Friday, December 14, 2012

OEH lab Xmas lunch

Semua orang kat lab aku ni dah in the mood for Christmas. Aku sorang je pun yang tak celebrate.
Anyway, semalam we went out together-gether for our Christmas lunch. Mula-mula diorang nak suruh aku pilih restoran yang halal bagai, tapi bila aku pikir-pikir... Takkan la selama 3,4tahun aku kat sini, tiap kali Christmas je... diorang terpaksa makan ikut selera aku je.
So, aku bagi pilihan untuk pergi kat restoran yang ada seafood.


So, there we were- Paul's Seafood on Gouger (Gouger St).

Masing-masing membelek Xmas crackers dulu sebelum belek menu. Yang tengah tu la my handsome SV- Dino. Yang pompuan tu pulak, Sharyn (my co-SV).


Sharyn & Michael (Taylor) demo untuk tarik crackers. Diorang mesti ingat aku tak tau camna nak main benda alah tu. Hehe


Well, aku dapat tweezers :P
And the joke was:
Why did golfers wear two pairs of trousers?
In case he got a hole in one.


Joe and another Michael (Tkaczuk) dengan muka menahan panas... sebab aircond kat situ macam tak cukup sejuk untuk kitorang.


Garlic bread and salad with fetta cheese, onion and olives. apa yang sedap sangat pun aku tak tau. Aku rasa sedap lagi ulam dengan sambal belacan. Hehe


Aku order grilled salmon. Not bad la.
Masakan mat saleh bukannya rich in flavour macam masakan orang kita kan?


Aku sempat snap Joe punya Chilli Prawn shaslik, sebab dia duduk sebelah aku. Nama je chilli prawn, tapi tanpa chilli. Hahaha
Orang lain punya aku x snap la... nampak sangat jakunnya nanti.



Ganyk and Dino tak abis-abis lagi doktarik XMas crackers.


Lepas tu, macam-macam topik la kitorang sembang. Esp pasal conference yang kitorang organize last week. Eh aku tak blog lagi pasal tu kan? :P

The lot. 
Ganyk, Dino, Sharyn, Taylor, yours truly, Joe and Michael.




Next week minggu terakhir keje (for this year). Memandangkan diorang semua pakat cuti panjang... aku pun mesti la cuti jugak kan? Hehe. Takde plan pun... tapi tengok la nanti.




 

Thursday, December 13, 2012

Teka-teki malam Jumaat

Adakah korang terer macam Ahlil Nujum Pak Belalang?



Meh kita test, boleh tak korang jawab teka-teki malam Jumaat nih.

Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering.

Paling bagus di keheningan malam.

Apakah benda itu?
Heh.
Apa senyum-senyum?
Teka la dulu sebelum scroll.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Cer teka...
Try la teka dulu.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Aikkk...
Takkan dah give-up kot?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


















Jawapannya adalah “doa”.

P/s: Guide untuk orang lampi/lemot,

Kan ada doa yang panjang, ada yang berdoa pendek je.
Ada yang berdoa sambil menangis, Ada yang tak menangis.

Dan  afdhal di tengah malam yang hening.

Jakun jumpa fresh cherries!


Selain bersun-bath kat pantai (aku kan dah tanned ala Latina, tak yah la sun-tan lagi)... antara summer activity yang ditunggu-tunggu kat South Australia ni adalah CHERRY PICKING!!!

 

Harus la ciwi (Kedah dialect for 'menunjuk-nunjuk') sebab selama ni cuma kenal glazed cherry je kat Malaysia. Hahaha. Yang kalo deco letak atas cake Blackforest pun rasa tak lalu nak makan, sebab it tastes more like chemicals rather than real cherry!

 
So, weekend lepas, kitorang pegi kat Lenswood (109B Cold Store Road).



Sementara tunggu geng sampai (Farah/Izwan) mesti la bergambar riang dulu bahan-bahan untuk blog.

 

We were given bucket(s) masa kat entrance tu.
Kalo penuh bucket tu ada la dalam 5kg katanya, so kitorang tak le tamak haloba-loba amik sampai 2,3 bucket.

Cherry pertama kitorang jumpa kat atas rumput...sapa punya ntah tergolek.
Dua bijik je pun.
Lepas dah nampak berlambak-lambak atas pokok, terus tak heran dah.
Hahaha




Lepas tu ada briefing daripada staff kat situ, on the how-to's, do's and dont's.


Sila maafkan yours truly dengan gambar gedix ni...Bak kata Mak, engkak-engkak.
Maklum la. Masa kat Sydney/Melbourne dulu pun aku makan fresh cherries yang beli kat market jer.
Hahaha


Antara popular variants yang ada
  • Sunburst
  • Chelan
  • Van
  • Lapin
  • Stella



Tapi setelah kitorang rasa yang Merchant ni (kaler gelap) manis nak mamfus, maka kitorang telah mengabaikan pokok-pokok ceri merah yang lain. Huahuahua

Bucket pun mula dipenuhi oleh Merchant cherries. 
Ye la kan... buat apa nak bawak balik yang tak manis kan?
 

Sambil petik, boleh je sambil rasa. Tapi aku tak berhenti mengunyah.
Dah bukan tahap 'rasa' lagi dah... aku rasa ada la dalam 50 bijik kot aku makan sambil memetik tu. Hahaha



Lil Adib pun suka..tengok tu...sampai bersememeh mulut dia. Nasib baik tak stain kat baju.


 

Berhenti rehat jap.
BF di bawah pokok cherry. Kelles kau, Jah.


Lil Adib Tomeyto sedang berusaha nak makan cherry direct dari pokok.

 


So, lepas dua jam jugak la kitorang naik kembung  'merasa' cherries kat dalam farm tu,  time to go home. We didn't fill up our bucket, sebab kalo banyak sangat, tak tau sapa nak makan. Sebab aku je hantu buah kat rumah tu.


Timbang, ada la dalam 2kg lebih.
Sekilo AUD 5.
So, aku kena bayar AUD12.50 jer.
Kalo nak dengan carton, tambah lagi AUD2.



Sampai arini, cherries yang aku bawak balik tu tak abis-abis lagi.
Dah dua kali aku bawak ke lab (jamu kengkawan)... bagi kat orang sikit... aku kudap sambil tengok TV... Entah camna la diorang yang bawak balik sampai dua tiga bucket tu ye?

Our doctor nak datang sini dari Malaysia early February nanti, harap-harap sempat la dia picking. Tak kira la cherry ke, apple ke... sebab dia dah excited sangat tu. Hihihi


Wednesday, December 12, 2012

Air tangan? Yay or Nay?


Air tangan. Maksudnya adalah hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang, biasanya masakan la. Contoh: "Kuih koleh kacang yang epik ni air tangan mak mentua aku nih.?"
 *aicehhh..bodek MoksuJamal (MIL sendiri) pulek*

Tapi... kalau kita makan kat kedai mamak (contoh je), tak nak la pulak kita dengar orang sebut "Sedap betul air tangan mamak ni.."
Hewhewhew. Maybe sebab orang terbayangkan bulu-bulu lengan Mamak tu kot. (ohh..tetiba aku rindu kat macha-macha Shaaz dan Khalifah Seksyen 3)


Okaylah.
Sejak aku dok Adelaide ni, antara keajaiban yang dah berlaku adalah AKU BUAT KUIH!!!
Wahahaha. Epik woh.
Kalo kat Malaysia, cucoq pisang pun aku beli depan Masjid I'tisam. Inikan pulak nak makan kuih pelik-pelik, pegi je stall/kedai makan mana-mana. Dalam erti kata lain... BELI.

Tapi, dengan tidak semena-mena...aku menjadi rajin menerai (read:try) masak.

Masak lauk tu, aku dah pass senduk kuali kat MrHubby... So, keje aku adalah buat dessert--- especially to satisfy my sweet tooth, dan sebagai buah tangan masa potluck kat majlis sesama kengkawan.

Dua tiga hari lepas, aku gi beli frozen durian dan buat Durian Crepe.
Sebagai Hantu Durian, menahan godaan adalah sesuatu yang sangat susah. "Tidakkk... Jangan la goda I. I tak rela you."
Tapi akhirnya aku tertewas jua.



Mahal woh durian kat sini. AUD 6.95 baru dapat 3,4 ulas. Tapi kira okay la untuk lepaskan gian.
Aku tak terbayang kalau aku mengidam cempedak kat sini... celah mana pulak aku nak cari?

So, ni le bahan-bahannya...

  • Tepung gandum,  campur sikit dengan tepung ubi
  • Santan/fresh milk
  • Secubit garam
  • Whipped cream tu aku buat sendiri je pakai thickened cream. 
  • Colouring -kuning! (aku tak faham nape ada orang buat kaler hijau, pink bagai. Kan ke warna kuning tu untuk resemble warna isi durian! Ngeng!!!)
Resepi ni aku bega-bega daripada macam-macam sumber, tapi takde la mengada sampai guna 7 jenis tepung.

Buat crepe...nipis-nipis, jangan tebal. Nanti jadi macam pancake!


Put a dollop of cream kat tengah tu, dengan isi durian... dan tambun lagi dengan cream.
Lepas tu lipat ler... apa lagi?


Selain daripada durian crepe, aku jugak dah pandai buat Kuih Bakar/ Kemboja.
Hebat la bagi aku yang selama ni tau makan je. Heh.


Apple sultana strudels.

Curry puff (rupa sama je macam yang kat atas ni.)
Aku buat yang puff la, aku tak try lagi buat karipap yang kena canai kulit karipap biasa tu)

Buah melaka sap-sap-suiii.


Cucoq keria.
Yang ni kalau Lil Adam tolong golekkan gula... memang dia rajin. Tapi dia boleh hadap sampai 10 bijik sekali makan.


Pizza campak-campak.Ni buat masa majlis housewarming aritu.



Yang ni cake yang aku buat masa Muslim Princess Dinner aritu.


Aku jugak ada buat desserts biasa-biasa macam
  • Bubur Pulut Hitam
  • Serawa Pisang dengan Sagu
  • Bubur Kacang Hijau.
Alhamdulillah aku dianugerahkan kekuatan dan kerajinan untuk buat semua-semua ni.
Sempat aku tanya kat MrHubby, nanti balik Malaysia... agak-agak kita rajin tak masak macam ni lagi? 
Dia jawab "Ehhh.. bukan kita makan kat kedai balik ke?"
Hahaha. Takut dia kena terus pegang senduk kuali kat dapur lettew.

Nuffnang ads

My Heartbeat