Wednesday, August 18, 2010

Our darlings' birthdays

Justify Full

Today, 18.08.10 is MrHubby's birthday...and last Thurs was MamaPasha's.
Dek kerana nak bagi surprise, maka sambutan telah dibuat semalam, with BerryBear (Mamapasha's hubby) and yours truly as the culprits. Hehehe.

Kat MamaPasha, we said we were gonna celebrate MrHubby's birthday. Kat MrHubby, I said we are going to celebrate Mamapasha's. So, by 7 we went to TGIF Subang Parade. Tempat dipilih berdasarkan niat jahat untuk mendajal birthday boy & birthday girl :P


Sampai tu, Lil Adam was excited to see the ID with a hanging airplane... betul2 atas kepala kitorang.

Ni kes tak sabar tunggu makanan la ni. Siap dengan fork and spoon.

Keywest White Fish for Berrybear. Mine was just Fish and Chips, so xyah gambar la kan? (actually dah pelahap sangat, xsempat snap..kekeke)

Southwest Adobo Chicken for MrHubby & Mamapasha.

The appetizers were yummy too. Clam chowder, Mac & Cheese and Boneless Wings.

Sambil tunggu makanan...

Tengok la muka cheeky boy nie. Dok main peekaboo bawah meja.

The birthday girl yang tak sedar lagi actually the celebration was for her too. Kekekeke.

The birthday boy yang dah dapat menghidu taktik busukku itu... gara2 Lil Adam.


Haih...bila anak dah chatty, semua surprise pun kantoiiii...
Semalam bila MrHubby sampai ke rumah je, Lil Adam pegi kat dia sambil bagitau "Happy birthday Ayah in the car!!!"

Sebenarnya sebelum dia balik tu, aku siapkan wrap hadiah Mamapasha dan ajak Lil Adam tulis kad untuk Ayah dia.



Berkali-kali aku sebut "This present is for Auntie..." (supaya Lil Adam tak pecah lobang).
Tapi Lil Adam excited sangat kot, maka bila MrHubby naik ke bilik..."Camna ni Mama? Belum apa-apa lagi anak dah bagi kantoi ni?"

Duh!

Back to the celebration, lepas makan... bila waitress tu datang dengan kek, baru la Mamapasha tau actually it was also for her.

Mamapasha tengah mengganas pukul BerryBear bila dapat tau kena tipu :P


So, they were asked to sing a song. Mamapasha sang the Strawberry Shortcake song...


And MrHubby came up with his very own version of lagu iklan susu...
Alaa... yang macam "Sayalah permata, anak kesayangan..kebanggaan Ayah dan ibu..."
Tapi dia nyanyi versi lirik dia la...


After the candles were blown (anak-anak yang nyibuk nak blow), masing2 pun tak sabar nak potong kek.


The hat Lil Adam was wearing is the present from BerryBear/Mamapasha for MrHubby. Hehe...

Mamapasha reading the small card...

dan dengan rakusnya Pasha tolong unwrap hadiah from us to her.


Her present. Mamapasha, lepas ni sambil guna mixer tu, pejam mata ye..bayangkan it's Kitchen Aid. Hehehe

The culprits behind the scene... >:)

MrHubby pun sibuk menelek hadiah dia. Punya la lama dia hadap.


Ni la hadiahnya... for his DSLR. Jenuh aku subahat dengan Abg Fendi yang baru aku kenal masa pi PD last fortnite. Tu pun sipi-sipi kantoi dah.


Apart from the cake, we also had these mini cheese tarts.

Pasha (muka sedih bila kena marah)

Tapi bila dah happy, satu TGIF tu disukatnya... nak nak bila Lil Adam kejar.

Before we left, the TGIF team ada buat persembahan sikit. Tingat geng-geng keje masa kat Concorde Platinum dulu- happening!


Our family.

BerryBear/Mamapasha's family.


And one more... of the whole bunch.



My card for MrHubby. Standard la kan... mesti kinky sikit :P


So, MrHubby... Happy birthday to u! Ailapi...

Tuesday, August 17, 2010

Mbekkkk...mbekkk....daun wangi

Dalam banyak-banyak daun, daun apa yang wangi?

Daun pandan?
Daun limau purut?
Daun pudina?


Tak kira apapun jawapan korang, I have this sorta strange passion towards daun wangi.
Strange? How strange?

Ye, aku sangat suka makan daun-daun beraroma ni kalo ada dalam masakan.
  • Baik daun kesum dan bunga kantan dalam laksa/asam pedas (kalo aku yang hadap periuk tu, mesti aku cari jugak dan cedok ke dalam pinggan)
  • Daun limau purut dalam tomyam/paprik (pahit sikit, tapi wangi punya pasal, balun jer)
  • Daun kunyit dalam segala masakan (aku tau ada dalam rendang jer..hehe)
  • Daun pudina/daun selom yang dalam laksa Penang (harus aku tabur cukup2 sebagai garnishing)

Heee.. macam kambing pulak.
Mbekkkk.... mbekkkk....
Takpe, biar jadi kambing, makan pucuk-pucuk daun. Jangan jadi lembu, makan rumput atas tanah. Hehe.

Anyway, daun wangi yang aku tak makan raw... maybe cuma...
  • pandan (kang abis lah bunga rampai pengantin aku ratah)...
  • serai dalam tomyam je (takut orang restoran tu kata kebulur sangat ke minah ni?)
  • daun kari aku makan kalo dalam butter prawn je. Kalo dah lembik dalam kari, xnak la.

Dulu kat rumah Abah ada daun cemumaq, baunya macam sarsi. Tapi tak pernah la pulak aku try. Ada orang kata hantu takut dengan pokok tu, tapi sebab tak pernah ada research mengesahkan hantu takut dengan bau wangi, maka abaikan je la.

Itu yang edible & non-edible.
Yang buat mandi (daun serung) masa dalam pantang pun... I loike! So au-naturale :P
Tapi kan, mandi daun serung ni hanya MIL je yang reti cari bahannya. This time I am still finding ways to import her for my confinement. Duh!

Monday, August 16, 2010

Salam Perantau- kecoh 1 ofis!




Sebenarnya aku nak blog tentang benda lain, tapi bila terbaca kat blog Oyis tentang Salam Perantau, aku tersiput-siput depan PC tingat citer lama.

If u still remember, aku pernah blog pasal cinta rahsia aku. Bila aku kinda 'announce' pasal aku & MrBoyfriend (now MrHubby), ex-ofismates tertanya-tanya "Masa bila diorang ni bercinta?"

As Ramadhan came, I was amongst those yang hantar ucapan Salam Perantau kat suratkhabar (uish..skemanya perkataan! -suratkhabar tuuuuu...).



Anyway, ucapan aku kuar kat Berita Harian, Metro & Utusan

Nak dijadikan citer, sebab aku ada mention nama ofis lama aku tu... (ye la kan, baru dalam 9bulan aku tinggalkan tempat keje tu)... maka ada sorang hamba Allah ni (Abang Yazer) siap tolong fotostat dan tampal ucapan aku kat tempat punch card. Hahaha.
Publisiti gitu! Kekekeke...

Tak cukup dengan tu, ada satu lagi dia tampal kat pintu ofis MrBoyfriend. Hehehe.

Maka Pengarah baru yang tak sempat kenal aku pun (masa aku keje situ, Pengarahnya tak best) terus jadi kenal.
Siap dia tanya MrBoyfriend "Girlfriend awak tu dulu keje sini ke?"

Maka kecoh la satu ofis pasal ucapan raya tu :P
Mamat yang menabur budi kat aku tu pun makin makan hati la gamaknye. Dan hubungan aku & MrHubby pun terus jadi bualan hangat sampai jadi headline buletin jabatan (hehe, fine... aku tipu!)

Nasib baik aku jadi kawin dengan MrBoyfriend tu. Kalau tidaaaakkkkk......


Wednesday, August 11, 2010

Imbas kembali...Ramadhan



1 Ramadhan 3years ago...

I was very pregnant. Aku puasa sampai pukul 2pm, then rasa perut sakit sangat. Maklumlah...1st pregnancy, takut pulak bahayakan baby.
So, pukul 2 tu, aku gi kat kafe... bisik2 kat akak tu tanya kalau2 ada apa2 untuk aku tapao ke ofis. Dapat la biskut kering (orang utara panggil 'roti pat sagi'-- MrHubby gelak sakan dengar perkataan ni) dan aku berbuka tengah siang buta tu dengan kurma (sapa bagi kurma ye, aku tak ingat).


2nd day onwards... puasa berjaya diteruskan... sampailah hari ke-6. Pancit!
Sebab pagi-pagi lagi, while preparing Milo for MrHubby's sahur... my waterbag broke. Hehehe.
Maka jenuhlah aku kena ganti puasa tahun tu.

I was lucky though, bcoz I didn't have the monthly cycle for about 21-22mths due to breastfeeding. Maka xde excuse la untuk aku x qada sakan pada tahun berikutnya.


Anyway, I remember the worry for producing less milk during Ramadhan. Mak aiii... dah jenuh aku minum/makan segala benda masa sahur... tapi kadang-kadang 1 botol besar pun x dapat penuh.


Alhamdulillah rezeki Lil Adam banyak... walaupun terjejas, tapi dapat menyusu sampai 2tahun lebih.
Sempat la period few mths before I was positive again.


So, Ramadhan this year... I hope everything is okay. Doa-doakan lah ye.
Selamat menyambut Ramadhan kepada semua golongan ibu, bapa, kawan2, yang dah kawin, yang belum kawin, students dan stalkers yang diam-diam baca blog nie.
Semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua.

Tuesday, August 10, 2010

Jom Poie PD

Guys, remember I told u that we were in PD last weekend? Haaa...ni aku nak share hasil2 tembakan (shooting) kat sana. I love all pix... jom tengok mana yang korang suka.

Bear in mind, ada gambar from MrHubby's camera... ada yang daripada otai2 yang lens panjang 1 hasta tu.


The convoy... making a move from PD toll.


Checked-in kat rumah yang x berapa besar tapi comfy enough for the whole lot. The first activity was to snap a group photo.

Pelakon tambahan tak la ramai sangat. Aku & family Abang Fendy je yang menyelit dalam gambar ni tanpa DSLR.

We headed towards the nearby beach. Haa... cuba teka gambar tangan sapa nih?


Katanya ni tempat penggambaran Cinta Kolesterol. Kalo orang bohong, maka aku pun bohong la jugak. Hehehe.


Amongst the youngest participants.
Giler wei... kita dulu kecik2, jangankan nak ada kamera sendiri... nak pinjam bapak punya pun x berani. Tapi budak-budak ni dengan segala gadget... pergh! Kaya tuuuu...


Yours truly & Lil Adam masa kutip siput. Aku suruh Lil Adam kutip shells, siput sedut yang hidup yang dikutipnya...


Ni Abang Jack. Korang tengok la aksi2 photographer bersungguh2 nak dapatkan the best shot.

Anak Abang Jack. Tengok lens dia... Korang ukur la sendiri (ewah! macam iklan Garnier Fasha Sandha pulak)

Abang Fendy siap kona baring lagi. Tu belum kira lagi yang dok berjam2 dalam semak. Ish ish ish...

Lil Adam bersemangat lari ke pantai. Nak kata lari dari buaya... xde pun buaya. Kekekeke

Haa... yang ni menggunakan slow shutter. Ganas tul hasilnya. Membuatkan aku feeling ala2 Puteri Gunung Ledang gitu.
Nanti aku berkemban dan pakai aksesori telinga tu, aku nak mintak MrHubby snap la macam nie. Aku kan obses PGL! Hahaha


The PSDC team. Baju tu ada tulis Jom Pooieee PD. Aku asyik gelakkan MrHubby sebab spelling "Poo" tu. Patutnya "poie" je la. Whatever! Aku pun ada satu gak.


Cewah2... nampak ada gaya expert tak?

Malamnya lepas dinner, ada photography suasana raya di kampung dan untuk pengantin sikit. Tapi sebelum tu masing2 dok try kaedah slow shutter buat benda alah ni dengan flashlight.


Namanya raya kat kampung kan? Maka aku pun pakai baju kurung cotton yang masih berbau kedai untuk create mood kampung tu (dasar taknak ngaku muka kampung! blah la!)

Cuma aku tak jadi pakai kain batik buat cover kepala jer... ala2 gadis bernama Melur gitu. Kekekeke. Gatal!!!

Aku suka gambar ni... Lil Adam trying hard to blow the pelita off.

Hahaha. Sampai kembung2 pipi dia.
Tapi tak lawan la dengan gambar last nie...
Hehehe. Noti kan?

Eh... ada lagi 1 gambar rupanya... ni masa otw balik the next day, kitorang singgah kat pantai untuk bagi Lil Adam main pasir. Tapi dia dok sibuk collect "little doyannnn..." (buah kecik2 yang nampak macam durian tu)

Sekian laporan siaran langsung tertunda dari PD, untuk Isabelle... frankly :)

Nuffnang ads

My Heartbeat