Wednesday, July 20, 2016

Drama menjelang nak sampai finishing line

Hari tu, memang tak dijangka-jangka, lepas lecture... aku check email mengatakan aku dah boleh hantar hardbound thesis. And it has to reach the AGC within the next few days.

Ahhh sudahhh.
Time tu dah pukul 10.30am. Kalau aku nak pass kat orang yang balik ke Adelaide, memang I have to get it done by today jugak.
Aku pun bergegas print satu copy sebelum keluar pergi Section 2 untuk cari kedai binding.

Takde la aku meninjau sangat.
Nampak je satu kedai yang besar, aku assume mesti la kedai ni reliable. Namanya pun dah ala-ala 'pakar' gitu.

Memandangkan aku tengok rate untuk buat hard cover binding jadi murah kalau print kat situ, aku fikir 'Okay la.. Print je la kat kedai ni. Kurang sikit semak kepala'.

Untuk tesis aku yang ada lebih drp 300 pages,
colour printing pun ada banyak page jugak,
dan aku buat 5 copies....
Ditambah dengan nak kena buat logo University of Adelaide, kena charge extra...
Ada la total tu dalam RM500 jugak.


Maka duduk la aku kat situ dekat 2jam untuk make sure semua page print dengan sempurna dan slot in segala coloured pages. Tak senang duduk aku sebab aku ingat takkan lama, aku scratch kupon parking MBSA untuk sejam je. Hahaha.

Time nak dapat invois, aku tanya kot-kot aku leh bayar untuk 12jam, since aku nak amik pun malam.
Tapi staff tu cakap 'Tak boleh. Kena bayar untuk 1 jam punya service.'

Pulak!
Tapi aku ikutkan je.

Lepas bayar deposit RM50, aku tanya la..."Okay..kalau macam tu boleh la akak ambik lepas balik keje dalam pukul 4 or 5."
Tapi staff tu jawab... :"Err..ambik pukul 6 lebih boleh tak?

Pulak!
Tapi aku ikutkan je (lagi).

Balik dari keje, aku malas nak singgah sebab dah aku fikir...Eleh kejap lagi lepas maghrib la aku collect terus.

So, lepas maghrib baru aku gi kedai tu.
Korang ingat ekkk...
Aku bayar servis 1 jam, sepatutnya kol 3 aku dah leh ambik...tapi aku pegi ambik pukul 8 pm macam tu.

Sekali...time aku nak collect, aku perasan ada kesilapan kat spine tesis tu.
Ada satu perkataan kat title tu missing. So tajuk aku jadi macam tergantung.

Arakian menengok dahi aku berkerut, staff sorang lagi tanya kenapa.
Dan dia assure aku boleh fix. "Takpe kak, kitorang buat balik. Kejap je. Akak pegi la minum dulu kejap."
Fine.

Aku & family pun pegi lepak kat Khalifah sambil melayan Banuk yang sekali-sekala balik ke Malaysia makan kari kepala ikan.
So, dah lebih kurang sejam lebih kat situ, sebab sambil borak kan..tak terasa masa berlalu.

Tau-tau je staff dari kedai tu call..."Kak, akak punya tesis ni dah siap. Boleh datang ambik dah."

Ahhh...legaaa.
Maka bergegas la aku ke kedai tu balik.
Aku suruh MrHubby tunggu dalam keta je. Ye la kan, setakat nak collect tesis yang dah siap (kononnya).


Malangnya drama tidak berakhir di situ sahaja.

Jeng jeng jeng...



Aku belek je hardcover tesis tu...ADA SILAP LAGI!!!!
Kali ni kat bahagian lain pulak!
Kat nama aku pulak.
Grrrr....

Aku bagitau la staff tu. Muka dia dah semacam.
Aku kata tadi bahagian ni dah okay..kenapa dah fix kat spine, bahagian depan pulak gi ubah?

Takpe kak..takpe kak. Kejap je kitorang buat balik. Akak tunggu jap ye.

Muka aku dah mengalahkan kemasaman apple cider vinegar.
Aku bebel...
Saya ni bayar untuk servis 1 jam. 
Dah la datang ambik lambat. 
Salah sampai 2 kali. Saya nak cepat tau tak?

Staff tu suruh aku duduk dulu.
Tak lama lepas tu, dia datang bagi resit baru kat aku..tanda diorang tak charge aku servis 1 jam.

Aku tanya, berapa lama lagi ni?

"Aaaa...dalam setengah jam."

Monyok aku duduk kat kerusi tu, sambil main henpon.
Ada jugak aku viralkan ni kang. Geram betul.
Ni la masalahnya bila niat nak tolong bisnes Melayu. Huh!

Dah dekat setengah jam, aku call MrHubby yang menunggu dalam kereta. Aku suruh dia datang ke kedai tu.

Untuk apa?
Untuk tolong mengamuk.

Sebab kalau aku mengamuk, it's gonna be ugly.
Silap haribulan, aku maki semua staf dan hempas dan terajang segala mesin yang ada. Dah la time tu aku pakai jubah. Memang confirm ugly punya la.

MrHubby masuk dengan muka yang baik. Belek-belek henpon sambil menunggu.
Hangin la aku.
Maka aku suruh dia bertindak. Hahahaha.

Time tu aku perasan staff-staff lain dah berbisik sesama sendiri tentang kes aku. Nampak la diorang berhand gesture '2x silap, nak kena buat 5 copies...'
Ahhh..ada aku kesah?

Aku cakap "Dik, 30 minit dah habis dah. Tak siap lagi ke?"

Time tu masing-masing buat pekak tak jawab soalan aku.
Tak tau la diorang pekak ke, diorang bisu. Tapi masing-masing buat tak layan soalan aku.


Kemuncak la kan. Apa lagi?
MrHubby pun bebel kat staff kaunter, tanya mana manager? Dia buat tak layan.
Padahal masa mula-mula aku masuk tadi aku dah nampak sorang tu pakai tag yang dia tu supervisor ke apa ntah.

Tiba-tiba MrHubby ternampak sorang lelaki berumur sikit ala-ala boss, mengarah staff angkut barang. Hah!
Tidak syak lagi..itulah orangnya!

So, dia pun pergi slow talk dengan boss tu.
Murni kan laki aku?
Hmmm...

Dia explain kata sebenarnya kitorang nak kirim tesis tu kat orang yang nak balik malam tu dengan flight. Sebab tu nak cepat.

Nasib baik la si boss tak membela kebengapan staff dia. Dia cakap "Tu la, staff saya ni kadang-kadang diorang tak tau apa yang diorang buat tu menyusahkan pihak lain."
"Boleh saya tahu berapa total semua?"

Aku pun bagi resit/invois.

Tiba-tiba, dia hulur duit berapa ratus ntah kat MrHubby.
Blur jap kitorang.
Eh duit apa pulak ni?

Lepas tu, baru terfikir...ooo dia ingat kitorang dah bayar full kot. Mesti dia silap tengok resit tu.
Mujur la kitorang tak jahat.
So kitorang pun pulangkan balik duit tu dan explain sebenarnya tak bayar full lagi. Lagipun bukannya niat kitorang nak pao kedai macam tu. Cuma nak ingatkan...kalau gitu la gayanya staff dia berkerja, harus la customer lari. Company pun boleh bankrap kalau selalu sangat silap macam tu.
Dah la company Melayu-- buktikan la servis tu elok sikit, macam bangsa lain berniaga.

Aku yang noti ni siap cakap kat MrHubby "Huh...Kalau tau, siang tadi bayar deposit RM10 je."
Wahahaha.  Bagi betis nak paha kan?

Kalau tidak, jangankan tak payah bayar, siap earn duit pulak aku tak pasal-pasal.

Tengok ni, muka tersengih jap setelah hati yang membara disiram air. :-P

Siap je binding yang kali ni betul-betul takde salah, kitorang pun terus bergegas keluar.
Time tu dah kol 10 lebih dah kot.

Ke mana?
Ke rumah Adam kat Section 7.

Adam  ni baru je first time kitorang jumpa. Sebab tu la segan nak gi lewat malam.
Dah la nak minta tolong, takkan tengah malam baru nak gi rumah orang kan?



So, ni la dia...


4 copies yang aku hantar melalui Adam.

1 untuk Adelaide Graduate Centre,
1 utk Dino, 1 untuk Sharyn dan 1 lagi utk JEdwards.


Dan bukti submission, Adam whatsapp gambar ni kat aku.
That was the whewww! moment for my PhD.


Terima kasih Adam sebab susah payah bawak berat-berat dan tolong hantar ke AGC. Adik undergrads mana la biasa ke AGC, tapi gigih jugak la dia tolong cari.

Semoga Allah permudahkan urusan Adam sebab tolong aku.



Wednesday, April 6, 2016

Cikgu sekolah ajar rude word?!?


As usual, balik kerja, aku akan pusing ambik Lil Adib from kindy. Bergurau-gurau. 
Lil Adib memang kalau ditanya, dia tak cerita. Soalan biasa aku- what did you eat at school? blablabla.
Sebab benda tu jugak yang aku cerita masa on the way berjalan balik dengan Tok dari tadika dulu.


selfie in the car-on the way to school



Then detour untuk jemput Lil Adam. He hopped into the car, and sat on the co-driver seat.
Biasanya dia akan tanya "How was your day, Mama?" 
Dan soalan tipikal aku...Do you have any homework? What do you wanna have for dinner?"

Tak macam Lil Adib, Adam ni-- sekali dia cerita, jenuh nak kena suruh senyap jap. Hahaha.

"Mama, today we learned about aurat."

"Ooo..that's good. Do you wanna share with me what is the aurat for boys"

"Hmm.. it's the belly button and the knees"

Aku dapat idea nak usik dia.. "What?!!! You mean, when u solat, u just have to cover those two, but not the parts in between?"

"Hahahaha. I mean from the belly button to the knees. I know you know it"

Lepas beberapa minit diam...tetiba dia kata
"It must be very hard to be a girl. I won't be able to cover my aurat if I were a girl"

Dan aku pun mula ceramah free. "You see. That's why it's easy for girls or women to go to hell, as easy as it is to go to heaven--when they give birth, pot-pet-pot-pet-potpet...."

...to which aku cuma dengar dia reply "Oooo...." 

"Just now, Abang E*** (the male teacher) didn't know how to say (._I_.)"

Aku rasa, maksud dia...he tried to avoid using the word 'breasts' lah kan.

Lil Adam sambung cerita... "So I suggested. ..Bon-bon!"

Hahahaha. Lawak pulak aku rasa.
That's our code word for boobies, masa anak-anak kecik dulu. Just bcoz aku tak nak anak-anak cakap kat public "Nak t*t*k!!!" or  "Mama, nak n*nen"--which is a common term for it. Hence the bon-bon. 

So, did everyone laugh?--aku tanya.

"A bit, but Abang E*** said, okay..let's use that word."

"You see... it's good to have code word, isn't it?"



Conversation interrupted kejap... sebab aku dengar lagu best kat Kool FM. Jadi aku pun join melalak penuh perasaan.
Lepas ni, sapa-sapa ternampak aku tengah semangat menyanyi dalam keta, sila buat-buat tak nampak ye.

Habis lagu....masa lalu roundabout....

"Mama.. today at school Abang E*** said the S word"

Terkejut aku. "Hah!!!! What?! What S word?"
Panic, tapi tetap kena focus on the traffic.

"You know, that rude word."

"You mean S.H.I.T?" ---aku terpaksa eja supaya Lil Adib tak pick up the word.

"No. It's the other one."

"So which S word?"

"S.E.X" --Lil Adam spelt it out, half whispering. Again, supaya Lil Adib yang dok kat belakang tak dengar.

Aku cuak. "Hoh?! Why would he say that?"
Kepala aku mula berfikir laju. Sel-sel otak mula berhubung, umpama Ahmad Maselan makan coklat minda. Takkan dia cerita pasal sex pulak.
Ahhh...  Takkan derjah 3 dah belajar Sex Ed?!


Lil Adam sambung.. "No, it's during the class. You know, when men and women.........."

Ahhhh...sudah. Takkan cikgu dia advanced sangat, tetiba nak ajar pasal aurat time beromen sex?! Aku mula fikir pasal well-you-know lah kan...

Dalam aku tak boleh focus sebab banyak kereta kat jalan, Lil Adam sambung lagi... "Abang E*** said, if people are of different sex, like men and women.... the aurat is....blablabla......"


...........
...........................
.............................................


"Ooooohhhh... ajnabi. Mahram."
*facepalm*

Fuhhh... berpeluh aku!

Betul lah sex, memang dia kena guna terms 'sex' pun. Bukan gender. 

Cepat sangat propa mama nye pun!
Kehkehkeh.

 ************************************

Gambar ni aku ambik dua malam lepas, masa gi klinik. 
Time tu aku eavesdropped dah terdengar Lil Adam bacakan pamphlet tu kat adik dia...
Lil Adib mengikut je word-by-word.



Sampai part bulatan tu ada dengar dia sebut "This is S.E.X. You cannot say this word, adik. It's a rude word."


:-P
Hahaha. Lawak... lawak.....


Friday, February 19, 2016

The 'palings' sejak aku kembali ke pangkal jalan



It's been a month that I am back in Malaysia.
Ada kengkawan yang tak tau lagi. 
Ada yang baru je tau. 
Ada yang baru message nak verify.

Kalau lambat tau tu, toksah dok buat sentap la no? 
Sebab boleh dikatakan memang aku tak bagitau sesapa pun, even my family. 
Orang-orang kat Adelaide pun ada few je yang aku bagitau. 
MrHubby's family pun baru tau masa kitorang dah nak fly back home. 
Itu pun sebab masa sebelum boarding, tetiba MrHubby cakap... "Jom kita post satu gambar kat Facebook!"
Maka kelam kabut la kitorang curi-curi nak upload masa dalam flight, sebelum terputus network. Bahahahahaa
 
Yours truly with the ladies. Maisarah, Aida, Titin, So Young, Jane and Yati- selamat meneruskan perjuangan! *macam la So Young ngan Jane paham  BM* :-D

Anyway... Alhamdulillah, setelah sekian lama.. akhirnya aku pun kembali ke pangkal jalan.
FOR GOOD, InsyaAllah.
Dengan hati yang lega, Alhamdulillah.
At the moment, we are still adapting sikit-sikit. 
Benda yang paling @%$#^@#! yang aku notice dal sebulan ni adalah....


Paling lawak
First hour jejak Malaya, masa dalam kereta on the way from KLIA, Lil Adam asked MrHubby "Ayah, what is that building doing in the middle of the road?"

Nak tau building apa? 


Plaza tol.
Hahahahahahahaha.
Belum lagi dia tanya "Why do we have to pay?"--kang jenuh berpeluh nak menjawab.

Paling homaiii
Harga barang. Rasanya baru 3.5 tahun aku tinggalkan Malaysia.  
Tapi awat harga semua benda naik, sama naik dengan perut aku Ayah Pin naik ke langit.
Ada sekali tu, aku bebel-bebel harga barang mahal, tetiba Lil Adam mencelah "What do you expect, Mama? This is Malaysia! Of course everything is expensive."
Walaoweyyy... betapa anak aku yang baru 7 tahun pun dah boleh conclude.
-____________________-


Paling tak tahan
Panasss! Dulu-dulu belajar Geografi, Cikgu Zarina emphasised on how lucky we are dok kat garisan Khatulistiwa blablabla. Tapi, aku rasa, dah takde makna dah semua tu.  
Tsunami, gempa bumi semua tetap Malaysia kena.

Dan dalam konteks aku ni... BasKet okay! Phew! Aku yang susah berpeluh ni pun rasa tak selesa. 
Dah terbiasa dengan Adelaide yang hot and dry. Huhuhu


Paling annoying
Attitude of the road users (read: road bullies). 
Yang cilok kat roundabout, yang takde courtesy untuk bagi org susur masuk ke jalan besar atau tukar lane. Dan yang paling membuatkan laki aku berbulu bulu apakah? adalah bila orang tak berhenti kat traffic light merah. Bongok sangat kan?
AES sibuk pasang merata, tapi benda basic orang langgar, selamba kodok je.


Paling jenuh
Kena drive laju-laju exceeding speed limit. 
Almaklumlah dah lama aku drive sambil relax 60 km/h je.. tetiba kat Malaysia ni, rasa keta belakang asyik 'mencucuk' je. Walhal dah 90 km/h pun.
In other words, memang driving kat Malaysia, hati tak boleh tenang. Huhuhu


Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku sabar banyak-banyak dengan keadaan kat Malaysia ni...
dan kerajinan untuk backdate segala entries tertunda in the past few months. Aminnnn...
Huhuhu.

Friday, November 27, 2015

My 3rd award this year!


I have never thought that  my PhD journey would be this rosy (the bumpiness is typical lah kan?!).
After the success in Seoul in June, and the Merdeka Award in August... on 23rd October, dapat pulak High Commendation for Academic Excellence-Postgraduate by Research at the Governor's Farewell Party for International Students.

The organiser (StudyAdelaide) bagi 4 passess je, tapi sebab aku best, aku ada extra 3 passess for my guests.. Hehe.
Sangatlah gumbiranya bila dapat ajak Dino, Jane and So Young sama-sama attend. Sayangnya Sharyn tak boleh datang.


Niatnya aritu nak pakai baju kurung la kan, sebab dah event untuk International Students dengan Governor... tapi sebab pagi tu tergedik-gedik sejuk time nak keluar rumah, maka aku pun pakai baju lain.
Sekali, bila dah petang, panas la pulak. Hampas!

Masuk ke laman Governor House (that was my 3rd time there), nampak ramai students tengah bergambar in groups.
Aku pelik sebab selamba je diorang ni pakai ala-ala summer clothing. Kot ye pun santai, ikut la dress code smart casual tu.


Budak-budak sekolah pun ada... sebab ada awards untuk kategori sekolah.

 

Tapi, aku terus masuk ke dalam khemah. Eh. Khemah pulak... bunyi macam camping je.


Anyway, sambil tunggu yang lain....kitorang mabuk-mabuk minum-minum, sambil bersembang, dan bergambar.



 Sambil menjamu tekak...sambil jamu mata. Eh.

So diverse!


Lil Adam and Lil Adib, high sugar bila dah minum Coke. Hewhewhew.
Apa-apa je la nak oii, asalkan korang tak buat perangai.


Bila start majlis, Governor masuk... dan nyanyi national anthem.


Ucapan dia tak meleret-leret, tapi menarik. Tentang life dia masa awal-awal sampai ke Australia.
He has good sense of humour too!


Lepas tu, terus la proceed dengan award ceremony. 
Start-start je terus kategori Academic Excellence-Postgraduate by Research. Tak sempat nak saspen, mula-mula sekali nama aku dah kena panggil naik stage. Hahahaha. 

Awards semua disampaikan oleh Governor lah...His Excellency the Honourable Mr Hieu Van Le.


Yay! Alhamdulillah....
And I'm glad that this time I have my loved ones around me.



Selain Academic Excellence awards (postgrad, undergrad, vocational, pathways and school), ada jugak Sports Award, Artistic Awards, Community/ Volunteer Awards.
sila tepuk tangan sampai pedih tapak tangan ye

The winner of the International Student of the Year was Jungeun Kim (Korean).
Dalam speech dia, dia cakap cita-cita dia nak jadi cikgu. 
Aku rasa kalau kat Malaysia, mesti mak bapak dia dah luku danpaksa jadi doktor ke...lawyer ke. Hahaha.



Group photo with the Governor!

Turun stage, time for photos with special guests.
 Dino--I can tell, he's proud of me! :")

Jane, my lucky charm.
SoYoung, my dear friend.

Semestinya ada jugak gambar dengan my backbone... Cinta, Little Cinta and Mini Cinta.

 
Bila ada event macam ni, harus la asobiyah lebih sikit kan?
Hahaha... so, kita bergambar dengan award winners dari Malaysia saja... featured here- adik-adik MASCA (Intisaar and Rehanna), yours truly, Oscar, Azwa and Tung Chin.


 Kat luar, rupanya sakan jugak diorang bergambar... The StudyAdelaide team.



Suka aku tengok family dari Iraq ni. Huda is a winner of Academic Excellence for Postgraduate by Coursework.
 

 ..model-model deodorant jenama baru.
Hewhewhew

 And of course dengan orang kuat StudyAdelaide jugak... Rachel and Karyn.
 ...and Lisa!


Thank you very much, StudyAdelaide.
You guys have made my stay in Adelaide more colourful!

Kalau ada apa-apa award lagi nak bagi, sila la bagi... sebab bila aku bagitau Sharyn, dia cakap aku kena dapatkan satu lagi award, sebab so far, dia takde masa aku terima tiga-tiga awards. Hahahaha.


Last but not least, pics with my dear who have supported me along the way. I couldn't have done it without you! (eh...macam ayat Dora the Explorer pulekkk!)


Walaupun takde dalam gambar ni (because they are away), I owe this to Abah/Mak, DrWan and Ross too. Dan semua-semua la yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. Terima kasih ye.
Alhamdulillah.

Sunday, November 22, 2015

Can't you sleep, little bear?


It was Lil Adam's favourite book once ago, but now when we found this book at the Sunday Market... aku sebagai mak-mak, jadi sangat gedix.

Buku yang Lil Adam punya dulu kecik je, about palm-size.
Yang ni besar....siap ada DVD gitu.

Memandangkan buku Lil Adam ada kat Malaysia, lambat la lagi baru nak dapat introduce cerita tu kat Lil Adib. So, of course la aku beli!!!

Tengok muka budak-perasan-comel-macam-babybear ni....



Sampai part bear tu try tidur, Lil Adib pun kemain buat-buat tidur... :-P


"I can't sleep. I'm scared of the dark!!!"


Hahahaha. Notty Adib.

I think the story is cute.
You might wanna listen to the story HERE 

Nuffnang ads

My Heartbeat