Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Friday, November 25, 2016

The end of the Permanent Head Damage :-P

 Hoihh... Lama giler tak update blog ni. Konon busy le sangat.
Setelah dilly-dally, akhirnya aku ada reason yang super-kukuh untuk post an entry. GRADUATION!!!
Ni pun kira lambat la jugak post.

Anyway, yessss.... Setelah jenuh perah otak, akhirnya perjalanan PhD aku pun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.

So, September aritu kitorang 'balik ke kampung halaman' di Adelaide. Kali ni with a different feeling. Lega.
Happy.
Excited.

I remember 4 tahun sebelum tu, masa aku lalu luar Bonython Hall tu, aku nampak majlis konvo tengah berlangsung, I told myself... I will be there one day.

So, this is it!!!


Pagi-pagi aku dah sampai ke uni, and this was gambar pertama aku pakai robe. Acecece..saja je poyo dgn background 'Why follow?' tu. Muehehehe


Seronoknya, kali ni convo ada geng! Tak sangka Yahya dapat join sama-sama konvo. Ada le geng nak bergambar dan bergosip sikit. Eh. Tiket seat kitorang pun dekat-dekat je.



Mula-mula gi check nama kat Edgeloe Room, then keluar la kejap...untuk ambil feeling the ambience kat luar Bonython Hall tu.



Sebelum masuk ke hall, Maisarah sempat tolong pinkan hood aku supaya tak londeh. Kena photobomb pulak dengan Yahya. Hehehe.


As usual, guests masuk dulu... these are my guests;
Jane (yang berbesar hati ambik day off from work, study, etc just to be with me on my special day!),
Maisarah (yang cepat-cepat set-up prepare utk experiments supaya dapat attend majlis aku), dan
Titin (yang always happy for me, setelah jenuh aku meraban kat dia masa study dulu).


Lepas tu, guest semua dah bersekedudukan duduk, kitorang pun berarak masuk ke dalam hall. Malas pulak aku nak upload video berarak masuk tu, sebab kang nampak pulak kembangnya hidung hati aku time tu.
Anyway, korang nampak aku menyelit jenguk dari row kedua tu? Hahahaha. Gigih sangat kan?

Yang bestnya, graduation ceremony kat overseas bukan le meleret-leret macam kat Malaysia yang berjela-jela ucapannya.


Cuma pakcik ni berucap sikit, dan dia terima award (mace bearer tak berucap sebab pakcik ni lagi power drp mace bearer)....


Sempat lagi aku ngajak Dr Steven ni selfie..padahal aku tak kenal pun dia. Hahahaha.
Memang "ini hari Ahmad Albab aku yang punya!!!" So, aku engkak-engkak atas stage pun, lantaklahhh...



Lepas tu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.... menunggu turn nama dipanggil pun, kerenyih baekkk punya kat camera :-P
Patut la Jane cakap "No doubt, Izzie...you have the brightest smile in the hall!"


And...the moment of glory...
Alhamdulillah....


Kuar dari hall, grab Dino dulu. Hahaha. Walaupun anak dia konvo sekali, aku tak kira... Dia kena spend time bergambar dengan aku jugak! Afterall, dia memang tau sangat pe'el aku yang 'good-with-camera' (as he said it). Wakakakaka


Cheeky me!



And the group. With Carrie, Dino, Yahya's family and mine.
Too bad Sharyn and John couldn't make it.  Wish they were there too.


Dino menyampaikan amanat :-P


Semoga tempias kejayaan aku kat diorang pulak.
Thank you, Jane...Maisarah & Titin. Muah..muahhh.
Thanks for the bouquet of native Aussie flowers, Jane! I love it!


Ika (the adik mee goreng) also came to congratulate me. With Lindt chocolates.
Awww...sweet...

Dan ada artis mai convo chek okayyyyhhhh!!!
Thank you, Ummu for dropping by :-*

The ladies....
Chris & MaiLin are graduating one or two days after mine.


Other yang berjasa untuk the big day...
Adam- yang susah payah submitkan tesis aku yang maha berat tu ke AGC. Thank you, Adam. Semoga pengajian Adam dipermudahkan sebab tolong akak. Hehehe


These two Sayang Mamas: Lil Adam and Lil Adib.
Mama minta maaf sebab busy masa hujung-hujung kita kat Adelaide dulu. I tried my best not to miss anything big involving you, anyway, kan?


And this man.
Who kept me sane.
And comforts me everytime I am down.
The reason I am what I am today.



That noon, lepas dah bersurai semua... kitorang gi makan kat Knoodle dengan Adam, Imran dan Jane.
Then aku ngan Jane pegi ke Terrace Towers untuk lunch celebration with the School.

I remember dolu-dolu masa aku ke Terrace Towers untuk meraikan Nasreen -Dino's other student. Time tu aku dok plan nak buat kuih-kuih Melayu untuk tetamu yang datang. Wahahahaha. Plan tak boleh blah.
Belakang kalu... aku lenggang mak limah je.
Ye la kan... Masa bila aku nak membuatnye? Kalau time aku kat Adelaide lagi, rajin la kot.



The 'Drs' with Paul --the IT guy who might have had lots of trouble entertaining our my stupid questions pertaining computer/ IT. LOL.


Mazna is finishing soon too!
Jane pun harap-harap tak lama lagi la.


Habis majlis, aku pun turun.
Selalunya aku selfie dalam lif ni sebab ada cermin besar ni.
Apparently, this time---it's different. Different feeling.
Dan entah bila lagi aku nak bergambar kat dalam lif ni lepas-lepas ni.


Balik rumah, rehat kejap...lepas tu kitorang pegi celebrate dengan Phu & Wen pulak.


Genki Sushi Bar! Yummm....


I received this lovely Swarovski pen! Oh my!!!!
Thank you, sister!!! :-*
You know, everytime I use this pen, I get 'whoaaaa!!!' from people around me. And everytime it happens, I tell them that it's from you.


Still in the mood for graduation, on different occassions, we had photoshoots with kengkawan geng air ketum James St. Dr Faisal & Dr Aqilah.

My oh my... rasa nostalgic sangat. Terbayang-bayang kalau dapat berkumpul lagi dengan geng-geng Adelaide kat James St. Now that it's over, mesti macam-macam cerita keluar.


And a jumping pose with the three men in my life (wishing Abah was there too!)


With my beloved MakNgah, the one who always motivates me.
I love you so much!

And the family - my proud PakNgah, MakNgah and Abg Fashni.
I am glad we are finally together in Adelaide.


Ahhh...
So that's it.
There might be few more entries related to this one, though... mengikut tahap kerajinan perasan busy  aku selepas ini. Hewhewhew.



Alhamdulillah... Now the robe, the bonnet and scroll are mine!


I graduated with a Dean's Commendation for the thesis from The University of Adelaide.
Was also awarded


  • High Commendation (runner-up) for Academic Excellence in Postgraduate Research at the 2015 Study Adelaide International Student Awards, Adelaide, South Australia.
  • Merdeka Award 2015 from Australia-Malaysia Business Council (South Australia) Inc. for outstanding academic achievement, ability to act as an ambassador for South Australia and contribution to the furthering of the South Australia-Malaysia relationship
  • 1st place Student Poster Award for the best poster at the 31st International Congress on Occupational Health, Seoul, South Korea
  • School of Population Health Prize for the best poster at the 2014 Florey International Postgraduate Research Conference, Adelaide, South Australia

Wednesday, October 26, 2016

Wednesday, July 20, 2016

Drama menjelang nak sampai finishing line

Hari tu, memang tak dijangka-jangka, lepas lecture... aku check email mengatakan aku dah boleh hantar hardbound thesis. And it has to reach the AGC within the next few days.

Ahhh sudahhh.
Time tu dah pukul 10.30am. Kalau aku nak pass kat orang yang balik ke Adelaide, memang I have to get it done by today jugak.
Aku pun bergegas print satu copy sebelum keluar pergi Section 2 untuk cari kedai binding.

Takde la aku meninjau sangat.
Nampak je satu kedai yang besar, aku assume mesti la kedai ni reliable. Namanya pun dah ala-ala 'pakar' gitu.

Memandangkan aku tengok rate untuk buat hard cover binding jadi murah kalau print kat situ, aku fikir 'Okay la.. Print je la kat kedai ni. Kurang sikit semak kepala'.

Untuk tesis aku yang ada lebih drp 300 pages,
colour printing pun ada banyak page jugak,
dan aku buat 5 copies....
Ditambah dengan nak kena buat logo University of Adelaide, kena charge extra...
Ada la total tu dalam RM500 jugak.


Maka duduk la aku kat situ dekat 2jam untuk make sure semua page print dengan sempurna dan slot in segala coloured pages. Tak senang duduk aku sebab aku ingat takkan lama, aku scratch kupon parking MBSA untuk sejam je. Hahaha.

Time nak dapat invois, aku tanya kot-kot aku leh bayar untuk 12jam, since aku nak amik pun malam.
Tapi staff tu cakap 'Tak boleh. Kena bayar untuk 1 jam punya service.'

Pulak!
Tapi aku ikutkan je.

Lepas bayar deposit RM50, aku tanya la..."Okay..kalau macam tu boleh la akak ambik lepas balik keje dalam pukul 4 or 5."
Tapi staff tu jawab... :"Err..ambik pukul 6 lebih boleh tak?

Pulak!
Tapi aku ikutkan je (lagi).

Balik dari keje, aku malas nak singgah sebab dah aku fikir...Eleh kejap lagi lepas maghrib la aku collect terus.

So, lepas maghrib baru aku gi kedai tu.
Korang ingat ekkk...
Aku bayar servis 1 jam, sepatutnya kol 3 aku dah leh ambik...tapi aku pegi ambik pukul 8 pm macam tu.

Sekali...time aku nak collect, aku perasan ada kesilapan kat spine tesis tu.
Ada satu perkataan kat title tu missing. So tajuk aku jadi macam tergantung.

Arakian menengok dahi aku berkerut, staff sorang lagi tanya kenapa.
Dan dia assure aku boleh fix. "Takpe kak, kitorang buat balik. Kejap je. Akak pegi la minum dulu kejap."
Fine.

Aku & family pun pegi lepak kat Khalifah sambil melayan Banuk yang sekali-sekala balik ke Malaysia makan kari kepala ikan.
So, dah lebih kurang sejam lebih kat situ, sebab sambil borak kan..tak terasa masa berlalu.

Tau-tau je staff dari kedai tu call..."Kak, akak punya tesis ni dah siap. Boleh datang ambik dah."

Ahhh...legaaa.
Maka bergegas la aku ke kedai tu balik.
Aku suruh MrHubby tunggu dalam keta je. Ye la kan, setakat nak collect tesis yang dah siap (kononnya).


Malangnya drama tidak berakhir di situ sahaja.

Jeng jeng jeng...



Aku belek je hardcover tesis tu...ADA SILAP LAGI!!!!
Kali ni kat bahagian lain pulak!
Kat nama aku pulak.
Grrrr....

Aku bagitau la staff tu. Muka dia dah semacam.
Aku kata tadi bahagian ni dah okay..kenapa dah fix kat spine, bahagian depan pulak gi ubah?

Takpe kak..takpe kak. Kejap je kitorang buat balik. Akak tunggu jap ye.

Muka aku dah mengalahkan kemasaman apple cider vinegar.
Aku bebel...
Saya ni bayar untuk servis 1 jam. 
Dah la datang ambik lambat. 
Salah sampai 2 kali. Saya nak cepat tau tak?

Staff tu suruh aku duduk dulu.
Tak lama lepas tu, dia datang bagi resit baru kat aku..tanda diorang tak charge aku servis 1 jam.

Aku tanya, berapa lama lagi ni?

"Aaaa...dalam setengah jam."

Monyok aku duduk kat kerusi tu, sambil main henpon.
Ada jugak aku viralkan ni kang. Geram betul.
Ni la masalahnya bila niat nak tolong bisnes Melayu. Huh!

Dah dekat setengah jam, aku call MrHubby yang menunggu dalam kereta. Aku suruh dia datang ke kedai tu.

Untuk apa?
Untuk tolong mengamuk.

Sebab kalau aku mengamuk, it's gonna be ugly.
Silap haribulan, aku maki semua staf dan hempas dan terajang segala mesin yang ada. Dah la time tu aku pakai jubah. Memang confirm ugly punya la.

MrHubby masuk dengan muka yang baik. Belek-belek henpon sambil menunggu.
Hangin la aku.
Maka aku suruh dia bertindak. Hahahaha.

Time tu aku perasan staff-staff lain dah berbisik sesama sendiri tentang kes aku. Nampak la diorang berhand gesture '2x silap, nak kena buat 5 copies...'
Ahhh..ada aku kesah?

Aku cakap "Dik, 30 minit dah habis dah. Tak siap lagi ke?"

Time tu masing-masing buat pekak tak jawab soalan aku.
Tak tau la diorang pekak ke, diorang bisu. Tapi masing-masing buat tak layan soalan aku.


Kemuncak la kan. Apa lagi?
MrHubby pun bebel kat staff kaunter, tanya mana manager? Dia buat tak layan.
Padahal masa mula-mula aku masuk tadi aku dah nampak sorang tu pakai tag yang dia tu supervisor ke apa ntah.

Tiba-tiba MrHubby ternampak sorang lelaki berumur sikit ala-ala boss, mengarah staff angkut barang. Hah!
Tidak syak lagi..itulah orangnya!

So, dia pun pergi slow talk dengan boss tu.
Murni kan laki aku?
Hmmm...

Dia explain kata sebenarnya kitorang nak kirim tesis tu kat orang yang nak balik malam tu dengan flight. Sebab tu nak cepat.

Nasib baik la si boss tak membela kebengapan staff dia. Dia cakap "Tu la, staff saya ni kadang-kadang diorang tak tau apa yang diorang buat tu menyusahkan pihak lain."
"Boleh saya tahu berapa total semua?"

Aku pun bagi resit/invois.

Tiba-tiba, dia hulur duit berapa ratus ntah kat MrHubby.
Blur jap kitorang.
Eh duit apa pulak ni?

Lepas tu, baru terfikir...ooo dia ingat kitorang dah bayar full kot. Mesti dia silap tengok resit tu.
Mujur la kitorang tak jahat.
So kitorang pun pulangkan balik duit tu dan explain sebenarnya tak bayar full lagi. Lagipun bukannya niat kitorang nak pao kedai macam tu. Cuma nak ingatkan...kalau gitu la gayanya staff dia berkerja, harus la customer lari. Company pun boleh bankrap kalau selalu sangat silap macam tu.
Dah la company Melayu-- buktikan la servis tu elok sikit, macam bangsa lain berniaga.

Aku yang noti ni siap cakap kat MrHubby "Huh...Kalau tau, siang tadi bayar deposit RM10 je."
Wahahaha.  Bagi betis nak paha kan?

Kalau tidak, jangankan tak payah bayar, siap earn duit pulak aku tak pasal-pasal.

Tengok ni, muka tersengih jap setelah hati yang membara disiram air. :-P

Siap je binding yang kali ni betul-betul takde salah, kitorang pun terus bergegas keluar.
Time tu dah kol 10 lebih dah kot.

Ke mana?
Ke rumah Adam kat Section 7.

Adam  ni baru je first time kitorang jumpa. Sebab tu la segan nak gi lewat malam.
Dah la nak minta tolong, takkan tengah malam baru nak gi rumah orang kan?



So, ni la dia...


4 copies yang aku hantar melalui Adam.

1 untuk Adelaide Graduate Centre,
1 utk Dino, 1 untuk Sharyn dan 1 lagi utk JEdwards.


Dan bukti submission, Adam whatsapp gambar ni kat aku.
That was the whewww! moment for my PhD.


Terima kasih Adam sebab susah payah bawak berat-berat dan tolong hantar ke AGC. Adik undergrads mana la biasa ke AGC, tapi gigih jugak la dia tolong cari.

Semoga Allah permudahkan urusan Adam sebab tolong aku.



Friday, November 27, 2015

My 3rd award this year!


I have never thought that  my PhD journey would be this rosy (the bumpiness is typical lah kan?!).
After the success in Seoul in June, and the Merdeka Award in August... on 23rd October, dapat pulak High Commendation for Academic Excellence-Postgraduate by Research at the Governor's Farewell Party for International Students.

The organiser (StudyAdelaide) bagi 4 passess je, tapi sebab aku best, aku ada extra 3 passess for my guests.. Hehe.
Sangatlah gumbiranya bila dapat ajak Dino, Jane and So Young sama-sama attend. Sayangnya Sharyn tak boleh datang.


Niatnya aritu nak pakai baju kurung la kan, sebab dah event untuk International Students dengan Governor... tapi sebab pagi tu tergedik-gedik sejuk time nak keluar rumah, maka aku pun pakai baju lain.
Sekali, bila dah petang, panas la pulak. Hampas!

Masuk ke laman Governor House (that was my 3rd time there), nampak ramai students tengah bergambar in groups.
Aku pelik sebab selamba je diorang ni pakai ala-ala summer clothing. Kot ye pun santai, ikut la dress code smart casual tu.


Budak-budak sekolah pun ada... sebab ada awards untuk kategori sekolah.

 

Tapi, aku terus masuk ke dalam khemah. Eh. Khemah pulak... bunyi macam camping je.


Anyway, sambil tunggu yang lain....kitorang mabuk-mabuk minum-minum, sambil bersembang, dan bergambar.



 Sambil menjamu tekak...sambil jamu mata. Eh.

So diverse!


Lil Adam and Lil Adib, high sugar bila dah minum Coke. Hewhewhew.
Apa-apa je la nak oii, asalkan korang tak buat perangai.


Bila start majlis, Governor masuk... dan nyanyi national anthem.


Ucapan dia tak meleret-leret, tapi menarik. Tentang life dia masa awal-awal sampai ke Australia.
He has good sense of humour too!


Lepas tu, terus la proceed dengan award ceremony. 
Start-start je terus kategori Academic Excellence-Postgraduate by Research. Tak sempat nak saspen, mula-mula sekali nama aku dah kena panggil naik stage. Hahahaha. 

Awards semua disampaikan oleh Governor lah...His Excellency the Honourable Mr Hieu Van Le.


Yay! Alhamdulillah....
And I'm glad that this time I have my loved ones around me.



Selain Academic Excellence awards (postgrad, undergrad, vocational, pathways and school), ada jugak Sports Award, Artistic Awards, Community/ Volunteer Awards.
sila tepuk tangan sampai pedih tapak tangan ye

The winner of the International Student of the Year was Jungeun Kim (Korean).
Dalam speech dia, dia cakap cita-cita dia nak jadi cikgu. 
Aku rasa kalau kat Malaysia, mesti mak bapak dia dah luku danpaksa jadi doktor ke...lawyer ke. Hahaha.



Group photo with the Governor!

Turun stage, time for photos with special guests.
 Dino--I can tell, he's proud of me! :")

Jane, my lucky charm.
SoYoung, my dear friend.

Semestinya ada jugak gambar dengan my backbone... Cinta, Little Cinta and Mini Cinta.

 
Bila ada event macam ni, harus la asobiyah lebih sikit kan?
Hahaha... so, kita bergambar dengan award winners dari Malaysia saja... featured here- adik-adik MASCA (Intisaar and Rehanna), yours truly, Oscar, Azwa and Tung Chin.


 Kat luar, rupanya sakan jugak diorang bergambar... The StudyAdelaide team.



Suka aku tengok family dari Iraq ni. Huda is a winner of Academic Excellence for Postgraduate by Coursework.
 

 ..model-model deodorant jenama baru.
Hewhewhew

 And of course dengan orang kuat StudyAdelaide jugak... Rachel and Karyn.
 ...and Lisa!


Thank you very much, StudyAdelaide.
You guys have made my stay in Adelaide more colourful!

Kalau ada apa-apa award lagi nak bagi, sila la bagi... sebab bila aku bagitau Sharyn, dia cakap aku kena dapatkan satu lagi award, sebab so far, dia takde masa aku terima tiga-tiga awards. Hahahaha.


Last but not least, pics with my dear who have supported me along the way. I couldn't have done it without you! (eh...macam ayat Dora the Explorer pulekkk!)


Walaupun takde dalam gambar ni (because they are away), I owe this to Abah/Mak, DrWan and Ross too. Dan semua-semua la yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. Terima kasih ye.
Alhamdulillah.

Nuffnang ads

My Heartbeat