Friday, September 3, 2010

Siapa sangka...

Baru je beberapa minit lepas, I got an SMS from Nurul, saying that Imran's brother passed away. Dah seminggu koma rupanya sebab accident.
Imran is my ex-student who graduated last semester, a very brilliant student.

Row belakang: Aliah 2 dari kiri, Imran: 7 dari kiri.


Terkejut jugak tiba-tiba dapat berita tu.... sebab actually at the same time, one of his ex-classmates is also bedridden, Aliah. She is now struggling in the ICU.
By the time aku taip benda alah ni, organ dalam badan dia dah shutdown, except for her brain. Kata Dr., tunggu itu je la. Then, that's it!

Mula-mula, we were told dia kena jangkitan paru-paru. Then, melarat ke TB.
Aku yang berniat nak ziarah terpaksa batalkan hasrat bila 'doktor peribadi' aku, Najah advised me not to, considering my low immunity bila dah pregnant nie.

Bila kawan-kawan dah ziarah, baru diorang dapat tahu rupanya Aliah ada sakit SLE sejak kecik lagi (read here or here) tapi dia rahsiakan drp pengetahuan kawan-kawan.
Kebetulan jugak rupanya ada artikel pasal penyakit SLE dalam Kosmo baru-baru ni.

Nasib baik la aku ni jenis yang memang suka amik tau pasal penyakit, so aku tau la sikit-sikit. Kalo MrHubby, katanya... nak hafal struktur dalam sel tumbuhan tu pun benak hati. Hehe...



Bahayanya SLE ni sebab kita take for granted atau kita salah anggap simptom tu untuk penyakit lain. Memang confusing!
Sila tanya DrHanie untuk penerangan lanjut ye. Kang tak pasal-pasal aku bagi fakta salah.

The latest update: Dr. dah try tukar antibiotic yang lebih kuat untuk Aliah, and seems like she reponds positively.

Korang tolong doakan dia cepat sembuh ye? Dan sedekahkan AlFatihah untuk abang kepada Imran (Mohd Irman Mohd Talib).
Thanks

Checklist raya



Actually aku ada banyak benda nak diblogkan, tapi tiba-tiba jadi blur. Agaknya sebab tadi aku cuba memahamkan report on Engineered Nanomaterials kot.(Gila wei, camna kena khatam bertimbun journals untuk PhD nanti? Huwaaa...)

Okay, let's find a word to start.

*mata berat depan PC*

Ngantuknya... Ni mesti gara-gara semalam tgh malam buta kitorang pi Cheras, gi amik duit tukar kat KakMie (my SIL). Balik tu, isi dalam qi pow & lam pow pulak.

Bangun sahur pun termamai-mamai. Dah la baru je mimpi keluar secara berjemaah dengan family Pak Zain (Anuar Zain-oh-centaku, Ziana Zain-kakak-ipar-tak-jadi, and family diorang).

Potong setim betul! (apakah ayat itu tandanya aku setim bila aku mimpikan Anuar Zain? Hahahaha)


So, kalo ikut checklist for raya preparation... (refer skit kat Lady of Leisure's)

  • Duit raya - dah setel.

  • Baju raya- dah beli. Kalo rajin nak pi cari kasut je. Kalo x, mak buyung pakai crocs je la dengan baju raya. Hehehe

  • Tudung raya- ni kalo aku malas, aku bedal je apa yang boleh.

  • Baju raya MrHubby- dia tak nak beli. Jangan engkar cakap suami. Hehehe

  • Baju raya Lil Adam- dah. Kasut kena beli kot. Dah besar kaki anak Mama rupanya.


  • Barang untuk masak masa raya- Along dah sampai Shah Alam. Kalo rajin, esok-esok aku ajak dia beli siap2 la bahan kering. Segala daging, ayam... takkan la nak beli dari sini pulak kan?

  • Handbag- pakai yang ada, cuma kena tukar je. Handbag yang aku pakai sekarang tak banyak compartments.

  • Kereta- Esok nak tukar tayar je. Servis maybe lepas raya.

  • Packing- aku paling benci. Hanya akan dibuat hingga ke titisan waktu yang terakhir (beg aku la selalu paling last masuk dalam keta).
    Barang-barang penting yang ni bawak balik aku dah longgok setempat. Kalo tak pun, ada dlm reminder (hp). Hehehe

Apapun, yang penting... jangan la ada yang tertinggal baju raya!
MrHubby dah cakap semalam, kalo tertinggal, mesti aku mintak dia patah balik walaupun dah sampai Tapah. Aku kata "Apa pulak? Beli lagi la kat Penang. Hehe."

Hmmm... malam ni aku plan nak berbuka ala pot luck picnic dengan students kat dataran/padang dekat Muzium & Library Shah Alam tu. Jom le join... hehe

Thursday, September 2, 2010

100% di tangan maid?

Wahhh.. aku tengah dengar lagu raya!!! Hehehe. Mood raya la katakan.
Esok-esok la kita buat entry persiapan raya. Arini aku nak citer pasal benda lain.

Yesterday, a neighbour's maid went back to Bandung. Sempat la aku borak dengan dia sikit, bcoz she's a nice lady. Biasalah aku kan, kalo ama orang Indo, ngobrolnya pake bahasa Indo lah. Tapi kat sini, aku alihbahasa ke BM la. Yang lawaknya, aku panggil dia 'kak'... dia panggil aku 'kak' jugak :P

Woh...tengah-tengah orang dok hot dengan orang Indo, aku citer benda baik2 pulak ye. Jangan hangin ye... dekat-dekat raya ni, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Kecuali untuk kuah laksa je, kalo amik yang jernih, memang x sedap la jawabnya. Hehe...

Okay, back to the story. Neighbour aku ni pun baik orangnya. The maid has been working for several years jugak la dengan dia.

Kata maid tu... Kalo ikutkan maid lain, after few years, diorang akan dapat balik untuk satu tempoh yang lama, say 1 mth or two.
But my neighbour only allows her to go back for 3wks. Tak cukup la kan (bagi si maid itu). So, walaupun tuan/puan dia tu harap dia kembali bekerja dengan diorang lepas cuti, dia cakap... kalo cuti tak sampai sebulan, rasanya dia back for good je la. Bila-bila pulak, baru dia datang dengan buat passport sendiri.

Yang aku nak ceritakan kat sini ialah how dependent the employer is on the maid.
Bcoz she (my neighbour) is also a career woman, maka dia dah biasa ada bantuan maid gamaknya, tu yang dia tak sanggup kalo takde maid sampai 1-2bulan.

Kebergantungan dia tu bukan la setakat buat keje-keje rumah/mengemas/mencuci/masak segala. Yang aku peliknya ialah... anak dia yang berusia 1tahun 1bulan tu pun tido dengan maid tu.

Well, aku faham la kalo career women need their beauty sleep too (tak nak diganggu oleh rengekan/tangisan baby mintak susu atau salin diapers malam-malam buta). Tapi, ishhh... macam tak masuk akal pun ada.

Entah la ye... to me, kalo dah susah-susah mengandung sampai 9bulan, bersalin lagi, takkan sampai hati biar anak membesar di tangan maid 100%?
Pernah sekali tu jiran aku ni kuar picnic 1 family dengan anak-anak lain, except the maid and the baby (tinggal kat rumah). Ishh... biar betul!!!

Nak kata aku ni ibu mithali, tidak la... aku ni Mama yang garang. Tak caya, cuba tanya Lil Adam. Dia cukup tak berani dengan aku (as compared to dengan MrHubby). I never thought I'd be this motherly (walaupun kadang-kadang bertukar gak la warna hijau). But to be away from my munchkin is very hard to me. Conference ke, field trip ke, kursus ke...

bila tengok muka cheeky ni, terus tak sampai hati


Kalo terpaksa pun, macam siang hantar Lil Adam kat sitter, aku akan try maximize masa dengan dia waktu petang/malam/weekend. Ni kira qada balik la untuk cover rasa bersalah... Hehehe. Aku rasa korang pun ramai macam ni kot.

Sampai la kelmarin, masa sembang-sembang tu I gotta know that the baby is still sleeping with the maid. Aku tak tau la bila maid tu dah balik ni, camna keadaan budak tu. Dari lahir dijaga/dibesarkan/makan tido dengan maid... harus la dia buat konsert jugak kot. Cuma tak kedengaran la sampai ke rumah aku kat sebelah ni (or maybe sebab aku tido mati).


Wednesday, September 1, 2010

Raya sapa ni?

Raya Aidilfitri dah macam Krismas.
Cuba tengok lampu lip-lap yang digantung sana-sini. Kat umah, kat shopping malls. Yang gantung berjurai-jurai kat pokok lagi la. Macam pokok krismas daa.
..



Raya Aidilfitri dah macam Deepavali pun ada. Maklumlah dulu dah pernah DeepaRaya.
Cuba tengok, ramai je yang pasang pelita kat laman rumah, nak nak masa malam 7 Likur.
Tinggal takde rangoli je, beras yang colourful tu. Hehehe.



Raya Aidilfitri ni kadang-kadang dah macam Raya Cina pun ada jugak.
Asal beraya je kasi duit dalam sampul. Bezanya Cina bagi ang pow, kita bagi 'qi pow' (sebutannya 'chi-pao') yang warna hijau.
Aku gelak giler masa 1st time dengar 'chi pao' ni dulu.



Aku rasa Mat Saleh mesti konfius bila tengok suasana raya kat negara kita.
Hmm... 1Malaysia la katakan :P

Monday, August 30, 2010

Hutang budi dibawa mati, hutang duit? Bayar la...



Orang kita dah biasa hidup berhutang.
Dari orang kampung... kalo beli kain baju/pinggan mangkuk/karpet, nak bayar ansuran.
Sampailah ke orang bandar yang moden-moden ni.
Berhutang dengan cara buat bank loan, personal loan, kad kredit, hutang dgn Along.. dan macam-macam lagi.

Aku sendiri jarang berhutang. Alhamdulillah... Paling-paling hutang kad kredit.
Tu pun ada satu jer. Siap kena bising dengan MrHubby sebab aku selalu bayar full, sebab aku x suka bayar interest. Dia cakap rugi, kalo macam tu, baik pakai debit card je. Whatever la. Yang penting, aku x suka berhutang, sebab aku rasa terbeban.

Mak aku selalu pesan... "Kalo dah tak dak, buat cara tak dak. Jangan dok meminjam sana-sini."
Ye la kan. Kalo bergaya dengan cara meminjam, baik tak payah...

Cuma aku pelik, nape ada orang yang selamba je berhutang banyak-lama dan lama-lama. Yang bank loan untuk keta/rumah tu memang susah nak elak la. Tapi ni, hutang dengan orang...




Sabda Rasulullah s.a.w "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi ]

Memang hina la. Nak nak kalo dah hutang pun tetap nak jaga ego, tak nak ngaku yang dia berhutang. Hahaha. Nak tergelak aku dengan orang macam nie. Tapi aku layankan aje... saja tengok tahap berlagak-tak-kena-tempat tu...

Aku pun pernah bagi orang pinjam duit, tapi Alhamdulillah... most of them bukan jenis yang tak reti adab berhutang.

Ini tidak... duit berkoyan-koyan, boleh beli itu ini, tapi liat nak bayar hutang orang! Sampai sanggup tarik muka 14, sentap... sampai tahap menzalimi si pemiutang yang dah tolong dia dulu. Dasar tak kenang budi.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya."
[Riwayat Ibn Hibban]

Daripada maksud hadis tu, Ibn Hajar Al-Haitsami berpendapat, orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang (sedangkan dia mampu) menyebabkan kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. (citer pasal lengahkan bayar hutang je la, jangan exaggerate pasal orang tu gitu-gini pulak).
So, apa kau nak lorat kalo satu dunia tau kau berhutang selama ni? Sendiri cari pasal kan?

Malas la aku nak berhujah pasal dosa besar, pasal kewajipan langsaikan hutang bila dah mati, roh tergantung selagi tak settle hutang, etc.

Tapi kalo dah x dapat bayar on time, discuss la dan cari penyelesaian. Ini tidak... orang nak mintak bayar balik, kena marah pulak. Susah-susah sangat, kau bawak je la duit tu masuk kubur.



Nuffnang ads

My Heartbeat