Friday, September 21, 2012

Malaysian Carnival @ Victoria Square



Last Saturday was a happening day- we had a Malaysian Carnival in the heart of the city, Victoria Square.

Kitorang sampai agak awal, cuma ter-miss nak tengok tarian zapin je. Tapi by that time, crowd dah agak ramai.


Konsepnya diorang buat macam 'tour to all states in Malaysia' with this Aussie bloke, Sam. Eh, macam bunyi nama laki aku pulak. Tapi takpe, lakiku juga hemsem walaupun tak putis macam matsaleh itu. Heh


 Paling best, adalah stall makanan yang pelbagai.
Swinging Bowl is one of the famous restaurant kat Adelaide city. well, I reckon u guys know what 'swinging bowl' means in our culture lah kan?


Ada murtabak, nasi beriani, dim sum, laksa, roti jala, buah melaka, kuih macam-macam jenis.

Yang berbunga-bunga ni...sesuai sangatlah dengan konsep Indian foodnya.


Eh, ni apahal pulak nak WAR ni? Ajak berperang ke?


 Oh...warung jugak kot dia nak spell.

 


Dan tak ketinggalan...Mamak Corner. Fuhh..sapa sangka ..Mamak sudah boleh jadi a part of Malaysiana. heh

Itu pasal makan.
Aku cuma try Prawn Mee (AUD9). Betul-betul ho-liao. Haha
Dengan ais kacang AUD5. Tapi sedap la. Eh, aku ni...makanan apa je yang tak sedap di tekak aku. Dasar perut memeri!
Lepas tu beli nasi goreng pattaya pulak.
Aku malas nak membeli sakan, sebab laki aku masak kat rumah pun sedap. Lagi satu, aku malas nak queue panjang berjela. Sempat lagi aku buat pe'el orang Malaysia, memotong queue masa minta K.Surah tolong belikan sekali ais kacang untuk aku. Hehe


The ambience was so colourful.
Toleh kanan, nampak orang 'kadazan.'



Toleh kiri, ada traditional Chinese wedding...


Kids dengan riangnya try main congkak yang dah lama tak jumpa.
Tapi aku rasa diorang tau la kot benda tu namanya congkak.


Ni apakenamanya benda ni. Mak budak pun tak ketinggalan menerai.



Henna drawing on hands pun ada.


 Lil Adib tersenget sebab suka sangat makan kuih lapis dengan tooth pick tu.
Yang kecik mengada nak berjalan, yang dah besar (Lil Adam) gatal nak duduk dalam stroller. Haihhh



Masa aktiviti berlangsung, MrHubby sempat snap-snap sikit gambar kat tengah city tu.







Haaa...ni adik-adik menari tarian sumazau. Aku tak tau la sapa choreographernya.


Then, the most awaited session. Cooking demo by our very own Masterchef, Dr Ezani.... dan Aussie Masterchef, Poh.




 Lepas tu ramai le beratur nak merasa air tangan Masterchef.

Katanya last year, Chef Wan datang. Aku rasa mesti last year meriah jugak.


Haa..nindia geng Penang chek maiii....Baru la boria tanjung!!! Hahaha

 Aku enterfrem je. Masa diorang naik stage takde la aku ikut. Hewhewhew



 Hebat betul diorang ni. Baju-baju yang diorang pakai tu semua buat sendiri. Termasuklah benda alah kat kepala Yati tu.
Aku rasa Tourism Malaysia patut bagi bajet sikit la untuk buat baju diorang...sebab in a way dah bantu promote nama Malaysia kat sini. Alaa..berapa ribu le sangat berbanding kalo nak angkut satu batalion penari Citrawarna datang Adelaide kan?


 Yang ni Indian wedding pulak. Wahhh..lawa giler ahhh sari adik manis tu.


Yang paling ditunggu-tunggu adalah Dikir Barat Kelantan.



Watimang Landak ni aku tengok dari jauh jer, sebab nak balik dah...sib baik sempat amik gambar adik-adik ni.


But dekat-dekat aku nak balik tu, memang ramai giler arrr yang berkumpul depan stage. Tengok la sendiri...


She has the talent, kan?

I think this is awesome.
She deserves to win the Asian Wave 2012 kan?




Hmm..sejak-sejak berhijab ni, makin menyerlah pulak Shila ni.

To Shila, congrats!

p/s: Congrats okay...NOT CONGRATES!

p/s/s:  Aku wonder kenapa dulu Ayu yang menang OIAM. Sudahnya, sekarang lepas kawin diam-diam, beranak...senyap terus.



When Kate wears hijab...


I reckon most Malaysians are aware that Kate Middleton appeared with hijab during a visit to the KLCC mosque recently. She even took off her shoes (or royal slippers) and that for me is enough to know she respects every way of life.

Sweet sangat. Tak kisah la pasal dia pakai skirt tu kan. Alaa..orang kita pun ada je yang pakai 'tak berapa lengkap' kalau ke masjid.

Well, interestingly the UK public/media endlessly view the hijab as a sign of OPPRESSION. But the moment the Princess is indecently exploited, the newspapers use PICTURES LIKE THESE.



Now all of a sudden, having a headscarf is ELEGANT, INNOCENT, MODEST. 

That's the proof in the beauty and wisdom of the hijab
 ...and the double standards / hypocrisy of the media.



 
Maybe the not-so-warm South Aussies pun kena berfikiran macam ni. Sebab aku rasa la, maybe diorang ni tak berapa nak tegur sebab tengok aku pakai tudung. Lelaki-lelaki Malaya kat sini takde pulak terasa discriminated. Ye la...diorang bukannya pakai serban pun kat sini.

Macam yang Sharyn (co-SV aku) cakap... What's the problem orang tu nak pakai hijab ke apa ke? Sama je la macam pakai beanie, pakai topi. Itu pilihan masing-masing. Bukannya kacau kepala orang. (dia cakap dalam English la kan. hehe)

But hey, at least I have made some local friends now. 

Jenny, from Darwin and some others, while waiting for the bus.

Victoria, whom I gotta know from the PhD Movie Night.

Hmmm...maybe what Ganyk said is right. It's the weather.
Sekarang ni cuaca dah okay sikit, so orang  pun jadi warm juga at heart. Heh

Aku pun sekarang DALAM HATI ADA TAMAN.
Maunye tidak... sejak dapat lilies aritu, tiap-tiap hari aku menggedik amik gambar.


Hari ni, bunga yang ke-9 dah kembang. 
Hmmm..bestnya....

Thursday, September 20, 2012

Petua di dapur untuk my Monsterchef



Memandangkan MrHubby selaku Monsterchef (as Lil Adam calls it) sudah berjaya menunjukkan bakat terpendam terendamnya di dapur, hari ni, sebagai tanda sokongan kepada bakat baru beliau  aku nak share sikit petua-petua di dapur yang aku pernah amalkan, dan yang aku pernah baca tapi tak pernah buat.



Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di
tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.

Kalau cicak masih banyak, itu menandakan itu adalah cicak mutant. Boleh la panggil Pak Mail (abahku) yang terer melastik itu untuk tolong. Sekor dia cas singgit jer.

ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.

iii) Telur lama/baru – Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar/baru. Jika timbul, buang saja telur itu.
 Brokoli
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.

*Tapi kalo dari kuning, dah hijau balik, dan kuning lagi... maksudnya nanti pegi Gepps Cross, jangan le tamak lagi membeli sayur. Kan membazir itu amalan syaitonnnn :P


Pengisar (Blender)
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar. Kalau tak tajam jugak, gunalah garam kasar untuk blend segala bahan yang korang nak blend. Biar masin semua. Heh.

Nak lagi senang, beli je la lesung batu...jangan jadi macam aku (read HERE)


Bawang Putih
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat. Jangan microwave lama sangat pulak, sampai titttt-tiiiit-tiiiit microwave tu bunyi suruh 'remove food'... kang terus lecur semua garlic.

 

Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.



ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
 

*Adapun ini adalah petua untuk buah tomato, dan bukanlah untuk Adib Tomeytomeyto kita.



Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk. Nak senang lagi, masa nak beli tu, tanya la 'kentang ni sesuai utk baked ke, fried?'

ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk. Juga jangan disimpan kentang bersama diapers anak yang sudah dipakai. Nescaya akan bertambah busuklah kentang tersebut.
iii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fries anda akan menjadi lebih rangup.



Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.

Kalau nak lagi sedap, bubuh dollops of butter and salt and pepper and susu pekat. Hehehe. Melampau betul.







 


Beras
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak (cantekk sangat sebab kita tengah kaya dengan lemon)

*Tapi jangan gatal-gatal nak try putihkan pulut kuning dengan lemon pulak. Aku luku karang.



ii) Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.
 



Baking Soda
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menghapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.


Jangan risau, peti sejuk korang tidak akan mengembang macam kek.



Limau
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 

Tapi aku selalu golek-golekkan je limau/lemon atas meja.

Bebola Ikan
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu samaada bebola ikan yg anda beli di pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dlm
campuran air kunyit dari dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dlm bebola ikan. 


  
Adunan Tepung / Ulian
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.

*Tapi rasanya kalau buat donat, maybe boleh sentot jugak kalau macam ni...sebab yeast takleh ferment. Hehe

Biskut
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.


*Untuk kita-kita yang lemau nak buat keje... boleh mandi minyak supaya naik syeikh. Hehe


Source: HERE

Wednesday, September 19, 2012

Motivated not to work hard. Heh



Morning!!!
Sampai je kat laman uni tadi....
My oh my! I was excited upon seeing people with the graduation robes and mortar boards/bonnets outside of Bonython Hall in the uni this morning.

 

Tetiba terus berangan macam-macam.

InsyaAllah one day I would be amongst those people, yang sibuk bergambar sana-sini dengan scroll.
Seronoknya meraikan kejayaan dengan the loved ones around me.
Kalau dapat bawak Abah/Mak dan PIL kan best.
Hmmm... masa tu aku nak pakai baju apa ye?
Heee..melampau betul.


Well, actually pagi ni aku ada training kat Napier 210. So, kat main campus (North Terrace) je la.
Hazard Management Training je pun. Tapi bekas Lecturer OSH pun kena attend. Haihhh...No excuse.





Lepas training ni, I'll be hanging out with Victoria. Saja lepak-lepak dan nak minta dia ajar  balik ilmu EndNote yang dah berkarat kat kepala aku ni.
With that, apparently I am not going to Thebarton la today. Hehehe.



Oooops. Joe, my lab mate baru je call tanya whether I am going to the lab :P
Kantoi di situ.
Aku cuma kata aku ada training kat sini, dan dia kata "so, u are not coming to the lab later today?"

Aku pun mengiakan je la. Huahuahua
Lagipun dia bagitau, he'll not be around this afternoon. So, takde maknanya aku menganga sorang-sorang nanti.

Anyway, I just wanna enjoy the day. Taking it easy.

Eh... macam dah lari konsep pulak daripada cita-cita yang dok berbunga nak konvo tadi tu. Ngehehehe. 
Alaa.... kasi chance la. Sekarang tengah mid term break for a fortnight kan? :P
Ciao!!!












Nuffnang ads

My Heartbeat