entry'
kat Facebook wall orang lain.Heh.