Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

Monday, December 17, 2012

2 months artwork at ET

Nenong..nenongggg...
Mengong...mengong...
Arghhh... aku dalam mode sengal sebab baru je berdiskusi sakan dengan SV dan co-SV.

Well, Lil Adam baru je start school holidays (of the 4th term, of 2012) at East Torrens. Sempat la dia bersekolah 2 bulan. Nampak la ada improvement, walaupun aku tak abis-abis dok risau pasal progress dia. Maybe my expectation is too high- sebab dia anak sulung, dan sebab masa aku umur 6 tahun, aku dah boleh membaca sokkabar. Tapi kekdah pembelajaran kat Aussie ni adalah macam playschool. Relax dan enjoy-enjoy. Jadi pressure tu kurang... aku takut dia tercicir.
Anyway, ni la antara hasil-hasil kerja dia....
 
Yang ni dia buat koala dengan aku...guna bahagian tengah toilet roll tu...



   supaya nanti boleh terus saruk kat pokok, ala-ala koala tu tengah dakap pkok la kununnya. Hehehe

Rudolph the XMas reindeer, inspired by Zakuan (anak Kak Surah)... dengan XMas card untuk Teacher Wendy.

Haaaa...yg ni dia bawa balik dari sekolah. Bell, Xmas tree ornaments dan XMas tree. 
Yang snowman tu siap dikembungkan dengan kertas lagi disumbat dalam perut dia. Hahaha
 

Okay...Itu artworks yang musim XMas. 
Yang ni pulak yang entah bila dia buat, dah hujung-hujung term baru bawak balik selambak ke rumah.
Kelongsong popcorn.
 
Lil Adam and the helper.
 
His very own version of clock. Dengan nombor terbalik. Haihhh..dyslexic kah anakku?

Aku terharu bila tengok gambar ni...
walaupun watercolour tu cair dan brush yang dia gula pun lebar semacam, aku nampak dia lukis  our BigRedCar...dengan traffic lights.

 Sob sob..tetiba rindu kat BigRedCar


This one was hand-painted by him, for Diwali.


Colourful bell..err...yang ni for XMas gak kot.
Rumah 3D dengan pokok dan rumput imaginasi Lil Adam.
 

Yang ni pulak... dia tulis lepas diorang ada aktiviti pegi shopping kat Woolies.

Aku pun tak tau la nape senarai barang yang dia 'beli' tu semua start dengan huruf P je. 
Peas- Pineapple- Pumpkin -Pear- Peppers

 
Walhal dia bawak balik apple sebijik. 
 Konfius...konfius.
  
Apa pun..paling lawak adalah 'journal' dia tentang trip tu. Aku suka interpret lukisan-lukisan dia, sebab dulu masa bercinta dengan MrBoyfren, aku selalu hantar surat dan buat 'karangan bergambar' macam ni. Hehehehe

Hahaha.Gila comel (takde sapa dah nak puji anak sendiri).
Cer tengok octopus tu.



*klik gambar untuk tumbesaran yang cemerlang*
 Dan yang ni paling lawak sebab aku tanya...apa yang dia lukis kat muka 3 orang lidi tu? (gambar last). Lil Adam jawab...tu gigi diorang sebab they were feeling very cold (sambil buat aksi menggetap gigi). Hahahaha



Froggy with googly eyes :)
 


 In this handmade book pulak, dia lukiskan his favourite foods...
 

Watermelon, carrot... dan yang tengah tu aku pun tak ingat dah dia jawab apa (masa aku tanya aritu).
Amacam, nampak tak rupa tembikai dan carrot dia?
 
Yang merah tu bukan wayang kulit, walaupun ada tulang (from icecream sticks) kat belakangnyadan yang selonggok kelabu tu adalah...cer korang teka apa?

Ikan. 
Hahaha.
Siap ada sisik bulat-bulat lagi.
 
3D corner, siap ada buat Mama, Ayah and Adam. Adik dia takde la pulak.
Yang bertampal kat dinding tu adalah roti (dlm bungkusan), sayur (aku rasa la)...dan donut (pink glaze, you!)
Well, aku selalu membayangkan indahnya kalo aku kat sini sebagai dependents yang mengikut MrHubby- mesti aku akan banyak menyibuk buat aktiviti kat sekolah Lil Adam.


p/s:
Ni gambar hari second last Lil Adam nak gi sekolah. Tetiba  dia buat onar tak mau naik school bus, terpaksa la kitorang hantar sendiri. So masa nak hantar dia, Lil Adib sibuk nak bawak toys dalam bagpack. Sama macam perangai abang dia dulu.

Yang nak tergelaknya, beg Thomas dia dia tak bawak... tapi dia isikan toys tu semua dalam bagpack Ultraman abang dia.


Haihhh... sama-sama minat Ultraman rupanya anak-anak bujang aku.
 


 

Friday, July 13, 2012

Can u tell what did Lil Adam draw?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, May 17, 2012

More reasons

Guilty.
Okay, aku bersalah membiarkan blog ni bersawang ada la dalam sebulan lebih. Sampaikan masa aku buat 'silent note'...ada student yang komen yang dia tak suka sebab aku dah lama tak update. Aicehhh...bajet retis lettew :P

Well, I have been busy la actually, bukan apa pun. Ada keje-keje penting yang perlu disetelkan. Tapi dalam minggu ni aku rasa macam dah boleh bernafas sikit.

Memandangkan semalam sampai pukul berapa pagi ntah mata aku tak boleh lelap, maka aku pun bangun dan listkan segala apa yang dok berlegar-legar kat kepala aku (hahaha..bagus! Bukan nak solat tahajjud! :P)

Lepas tu, aku terfikir, how happy I have been lately...which means that now I have more reasons to be grateful.

The latest is...
MrHubby came back in one piece (from outstation @ Redang) ---jeles I tau.Rindu nak snorkeling.

Dan petang semalam jugak, I got a bouquet of lilies from him. Bukan sempena Mother's Day, bukan sebab Teacher's Day. Saja-saja dia nak bagi. Bunga pojaan punya pasal, maka hati aku pun terus kembang macam rambut Rosmah. Ehhh?





Earlier yesterday...I got Teacher's Day wishes from my dear students.Ada yang subuh-subuh sepi'ee dah Whatsapp, ada yang wish dalam kelas, by sms, Facebook. Bukan je students sekarang, tapi jugak my ex-students yang dah 5,6 tahun tak jumpa. How thoughtful!


Lepas balik dari lunch... ada pulak selambak surprise atas meja.
A beautifully written card, a white rose and a box of sugar untuk bagi kena potong kaki (Big Apple donuts). Hehehe. That was so sweet of my students... Kirin, Farah, Myma, Anas & Faisal. Thanks... XOXO


Aku ingat lagi few years back, boleh kira je berapa ramai yang ucap. Maybe sebab diorang rasa Teacher's Day is for cikgu-cikgu sekolah.
Winie pun ada complain kat aku, kata takde sapa pun wish dia. I blamed it on her. Sapa suruh dia sendiri kata "I'm not a teacher." Hahaha.
Dah tu, dia tak tau pun bila Teacher's Day. Aku yang gedix lebih ari Isnin aritu tanya -apa yang dia siapkan untuk cikgu-cikgu anak dia... dan bawak dia gi beli barang.

Aku?
As usual la...bab-bab crafting ni memang 'makanan' aku la. Suka sangat aku spend masa nak buat (tetiba rasa syoknya kalo jadi cikgu tadika).

Aku dan Lil Adam buatkan handmade card ni untuk teachers dia kat Little Caliphs. (yang ni page luar je, page dalam saja aku tak tunjuk)


Dan yang ni untuk nursery Lil Adib (a.k.a. Lil Adam's former nursery).


Dua hari lepas gak, ahli keluarga aku bertambah.
SIL gave birth to a babyboy. Tengok ni...siap dengan jari tenggek tepi dagu.

Maka sekarang cucu-cucu Abah dah jadi 8 orang. Semua lelaki, sorang je pompuan (yang sulung).

My Mother's Day this year was a quiet one. MrHubby left me a card before he flew off to Redang.


Tengok la aku ni..dari tadi menaip... tapi sekali pun tak sebut lagi.

ALHAMDULILLAH.

Kadang-kadang kita ni (ke aku je?) terlalu syok tenggelam dalam nikmat hidup yang smooth sailing, sampai terlupa nak bersyukur.
Yang kita tau, bila ada masalah...baru nak minta doa.
Nak lagi teruk, bila penat banyak keje...kita mengeluh, pot-pet pot-pet.

Fine, aku la tu   T-T

So, korang pun..jangan lupa banyakkan bersyukur tau... supaya Allah tak tarik balik nikmat tu.
Sekian pesanan penaja untuk hari ini.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, December 21, 2011

Imaginasi anak-anak. Haru...



Anak-anak punya homeworks memang kena pantau, kalau taknak jadi Si Ibu yang Kantoi Jadi Pole Dancer. Hahaha.

Lil Adam's latest artworks (artwork la sangat, setakat kaler tu) were pasted on the nursery's wall.


Cer korang teka yang mana satu dia punya....

Cer teka...cer teka.....


















Cantik la pulak ikan yang dia kaler.
Colourful gitu!
Sampai tak percaya aku dibuatnya.

Aku siap tanya kat Teacher dia "Betul ke Adam yang kaler tu?"


(okay, aku Mama yang keji..sebab tak percaya anak sendiri pandai :P)


Dan bendera ni pun dia jugak yang kaler.



 

Pandainyaaaa...
Anak sapa la tu ye? (*smug*)



Anyway.. those are monitored ones.

Lil Adam ni kalo disuruh melukis, memang pandai guna imaginasi dia. Kalo lukis dinosaur, ada la cacak-cacak kat belakang macam Stegosaurus.

Cuma imaginasi dia tu takut tak tergambar dengan coordination tangan dia tu.
Kang jadi macam ni...naya!!!! Tak ke haru?




posted from Bloggeroid

Tuesday, March 22, 2011

Make silly puppet with ur kids

Bila gatal tangan nak buat craft bodo-bodo, all we need is just a kid (ours is better) as an excuse. Hehehe. Nak cover malu dah besar gajah pun nak main puppet lagi.


Then, u need
  • a cardboard
  • glue
  • googly eyes
  • a sock (or a pair)... in this case, aku guna sarung lengan yang aku jahit kat hujung tu jadi macam socks.

Cut the cardboard into a circle/oval... and fold it into two.


Put some glue
...and paste it onto the socks (yang korang dah turned inside out)

Turn it inside out again. And paste the googly eyes.


Heee... tengok ni dah jadi...

It can bite my nose.

And two puppets can talk to each other...

and they are ready to attack Ayah!!!
Yeahhhh...makan Ayah's earssssss....



Kalo rajin sikit, boleh tampal kain kaler lain kat dalam mulut dia... and a strip of red fabric for the tongue.




Making our little ones smile is easy- a hand puppet is enough.
And it's cheap too!

Nuffnang ads

My Heartbeat