Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Cara mengenal berus bulu oink-oink

Time mandi adalah masa yang paling afdhol untuk menyental badan. Syaratnya, kena cari loofah atau brush atau apakebendasajalah yang sesuai.

Ada sekali tu, MrHubby pesan suruh aku beli satu. 
Belek punya belek, aku naik rambang mata. Ada macam-macam jenis... yang mcm sponge keras ada, yang mcm towel  bergumpal ada, yang macam glove pun ada. 









Mengenangkan semua jenis yang kat atas tu macam lembut sangat untuk menyental badan, dan kureng sesuai untuk menggonyoh daki di badan, kitorang pilih bath brush . Kalau jadi model iklan sabun Lux, boleh la lemah gemalai gosok-gosok dengan buih jer.  
Cenggini la rupa bath brush tu. 

Capai, terus gi kaunter, bayar...sebab dah dekat masuk waktu solat Jumaat.




Sampai ke rumah, masa aku nak buka bungkus tu... tetiba aku terbaca.

BRISTLE: WILD BOAR.

Whattttt?!!!!!!
:-O

Dah la b*bi. Bukan sebarang b*bi pulak tu. @_@
B*bi hutan. 
Huhu. 
Eh...guna perkataan 'khinzir' la. Sopan sikit. Hewhewhew

Konon mula-mula aku nampak jenama dia EcoTools, aku bayangkan... ooo, sebab guna bamboo. Ha elok sangatlah yang nature, environmental friendly.

Hadoiyaiiii..satu hal pulak kena pegi tukar balik kat kedai tu.
Nasib baik la kat sini, kedai/cashier tak lorat tanya kenapa nak tukar...tak boleh la tukar...blablabla.
So, aku just bawa resit dan cakap "I am allergic to this bristle!" dan dapat le refund balik. Kehkehkeh.

Anyway, aritu ada kawan aku share maklumat pasal cara-cara nak identify bulu khinzir ni.



Most cheap brushes dari China adalah jenis bristle (bulu khinzir).
Sebabnya? Ciri-ciri khas pada bulu khinzir ni sesuai dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Stiff, coarse and split ends. Itu key nya- secara fizikal la.
Kekdahnye, bristle daripada wilayah Chungking, China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Untuk calligraphy, biasanya orang guna berus bulu kambing atau biri-biri, sebab hujungnya tajam. Ye la kan...kalau bercabang, tak kemas la calligraphy 


Subhanallah.
Allah ciptakan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin hikmahnya adalah untuk memudahkan umat Islam membezakannya. 

Teringat aku zaman sekolah rendah dulu... kecoh kawan-kawan belek berus untuk water colour, kot-kot jenis bristle. 
Tapi kali ni... aku kelam-kabut pegi belek barang solek aku... cari berus blusher.  Nasib baik takde ciri-ciri fizikal macam tu. 
Fuh!!! Kalau tidak, harus aku tempek blusher pakai tangan jer.

Thursday, November 7, 2013

Istihadhah- the know hows

Hoihhh... jenuh betul kalau istihadhah a.k.a period terlebih tempoh ni. 
Paling jenuh adalah masa bulan posa. Macam aku aritu masa bulan posa, 5, 6 kali jugak kot aku mandi hadas sebab kalau boleh tak nak la tinggal posa banyak hari.  Tapi apa boleh buat kan...  last-last ikut kiraan maximum je la. 15 hari. Padan muka.
Kira okay lettew, considering dah bertahun puasa aku tak lompong sebab breastfeeding (#ayatmenyedapkanhati).

Well, aku pernah blog pasal pengalaman aku mengalami istihadhah sebelum ni (read HERE) sampai tahap ter-poyo takut tak boleh mengandung. Hahaha. From the entry, I gotta know ada kawan-kawan yang rupanya tak berapa tau lagi pasal benda ni. Terkejut la jugak. Aku ingat most women dah tau dah.

So aku rasa elok la aku share sikit ilmu yang tak seberapa ni, lagipun dah alang-alang aku tengah experience lagi benda ni lately.


Okay, mula-mula sekali kita citer dulu apa benda darah istihadhah tu.

Orang kita selalu panggil darah penyakit. Maybe bahasa mudah faham je kot... regardless ada penyakit ke tak. Secara skemanya, istihadhah ni ialah darah yang keluar daripada ehem ehem perempuan yang bukan pada hari haid dan nifas.
Actually it is darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan (al-azal) a.k.a tempat yang sama keluarnya darah nifas.


4 keadaan yang dikira istihadhah
  1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haid (sehari semalam)
  2. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maximum haid (15 hari) 
  3. Keluar darah sebelum umur minimum haid (sebelum 9 tahun)
  4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maximum nifas (60 hari)
Yang pompuan tulen je la yang relevant kat sini ye. Nyah adalah tidak berkaitan ye, sebab korang punya ehem ehem tu pelesu je. Dan korang takde rahim pun.

Anyway, nak kena tengok la jugak... period terlebih tempoh tu benda yang dah selalu berlaku ke, atau sekali dua je.
 
Jenis yang period (haid) selalu tetap.
Yang ni senang la, sebab dah boleh agak kalau darah tu keluar pada masa yang bukan kebiasaan korang period, kira istihadhah je la.

Jenis yang period (haid) tak tetap.
Yang ni memang jenuh. Aku dulu sampai jenuh sambung menyambung kira dan tanda kalendar. 
So, nak kena observe jenis dan colour darah tu pulak. Biasanya darah period tu pekat, merah kehitaman, bau hanyir. Istihadhah pulak bau macam keputihan.

Nah aku copy paste je table ni, as summarized by Dr. Abdul Karim Zaidan untuk senang nak tentukan sama ada itu darah haid atau istihadhah.

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

p/s:
Cerita tambahan aku pasal punca dan ikhtiar untuk mengatasi aritu --> read HERE


Daripada hasil bacaan aku dan 'panglaman' aku bertahun-tahun alami benda ni, wuduk boleh batal kerana darah istihadhah ni.
TAPI tak wajib mandi hadas besar. So, maksudnya jadi hadas yang berkekalan (da'imul hadas). 
Anyway, ibadat-ibadat fardhu tetap kena amalkan macam biasa la CUMA kalau nak solat tu kena la basuh dulu ehem ehem tu dan pakai pad/pantyliner macam biasa, baru la ambil wuduk. Wuduk tu pulak cuma valid untuk SATU SOLAT jer.


Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: 
“Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.”
Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” 
Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” 
Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” 
Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” 
(Riwayat al-Tirmizi)

Senang cerita... Kalau ikut style aku, habis je kiraan 15 hari tu, aku mandi hadas... dan buat amalan fardhu macam biasa, dengan syarat tiap kali nak solat, ambil wuduk.. Takde la sampai tiap kali nak solat nak kena mandi hadas wehhh. Maunya melambung bil air! Kang orang ingat aku dengan laki aku rajin beromen pulak. Hahaha.


Istihadah ni bukan darah haid, sebab tu la hukumnya tak sama.


Syarat yang maybe orang tak berapa tahu... nak basuh ehem ehem dan pakai pad tu adalah LEPAS DAH MASUK WAKTU SOLAT.
Sebab kan tak nak lengah-lengah solat sedangkan si mustahadhah (pompuan yang dalam istihadhah tu) dikira berkekalan hadas. Jangan nak bajet 'sentiasa berwuduk supaya wajah nampak nur bercahaya ala Anita Sarawak' pulak dalam kes macam ni. Kalau dah wuduk awal-awal, kira void la.

Agak jenuh jugak la tiap kali nak renew wuduk tiap kali solat fardhu. Nak-nak kalau masa takde air (I experienced this before). 
Atau masa winter tergedik-gedik sejuk. 
Atau bila contohnya kita solat Maghrib dah akhir waktu, so nak terus sambung Isyak.

Aritu aku ada tanya dengan Ustaz (Dr. Imran), dia jawab tak kisah... boleh buat yang mudah.

Cuma bab amalan sunat bagi golongan mustahadhah ni... ada yang kata tak digalakkan buat, macam mengaji AlQuran ke solat sunat ke. Adea yang kata boleh je buat.

But again, it all depends on mazhab yang kita ikut la kan? Rajin-rajinkan la membaca dan tanya alim ulama. Aku ni dah bertahun pun masih tak cukup ilmu lagi.


Oh ye... Untuk yang dah kawen... maybe nak tau-- boleh ke 'bersama' dengan suami masa istihadhah?

Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Tapi masa zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat takde pun larangan dalam hal ini. So, kalau golongan mustahadhah ni boleh solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat boleh la 'bersama' suami.

Allah berfirman (al Baqarah 2:222):
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. 

So ada yang ambil dalil tu sebagai larangan untuk 'bersama' hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.


Ref:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Thursday, July 25, 2013

Aminkan bila dipanggil bahlul :P



"Eiii... si bahlul ni. Lain orang suruh, lain yang dia buat."

"Oii...bahlul! Meh sini kejap."

Marah betul kita kalau orang kata bahlul. Tapi bila orang panggil Dowh (read: bo-dowh) tak marah pulak. (my previous rambling HERE.)

Lepas ni dah kena start ubah mentaliti tu.
Kalau orang panggil Bahlul, kita kena angkat tangan dan sebut kuat-kuat "Aaaaaminnnnn".

Nak tau nape?

Tengok le video ni :P

Wednesday, July 24, 2013

Syaitan ke siapa yang motivate sebenarnya?

Banyak betul cerita-ceriti hangat dalam bulan Ramadhan tahun ni. Aku walaupun dok jauh dari Malaysia, dah tak perlu buka website Utusan Melayah atau Berita Hairan untuk tau isu semasa. Ramai kawan dah share kat FB. Klik, baca. 

Jom kita recall balik satu-satu so far...


Isu bak kut teh
Ucapan berbuka puasa ala-ala muhibah 1Malaysia oleh Alvin dan Vivian dengan bak kut teh berlogo halal. Hangat. Kontroversi.
Ada yang anggap itu cuma lawak mesra muhibbah, ada yang terus keluar perkataan 'Kojjiaqqq." 
Haihh..kenapa la perlu nak provoke sampai cenggitu sekali.



Tapi kita dapat tengok punya la ramai yang marah. Lupa kejap orang tentang baju peplum yang nak dipilih untuk raya. Ter-divert jap attention pasal nak kena pegi tukar duit raya siap-siap kat bank sebelum abis. Tapi orang lupa ayat last surah Al-Kafirun...


 



Kes pecah rumah/ragut.
Yang ni bukan bulan Ramadhan pun, ligat. Ingatkan bulan mulia ni, hati si penyangak tu tak la kering sangat nak buat jahat. Tapi dah dasar hitam, nak dicat putih pun, jadi kelabu dulu... Makan masa nak jadi putih.


Kisah harga ayam melambung naik.
Sampaikan ada cadangan supaya jangan makan ayam. Kalau ikan mahal, makan le telur ayam je. Nasib baik aku kat sini tak affected dengan harga ayam. Kat sini, sapa makan ayam kira golongan marhaen la. Yang makan ikan tu golongan kaya :P
Tapi cadangan mengatakan majlis-majlis di jabatan kerajaan yang kena start elakkan hidangan ayam tu (sebab tanda bermewah-mewah), aku rasa agak *dush-dush* di situ.
 

Kisah poligami Asyraf Muslim.
Walaupun terang-terang dah hukum pasal poligami dalam Islam (dan orang yang mengaku Islam) dan masing-masing sakan berhujah tentang cara dia yang tak betul (sebab tak dapat restu, tak minta izin, harap muka je baik, sia-sia kawen kat Mekah, blablabla). 

Siap keluar la puisi yang konon si Dayana tulis. Share, jangan tak share. Tup-tup rupanya bukan Dayana yang tulis. Ye-ye-or je orang canang sana-sini.
Apa pun, kes Asyraf Muslim telah berjaya membuatkan orang lupa pasal isu ayam mahal.


Kes mak tinggal anak dalam kereta
Ada yang kata, dah dia terlupa... bukan dia sengaja. 
"Hishh..tak layak jadi ibu langsung!"
"Takkan seorang mak sengaja nak abaikan anak dia."


Whatever la. Tapi masing-masing penuh emosi.. feel for Nawal Iris. Tak kurang juga yang mempertahankan perasaan si ibu. 



Budak sekolah makan di toilet. 
Walhal itu bilik persalinan. Takde pun toilet bowl dalam ruang tu. Cuma ada sinki. Lagipun kat sekolah tu ada 3 orang staff non-Muslim, tak lorat pun pasal isu ni.

majlis buka puasa dalam the so-called-'toilet'

Alaaa.. dok kat negara orang ni, standard je kalau curi-curi solat dalam changing room. Dah tu, tang mana lagi nak menggagau cari surau. Bukan ada kat semua tempat. Ni kan pulak kalau makan.

Eh... makan dengan solat, makan perlu tempat yang lebih mulia ekk? Oh..sorry.

 

Anyway, cerita-cerita hangat ni sedikit sebanyak telah menenggelamkan isu majlis berbuka puasa dengan anak yatim, DNA babi dalam mentega buat kek lapis, aktiviti Ramadhan, isu status halal di hotel...
Aku rasa la.. kalau next week ada lagi satu cerita, which means one hot story every week (consecutive weeks dalam bulan Ramadhan ni), confirm sangat la kita ni jenis suka cari pasal. Suka su'uzzhon. Suka besar-besarkan isu.

Tu kira syaitan takde untuk motivate tu. 
Kalau syaitan ada, lain le cerita.


So, agak-agak sapa le yang nak dipersalahkan?
Takkan nak kata hasutan syaitan lagi kot.

Monday, July 22, 2013

Makan TIME sahur, BUKAN makan sahur!

Mesti korang pernah dengar orang cakap...

"Aku nak sahur siap-siap la sebelum tidur." (jam menunjukkan pukul 11pm)

atau

Check-in Facebook kat Restoran XYZ pukul 1 pagi (lepas bertadarrus kat masjid kot) dengan caption "Sahur time with friends!"... sambil upload gambar makanan, walaupun dikata petanda orang sakit mental

Well, actually sahur itu nama waktu, 
bukannya nama juadah atau nama makanan. 

Maksudnya, 'makan sahur' tu salah. 
Unless maksudnya adalah bersahur. I mean, makan pada waktu sahur.


Aku quote balik compilation dalil daripada  Ustaz Zamri Zainal Abidin .

Waktu sahur disebut dalam al-Quran menandakan ia amat disukai oleh Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Sahur juga disebut oleh Rasulullah s.a.w. tanda ia amat dihargai oleh seorang hamba yang amat kasihkan yang Maha Mencipta.


  
 الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ  

  
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (3:17)

 وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ........
    
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (51:18)

  
  Sabda Nabi s.a.w. pula (antara maksudnya);

    ((تسحروا فإن في السحور بركة))
    "Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan."

   ((فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أَكْلَةُ السحر))
    "Beza di antara puasa kita (Islam) dan ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) adalah mengambil makanan pada waktu sahur."




So, apa lagi?
Semalas-malas korang, try le bangun PADA WAKTU SAHUR walaupun hanya untuk minum segelas air dan makan sebiji kurma.
Jangan le makan siap-siap sebelum tidur.

Friday, May 24, 2013

Apa ada dalam kasut orang?

Semalam masa berjalan belakang sorang mamat ni, aku terperasan  kasut dia dah koyak. Koyak. Bukan setakat berlubang.
Tapi koyak tahap boleh jadi saluran untuk ventilation kepada kaki dia. Ala-ala aircond gittew.

Aku terperasan tu pun sebab dia naik tangga depan aku.

Jarang sangat-sangat kita tengok kasut orang kan? Kalau tengok pun, setakat nak cakap "Eh lawa la kasut dia!"
Unless kalau kita duduk melepak kat kaki lima, dan perhati gelagat orang 3,4 jam. Macam-macam pe'el. Tapi apakeheynya pulak nak melepak? Kan ke banyak keje dok ada.

So, we end up nampak yang surface je.
Dan kita buat tekaan sendiri.'Tekaan' tu bunyi mulia sikit la.
Kita buat dakwaan (bunyi macam court la pulak),... err..tuduhan... err..  telahan/ kesimpulan sendiri.


Kalau nampak laki tu jambu sikit, kita conclude "Ni mesti gay ni."

Kalau nampak yang pompuan lak muka ketat, kita kata period. Atau mulut jahat sikit "Elehhh..semalam 'tak dapat' le tu!" (Ewah..kemain lagi siap boleh tau jadual orang beromen)



So now let's spend just 4 minutes.
And ponder.....

What is in their shoes?



Tuesday, May 21, 2013

Doa cepat kaya

Tanam pokok duit... tunggu punya tunggu, tak tumbuh-tumbuh pun pokoknya.
Walhal dah jenuh disiram tiap-tiap hari, sambil menyanyi lagu suriram-ram-ram.
Baja pun siap baja organik taik lembu.
Pesticides pun dah spray. Eh, pokok x tumbuh lagi, jadah apa nak boh pesticides?


Tapi jangankan pokok berdaun duit, pokok duit-duit pun tak nampak rupa.
(ish..nostalgia sungguh bila aku tengok rupa pokok duit-duit ni. Teringat jaman kecik-kecik dulu, guna untuk 'urusan jual beli' konon-kononnya. Hehe)



Sapa tak teringin nak kaya kan?
Cuma tu la...maybe sebab niat kita terpesong. Maybe kita dok plan, kalo kaya nanti, mula-mula sekali aku nak beli rumah ala mahligai syahdu Hattan... dan beli kereta paling laju di muka bumi, sebab kalo kena saman sebab melebihi halaju pun, duit berkepuk ada...so apa nak susah?

Elehhh...kaya ni... tak semestinya kaya dengan duit.
Tapi kaya dengan ilmu, kaya dengan

Aku rasa, kita kena reset la niat kita.
Kita. Aku sekali la maksudnya.
Kalau kaya, atau dikurniakan rezeki lebih, mula-mula sekali aku nak sempurnakan rukun Islam.
Aku nak bayar zakat, dan nak tunai haji dulu.

Lepas tu baru la boleh fikir nak berbelanja dan invest untuk berbisnes.  Bisnes yang elok-elok la... yang membuka peluang pekerjaan kat orang lain. Bukan yang sistem piramid yang paksa orang buat personal loan untuk mulakan bisnes. Dan kalo niat nak buka 'kalabun malami' atau pusat dangdut, aku tak jamin la



So, ni ha...ayat dari surah Sod, ayat 54 untuk diamalkan sebagai doa untuk jadi kaya. Hehehe.


Apa pun, aku tetap encourage untuk amalkan solat sunat Dhuha dan baca Alma'thurat tiap pagi dan petang.
Doa dalam Alma'thurat tu pun ada tentang mengelak beban hutang. So kalau duit berkepuk, tapi hutang berlambak, buat apa kennn?



 

Friday, May 17, 2013

Apakah cintamu cuma pada boobs?

Aku pernah tanya kat lelaki "Which part of a woman that attracts you most? Muka yang cantik, atau the lady lumps?"

Ada lelaki yang anggap - apa guna seksi berbonggol-bonggol kalo muka pecah rumah? Some others think 'bumper belakang' itu lebih sexy.
Dan ada juga yang anggap, biar la awek berwajah ke'desa'an, asalkan body mantap ala Zila Bakarin. Especially merujuk kepada b(._|_.)bs lah. Typical kan? 


Whatever.

Tapi kelmarin, setelah satu dunia dapat tau tentang the truth that Angelina Jolie dah buang kedua-dua belah breasts dia (yang tertinggal ketapi, sila baca kat SINI) masing-masing pakat jadi judge.


Maybe lepas ni asal nampak je gambar dia, terus usyar kat dada. Cheh!
Apa kes? Nak tengok how is it like having implants?

Nak perhati sambil komen "Elehhh...bukan real b(._|_.)bs pun!"
So what?

Well, actually masa aku post tentang skin sample yang aku perlu daripada abdominoplasty aritu (read HERE) aku lupa nak mention... memang antara bahagian yang paling banyak di'operate' dan donated adalah bahagian b(._|_.)bs. I mean, dada.
Sebab nak tunggu orang operate untuk buang isi lebihan yang berlipat-lipat kat pinggang tu,.. maybe susah sikit. Berkurun la kot nak dapat kalau sekadar tunggu orang go under the knife untuk cantik. Lagi mudah tunggu skin samples daripada orang yang terpaksa operate dan buang isi diorang atas faktor kesihatan, macam kes Angie ni la- in which orang buang siap-siap (undergo mastectomy) when they know they are at risk.


Cuma kan..bila fikirkan mentaliti orang kita yang anggap Ohhh-Angelina-Jolie-tu-taklah-sexy-pun-sebab-dah-tak-sejati, aku rasa pathetic sangat orang-orang macam ni.
Nak nak kalo jantan la yang cakap tu.

Apa kau ingat b(._|_.)bs tu cuma objek seks?

Malang betul sapa yang jadi bini orang macam ni.
Cinta tu cuma pada fizikal. 
Sebab b(._|_.)bs besar? Sebab muka cantik?
Lama-lama bila b(._|_.)bs si bini dah kendur, mula la gatal cari pucuk muda yang perlu sugar daddy.
Nanti muka si bini dah start ada wrinkles mula la komplen "You ni tak pandai berdandan la."
 
How shallow.

Yang pompuan pun sama la...

Nak sangat tayang b(._|_.)bs tu buat apa? Macam kau sorang la ada.

Esok-esok tua, kalau pun dada masih cekang macam Pamela Anderson, kau ingat tak reput ke bila dah dalam tanah? Reput jugak.  Sama je macam b(._|_.)bs kendur orang lain tu.

Wednesday, May 8, 2013

Nak bini macam Aishwarya, laki macam Ashraff Muslim?

Dulu semua (okaylah bukan semua, most) lelaki teringin nak ada bini macam Aishwarya Rai. Maklumlah... bak kata lagu jaman kecik-kecik dulu...
"Hidung mancung seludang... ♫ ♪ betis bagai bunting padi ♫ ♪ sungguh cantik dipandang ♫ ♪"



Tapi bila lepas beranak... dia mengembang macam tertelan Mauripan,  dagu pun macam kek terlebih baking soda... terus semua pakat kata 

 "Aku maksudkan Aishwarya lain la. Bukan yang ni...." (#cover malu)

"Eh...aku bergurau je dulu tu. Muka aku ni, mana la layak dapat yang lawa macam tu" (#baru sedar diri)






Itu untuk lelaki.
Yang pompuan pulak, arakian keluar cerita pasal Ashraff Muslim kawen dengan Dayana, tetiba terus ngaku minat kat si Ashraff. Walhal sebelum tu tak pernah kenal pun mamat ni berlakon cerita apa.

Almaklumlah... orang ada rupa, dan alim (masa tu kan dia baru je menceburi bidang perubatan Islam). Maka regardless tahap kegedikan dan kelawaan diri, pakat-pakat la jeles kat si Dayana. Siap ada yang meng-offer diri lagi nak kawen dengan Ashraff.


Sekali...bila semalam keluar cerita pasal Ashraff berniat nak kawin lagi satu, tapi Dayana redha... ramai la yang mengutuk dia. Termasuk la pompuan-pompuan yang dulu gilakan si Ashraff ni. Ramai yang kata baru tiga tahun kawin tak dapat anak, dah gatal nak menikah lain (walhal dia tak sebut pun nak poligami tu sebab zuriat). 
Yang lagi aku pelik, si Dayana tu dah cakap redha, ramai pulak yang 'I-feel-you' dan membantah-bantah.


Aku pelik sangat orang kita ni. Mengaku tahu poligami tu halal, diizinkan Allah. Bukan takat dua... empat pun boleh.
Tapi bila bukak topik ni kat dalam Facebook ke, radio ke, mana-mana pun la... mesti jadi panas.


Nak lagi lawak, aritu masa berborak dengan dua orang kawan aku, sorang tu punya la semangat cakap "Aku tak halang poligami, asalkan bukan dengan suami aku!"

Pulak dah. Kejadah apanya cenggitu? Allah takde bagi exception la.


Bagi lelaki pulak, memang ada suami-suami yang tahu kemampuan dan kemampusan masing-masing kalau ada niat nak pasang lebih daripada satu.
Ye la kan... Memang susah nak berlaku adil.
Kang yang muda suruh stay overnight, yang tua mesti 'merengkam' dalam hati.
Kang sorang minta cincin penuh jari, sorang lagi minta gelang sampai siku tak boleh nak bengkok.



Aku pernah berbicara hati-ke-hati pasal poligami ni dengan MrHubby.
Alhamdulillah setakat ni hati aku kuat lagi. Dan Alhamdulillah so far dia pun rasa tak perlu ada orang lain. Or maybe dia rasa dah jenuh layan aku sorang tak tau la, kan? Hahaha

So, setakat ni kalau orang kata kat aku nak ngorat laki aku (maybe dia bergurau je), aku masih boleh jawab "Sila la. Tu pun kalau dia nak kat awak..."

Bukan berlagak. Tapi walaupun kita sayang kat suami, bukan ke kita masih ada anak-anak?
Kalau takde anak, kan ke kita masih boleh ngadu kat Allah?

Lain pulak ceritanya kalau tanya si pompuan yang bakal menjadi bini muda. 
Haaa...cer sembang dengan mana-mana pompuan yang 'berkawan' dengan suami orang. Lembut gigi dari lidah. Sanggup berkongsi. Akan memahami. Takkan minta lebih-lebih. Cukup la sekadar berada di sisi. 
Tapi bila call tak berjawab, terus mengamuk mogok tak nak makan. Whatthe? 
Merajuk. Berazam dalam hati- tak nak dah jawab nanti si laki tu call balik (tapi cair bila dapat delivery bunga sejambak).
Bila tiba masa mengandung, terus naik syeikh! Rasa kena tinggal. Bila pegi check-up sorang-sorang, rasa macam terabai, dan laki-tak-guna-yang-dicintai-tu cuma tau sedap je. #ifyouknowwhatimean

Tapi kan... aku tengok dalam ramai-ramai perempuan yang mengaku alim, nampak alim, memang alim.... tak semua yang mampu terima hakikat bahawa ALLAH YANG PEGANG HATI KITA. Dia yang berkuasa nak tetapkan hati kita, cinta sampai mati kat sorang tu je atau tetiba rasa gatal nak ada spare part.


Sekarang kulit cekang, muka lawa... boleh la "I lap yu, you la satu-satunya."
Esok-esok bila poket dah tebal, dah pandai pilih caddy comel-comel masa main golf.. dah pandai pegi overseas trip dengan kengkawan yang sama-sama botak dan buncit... maybe dah lain ayatnya.

Bini pulak asyik sibuk dengan kelas poco-poco sebab nak bagi kurus atau sibuk dengan MLM nak tambahkan kekayaan.
Masa tu, ayat untuk pasangan tu masih sama lagi ke?


Cer fikir jap...
Kita lupa kan?

Allah tu dah izinkan poligami, so kita ni siapa yang nak emotional marah-marah kata tak boleh?

Hmmm...

Dan aku terus menggaru-garu dagu...


Friday, April 26, 2013

Ayat annoying- Halal ke???

Some people, when they are away from their home country... tetiba terus jadi 'lebih patriotik'.
Yang Melayu jadi 'lebih Melayu' daripada orang Melayu kat Malaysia, 
yang Muslim jadi lebih Islamik daripada orang Islam kat Malaysia.

Contohnya... kalo kat Malaysia..
Bila membeli groceries, kau main capai je semua benda masuk dalam troli. Tapi bila kat obersi, pandai pulak belek senarai emulsifiers bagai. Kalau animal derived yang bovine source, tak berani beli sebab kot-kot tak disembelih. Tapi kalo kat Malaysia, kita assume "Oh...bovine. Lembu. Halal la kan? Bukan porcine pun."

Bila gi makan kat hotel kat Malaysia, tak pernah pulak fikir kot-kot tak halal. Paling kecoh nak tunjuk Islamik sikit pun adalah masa bulan posa. Masa tu baru kalut cari senarai hotel yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Does that mean kalo bukan bulan posa, sesuka hati kita je nak makan kat restoran/hotel mana? Poyo.

Kat Queensland dulu, pun ada jugak manusia macam ni. 
Ada sekali tu, masa UQ Open Day, kat booth UQ MSA (Malaysia Students Association) yang dijaga oleh budak-budak undergrads (Malays, Chinese, Indians). Diorang ada sediakan roti canai untuk ahli baru yang sign up. Aku yang baru beberapa minggu study kat situ, of course la jadi excited bila tengok makanan pojaan rakyat Malaysia. So, lepas bagi nama, terus la menikmati roti canai gunting yang tak besar mana tu, dengan kari seciput tu.

Tetiba, ada sorang abang lalu...
Aku pun cakap la "Bang, jom la sign up, dapat makan roti canai ni. Sedapnyaaa." sambil mengunyah roti canai sampai nak terpejam-pejam mata punya feel.

Sekali dia cakap "Halal ke?"

Aku rasa macam nak hentak orang dan-dan tu jugak pun ada. To me, kalau dalam committee tu ada budak Melayu (Islam), InsyaAllah la diorang dah pesan kat geng-geng dia supaya make sure ayam/daging untuk kari tu dibeli dari halal butchery.
Entah-entah memang budak Melayu sendiri yang masak kari tu. So, jangan la ingat semua orang buta perut tak fikir pasal halal haram apa yang jadi darah daging.

  
Ada sekali tu pulak, aku tengah makan lolipop bodo yang aku dapat free dalam goodie bag apa ntah. Alaaa...lolipop bodo yang takde brand tu. Setakat ada rasa manis dan kaler merah je.



 

Tetiba ada sorang hamba Allah ni tanya "Halal ke?"

Adoiyai. Agak-agak la sikit kot nak tanya pun. Kalau lolipop yang jenis ada cream ke, buttermint flavour ke... logik la jugak nak suspect ada ingredients pelik-pelik.

Cenggini la....
Kita cuba sedaya upaya cari yg halalan toyyiban. Tapi kalau dah terkena tipu tanpa disedari, kita nak buat macam mana? Jolok anak tekak? Minum clorox?

Bila makan kat restoran yang ran by or owned by Muslim...what makes u think dia CONFIRM provide ayam/daging yg halal? 
Maybe ayam daging tu halal, tapi sos yang digunakan sos Tabasco atau sos HP (eh, yang terkini- sos Tabasco dah halal ekk?). Or santan tin yang diguna tu takde emulsifier yang syubhah?
Or how do you tell, maybe desserts yang dihidang ada guna Golden Churn butter as one of the ingredients? 


 
Ada satu restoran Indonesia (name not to be revealed here) kat Queensland dulu, punya la berbondong-bondong orang Malaysia dok pegi makan besar kat situ sehingga menjilat siku. Tapi aku dapat tau daripada sumber dalaman, boss restoran tu beli je ayam/daging dari any butcheries yang bagi harga murah. 
Gulp!

You see... tak semestinya kita serumpun atau sebangsa (even kalo sama-sama seIslam sekalipun) kita boleh guarantee kesucian yang masuk ke perut tu. Halal mungkin senang. Toyyiba? Hmmmm... Belum tentu.
Again, kita cuba sedaya upaya cari, tapi terkena jugak, nak kata apa?

Logik la kan. Berapa ramai orang sanggup bayar lebih mahal untuk pastikan kesucian makanan yang dia serve tu, especially kalau boleh melibatkan untung besar. Duit kan, sapa tak nak. 
Alaaa.. macam  politik la jugak. Duit punya pasal... ramai terus gelap mata. Tak kira la parti apa pun.

Cakap pasal politik ni...
Antara benda yang aku wonder sekarang...orang yang dok berdegar-degar cakap pasal Melayu Islam tu... diorang takde kawan Muslim yang non-Malay ke dalam FB diorang?

Boleh menyinggung perasaan tau. Just like apa yang jadi kat Adam Corrie.
Dan aku percaya, ada juga kawan-kawan Chinese Muslim atau Indian Muslim yang akan terasa atau annoyed bila orang asyik sebarkan pasal asabiyah Melayu utk perjuangkan islam. 
Ooops!


 iklan sikit


Takpe la. 
Pilihan masing-masing. 
Esok-esok nak 'jawab soalan' pun, sorang-sorang jugak. Kennn?

Wednesday, April 3, 2013

Pernah korang fikir kenapa asyik korang je?

Lately aku rasa pelbagai onak ranjau berliku sungguh dugaan aku. Lepas satu, satu.

Semalam dapat berita MrHubby kena saman ($83) sebab park dekat depan sekolah. Hakikatnya dia tengah queue untuk park kat curb yang lebar tu untuk drop Lil Adam depan sekolah. Signal dah bagi, dan tak keluar dari kereta pun. Bongok betul diorang ni.

Kereta kitorang tu pun dah tiba masa nak kena service dan buat balancing/alignment sekali. Tak tau la berapa pulak kos kali ni.
Nasib baik dalam keghairahan menengok A160 aritu, kitorang decide tak jadi beli. Kalau beli jugak, harus la nanti orang ingat kitorang jenis gila kereta (beli 3 kereta dalam masa 9 bulan?), walhal kat Malaysia dulu kitorang hidup dengan satu kereta je. Sekian lama cuba bertahan daripada beli lagi satu kereta, sebab memang dah plan nak study PhD abroad. Rugi kalau jual balik kereta, bcoz it's a liability, not an asset pun.

Itu belum mention lagi pasal kena pedajal dengan Melayu sendiri (memang tak harus hidup dengan prinsip 'tolong Melayu'!)

Semua makan duit.

Lepas tu, aritu agent rumah aku bodo pulak, pegi biar tuan rumah potong letrik. Sedangkan aku dah cakap Energy Australia akan reissue the next bill atas nama aku. Tapi dasar bengap tu... dia pegi cut-off jugak. Katanya dia dah email aku since Monday, tapi sampai Thursday aku tak terima.
Maka, mendapat la aku dua hari hidup takde letrik. 
Aku takpe lagi... boleh lari pegi ke uni. Laki aku dengan anak-anak la jenuh. Nasib baik dapur guna gas, so boleh la jerang air untuk buat mandi. Kalau tidak, menggigil-gigil la mandi style Bujang Lapok.


Banyaknya obstacles.
Cuma nasib baik je urusan PhD aku takde masalah..berjalan lancar. At the moment la.

Semak kepala aku.
Apa kejadahnya lah semua ni? Why me?
Nampak semua kecik je, tapi... bila dah bertapuk-tapuk one after another, berakai la jugak. 

Kerap aku fikir. 
Dan sering aku terdetik....

"Apalah dosa aku sampai banyak sangat dugaan macam ni?"

Hahaha. Tak sedar diri betul. Sekali kalau Tuhan jawab siap dengan senarai dosa-dosa aku, mampus aku terkulat-kulat.

Hmm... maybe sebab aku ada dedah aurat?
Maybe sebab ada perasaan riak bila buat kebaikan?
Atau sebab solat bukan awal waktu?

Itu yang aku terfikir la. Dan yang aku mampu nak list down kat blog ni.
List lain tu, aku simpan dalam kepala aku je la. Malu, banyak sangat dosa.






Maybe itu cara kaffarah untuk dosa-dosa aku. Sebagai peringatan untuk aku supaya tak terus alpa.
Malas la nak ulas panjang.

Aku dah paham sangat orang kita. Kalau kita pakai elok sikit dari hari biasa pun, boleh tersenyum-senyum kambing ingat kita baru balik dari Mekah... harus la kalau aku buat ayat alim sikit (walaupun sekadar untuk muhasabah diri sendiri), terus cop aku jadi ustajah Abby Abadi. 
Melayu betul!

 
Tapi syukur la kan. 
Lebih baik aku ada perasaan untuk muhasabah diri macam ni, daripada aku dok syok buat dosa takhengattuhan. Tau-tau je Allah tarik nikmat yang lagi besar.
Naya!


Friday, March 22, 2013

Salam kaut orang kawen vs orang mati


Orang kita selalu melebih-lebihkan adat daripada agama.
Kalau ada pompuan mengandung je, sibuk nak buat upacara lenggang perut bagai. Nak tentukan jantina anak. Kalo dibantah, mula la kena sound balik "Orang muda tak ikut adat."
Maka keluar la segala peribahasa 'Biar mati anak, jangan mati adat'. Dah tu, biar je la anak tu mati..biar tak dapat teruskan adat. 

Entahapahapa je. Syirik je kejenye. 
Diorang ingat dosa syirik tu sama macam dosa curi kawan punya pemadam comel bentuk aiskrim masa kat sekolah rendah kot.

Fine. sekarang maybe orang dah tak berapa buat lenggang perut sebab dah ganti dengan baby shower. Bajet 'oramputis' sikit.

Bila kawin pun sama.  Macam-macam adat.
Tapi yang tak boleh blah adalah bila bab salam kaut (a.k.a salam keruk) tu. Alaaa..salam dengan tuan rumah sambil selit angpao dalam genggaman tu.  Biasanya yang menerima (tuan rumah), buat-buat tak perasan... tapi pelan-pelan disambut dan masuk dalam poket. Tak pernah lagi aku nampak orang yang menerima tu pandang ke tangan dan belek "Banyak ni je kau bagi?" Hahaha.

Orang kita... Kalo takde angpao nak disalam-kaut, malu nak pi makan kenduri konon. So walaupun singgit dua bungkus dalam tisu, tetap nak selit jugak.
Aku faham la duit tu sebagai hadiah kepada pengantin (atau mak bapak pengantin?) tapi...cer fikir balik, compare dengan salam kaut masa ada kenduri arwah/tahlil orang mati.


Kalau kenduri arwah cenggitu, takde pulak nak malu-malu tenuk salam tak berisi. Patutnya masa ziarah keluarga si mati la kita patut bersedekah. Orang mati tak tentu bila, so maybe kebetulan keluarga si mati tengah takde duit nak uruskan jenazah. Nak upah penggali kubur, nak beli kain kafan, nak buat kenduri tahlil.

Kenduri kahwin, tak bagi pun takpe sebab memang tuan rumah jemput untuk bagi makan. Silap haribulan, memang dia dah spend seploh duaploh ribu pun untuk jamuan kenduri tu. Kalau takde duit, takde la dia gah majlis besar-besar cenggitu.

Tu belum masuk lagi bab kenduri tahlil yang selalu keluarga si mati buat  (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh, etc.) Dah la kalut-kalut uruskan jenazah, tengah sedih-sedih tu... nak kena sedia makanan pulak untuk yang datang tahlil. 
Bukan ke lebih baik jiran tetangga yang tolong masak macam apa yang Rasulullah SAW anjurkan?
Baru la meringankan beban orang yang tengah bersedih. 

Hmmm... maybe diorang konfiden kot takkan termakan harta anak yatim. Ye la kan... harta si mati tu tak sempat pun di'faraid' lagi. 

Kalau diusulkan (nak-nak oleh orang muda macam aku), harus la kena sembur balik... "Dah tu, takkan kita tak sedia makanan untuk orang datang baca tahlil/yasin? Malu la nanti"

Eh, sempat lagi pikir reputasi dalam sedih-sedih cenggitu?
Tak paham aku budaya orang kita ni.

Tuesday, March 19, 2013

Istihadhah- Cis! Angkara dia rupanya


Masa jaman anak dara (belasan tahun) dulu, aku selalu alami istihadhah. Lepas abis period, gap dalam beberapa hari, lepas tu 'period' balik. So, dah jadi satu keje pulak aku nak kira balik whether darah tu istihadhah ke atau period. Kalau istihadhah, maksudnya aku tetap kena solat dan buat amalan-amalan fardhu yang lain.

Korang bayangkan la. Jenuh jugak duit aku spend membeli pads je. Kalau outing ke Great Wall masa dok asmara asrama dulu, aku akan borong pad selambak - sekali beli 3 bungkus besar, dah macam bawak bantal peluk/ bolster pulak.
Tapi aku tak main la bungkus-bungkus pad dengan sokkhabar macam orang dolu-dolu beli kat kedai runcit. Nak malu apanya? Dah aku nak pakai, aku beli je la. Hahaha.

Masa tu dah takde maknanya aku nak pakai Whisper atau Kotex Super Long with Wings yang mahal tu. Aku beli je mana-mana yang murah, sebab balik-balik nak kena kerap salin dan buang jugak kan?
Habis duit dok spend buat beli pads je.




Mula-mula aku susah hati, takut la penyakit ke apa ke. Tapi bila dah konsisten sangat macam tu, aku buat derk je la.
Tapi bila orang kata "Eh, baik kau pegi check, mana la tau ada apa-apa ke?".(Read: penyakit, bukan baby).. aku pun mula gelabah hanjeng balik, dan start meraban fikir pasal nak jumpa doktor.

I was also referred to ke Hospital Seberang Jaya. Dr check itu ini. Prescribed progesterone berbotol-botol. Tapi lepas aku baca pasal side effectsnya, aku stop makan ubat tu. Seal botol ubat tu masih intact. Tapi bila mak dan abah terjumpa, boleh pulak diorang ingat aku makan pil perancang! Duh! Lawak betul.

Aku gi HKL, refer kat Pakar Perunding bagai. Dari subuh dah kena naik bas dari Shah Alam, sampai HKL pukul 8 cenggitu,tunggu sampai tengahari baru dapat jumpa Dr, semua macam takde perubahan pun.

Then, Abah bawak aku pegi klinik apanamantah yang kononnya Dr tu hebat giler ahhh. Sebelum masuk, Abah pesan kat aku "Hang cerita semua-semua kat Dr tu tau!" (maksdunya jangan sorok apa-apa la).

Last-last, setelah dengar hikayat penglipurlara daripada aku, Dr hebat tu cuma conclude "Maybe awak stress belajar kot. Nanti bila dah abis belajar, okay la tu."
Bila aku bagitau Abah, muka Abah tak puas hati. Hahaha :P

Maka, sejak hari tu, aku dah malas nak amik peduli pasal istihadhah.
Aku cuma dalami ilmu pasal pengiraan istihadhah.


Ha...sebut pasal ni,  kiraan hari untuk istihadhah adalah berbeza. Kalau yang on regular basis (tiap bulan confirm period terlebih hari) lain cara kiraannya, yang sekali sekala je extended menstrual cycle ni lain cara pengiraannya.
Aku nak explain panjang berjela pun, aku tak berapa ingat... sebab masa tu aku hanya focus kepada kes terpencil aku je la. Tapi aku ingat, buku tu aku pinjam daripada my BFF, Bibah- ada gambar bunga ros dan percikan darah (ilustrasi je la) kat cover buku tu. So, korang boleh la cari sendiri. Kalau tak jumpa buku tu, korang roger aku, kita buat Jejak Kasihan mencari Bibah. Hehe


Recently, aku dapat info atas info daripada Ust. Nor Hafizah Musa (Kelas Pengajian Fiqh Wanita Siri 3/2013, kat Malaysia) bahawa... (Aicehhh...aku guna perkataan 'bahawa'! Sila kagum dari kejauhan)


"Antara faktor keluarnya darah istihadhah dan keguguran adalah KERANA MASUK BILIK AIR MASA AZAN TENGAH BERKUMANDANG!!!"
Maksudnya masa syaiton dan tenteranya berlumba-lumba masuk toilet, masa tu jugak la kita join diaorang  diaekor. So, masuk la toilet sebelum atau selepas azan.


Bila fikir-fikir balik, ada betulnya kot. Maybe dulu aku poyo nak solat awal waktu, sebab kan pahala  untuk yang dah siap berwuduk menunggu waktu solat tu lebih besar. Dan pahala untuk orang yang sedang berwuduk tu mesti la lebih besar daripada orang yang dok terhegeh-hegeh buat kerja lain masa azan (a.k.a melengah-lengahkan solat).
Nak dapat pahala paling besar tu, maybe aku tak mampu la. So, maybe sebab tu la masa azan berkumandang, aku kalut gi masuk bilik air untuk berwuduk. Hmmmm...
Aku rasa la.


So, untuk protection yang ampuh lagi kebal, moh le kita amalkan baca doa ni (doa yang Rasulullah SAW ajar kepada Hasan dan Husin untuk berlindung dari gangguan iblis dan syaiton).





Ada orang panggil doa ni 'doa pelindung bayi'.
Kira sama la tu, sebab memang nak elak daripada syaiton pun kan? Tak kira la untuk baby ke, orang tua ke.

Well, speaking of prolonged menses ni... kerana istihadhah ni jugak la aku terpoyo dengan MrHubby masa nak kawen dulu. We discussed on the what-if's aku susah nak conceive, sebab period tak teratur. Siap beria-ia bincang dan setuju untuk ambil anak angkat. 

Sekali, lepas kawen, aku sempat period sekali je. Hahaha.
Ini semua poyo!!!

Eh, poyo..poyo jugak... jangan lupa amalkan doa tu.
Moga kita sentiasa dilindungiNya...

Friday, March 8, 2013

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

Eh resepi apa pulak ni? Siap guna carrot, telur dan biji kopi.
Baca le dulu.... best ni.

Eh coppp! Sebelum tu...peringatan.
Nama watak ni (Jamil) takde kena-mengena dengan Abang Jamil dalam Madu Tiga ye. Hehehe

 
Pada suatu hari (typical punya permulaan cerita), Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan. Tak larat la kan. Lepas satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Standard style orang alim dan bijak pandai, tak banyak cakap. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Macam nak main masak-masak pun ada.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”


“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil. Dalam hati Jamal, "Buat-buat tanya pulak ustaz ni!"


Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. 
Walaupun panas lagi, dengan kuasa kebalnya Jamil pegang juga. Terasa lembut. 
Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. 
Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi. Macam Nescafe Dolce Gusto. Ahhhh...


“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah. 
(Haipp..haippp..jangan pesongkan minda korang)

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.
Bersinar-sinar ala-ala mata Shinchan nampak kakak cantek.


“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Okay, now...
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan ujian dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.



Okay, aku insaf sekejap.
Sekejap je tau.
Sebab nanti bila aku kembali ke fasa merapu-rapu lupa diri, korang ungkit pulak keinsafan aku nih. Huhu. Babai.

Friday, February 8, 2013

Makan dalam pinggan bekas b*bi

Biasa la..nak dekat-dekat Raya Cina ni, maybe ada yang nak berziarah ke rumah kawan-kawan non-Muslim kan? Or in my case, tak kira festive season pun... aku maybe berkunjung ke rumah colleagues atau restoran yang ada hidang b*bi, cuma aku order seafood atau go vegetarian la kan.

However, we can't avoid the fact that pinggan/mangkuk yang digunakan tu mungkin pernah diletakkan bacon/pork atau yang se-geng dengannya. Takkan la nak bawak disposable plates/bowls/cutleries sendiri pulak kenn?. 




So, maybe ada yang wonder... boleh ke?
Takpe ke makan dalam bekas yang pernah hidang b*bi, tapi tak samak dengan air mutlak 7kali, termasuk 1 kali air tanah?

Kalau setakat gelas Heineken atau Carlsberg (pernah diisi beer) yang dah dicuci dan diisi jus atau Coke (macam kat tempat karaoke tu), aku dah tau memang boleh- sebab itu bukan yang 'ain' (nyata).


Aku bukan la cas-Mufti Adelaide *cough* kennn? Tapi sekadar berkongsi ilmu untuk kes yang kat atas tu.
Ni aku dapat daripada FikrahHalaqah.
Founder nye: Ustaz Muhammad Fathullah Al-Haq bin Muhd Asni, who is now studying at Yarmouk University of Jordan in a Bachelor of Syaria & Islamic Studies.


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, apakah hukum kita pergi ke rumah rakan non-Muslim dan kita makan makanannya. Kita tahu bahawa dia memberi kita makanan yang halal, namun pinggan yang dia guna, atau bekas yang dia masak mesti ada kesan daging khinzir. Kerana pasti dia menggunakan bekas dan pinggan yang sama untuk hidangan khinzir sebelum ini. Sedangkan dia tidak membasuhnya dengan air tanah, hanya membasuhnya dengan air biasa sahaja.

Saya keliru dengan perkara ini. Ada orang kata bahawa yang kena basuh dengan air tanah hanya jilatan anjing sahaja. Jika terkena pada bulu anjing, dan badannya tidak perlu samak. Benarkan ustaz?

 

Jawapan: 

Wasalam. Terima kasih di atas soalan yang baik. Islam adalah agama yang mudah dan meraikan manusia. Sebab itu apabila kita ingin mengira perkara yang haram, teramatlah sedikit berbanding perkara yang halal. Hal ini kerana, perkara yang haram pasti akan terikat dengan dalil. Jika ada dalil yang jelas mengenai pengharamannya, barulah perkara itu menjadi haram. Jika tidak dapat buktikan perkara itu dari sudut syariat bahawa perkara itu haram, maka ia kekal dengan keharusannya.

1.Pergi ziarah ke rumah kawan non-Muslim yang baik adalah satu perkara yang sangat terpuji di dalam Islam. Ini kerana, kita dapat berdakwah dan dapat menunjukkan akhlak Islam kepada mereka sedikit demi sedikit mengikut kreativiti kita. Namun kita tidak boleh makan hidangan yang haram jika mereka hidangkan kepada kita seperti minuman arak, daging khinzir dan lain-lain.

Namun, apabila mereka meletakkan hidangan yang halal pada bekas-bekas yang sebelum ini mereka letaknya dengan daging khinzir, maka ia tidak mengapa untuk kita makan hidangannya walaupun mereka tidak membasuhnya dengan air tanah.
Hal ini kerana, Imam Nawawi menyebut di dalam kitab syarahnya yang bernama al-Majmu’, “Beliau menyebut bahawa yang paling tepat dalam hal ini ialah, khinzir atau dagingnya apabila disentuh oleh orang Islam, maka tidak perlu membasuhnya dengan air tanah. Cukup memadai membasuhnya dengan air mutlak sekali sahaja.” (al-Majmu’, 2/525)

Walaupun Imam Syafie mengatakan bahawa apabila terkena khinzir, wajib membasuhnya dengan air tanah. Namun Imam Nawawi membantah fatwa Imam Syafie, kerana Imam Syafie hanya mengkiaskan perkara tersebut dengan jilatan anjing. Padahal tiada dalil yang tepat daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan bahawa apabila terkena khinzir, wajib basuh dengan air tanah. Maka Imam Nawawi dalam hal ini memilih pendapat yang mengatakan apabila terkena khinzir, basuh sahaja seperti biasa tanpa dengan air tanah.

Justeru, jika saudara berada di rumah non-Muslim yang menghidangkan makanan yang mungkin sebelum ini mereka menghidangkan daging khinzir. Tidak mengapa untuk saudara menjamahnya, kerana bekas itu tidak disyaratkan pun untuk membasuhnya dengan air tanah. Hal ini sama juga apabila kita berada di hotel atau sebagainya.

2. Ya benar, ungkapan itu juga adalah yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’. Beliau mengatakan, “Yang perlu dibasuh dengan air tanah jika kena jilatan anjing sahaja, namun jika terkena dengan bulunya, darahnya, najisnya, badannya, atau lain-lain kecuali jilatan, maka tidak perlu basuhnya dengan air tanah. Ini juga adalah pendapat Imam ar-Rafi’e dan al-Mutawalli.” (al-Majmu’, 2/525-526)

Imam Nawawi memilih pendapat ini kerana ia kuat dari sudut dalilnya. Di dalam hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Jika kena jilatan anjing pada bekas kamu, maka basuhlah ia dengan air tujuh kali, salah satunya dengan air tanah.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis tersebut hanya menyebut jilatan anjing sahaja, tidak pula menyebut pada perkara yang lain. Wallahu A’lam

Nuffnang ads

My Heartbeat