Tuesday, October 9, 2012

Turning over a new leaf



The memory of the first day I left him (when he was just about 61 days) with the sitter struck me again.
I remember my worries on the what-ifs; what if he cried, what if he didn't like the environment there, what-if he wasn't well-treated. Tapi dia relax je bertukar tangan dari dukungan aku kepada 'Nenek'.

The next thing I realized, I was the one sobbing macam budak kecik bila masuk dalam kereta. Hahaha.

Pagi semalam, aku kejutkan Lil Adam dari tidur, telling him...it's a special day- his first day at school!
Then, aku mandikan dan siapkan dia sambil pot-pet-pot-pet pesan itu ini.
Suruh make new friends, suruh buckle up dalam bas, pesan supaya keep trying and never give up, pesan supaya jangan makan bekal makanan kawan-kawan (takut tak halal ke), pot-pet-pot-pet on how-to beristinjak kat toilet matsaleh yang takde hose, dan entah apa lagi.
Bila dah taip berjela macam ni, baru aku terfikir... dia ingat ke kalo semua aku bebel serentak in a few mins? :P

Untuk makan... Kat sini, tak boleh bekalkan nut-based food kat budak-budak, sebab takut ada yang alergik towards nuts ter-share makanan kawan. Apedaaa... Why cast the burden to others?
Anak kau allergy, it's your/your kids' responsibilities la to watch out apa yang dia makan. Grrr...

Ikut selera Lil Adam si tekak melayu tu, harus la dia nak bawak rice and chicken. Tapi memandangkan kawan-kawan dah cakap, nanti diorang sibuk nak main, tak sempat makan. So ni je la the snack, lunch and fruit for his first day-prepared by Monsterchef.


Masalahnya Lil Adam ni tak mengikut perangai aku yang suka makan buah dan sayur. So, balik-balik, banana jugak yang dia nak. Ada kawan-kawan bagitau, kalau kena Teacher yang lorat, dia tanya kita, nape tak pelbagaikan dengan buah lain?




Kemain dia posing dengan sling bag Hot Wheels yang Aunty Aqilah bagi for his birthday baru-baru ni.



MrHubby temankan Lil Adam tunggu bas dari pukul 7.40, bcoz it was said that the bus will come between 7.40 to 8.20 am.


Ye, aku memang sentimental. Bukan sebab aku dah tua, tapi sebab aku terfikir "Haihhh... dah besar anak sulung aku"
Terasa senior tu ada la sikit, tapi sayu sebab terkenang lagi how setambun he was in my arms dulu. How much he adored me, walaupun semata-mata kerana ada kepentingan (nak bon-bon lettew!) sampai dua tahun lebih.

Pukul 3pm+  semalam, dia balik ke rumah, aku ber-FB dengan MrHubby (alamak, kantoi ber-FB kat ofis.heh). Katanya, bekalan Adam almost habis (he's a big eater- like mama, like son). 
Dan bila sampai rumah, aku pun tanya la how was his first day. Nampaknya macam okay. Tapi standard la... tanya berapa orang dalam satu kelas pun, dia tak tau. Tanya nama kawan-kawan pun, tak tau *facepalm*

Pagi tadi pun, he seemed happy. Cuma liat sikit nak bangun pagi, sebab semalam tidur lewat.

All the best, Lil Adam.
Semoga anak Mama terang hati dan enjoy schooling as much as I did.



Monday, October 8, 2012

Muslim Princess Candle Light Dinner 2012


Those in my Facebook circle, may have known what happened. Tapi as usual la, I prefer to have to blogged, than updated in FB. Boleh merapu banyak sikit (dah banyak, sikit pulak. haihhh).

Well, last Saturday ISMA organized the a candle light (without candles.hehe) dinner with the theme Muslim Princess. Maksudnya cuma untuk princesses la (or mak princess macam aku), so, memang king or prince semua kena tinggal kat rumah istana le.

It was hard to find mak-mak yang aku dah sedia kenal untuk ajak pegi sama. But well, as usual... aku kan suka make new friends, so aku pegi jugak la. Lagipun my AS229 students memang tau sangat komitmen aku kalo bab suka-suka macam ni. Ooops! Kang marah pulak ISMA, ingat aku kata aktiviti lagho pulak. Bukan camtu ye.

A day or two beforehand, aku menerai-nerai (memandai je bubuh imbuhan kat English word) buat cake deco untuk contest. Sebenarnya, takut tak jadi...so memang last minute baru aku confirmkan nak masuk contest. Hehehe

Dah temanya Muslim Princess, so ini la yang aku buat...



Hasil 'buah cempedak di luar pagar' aku yang amateur ni... ni je la deco simple yang mampu aku buat.



Sebenarnya ada banyak idea, cuma aku je tak cukup rajin dan malas amik risiko.
Walaupun aku dah biasa sculpting sebab suka main play dough (plastocein) masa kecik dulu, tapi main fondant ni agak leceh jugak la. Nak nak bila aku malas nak mengeraskannya sebab aku join pun suka-suka je.

Anyway, malam tu, aku bawak Ika sebagai 'anak aku'. Aku kan ada princes dua orang, so nak bawak ke sini, pinjam la anak Kak Surah.

Dan mesti la aku dress-up kan anak angkat aku sebagai princess dengan gaun kembang aku (eh??). Takkan nak bagi dia pakai dress hijau yang labuh menyapu lantai tu pulak.


Kalau ada Tihani (anak Sof) pun maybe aku bawak juga, sebab aku suka sangat diorang berdua. Tapi sayangnya family Sof terpaksa rush balik earlier than planned sebab ayah Sof sakit.



Actually ramai yang datang tu adalah undergrads. Well, macam yang aku dah citer banyak kali we postgrads rarely mingle with them (too bad), so it was a good time to get to know each other la.



 Yang ni kategori mak-mak. Ehh.. I mean, kategori Queen. hehe


These are the cakes yang bertanding malam tu.


And ta-daaa... mesti la kena ada satu gambar yours truly dengan cake kan?



The little princesses after the Fashion Show.




Gambar-gambar yang aku tempek kat sini adalah limited atas sebab-sebab tertentu. So, seadanya je la ye.





The little princess of the night-sungguh comellll.


Dan princess besar pulak...eh, bukan aku. Bukan!!! Twas Eisya. Congrats! Sayangnya gambar dia pun takleh display jugak atas sebab-sebab tertentu. *sigh*

I guess lepas ni kena avoid la rukshoh 'boleh ehem ehem' tu supaya lebih seronok nak share gambar, dan supaya tak mislead the little ones (just my two cents, no offense ye).



So, aku letak gambar sendiri je la ye, sebab biasanya masa attend dinner aku lupa amik gambar sorang-sorang. Kali ni je baru teringat. Tu pun minta Ika tolong snap.


And ohhh, I got a 6-pc baking set sempena menang cake deco contest tu.:)

Ehh, 2.5 ahead?

Please excuse my ignorance.
Before I went to Brissy, I never did a research nor googling for what was it like in Queensland. Yang aku tau, aku pegi, study dan hoyeh-hoyeh... balik sebab gatal nak kawen, walaupun masa tu dah ada project utk PhD.

Hence, bila dok Adelaide ni, and was asked about Daylight saving... aku ter-blur kejap. Hahaha.
Rupanya South Australia, ACT, Tasmania dan NSW memang participate dalam Daylight Saving ni. Huh? 'Participate?' Macam ada pilihan pulak.

What happens?
We have to set our clock/watch one hour FORWARD. Kalau gadgets macam ipad, iphone, tab, smartphones, biasanya dia auto-update la kalau dah setkan location. Tapi jam dinding tu kena la pulas sendiri. It usually starts on the second Sunday of October. This year, it started yesterday (7 Oct 2012 at 2 am) until 7 April 2013.


Contohnya kalau sekarang pukul 11.30 am kat sini, kat Malaysia baru pukul 9 am la.

Hmmm... bila dah buat PhD ni, kena rajin sikit membaca blog ehh? info. So, baru le aku tau details.
Queensland, Northern Territory and Western Australia do DO NOT participate in Daylight Saving.

Isu di sebalik Daylight Saving ni timbul masa Australian Idol 2005 dulu.
Masa tu, aku dengan Fiza kira penyokong mamat dreadlock ni la....Dan England.


 Tapi dia kalah vote, cuma beza 27 votes je dengan Lee Harding. Kekdahnye, his elimination was due to Queensland (his home state) did not participate in daylight saving, so kiranya kekurangan sejam la untuk hantar SMS untuk votes.

Mana le aku nak kesah sangat masa tu. Yang aku tau, ada sekali tu aku terserempak dengan Dan England kat city (Brisbane), aku gedix bergambar dengan dia. Heh.

Source: HERE

Thursday, October 4, 2012

Sapa kata lelaki berperut tak sexy? -18SX

Selalu orang bayangkan lelaki-lelaki kental macam Aaron Ajis atau ber-six pack macam Remy Ishak je sexy.
Tak semestinya. Yang 'berperut' pun boleh dikira sexy tau.

Fine. Maybe ada yang kata aku puji laki sendiri sebab MrHubby adalah kategori teddybear. So, who cares? Aku memang tak berapa sangat kalau lelaki yang kurus keding, takde ciri-ciri protective langsung. Jangankan kalau penyamun acu pisau, kalau kena tiup dek angin pun, dia terbang dulu. Lagipun, takkan la nak harap ke muka ala baby face je, kalau keserasian tu ke laut.

p/s: Abang Anuar Zain centaku ittew is an exception ye. Muehehehe

Ni citer pasal the hunky Irish actor, Liam Neeson. Feeewittt!!! (wahhh..bunyi macam gersang pulak. ekekeke.maklumlah malam ni MJ)
Dalam The Ellen DeGeneres Show baru-baru ni, he stripped down to tiny hot-pink underwear. Hihihi. But he did it for raising money for breast cancer research!

 

Nak kata sexy tu, tidak le. 
Ye la, umur dia pun dah 60. Tahap bapak/atuk-atuk dah pun.
Anyway, he appeared to be naked as he sat on a throne, waiting to be doused with water. Ellen and an excited fan (a cancer survivor) threw pink balls at a target, ultimately scoring and getting him sopping wet!




$20,000 was donated for breast cancer research.
Now that's what we call a real man!

Hmmm... agak-agak bila mencecah umur 60 nanti, laki kita semua sexy lagi tak?



On a lighter note, 

p/s: 
Entry ni adalah sempena bermulanya tayangan Taken 2 hari ni.
Gagagaga.... Bestnya!!!

Tuesday, October 2, 2012

Nilai Cekelat Bento 5sen


Sape pernah makan Cekelat Bento ni? Sila senyum sorang-sorang.


Okay, bagus. Senyum sorang-sorang, bukan tanda gila. Kalau ketawa sorang-sorang pun, belum tentu gila... sebab maybe dia tengah guna bluetooth atau handsfree untuk berborak dengan kawan on the other end of the line.

Cekelat ni bulat (besar duit 5 sen) dan rasa bersusu kan?
Ada perisa rose, coconut (wahh bajet oram putis, tak mau sebut kelape, apatah lagi nak sebut 'nyoq'.haha)... dan ada perisa 'celoket' (as Lil Adam pronounce it) jagung, susu (dah la cekelat susu, nak jugak buat perisa susu! apedaaa) dan kopi.


Aku suka sangat cekelat ni.
1. Sebab sedap.
2. Sebab harganya cuma 5sen sebijik.


Masa aku Darjah 6 dulu, kalau nak pegi tuition kat Foo Siang, Jalan Kulim, aku kena naik dua bas. Satu bas (bas MARA Syarikat Rangkaiyan Setia Bhd, atau bas Lunas no.51) dari kampung aku ke pekan BM, tambangnya 15 sen untuk kanak-kanak.
Lepas tu aku kena naik bas Kulim kaler kuning tu pulak, kat depan Honey Bakery. Another 15 sen.

Tapi disebabkan aku yang tinggi renjong sejak azali ini, kadang-kadang ada 'kolek-baih' a.k.a konduktor bas yang cas aku tambang dewasa (30 sen). Benci betul.
Aku dah la bukan orang kaya. Kalau kaya, sah-sah la aku mengada minta driver Mercedes Abah hantar aku pegi situ. Ada hati nak miskinkan aku by 15 sen pulak! Grrr...




So, biasanya aku bagi hint dengan cara bagi duit 5sen untuk bayar tambang. Contohnya, kalau masa tu aku takde duit kecik 10sen, aku akan bagi 20sen + 5sen.
Dengan cara tu, abang/kakak konduktor tu akan automatik ter-alert yang aku minta diorang bagi balik balance 10sen (kalau diorang tak lampi atau lemot la).

Macam tu jugak la masa naik Bas Kulim. Walaupun cuma 2km perjalanan, tapi untuk berjalan kaki, aku rasa akan 'basket' jugak la, so elok la naik bas je.


Since kesian mendengar aku yang perlu standby duit 5 sen, adik-adik aku yang baru berumur 6 dan 7 tahun masa tu akan bagi kat aku duit 5 sen every time diorang jumpa syiling 5sen kat mana-mana.
Sampai la aku dah tingkatan berapa ntah, adik aku masih lagi hulur kat aku coins 5 sen. Lepas tu, aku akan bebel "Oiii...aku dah tak pi tuition dah la..."

So, duit 5 sen tu kitorang akan guna untuk beli cekelat Bento tadi.
Gitulah kisahnya kaitan Bento dengan tiket bas aku.

Jaman sekarang ni, apalah yang boleh dibeli dengan 5sen agaknya ye? -_-

p/s:
Aku pun tak tau apa kena-mengena cekelat ni dengan Bento Japanese food art tu.


AMARAN
Makan cekelat Bento tidak akan membuatkan anda/anak anda menjadi kuat macam Ben10. Harap maklum.



Nuffnang ads

My Heartbeat