Tuesday, March 25, 2014

17 hari dan akhirnya...

Tadi sebelum start meeting dengan Dino (my SV), dia tanya whether there's something bugging my mind. Nampak sangat gamaknye dahi aku berkerut. Dia tanya whether it has something to do with my PhD, or something else.
Aku just cakap, aku tak comfortable dengan results yang aku produce dan risau pasal banyak lagi lab works nak buat. 
Dah tu, takkan la aku nak cerita pasal aku sedih pasal MH370, risau pasal FIL aku, semak kepala pasal isu-isu lain sangat kan?

Well, 17 hari hidup tertanya-tanya, akhirnya pagi tadi pukul 6 a.m (3.30am Malaysia time), bila aku buka FB... baru dapat tau semalam PM dah announce pasal kesudahan cerita MH370.
Sedih. Sayu.
T-T

Aku cuba bayangkan saat-saat akhir tu. Betapa paniknya suasana dalam kapal terbang tu.
Dan aku teringat, lama dulu, aku dan Winie pernah bersembang... antara kerjaya (time tu plan nak pergi conference), dengan sacrifice terpaksa duduk rumah sebab anak kecik lagi. Dia cakap, kalau time flight nak terhempas ke apa ke, yang kita akan terfikir adalah... "Apa jadi dengan anak-anak aku?" dan bukannya "Eh, kalau aku mati dalam nahas ni, diorang tulis 'Dr' tak depan nama aku."

Ye, bunyi macam lawak.
Tapi ada betulnya jugak

Time macam tu, mesti kita teringat orang-orang yang kita sayang. Teringat nak mengucap banyak-banyak.

Aku bayangkan family mangsa MH370 tu yang saban hari menunggu khabar berita. Walaupun 17 hari tu agak cukup untuk prepare of the worst case scenario, tapi nak menerima hakikat bukan mudah.


Agak pelik sebenarnya mengenangkan Indian Ocean tu arah lawan dengan hala tuju asal.
Tapi, everything is possible kan?



Kita doakan je la.
Kuasa Allah tu kan besar. Mana tau boleh ada survivor macam cerita Cast Away tu.

Tetiba aku ternampak gambar ni... dan aku terperasan satu nama yang macam aku kenal. Kawan aku kat Brisbane dulu. 
Cepat-cepat aku search FB dia, tapi tak jumpa. Bertambah saspen aku rasa.


Lepas tu, aku try godek-godek search surname dia. Pun tak jumpa.
Gila weh, perah otak pagi-pagi sebelum azan Subuh. Memang la lembab! 
Lepas beberapa kali try, baru la CPU otak aku ni jalan betul. Eh..bukan nama kawan aku rupanya. Hehehe.


Tu la, tikar Atuk Raja B*moh tu harap dapat terbang je. Kalau boleh menyelam kan, boleh tunjuk terer pegi cari underwater.
Acecece.. Kemain pakai asterisk. Takut kena santau lettew!

 


Aku cuma harap black box tu ditemui, sooner or later. 
Supaya dapat reveal segala yang terselindung, merungkai semua tanda tanya, dan memadam spekulasi yang merata orang dok sebarkan.


Friday, March 21, 2014

Ladies day (and night) out

Being moms (of two), kadang-kadang rasa dah tak sempat nak berjimba dengan kengkawan. Mana dengan keje/ study lagi, dengan motherhood lagi... 
Sebenarnya MrHubby tak kisah pun, in fact dia yang suruh aku spend time dengan kengkawan once in a while. Tapi aku yang selalu rasa tak syok kalau tak pegi dengan family.

Well, last week sempat la aku keluar dengan Saz & Najwa jap for sweet treats. Royal Copenhagen Ice Cream! 
Melampau betul pegi jauh-jauh semata-mata untuk makan eskrem. Ni Saz la punya pasal ni.


Ice cream time with BFF!!!! Hahahaha
(#rengse la kau kalau baca ni)


Pilih..jangan tak pilih.
Naik juling bijik mata pilih flavours.




We opted for waffle baskets with 3 flavours (scoops) of ice cream. 

Gmbr  ni yang Saz punya je. I ended up with fruity flavoured icecreams : Boysenberry Ripple, Sunshine Mango and and Apricot yoghurt apakebendentah.


Nampak muka Bear-Bear sebelah aku tu?
Dia la punca aku tak sempat snap gambar eskrem aku. Hehehe. Tolonglah percaya.


Aku & Najwa share dengan anak pun rasa jenuh nak habiskan... tapi Saz dengan hebatnya habiskan sorang-sorang. Habis awal pulak tu. Mihmihmih

Done with icecream, balik rumah kejap.
Then out I went out with Saz to Paul Dabek's show at the Gluttony!


Ta-daaaa!!!






Us, in the arena.


He truly is great with his powers of illusion. 
Fast-paced comedy. Mind blowing tricks. 
He burst onto stage and maintained an explosive fiery momentum throughout.  It was indeed difficult not to laugh at even the lamest of his jokes.






Well, something like this video...



And before we left... we had a few photos snapped with hi ;")
I didn't know he was making faces, or else I would have done the same.


Thank you, Saz... for the treat.
I had a great day (and night). xoxo


Thursday, March 20, 2014

Meet and Greet 2014


Meet and Greet ni is like a welcoming event for the new students with Education Malaysia Australia (EMA). It's an annual event, tapi last year aku tak attend pun, konon bajet bukan junior la. Eh. bukan...bukan... actually I was up to something else.


Well, this year ramai jugak budak baru, mostly undergrads.
Overwhelmed kejap tengok ramai sangat! @_@ Confirm aku takkan dapat identify each and everyone of them kalo ramai macam ni.


The first few words by Aqief (the President) and Rehanna (the Vice, a.k.a Pengarah Program).

Lepas serious-serious, kita sengih depan camera. Mihmihmih.
Ni le keja aku bila duduk kat belakang.

Sebab tu la bila event dengan students aku sendiri, kalau kena duduk semeja dengan VIP, aku mula panas vontot. Maklumlah.. kena kontrol ayu gittew- so not me!


The main agenda was mendengar amanat dan harapan to the new students....
Dr. J, En Shazalli (MARA) and Us Azziyadi (the attache in charge of South Australia now).


Habis speech, apa lagi?
Break for makan la.

Kuih kemain colourful, uolss.
Actually kuih yang kaler merah dan hijau tu aku ler yang buat. Jenuh jugak la berjaga, sebab malam sebelum tu, siap dengan briefing/ meeting bagai... so balik rumah dah la lewat, penat pulak tu.



Dr J and Us Azziyadi busy Whatsapp-ing with their team, sebab ada VIP nak turun.


Yours truly with orang kuat Kelab UMNO; Ezzah, Shakirah, Durra & Afi.


Part of MyPSA(SA) Committee, with EMA.
Eh camna leh ada tersesat pulak sorang yang bukan AJK?


Dah habis event... sempat lagi selfie with Dr J, uolls! Hewhewhew.



Some pics during CCC (the meeting), the day before...

While the guys were BBQ-ing...

 ..the ladies were busy selfy-ing.
Note: Muka aku nampak besar macam talam sebab aku paling dekat dengan kamera, bukan sebab gemok. Tolong lah percaya. Hahaha


Malamnya, start dengan briefing by EMA....



Tengah meeting, sempat lagi sengih kat kamera dengan Hajar and Afi.


Break for dinner.

MASCA President and the Vice- orang sibuk makan, diorang sibuk berbincang lagi.


Kita tengok pinggan sapa paling penuh. Hahaha
Makan nasi ayam penyet dengan sate uolls.  Nyum nyum.


Smile!!!!


Lepas makan, sambung meeting sikit lagi. 
Tapi bila berat perut berkadar terus dengan berat kelopak mata... aishhh... Standard la tu.



Just a photo of almost everybody before dismissal.
 
The affiliates: MASCA, MyPSA(SA), Kelab UMNO, AUMSA, ISMA.

Aku duduk kat depan bukanlah sebab aku ni somebody, tapi sebab aku renjong sangat, sampai terlindung adik-adik kat belakang tu kalau aku berdiri. Hehehe. Privilege?

Wednesday, March 19, 2014

WW- Malay la! Jauh beza okay!


p/s:
This is a record kept by Lil Adam's school.
Dulu aku dah tulis dah Malay --- kat language spoken tu.
Last year, I have made the correction. Tahun ni datang, dok Malayalam lagi. Aiyoyo! These are two different languages okayyy!!! Grrr


Senduk pun, senduk lahhh

Dulu bila lalu kat foodcourt Aeon or Midvalley, kalau ternampak claypot yang dihidang dalam belanga... atau asam pedas yang diorang hidang dalam kuali kecik... aku selalu gelak gelak sambil kutuk "Apedaa makan dalam kuali/belanga! Kalau hidang cenggini kat mak mertua, confirm kena reject!"
(eleh..walhal aku jugak convince MIL aku untuk hidang dalam periuk kadang-kadang tu, sebab taknak susahkan dia)

Kat Aussie ni, aku tak pernah nampak lagi la orang hidang makanan dalam belanga/kuali kat restoran (kat rumah Melayu ada la, sebab aku pun buat).
Acecece. bajet bertamadun sangat la konon.

Anyway, aritu aku, Saz dan Izzah pegi Sushi Train (lagi!) sempena kembalinya Najwa ke Adelaide (sekejap je)...
Amboii..sejak-sejak dah ada kaki Japanese food, kemain lagi no? Dulu, lalu Grenfell St tu, jeling pun tidak.


Menengok ke segala sushi, nigiri, ships dok menjalar atas conveyor belt tu... rasa tergoda-goda sangat. Tapi kang tak puas makan.
Kalau time Sushi King Bonanza pun aku makan sampai 20 pinggan. Korang bayangkan je la kalau nak bayar dalam AUD. Mau tak pasal-pasal aku kena sinsing lengan baju nak basuh pinggan kat restoran tu.



Because sushi is too mainstream, aku pun order Salmon Karaage Udon. 
Bijak.
Aku ingat grilled salmon, rupanya fried salmon terendam dalam sup udon. Huhuhu... Apo nak dikato laie? Makan je la...



Yours truly with my sister-of-different-mom-and-dad, Saz.


Back to speaking of hidang makanan dalam belanga/ kuali...kali ni...my udon was served with a senduk.

Seriously, senduk?
Besar pulak tu senduknye.

Menengokkan sup dalam udon tu..aku yakin, memang it is meant to be used as a cutlery, bukan orang dapur terlupa angkat senduk tu dari mangkuk aku lepas masak.


Tapi kalau orang pregnant takut kenan dapat baby berdahi senduk, sebab makan guna senduk... aku cadangkan, guna le sudu, biar nampak ayu gittew.
Tak pun, guna je straw. Alaaa..masa sekolah dulu, kengkawan aku makan bihun sup kantin AbangMat guna straw je, okay je pun!Itu namanya survival technique. Heh.
Tapi kalau korang tersedak, aku tak jamin la ye....

Nuffnang ads

My Heartbeat