Wednesday, July 29, 2015

Annyeonghaseyo (Seoul -Part 2, ronggengan bermula)


DAY 5
Booth 

Memandangkan keje-keje utama untuk meng-impress judges dah berakhir, maka hari ke-5 aku pakai sempoi je.
Dah nama pun jaga booth Aussie kan... maka Marko bagi la baju I Love Melbourne. 
Hewhewhew. Selama ni aku gi Melbourne beberapa kali, tak pernah lak aku beli baju tulis "I Love Melbourne."


Ni bergambar dengan orang-orang besar yang mewakili Aussie.
Aku tukang raih undi je.
-_______-

Actually, we (Aussie) were bidding against India and Morocco.
Ni gambar saat-saat indah dengan Moroccans sebelum keadaan jadi 'busuk'.


Aku ngan Vicky (3rd from left) asyik kena insult dengan diorang pasal kitorang promote Aussie, sedangkan kitorang bukan Aussie. So what?
Konon mamat Morocco yang muda tu kata aku kena bantu negara Islam. Whatthefotosintesis lah kan. Dia pun pakai rantai emas... adik dia yang dalam gambar kat atas tu pun tak pakai tudung, ada hati nak guna alasan pasal agama. 
Dan banyak kali gak la Moroccans guna taktik kotor dan menyakitkan hati kitorang.


Anyway, sambil cari pengundi.... sambil bergambar---itu aktiviti wajib!


 
In the photos you can see that my lanyard is full of little koalas- to be given away to the prospective voters. Kemain suka diorang dapat koala comel. Ada yang datang booth sampai 2,3, kali sebab nak minta kaler lain-lain.
Aku ingat budak-budak Malaysia je tukar baju raya untuk datang minta duit raya dua kali kat rumah yang sama.
 -_____-


Agak-agak settle keje kat booth , aku pun lari sorang-sorang untuk berjimba. 
Yahya ngan Sharon masing-masing ada sessions to attend... so, sorang-sorang pun jadikkk. I gotta do what I gotta do!
 



Namsangol Hanok Village

So, dengan blur-blur tu... aku gi naik train pegi cari tempat tujuan utama. Heh.

Sulah sampai nye pun...
Wah..wah...
Very the traditional.


Dan yang paling aku nak buat....
ta-daaaaa!!!!

Pakai hanbok!!!!

Amacam... ada gaya jadi model kalendar Korea tak? Bahahahaa

Tengah aku dok gedik sakan tu, datang satu family Msia (dari Sg Petani)... so aku ajak la bergambar sekali.

FYI, hanbok aku tu adalah yang dipakai oleh Queen/Princess... dan yang merah sebelah aku tu biasanya diorang pakai untuk kawen.
Aku main sambar je... dah nak buka, baru aku tanya kat orang yang jaga pondok tu. So kira aku ni naturally princessy lah konon sebab unknowingly pilih yang royal punya.
 *silatadahbaldiuntukmuntah*


Lepas tu, naik train lagi...  cari tempat shopping.
Singgah beli Dunkin' Donut pun nak amik gambar.Wahahaha.

Namdaemun

Sebenarnya aku snap gambar ni sebab takut tak ingat nak balik nanti kena keluar ikut gate mana. Tapi kira aci la bubuh kat blog kan? Hahaha.

Macam pasar malam ala-ala Petaling Street pun ada.

Anyway, aku sukaaa sesangat dengan hanbok tu. Nasib baik aku tak beli untuk buat baju raya. Kalau ada baby gegirl, ahrus aku paksa pakai hanbok ni masa raya. Muehehe.


Cuma aku perasan bila terserempak dengan Malaysians kat sini (yang aku rasa students kat Korea ni), agak-agak kekwat la.
Aku tak expect la diorang bersembang bertepuk tampar dengan aku... tapi at least senyum la kan, kalo kot ye pun kau rasa gah sangat kau reti cakap Korean.

Peniaga kat sini pun...ada gak yang sombong.
Kalau kita tak jadi beli, tetiba muka terus ketat. Naik takut aku nak pegang-pegang barang lepas dua tiga kali aku tengok mood swing diorang.

Anyway, pencarian berterusan-- Cinderella mencari kasut.
Untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, aku siap tanya mamat kedai ni..kalau aku tak beli nanti, dia marah tak?
Dia cakap... dia tak marah. Hahaha.
So, dengan senang hatinya aku masuk ke kedai dia dan browse kasut yang aku berkenan.

Rajin pulak dia layan aku try satu demi satu kasut.
Sebenarnya aku tak la fussy sangat... cuma aku cari kasut yang aku betul-betul suka. Kalau setakat beli saja... kang aku tak sayang kasut tu.


Poyo-poyo aku whatsapp MrHubby tanya pendapat, last-last aku beli yang dia tak pilih. Muehehe. Aku memang cenggitu.


Last-last aku pun pilih kasut ni (yang dalam cermin tu)---sebab bajet nampak rupa kasut Korea. Hah..what an excuse.

So, sebagai tanda tima kasih kat mamat tu... dia pun dapat satu souvenir koala drp aku. Happy sangat dia!

Balik dari shopping, aku pegi balik ke COEX.
Giler penat gak la... rush sana-sini.

Ingat nak sambung tolong jaga booth, tapi macam dah kemas-kemas semua..  Cuma organiser decide untuk buka polling station for few more hours esoknya. Kira last minute punya undi la. 

So, untuk balik ke hotel... Marko ajak naik taxi, dia bayarkan...
Sengalnya, driver taxi tu macam blur-blur. Aku jenuh explain. Cari kat kad hotel, takde tulis alamat pulak! Adoiyaiii...



Anyway... Kitorang menonong je suruh dia drive ke arah Gangnam, untuk hantar aku dulu, lepas tu baru hantar Marko ke hotel dia... tapi driver tu macam reluctant. Laaa... tak kisah la berapa pun. Orang bayar kot...

 

Hence, this crazy photo of us in the back seat of the taxi :-P


Gangnam

Sementara nak tunggu malam, aku dok pikir nak makan kat mana. Ada satu group mamat Nigerian (conference participants jugak) ajak aku ikut diorang makan pizza... tapi sebab aku takut, well-u know lah kan reputasi orang negara diorang kat Malaysia--- so, aku pun keluar sorang-sorang je la.


Malam tu jugak aku try contact Chris (oppa) ngan Wayne/Kelly untuk jumpa.. kalau-kalau diorang free. Dah dekat 10 tahun tak jumpa, so alang-alang dah sampai ke negara diorang, it'd be nice la kan kalau dapat catch up. 
So, plannya...nanti jumpa kat airport je sebelum aku fly balik, sebab weekdays diorang keje dan balik lambat.

So, secara solonya malam tu aku ronda-ronda kat Gangnam station, dan beli dua helai baju yang aku dah berkenan. Hoyehhh!!!
Mission accomplished! Hehe.



DAY 6
Booth and sessions

Panas!! Panas!!! 
2 jam terakhir untuk mengundi untuk jadi host ICOH sangat critical. Team Moroccan dah memang main taktik keji dari awal.. hujung-hujung tu lagi la annoying. Aku sampai rasa takleh tengok muka mamat yang tolong team diorang, sebab nak mengelak aku mencarut.
Kalau asal-asal dulu aku tak kisah Morocco menang... kali ni aku rasa, baik bagi India je dapat!Tapi of course la lagi bagus kalau Aussie menang bid.


Malcolm casting his vote.
Harap-harap Aussie la menang. Kalau Morocco menang, mesti diorang kerek punya.


Time ni kat lanyard kitorang dah habis or tinggal seketul dua koala je.  Walhal on the first day, Marko cuak sangat kalau tak habis 30,000 ekor koala.


Interestingly, ada Bulletin Board kat luar auditorium. So, anyone can keep themselves updated or leave a message, besides checking the updates in the email.


Aku cari-cari gak kot-kot ada secret admirer ada tinggal notes untuk aku ke... tapi nan ado! Hewhewhew.

Habis urusan mengundi, aku ajak Dino bergambar sama-sama. Dia layankan aje perangai aku, dah tau sangat aku gila bergambar... 




Saja jenguk poster sendiri kejap..tengok kot-kot dah abis business cards yang aku selit kat situ.



Lepas tu, aku attend a session chaired  by Bill (the judge for my poster).


Habis session, agak-agak takde sessions lain yang relevant dengan kitorang.. maka aku ngan Sharon pun berjimba. Sarven ngan Wes tak ikut sebab diorang mat skema...nak attend sessions. Heheh

Insadong

Destinasi jimbaan?
Insadong.



Kedai-kedai souvenirs kat Insadong ni lebih teratur dan kemas berbanding Namdaemun. harga barang lebih kurang je kot.

 



Dan antara tujuan datang ke sini adalah sebab Sharon nak suruh aku try Jipangyi Ice cream!!!
Yang kuning-kuning bergantungan tu adalah hollow cones berbentuk pelik.
#ifyouknowwhatimean  Hahahaha
Dah la soft serve tu isi dalam batang  cone eskrem tu. Bila nak makan, tersedut-sedut sambil gelak. Dengan menitik-nitiknya..dengan comot terkena baju....  Haihhh...

Kitorang try cover-cover masa makan tu, takut ada orang membayangkan benda lain. Tapi bongok betul ada tourists berhenti sebab dok nengok kitorang makan.


Kesian lengmoi Sharon, kena layan aku gedix bergambar.
Dia ingat dia je gila bergambar...rupanya ada orang lebih gila daripada dia :-O
Kwengkwengkwenggg... 


Lalu kat satu stall desserts ala-ala dragon beard tu, kitorang dipanggil suruh tengok demo.
Kitorang benti sebab mamat Korean tu cakap Melayu.
Giler terer ahhh dia punya  BM. Lil Adam pun kalah. Kehkehkeh.


Orangnya sangat friendly, dan kitorang terkagum nengok cara dia buat desserts tu.
Boleh pilih inti peanut, almond atau coklat. So, aku beli la sekotak bawak balik untuk family.


Another silly photo of yours truly.
Motif? Alaaa...background tu comel--- dgn harapan aku pun nampak comel. :-P


Dalam train, Sharon takut-takut sebab  apek sebelah dia duduk punya la mengangkang luas. Kot ye pun tido, agak-agak la kangkang tu.
Saja je aku pedajal Sharon kata apek tu nak ada skin contact dengan dia. Hahaha. Aku memang kawan yang hamsap.



 ...dan akhirnya sampai la balik ke COEX Mall.


 Kitorang rushed balik ke COEX pun sebab nak bagi sokongan kat kawan-kawan yang present... Kanami dan Wes.


Sepatutnya poster aku kena tanggalkan petang tu, tapi sebab aku takut aku lambat sampai, aku dah pesan kat Marko--minta dia tolong simpankan. Ni satu hal lagi...nanti aku sambung cerita dalam Part 3.

Lepas tu bergegas la balik ke hotel.
Time ni aku dah pindah ke Ibis Hotel---dok ngan Sharon. Kononnya, senang la nak pegi berjimba ke, or pegi dinner sama-sama.

Memandangkan time tu peak hour orang balik keje...kitorang berjalan kaki balik ke hotel, sebab kalau naik taxi pun...harus terperangkap dalam jam. Dah la aku dengan pakai heels nya... memang mendapat la kena jalan laju-laju. Haha.

Sampai hotel, kelam kabut mandi, iron dress, zup-zasss mekap lebih kurang.... dan ta-daaa!!!
Acececece...tetiba je bajet ada fairy godmother ketuk tongkat ajaib atas kepala. Walhal kelam kabut bersiap.


Yours truly with Sharon, and Wes.


Pre-celebratory drinks

We were supposed to go to COEX terus, tapi aku ajak Sharon ngan Wes ke Oakwood Premiere dulu, sebab Malcolm buat pre-celebratory drink, sempena dapat tau AUSTRALIA WON THE BID TO HOST ICOH 2021!!! 
Hahaha.....




Aku happy sangat, rasa I have contributed to the winning.
Dan laaagi happy sebab Morocco tak dapat. Muahahaha.
Ye, jangan ingat diorang je keji.. aku pun keji jugak. Kalau aku nampak diorang kat dinner tu, memang aku akan bagi ayat "Try again next time, with better attitude, perhaps!".
 
Anyway, ketibaan tetamu disambut dengan carved ice block. Cantik sangat.
Tapi takleh bergambar lama-lama sebab Sarven was already waiting for us in the hall..menge-cop meja untuk kitorang.

Fast forward sikit... Dr Kogi and few other VVIPs bagi speech...


Ada penyanyi soprano....

 

Tapi meja kitorang dok sibuk bergambar.. Cheers!!!


...dan bergambar dengan kawan-kawan...
...dan belek menu... sebab tak sabar nak makan.

The menu was great... ada selection of fish, vegetarian or meat.
Aku?
Kalau dah ada salmon... apa lagi?!!!


 

Sambil makan, sambil kitorang dihiburkan oleh kumpulan KPop, Switch.
Awww...aww...sexy gittew.


Ni aku tak faham apa kekdahnye menari pakai topi ala safety helmet/ hard hats tu. Maybe sempena nak blend in with the theme untuk occupational health kot. Hahahaha.


Lepas tu penyanyi-penyanyi KPop tu turun kat audience dan ajak menari.
Gelak besar aku sebab Yahya kena menari Gangnam Style. Dari hari pertama aku dok gelakkan dia pasal dok tengok video Psy tu. Kira berbaloi la kena fokus dek kamera malam tu.


Meja kitorang pun kecoh gak... sebab Wes dipanggil ke depan untuk jawab soalan kuiz. Dalam blur-blur tak tau jawapan tu, nasib baik betul jugak. Alaa..soalannye, sapa nama penyanyi Gangnam Style je. Kehkehkeh.



Yours truly with Aida, Chada, Kanami, and Yuki.



As usual, dah santai-santai sikit... ada performance drp Latin jazz band.
So, start la ada few couples ke dancing floor.


Daripada dok ajak-mengajak Sharon and Chada... last-last aku pegi dance floor dengan Dino. Muehehehehe.
Aku upload gambar je la ye... Video untuk simpanan peribadi sajork. Hewhewhew.


The girls...
Hmmm..ada macam tangga tak?

Last but not least, with the tall bloke, Marko.

It was a tiring day, but worthy.
Happy sangat-sangat... and looking forward to something nice the following day... jeng-jeng-jeng...


...to be continued

Nuffnang ads

My Heartbeat