Thursday, October 9, 2014

Selfie dgn (mantan) PM Aussie. Kau mampoo?

Last week, aku telah nge'date' dengan PM Aussie. Eh..bukan Tony Abbott.
Former PM- Julia Gillard.

Bila dapat je invitation, terus excited. Kalau PM negara sendiri nak datang, aku tak tau la aku excited cenggini tak. Hewhewhew.

Tengok tu, nampak sangat gedix nye. I mean, orang kat belakang-belakang aku tu.  Aku kan kesopanan dan kesusilaan, mana ada gedix. Tolong la percaya -___-


Well, Julia Gillard is the 27th PM of Australia--- a female!
In fact, the first female leader kat Aussie.
Woh. Bunyi macam feminist pulak.
Alaaa... it's nothing new pun. Sekarang ni dah ramai PM pompuan.
Eh. Bunyi macam familiar pulak.

Haippp.. haippp! Aku tak maksudkan 'yang tu'.  
#ifyouknowwhatimean
Kehkehkeh.


Venuenya kat Bonython Hall--- tempat untuk convo.
Maka lagi la bersemangat aku nak pegi. Amik feel sikit.
Semoga bila aku masuk untuk convo nanti, takde la terpinga-pinga sangat.



Mula-mula, ada introduction la sikit.
Julia this..Julia that.
Tetiba aku terfikir- dia ni dah jadi Professor kat University of Adelaide ni, tapi takde pun orang address as Prof. Gillard.
Takde pun poyo-poyo macam orang Malaysia, yang kalau dah jadi somebody tu, mesti nak suruh orang sebut nama dengan title sampai-nak-abis-nafas-orang-menyebutnye. Hmmm...

Then, she talked about her book.
The book that tells about her experience as the PM for 3 years 3 days.
Cerita dari campus day, sampai career dalam bidang law, sampai la dia naik dalam Labour Party.




Katanya she wrote the book during summer. Dalam hangat lit-lit heatwaves tu, siap mengabaikan Christmas dan New Year lagi. Giler ahhh terer.
Kalau kita? Panas-panas, mana boleh nak berfikir. Raya lagi la... nak cuti sampai seminggu.
Hahaha.
Anyway, dia kata dia tau... that is something academics wouldn't be impressed at--- that SHE COULD WRITE SO MANY PAGES IN SUCH A SHORT TIME.
Tapi bagi aku, aku kira inspired la jugak.
Ye, aku pun boleh menulis. TULIS BLOG.
Eh, eh. I mean...thesis.

Anyway, aku sukaaa sangat cara dia bagi talk. 
Tak monotonous, macam PM lain yang selalu baca je teks.
Teratur. Phrases yang dia guna, macam ayat dalam journals.
Dalam buku tu jugak, dia tulis bukan je tentang success, but failures too!
That makes me think--- berapa ramai je orang yang dah jadi somebody yang sanggup admit their failures?  Especially POLITICIANS! 
Bertuah sangat nak ngaku kesilapan dan kegagalan sendiri melaksanakan tanggungjawab.
Contohnya... Dah sah-sah buat statement tak masuk akal pun, tetap harap orang puji.
Dah terang-terang bangang pun, tak nak ngaku lagi. Kan?
Eh. Bunyi macam familiar pulak.
Lalalalaaaa.....

The talk went for just about an hour.
Lepas tu ada book signing session kat Learning Hub.


 

Sambil mengudap muffins dan cut fruits.




Eh..tajuk kemain da bomb.
Mana gambar selfie nya?



Ni...ni....
Haaaa...mak selfie dengan Julia Gillard tau.
Kau ado?


Alaaaa...ye la..ye la...
PM Malaysia pun kaki selfie.
Aku redho je la dengan fakta tu
-_____-


Tuesday, October 7, 2014

When I least expected it...


Pagi tu, aku kelam-kabut sangat.
Cari baju yang nak dipakai, tetiba tak jumpa. Walhal biasanya kalau ada events, presentation or photoshoot, aku memang akan prepare awal-awal nak pakai apa. Kali ni, aku meraban cari tak jumpa...so main capai je la mana-mana yang agak matching.

Pagi tu jugak, cari MetroCard (untuk naik bas) pun tak jumpa.  I spent a good 15mins searching my bagpack, only to realize maybe aku letak dalam bizcard holder which was nowhere to be found (sekarang dah jumpa dah la!)

Lepas tu, rush hantar Lil Adam ke sekolah, dan hantar Lil Adib kat sitter... 
 
I was lucky though sebab tak terlepas bas. Tapi terpinga-pinga jugak la aku cari Hickinbotham Hall tu once dah sampai ke National Wine Centre. Tiap-tiap hari lalu je, tak pernah masuk. Events pun banyak je dibuat kat situ, tapi tak pernah pergi.


Dan nasib baik jugaklah Jane offered to put up my poster. So, by the time aku mencungap sampai, poster dah ta-daaaa! .... siap terpampang. Mihmihmih.
So, here we are, at the 2014 Florey FHS Postgraduate Conference!


Jadi boleh la aku buat-buat cool terus join opening ceremony masa baru sampai tu...
Buat muka paling khusyuk dengar ucapan pembukaan, walhal aku sempat dengar tak sampai 5minit pun.


Banyak gak poster rupanya. Macam-macam rupa ada. Yang oversized pun ada, despite organizer dah bagitau saiz board.
Aku tak tinjau sangat awal-awal tu sebab poster aku yang ke-10, takut kang tengah bergumbira meninjau-ninjau, judges sampai pulak.

So, aku just berdiri sengih tepi poster la.
Time tu baru gelabah pikir... "Alamak. Ni nak present apa ni? Tak prepare langsung!"


 (Amongst) the judges in action

And...yours truly in action.
Entah apa aku kelentong kat judges tu, tak tau la. Dengan takde preparationnya, aku cerita je semua.
Sambil explain, sempat lagi sengih kat camera. Memang takbolehblah betullah.

Thanks Yati, for coming... Izzah memang confirm datang, sebab dia pun present.
Thanks too for being interested to know what is it all about. Hehe.
Habis present, baru la gi kacau kawan-kawan lain. Hehehe.


Izzah and her poster...

Syahr.
 Manasi...

Dana

Jane.

Selain muka-muka kengkawan (my old) writing group, kengkawan yang baru aku kenal kat 3MT aritu, pun ada.
Maybe sebab all of us in (about) the same stage of the study. So masing-masing semangat la nak participate.



Masa yang dinanti-nanti... Makan time!


Humang aiii... sedapnya scones dia!!

Scones tu telah berjaya membuatkan aku craving seminggu selepas conference.
Tak pasal-pasal masa tengah buat keje kat ofis, aku terasa gatai tekak nak makan scones.


Actually, lepas present kat judges, paling lambat pun, lepas lunch by noon tu aku dah nak pegi la ke ofis. Takde la benda urgent pun, nak minta sign daripada Sharyn untuk Annual Review form aku je, which could be done on the following day... dan nak edit balik report aku (kalau dah dapat feedback).


Tapi, Izzah ngan Syahr telah meracun aku supaya stay untuk award ceremonies. "MANA LA TAU KOT-KOT MENANG KE..."kata diorang.
Sebab nanti Prof Warren Bebbington yang sampaikan award. Hahaha.
Dengar nama VC je, aku terus berubah fikiran. Apakah?
So, lepas lunch, aku gi ofis dan pegi  balik ke conference venue (instead of balik rumah direct dari ofis).
Penat jugak la, sebab aritu aku naik public transport...kena bergegas-gegas. Sempat dok ofis pun 45minit je.



Sebelum award/closing ceremony, ada presentation oleh finalists 3MT. Time ni aku bersyukur sangat aritu tersungkur di semi-final. Kalau tidak, mesti  basah ketiak nak kena present depan ramai orang. Hahaha.

Rupanya ada banyak gak awards, ada yang sponsored by banks and other companies, ada yang daripada fakulti.... Tapi dalam banyak-banyak tu, takde pulak nama aku dan kengkawan yang sebaris dengan aku dipanggil. Chaitt!!
Dalam pada aku rasa dah takde harapan dah tu, tetiba... aku dengar nama aku dipanggil.
Eh?
Eh?

Wahhh...macam mimpi!
Alhamdulillah...dapat award daripada school AUD500.



Next, terus nama kawan yang berdiri sebelah aku pulak, Manasi. Dia dapat AUD300.
Hihi..seronoknya.

A pic of those with awards on that day!
;)

 ...and Jane who saved the day, tolong aku put up the poster (and bcoz she's my writing buddy too!)


Cenggitu la. Dapat pun when I least expect it.
Masa dapat Best Oral Presenter kat ICCE dulu pun, aku dah cabut balik...
Aku tak tunggu pun conference habis. Sebab aku bukan jenis tinggal-tinggal anak kecik, walaupun boss aku suruh tinggal je anak aku kat maid dia. Hang gila? Dengan hang pun belum tentu aku tinggalkan anak aku, ni kan pulak dengan maid hang! (what kind of mother is that?)

Tapi, masa tu, aku tak pernah bother pun ada awards bagai ni. Tak pernah tau pun wujudnya benda-benda awards ni.
Bila dah tau, pegi SKAM kat Langkawi ngan conference kat Dubai pun, takde la aku berharap sangat, sebab aku rasa memang entah apa-apa je aku present time tu.

See... see... Allah bagi something bila kita dah susah-payah (dan bila kita tak put high expectation?).

So, next time takleh berharap la kan?
Dan jangan mengeluh la kalau ada kena harungi kesusahan. Heeee....
*chaiittt. cakap pandai!


Muka tersengih riang balik ke rumah aritu

Tuesday, September 30, 2014

Another year wiser

Sebenarnya takde la lama mana pun aku mengabaikan blog ni. Cuma sebab banyak sangat entry tertangguh, so terasa macam lama pulak. Ehehe.

Tak lama lagi nak buat birthday party Lil Adam, ni  baru terhegeh-hegeh nak post pasal birthday MrHubby. Nampak sangat outdatednye. Hehehe.
 
Aritu, aku kena gi ofis dan MrHubby bawak anak-anak menakan (Along Fairuz & Angah Fazlin) yang datang bercuti gi jenjalan, so kelam kabut jugak la aku balik.
Kena beli barang, fetch Lil Adam dari sekolah, beli cake, minta Lil Adam tolong kemas rumah, masak...

Nasib baik sempat...



So malam tu we had a light dinner. Breaded fish and chips and blablabla, and Portuguese egg tarts.  Lepas solat semua, duduk kat lounge room...

 

Lil Adam played the birthday song.
Terer gak dia.

Aku try nak show off kat MrHubby pun, dia tak impressed... sebab aku tak hafal notes. Kehkehkeh.



From now on, ini la tukang tiup lilin kitorang---Lil Adib.
Tingat Zaim (anak KakSurah) dulu... tak kira birthday sapa pun, dia nak gak tiup lilin. So, kena la nyalakan balik lilin tu. Same case here.
 








Happy birthday, Cinta!
Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah.
Rezeki duit yang mencukupi, rezeki kesihatan, rezeki anak yang baik/isteri yang noti, rezeki  dipermudahkan segala urusan.

Mesti ada yang perasan--- Amboi celebrate birthday, siap berkebaya/ baju Melayu? Hang ingat hang artis? 
Eh.. artis pun celebrate birthday tak pakai kebaya tau, siap kat kalabun-malami lagi. Hahaha. Actually lepas tu,  kitorang nak pegi Majlis Raya.
Ye, majlis raya posa. Kan raya haji tak lepas lagi. Haaaa..kantoi...nampak sangat dah lama cerita ni. Okay la tu.. selagi belum raya haji, kira valid la kan?
Hehehe.


 

Friday, September 12, 2014

Kecik-kecik lagi dah pandai menipu

Masa raya aritu, kemain suka orang tengok iklan TM. Yang kononnya kata perangai adik tu comel. 
Ada-ada je alasan dia.
Tapi aku tengok dari perspektif lain. Kecik-kecik dah ajar budak-budak menipu dan anggap benda tu perkara biasa. Haaa...comel tak?


Sekarang ni dah kecoh isu menipu dalam exam UPSR, kecoh pasal paper bocor ni... ada yang nak kata comel tak? Hahaha
 

Sebenarnya, aku malas dan meluat sangat nak buat entry pasal isu paper UPSR bocor ni. Ye la...UPSR je pun.
Elehhhh... bangunan lagikan runtuh, bumbung pun boleh bocor...inikan pulak soalan exam!
Desperate sangat nak pulun semua A.

Kita dulu-dulu belajar jugak, pressure jugak. Tapi takde la teruk sangat. Maybe time tu cikgu-cikgu, Guru Besar, PPD semua tak desperate nak jaga status sekolah. Cap ayam pun, cap ayam la.
Tahun aku UPSR, kalau tak silap, tak sampai 10 orang pun dapat straight A's  kat SKTL. Takde nak gah apa pun. Aku pergi register kat sekolah menengah harian (sebagai formality je, sementara decide nak masuk sekolah mana), cikgu tu yang offer nak rekmen aku masuk boarding school (SBP). 

Tapi ye la kan... sekarang ni, dah wujud kasta SBP/MRSM/Sekolah Integrasi/Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyak sangat dah. Sampai aku pun tak tau which is which. Zaman aku, kira SBP je la paling dewa.
Bila dah ada banyak kasta ni, mak bapak dan cikgu jadi overexcited. Bila keadaan terdesak macam ni, mula la ada bangsat yang buang amanah ke tepi dan nak kaut untung. 
Yang menjual satu hal... yang membeli pun, dua kali lima la. 
Cikgu pun bersatu-padu pulak tu. Share kat email, share kat Whatsapp. Demi menjaga prestasi sekolah kekdahnya. Hebatttt...hebatttt.

Dengar cerita, sebelum-sebelum ni pun dah pernah jadi kes bocor ni. Cuma kecoh dengan tak je. Tapi tahun ni, umpama kena-penampaq-sampai-melekat-kat-dinding la kot. Sebab kantoi-sekantoi-kantoinya.

Siap ada buat formula ayat macam cerita untuk hafal tuuuu...
 
https://www.facebook.com/mangkuk.hayun.7?fref=ts

Dollah Cakap Aku Cinta Budak Baru ---wakakaka! Takbolehblah.

Terjejas la pendapatan Tok Bomoh untuk dapat pengeras jual air penerang hati, sebab khidmat dah tak diperlukan.
Kesian orang yang buat bisnes kismis doa, coklat minda, air zam-zam tawaf 100 pusingan (ada ke ni? aku main tibai je. Apakah dia kendong tong air zam-zam sambil tawaf?). Mesti tak laku. Buat apa susah payah makan semua tu kalau cuma perlu hafal formula tu saja.

Kalau aku dulu, excited dapat wakil sekolah attend Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR kat Al-Irsyad, jumpa kawan-kawan pandai dari sekolah lain. Aku rasa lepas ni, Kem Kecemerlangan pun dah tak dapat sambutan.

Ni la masalahnya bila semua surface. Exam-oriented.
Semua nak pulun biar on paper (dalam transcript) nampak huruf A je terkangkang. 
Tak nak ada huruf lain.

Kang aku kutuk pasal sistem ni, orang kata pulak "Macam la sistem pendidikan kat Australia tu bagus sangat!"
Tapi nampak gaya macam tu la. Kat Malaysia, seolah-olah kalau tak dapat semua A masa darjah 6 kira gelap terus la masa depan!

Walhal, aku bersembang dengan Sharifah aritu, dia pun admit... kawan-kawan dia yang corot masa sekolah dulu pun tau-tau sama study dengan dia kat UK. Kawan-kawan aku yang biasa-biasa dulu pun (tak pernah naik stage pun tiap kali Hari Penyampaian Hadiah), ada yang lagi hebat daripada aku sekarang.
Maksud aku, UPSR bukanlah segalanya. PMR, SPM pun sama.

Tapi standard la... mesti ada tekanan daripada mak bapak. 
Sedara-mara.
Jiran tetangga.
Sibuk je nak tanya result anak orang. Huh! Lepas tu canang la anak dia masuk sekolah ni la, universiti itu la. Ye la, makcik... anak awak sorang je paling hebat di mayapada ni!

Tapi, aku rasa mak abah aku kurang pressure kot masa nak jawab kalau orang tanya pasal result aku dulu.Nasib baik.
Aku tak tau la nanti anak-anak aku balik sekolah kat Malaysia macam mana. Nak-nak pulak sebab aku sendiri competitive. So, boleh ke aku buat derk je dengan isu macam ni? MrHubby dah warning aku siap-siap dah, jangan freak out. Hewhewhew


Haihhh...
Kalau bab nak revise gaji, lajuuu je jawatan cikgu yang disebut-sebut. Maklumlah... pendidik anak bangsa, pemangkin kemajuan negara. Geng-geng lecturer macam aku memang tak menyumbang apa-apa pun. Sebab graduan jadi doktor, jadi engineer, jadi lawyer.. semua kerana pendidikan kat sekolah kan? Bukan kat universiti!  #tangandibahumatakeatas



Aku tau, bukan semua cikgu macam ni. Ramai kawan-kawan sekolah aku pun sekarang dah jadi cikgu. Dan aku harap diorang tak masuk dalam kategori tak amanah ni...sebab masing-masing dah tahu pasal integriti halal/berkatnya gaji. 
So, toksah la buat-buat meroyan pulak lepas baca entry aku ni as if terlepas pandang ayat aku yang dituju kat cikgu-yang-tak-amanah-saja ni. 
Kang aku kata sapa makan cili banyak, dia yang cirit-birit.... baru tau!

Ye, aku sedia maklum... cikgu-cikgu pun ada dilema.
Mak bapak bebankan cikgu untuk ajar anak diorang jadi pandai. TAPIIIIII....
Ha...ada tapi di situ.
Jangan cubit, jangan jeling, jangan marah, jangan rotan,
Jangan calar sikit pun secara fizikal. Emosi pun jangan calar.
Kalau tidakkkk... "See you in court!"

Aku cuma rasa kebocoran exam papers ni menyerlahkan ketirisan dalam security and safeguarding the integrity of the exam. 
So, MOE la kena belek balik dan tighten up mana-mana yang cacat tu.
 
Malu la weh bila nampak masyarakat kita 'kiasu' sangat sampai sanggup menipu, walhal untuk UPSR je pun.
Kita pom-pang-pom-pang kat anak suruh jadi baik, yet we show them (at the age of 12??), it is okay to cheat? Kejadah apanye?
Then bila anak-anak jadi remaja, diorang punya moral tu ke laut, kita salahkan sebab tak belajar Pendidikan Moral. Eh?

Kalau takat cacat kat procedures (untuk jaga keselamatan exam papers supaya tak bocor lagi), boleh ampun lagi. Sekejap je boleh dibetulkan. Meeting, keluarkan arahan, put in in practice.
Tapi ni dah kira cacat character. Kalau yang ni, makan masa lama nak dibetulkan. 
 

Sekian entry emosional aku.

Calon UPSR SKTL 1992, 
Angka giliran PA010 K008

Tuesday, September 9, 2014

Orang kaya makan mahal-mahal

Kalau kat Malaysia, aku pun tak perasan how often aku gi makan tempat mahal-mahal. Sebulan sekali? Entah la. Takde jadual pun.
Kat sini, kali ni aku buat jugak la. Alaaa bukan selalu pun kan? Sesekali bajet diri tu orang kaya. Muahahaha.
Asalnya nak gi somehwere else, tapi dah fully booked. Dah ad-hoc gitu, mana la ingat nak plan ahead kan?
So, we ended up pegi Sammy's on the Marina at Glenelg.

Romantic gak kawasan ni malam-malam.
Tapi kalau kat Malaysia, takde romantic-romanticnye. Mesti aku berjalan dengan cuak sambil kepit henbeg dan pegang benda tajam. Muehehehe

 

Sampai situ, we were seated and..alaaa...macam biasa la, dapat menu.
Takkan tu pun nak kena cerita?

Masing-masing tekun pilih apa nak order.




Lil Adam and Armand duduk hujung meja. Senang diorang sembang hal diorang.


Ni apa kes ni, baca menu pun sambil sengih-sengih?
Nampak sangat berlakonnye.


MrHubby's choice.
Chaittt...datang jauh-jauh... ala-ala fish and chips je dia order?!



Esa sebagai chef, mesti la kitorang wonder apa yang dia order. Fish of the day- whole barramundi. Perghhh.


Shifa's meal was supposed to be for sharing (for two). Tapi alaaa..portion matsaleh ni kecik je. Aku makan sorang pun tak cukup. So tak heran la kalau Shifa makan pun rasa lapar lagi.


Ada insiden lawak di sebalik fresh oyster tu. Almaklumlah, fresh... maka ada sea worm seto'et tu, adalah nothing new la kan. Tapi Shifa sampai terus hilang selera.
So, aku le tukang makan oyster yang diganti tu. Hihi


Yang ni sapa punya ehh?

Yours truly punye...salmon!

 Calamari and chips for the kids.

Lil Adib pulun chips je la.


Apa lagi? Jemput le makan....

Kak Tini and Husna sebelum melahap hidangan, mesti posing ayu-ayu dulu.


Alia and Hazreel.
Eh..batu cincin dia, kalah cincin dichroic Rosmah I tau! Mana gambar kita posing dengan cincin kita eh, Hazreel?

 ..and us.


Habis makan, Hazreel gave a speech.
Ishh bunyi macam skema pulak. I mean, bagi sepatah dua kata.. siap baca poem gittew!

 


 ...ditujukan buat 'Dr.Madya' Esa especially...dan  untuk kitorang-kitorang yang masih berjiwang berjuang.

...sambil yang sweet tooth menikmati desserts.
Rugi pulak lambat teringat pasal donuts. Kalau tidak, pakat-pakat berbondong ke Krispy Kreme la jawabnya.


Haiii..susah betul nak dapat family photo.
Tengok ni Tomeyto buat-buat tutup mata pulak. Noti betul!


Sebelum berangkat balik, apa lagi... Eftpos je la.
Ni kalau orang kampung tengok 10 orang makan ciput-ciput harga  sampai jejak RM1200, mampuih kena bebel.
Maunye tidak, kat Endau dulu puas aku melantak sekilo dua Moreton Bay bugs, baru berapa puluh hengget je. Dah la murah, fresh pulak -_____-



Alaaa makcik, harga tiket flight saya sorang balik ke Malaysia pun tak lepas. So kira aci la ye?

Nuffnang ads

My Heartbeat