Tuesday, May 28, 2013

Game Western Bar dan kacang lepas mengaji

Aku dan Acik beza cuma dua tahun. Well, kalo kira betul-betul...actually cuma setahun dua bulan, sebab Acik was born in December, dan aku February.

Kami membesar sama-sama, main Scrabble sama-sama sampai gaduh (sebab Acik selalu mengelat), mandi telaga sama-sama (masa kecik la!), main bayang-bayang jadi penari kabaret waktu malam (masa takde karen lagi), pegi mengaji sama-sama, ponteng mengaji sama-sama.... dan macam-macam lagi sama-sama.


Biasanya, aku dan Acik tak dapat duit belanja pun masa pegi mengaji. So, kami selalu 'pao' duit syiling dalam celepa Brylcreem Tok. Aku pernah cerita pasal ni aritu (Read: HERE)



Ni semua gara-gara dekat dengan tempat mengaji (rumah TokCik Pa), ada kedai Mak Tom/ PakDin. Tu kira port nak melencong paling best la at that age. Jaman tu mana reti melepak, so melencong 15minit tu dikira heaven la. Hehehe..

Tapi kami pao pun bukan banyak-banyak. Sekupang dua ja. Amatur la katakan.
Pao mesti ada strategi. Kalau sekali pao banyak, esok-esok dah tak leh pao dah. Lagipun, takut la kantoi dengan Tok (tapi aku rasa Tok memang dah tau pun, tapi dia buat-buat tak tau).

Aku biasanya akan invest sekupang tu untuk beli ais kepal. Kalau ada dua kupang, boleh la beli ais kacang.

Gambar hiasan
*ais kepal Kedai mak Tom cuma bubuh air gula kaler merah je*

Acik?
Haaa..dia kan jantan.
Dia akan guna duit dia untuk main game.
Alaaa..game tong yang kita bubuh duit syiling tu, pulas, dan keluar kacang.

Jenuh aku cari rupa tong game tu nak tempek kat blog ni, tapi tak jumpa.So korang buat-buat macam faham je la ye.

Game yang paling 'in' masa tu adalah Western Bar.


Sambil Acik main game, aku makan la ais kepal aku. So, aku tak merungut banyak.
Tapi kalau ais kepal aku dah tinggal plastik, tapi game dia tak Game Over lagi...mula la aku tak senang duduk. Dan untuk men'diam'kan aku... Acik akan bagi aku makan kacang botak yang keluar dari tong game tu. 


Kiranya instead of pemain game yang mengudap sambil main game, aku le jadi tukang makan. Acik rela je, janji aku tak bising ajak balik. Hehehe.


Ha...gini le game Western Bar yang menjadi kegilaan Acik masa tu.

Yang ni versi iPhone.

Haaa... yang ni...
kaler oren tu nampak la mambrang sikit, baru la real. Hahaha


Nampak gaya anak-anak jaman sekarang tak merasa la nak melencong lepas mengaji.
maklum la... banyak sangat crime. mengaji pun berhantar, berjemput... main game pun kat gadgets je la.


Sekian sahaja imbasan nostalgia arini.
Tetiba aku rindu kat abang aku.

Monday, May 27, 2013

Why should a wife shop alone?


I believe ramai lelaki yang tak suka ikut pasangan bershopping.
Kalau masa bercinta, kemain lagi mengekor berkepit sama-sama. Tapi bila dah kawin, sorang dah 100m ke depan, yang si bini pulak tertinggal kat belakang mengheret anak dan barang-barang yang dibeli. 

Kalau dapat supplementary credit card ke, tak kisah la nak shopping sorang-sorang. Tapi nampak sangat macam si laki tak sudi temankan bini syok sendiri. Hahaha


Masa aku tak kawin lagi, aku pernah date dengan lelaki yang rajin temankan shopping. Diulang, rajin temankan aku shopping... bukan temankan aku rajin shopping! Bukan apa... orang pompuan kan biasanya nak ada teman untuk bagi pendapat- fesyen yang dipilih tu sesuai ke tak, kaler kasut yang nak dibeli tu elok ke tak. Aku bukan nak minta diorang bayar pun, sebab aku biasanya bayar sendiri barang yang aku nak. 
Eh, sapa kata lelaki tak pandai bagi pendapat? Tak payah la tunggu ada kawan gay atau metrosexual untuk ada fashion sense yang bagus. MrHubby aku tu walaupun tak ubersexual, reti je bagi pendapat--- sesuai atau tak baju atau barang yang aku berkenan nak beli.

 
Tapi aku pernah gak date dengan lelaki yang malas nak ikut pilih barang. Dia cuma cakap "Haa..awak masuk la sorang-sorang, nanti nak bayar, panggil ye."

So walaupun hampes cenggitu, dimaafkan la sebab dia tolong bayarkan. Kalau aku jahat dulu, aku dah kikis sampai botak. Hahaha.


 
Anyway... kalau dah lepas kawin pun, suami masing-masing masih tak nampak ciri-ciri mithali nak ikut shopping, baik tak payah ajak langsung la...
Kang jadi macam ni, haru....


Friday, May 24, 2013

Apa ada dalam kasut orang?

Semalam masa berjalan belakang sorang mamat ni, aku terperasan  kasut dia dah koyak. Koyak. Bukan setakat berlubang.
Tapi koyak tahap boleh jadi saluran untuk ventilation kepada kaki dia. Ala-ala aircond gittew.

Aku terperasan tu pun sebab dia naik tangga depan aku.

Jarang sangat-sangat kita tengok kasut orang kan? Kalau tengok pun, setakat nak cakap "Eh lawa la kasut dia!"
Unless kalau kita duduk melepak kat kaki lima, dan perhati gelagat orang 3,4 jam. Macam-macam pe'el. Tapi apakeheynya pulak nak melepak? Kan ke banyak keje dok ada.

So, we end up nampak yang surface je.
Dan kita buat tekaan sendiri.'Tekaan' tu bunyi mulia sikit la.
Kita buat dakwaan (bunyi macam court la pulak),... err..tuduhan... err..  telahan/ kesimpulan sendiri.


Kalau nampak laki tu jambu sikit, kita conclude "Ni mesti gay ni."

Kalau nampak yang pompuan lak muka ketat, kita kata period. Atau mulut jahat sikit "Elehhh..semalam 'tak dapat' le tu!" (Ewah..kemain lagi siap boleh tau jadual orang beromen)



So now let's spend just 4 minutes.
And ponder.....

What is in their shoes?



Thursday, May 23, 2013

Surat ajak dating dengan Felix


Semalam, sedang aku bermalas-malasan kat sofa, ada satu Private Number call aku. Ntah jantan mana ntah. Tau-tau je kata nak 'just chit-chat and get to know' aku. Whatthefotosintesis?

Aku ni bukan la budak remaja sekolah menengah yang gedix lagi desperate... pantang ada orang nak berkenalan je, layan. Baca betul-betul... Aku dah melepasi tahap gedix lagi desperate tu, tapi belum melepasi usia remaja. Hehehe.
So, setelah dua tiga kali aku tanya nama dia, aku cakap aku tak kenal... dia insist kata...sebab tak kenal la, nak sembang-sembang bagi kenal (in English la).
So, aku kata dia silap number kot.
Dia cakap "No, I got your number from your friend in UWA"
Aku argue "What's that friend's name?"
Dia bagi nama "T**** (Indonesian)"

Lawak bodo apantah. Dah la aku kawan aku tak banyak kawan kat Western Australia, kalau ada pun bukan nama T****.
Nampak benor menipunye, bak kata Usop Wilcha.

Lepas refuse banyak kali, last-last aku kata "Sorry, I am not interested."  and hung up.

Dia call balik, aku reject. 

Silap pulak semalam aku tak balas yang aku ni bekas banduan dan ada anak, tengok kot-kot dia takut tak.
Entah apa-apa la mamat tu. Tadi ada dia call lagi, aku angkat, dengar suara dia dan letak.
Sori la, aku tak interested dengan random numbers macam ni.


Okay, itu dah melencong topik. 
Citer asalnya adalah pasal dating Lil Adam...bukan le dating aku. Hahaha.

Well, Lil Adam sekarang ni ada playdate. Bukan le dengan awek, but with a German boy. It started when Felix's parents sent us a letter--- ajak anak kitorang main sama-sama. Ewah..macam jaman dolu-dolu pulak siap hantar surat nak ajak pegi date.

  

So basically sekarang ni, hari Khamis (kadang-kadang hari lain) Lil Adam akan pegi rumah Felix lepas sekolah. Biasanya Maryse (Felix's mom) yang ambik diorang dari sekolah, dan terus bawa pegi rumah diorang.
Dalam pada aku jenuh prepare makanan untuk dia makan kat rumah Felix, kadang-kadang dia tak sentuh langsung pun... sebab syok sangat dok main.  Hampes.

Dan biasanya hari Ahad, Felix datang main kat rumah kitorang pulak.

Ni gambar yang aku sempat snap masa Rudi (Felix's dad) datang nak fetch Felix aritu. Timon adik Felix tu dah ter-mem'barai'kan bean bag... so jenuh la diorang dok main biji-biji styrofoam tu  -_-


Lil Adib Tomeyto kena marah sebab sibuk nak 'ketuk' orang dengan robot arm tu.
Biasa ni!!!


Sina (Felix's sister) eating an orange. 
Comel... (mode berangan kalau ada anak pompuan with golden hair!)


Tapi menengokkan 'disaster' nya nak menenangkan anak-anak ramai macam ni, terbantut niat nak bagi adik kat Lil Adib. Huhu

Tuesday, May 21, 2013

Doa cepat kaya

Tanam pokok duit... tunggu punya tunggu, tak tumbuh-tumbuh pun pokoknya.
Walhal dah jenuh disiram tiap-tiap hari, sambil menyanyi lagu suriram-ram-ram.
Baja pun siap baja organik taik lembu.
Pesticides pun dah spray. Eh, pokok x tumbuh lagi, jadah apa nak boh pesticides?


Tapi jangankan pokok berdaun duit, pokok duit-duit pun tak nampak rupa.
(ish..nostalgia sungguh bila aku tengok rupa pokok duit-duit ni. Teringat jaman kecik-kecik dulu, guna untuk 'urusan jual beli' konon-kononnya. Hehe)



Sapa tak teringin nak kaya kan?
Cuma tu la...maybe sebab niat kita terpesong. Maybe kita dok plan, kalo kaya nanti, mula-mula sekali aku nak beli rumah ala mahligai syahdu Hattan... dan beli kereta paling laju di muka bumi, sebab kalo kena saman sebab melebihi halaju pun, duit berkepuk ada...so apa nak susah?

Elehhh...kaya ni... tak semestinya kaya dengan duit.
Tapi kaya dengan ilmu, kaya dengan

Aku rasa, kita kena reset la niat kita.
Kita. Aku sekali la maksudnya.
Kalau kaya, atau dikurniakan rezeki lebih, mula-mula sekali aku nak sempurnakan rukun Islam.
Aku nak bayar zakat, dan nak tunai haji dulu.

Lepas tu baru la boleh fikir nak berbelanja dan invest untuk berbisnes.  Bisnes yang elok-elok la... yang membuka peluang pekerjaan kat orang lain. Bukan yang sistem piramid yang paksa orang buat personal loan untuk mulakan bisnes. Dan kalo niat nak buka 'kalabun malami' atau pusat dangdut, aku tak jamin la



So, ni ha...ayat dari surah Sod, ayat 54 untuk diamalkan sebagai doa untuk jadi kaya. Hehehe.


Apa pun, aku tetap encourage untuk amalkan solat sunat Dhuha dan baca Alma'thurat tiap pagi dan petang.
Doa dalam Alma'thurat tu pun ada tentang mengelak beban hutang. So kalau duit berkepuk, tapi hutang berlambak, buat apa kennn?



 

Monday, May 20, 2013

Ooops, terrrrr-riak pulak!

Mudahnya bila internet di hujung jari. 
Click-click. Tap-tap. Boleh tau cerita di seluruh pelosok dunia. Dah tak payah tunggu depan tv, tak perlu duduk hadap komputer. Sambil baring-baring mata separuh nak pejam, sambil suap makanan kat restoran, sambil tertonggeng kepala ke bawah kaki ke atas pun boleh baca updates dan cerita kawan-kawan dan ahli keluarga.... waima strangers sekalipun.
Hebat kan?

Bak kata pepatah yang aku baru nak create... Riak di hujung jari. 
Heh.

Korang tak percaya berapa banyak riak yang wujud dalam laman sosial?
Cer korang luangkan 15 minit untuk scroll dan belek updates kengkawan. Dalam masa sesingkat tu, berapa ramai yang korang boleh pangkas dengan ayat "Eii..perlu ke?"

Maybe secara azalinya memang kita semua ada rasa riak, ujub, takbur, bongkak ni... tapi sebab dolu-dolu kita cuma dapat cerita kat orang yang kita jumpa je. Tu pun, maybe diorang akan balas "So what?"
Bila adanya Facebook, blog, Twitter, Instagram, Keek  segala toknenek ni... kita bebas nak express. Sebab Mark Zuckerberg tak wujudkan butang "So what?". Maka paling teruk pun, orang cuma akan ignore je.

Meh kita analyse tahap-tahap riak yang ada.

Riak tahap 1. 
Terang, jelas lagi nyata. Macam izhar halqi.
Fuhhh... Aku berjaya memiliki Mercedes sebelum umur mencecah 30. Sila makan hati.
Yang ni walaupun terang-terang dia kerek,  tapi biasanya orang layankan aje... sebab at least, dia jujur. Kawan aku yang pe'el macam ni, selalu ramai je yang like status dia.

Jaman sekarang ni ramai orang berlumba-lumba sebab rasa inferior kot. So,bila dapat tunjukkan kat dunia yang dia ada something untuk dibanggakan, rasa macam legaaaaa gitu.



Riak tahap 2.
Cover-cover tapi sebenarnya memang nak bagi orang nampak.
Contoh: 
"Alhamdulillah. Selamat dah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Nak singgah makan kat Itali jap sebelum balik."
Tempek gambar jari ada kesan dakwat kekal-kalau-tak-lupa-goncang, ber-backgroundkan stereng yang nampak logo jenama kereta dia. Cincin berbatu-berlian-sebesar-batu-jemala-patik yang asalnya kat jari lain, dah ditukar siap-siap kat jari yang stained kena dakwat tu. Alang-alang nak snap, biar la orang nampak. Ken???
Dan sengaja je sebut nak makan kat Itali, walhal nak gi makan kat Pizza Hut je pun. 
Propa!

Yang ni sama macam tahap orang boh status "Handbag Prada ni, harap je mahal dan matching dengan I punya Christian Louboutin slingbacks, tapi takde compartment. Susah la nak cari iPhone6 I kalo tiba-tiba berdering dalam beg. Benci taw!"

Perlu ke mention Prada? Tak boleh sebut hadbag je?
Kenapa mesti specify Christian Louboutin? Tak boleh tulis 'kasut' je?
Nak jugak sebut 'iPhone6'... instead of henpon/telefon. Ye la, Kalo tulis henpon je pun, rasanya orang dah assume kau pakai smartphone. Saja je nak emphasize.



Riak tahap 3
Ni tahap takbolehblah dan saja pakai reverse psychology.
Contoh:
Upload gambar sendiri dengan muka paling comel (konon) dan letak caption "Titew tak chomeyl, tapi hati titew baik tawww."


sekadar hiasan

Susah-payah kau cuba reverse-psycho orang mengatakan kau tak comel, supaya ramai la yang berlumba-lumba tinggal komen
"Siapa cakap u tak comel? Buta ke dia tu!" 
Tapi...kalau ada yang setuju dengan caption dia tu dengan meninggalkan komen "Memang pun tak comel. Baru nak sedar diri?" ... yang tu memang mengundang sentapan si tuan punya gambar la.

Keji kan? Salahkah aku nak agree dengan statement kau sendiri? Hahaha
Memang tahap harus dipanah petir.




Well, aku buat entry ni bukan la nak kutuk tukang-tukang riak... buat reminder je la. Kalau alang-alang nak riak tu, masuk la Riak Tahap 1- senang orang nampak, dan tak la annoying sangat.

Aku pun ada perasaan riak. Cuma antara nak tunjuk atau nak cover je. Sebab riak tu syirik kecil.
Nak tau contoh riak aku?

"Terima kasih, Cinta. Bertuahnya I. Minta Coach, dapat LV. Next week, kita tour pegi makan angin kat 6 negara pulak ye?"

Heh.
Kau mampu?



Friday, May 17, 2013

Apakah cintamu cuma pada boobs?

Aku pernah tanya kat lelaki "Which part of a woman that attracts you most? Muka yang cantik, atau the lady lumps?"

Ada lelaki yang anggap - apa guna seksi berbonggol-bonggol kalo muka pecah rumah? Some others think 'bumper belakang' itu lebih sexy.
Dan ada juga yang anggap, biar la awek berwajah ke'desa'an, asalkan body mantap ala Zila Bakarin. Especially merujuk kepada b(._|_.)bs lah. Typical kan? 


Whatever.

Tapi kelmarin, setelah satu dunia dapat tau tentang the truth that Angelina Jolie dah buang kedua-dua belah breasts dia (yang tertinggal ketapi, sila baca kat SINI) masing-masing pakat jadi judge.


Maybe lepas ni asal nampak je gambar dia, terus usyar kat dada. Cheh!
Apa kes? Nak tengok how is it like having implants?

Nak perhati sambil komen "Elehhh...bukan real b(._|_.)bs pun!"
So what?

Well, actually masa aku post tentang skin sample yang aku perlu daripada abdominoplasty aritu (read HERE) aku lupa nak mention... memang antara bahagian yang paling banyak di'operate' dan donated adalah bahagian b(._|_.)bs. I mean, dada.
Sebab nak tunggu orang operate untuk buang isi lebihan yang berlipat-lipat kat pinggang tu,.. maybe susah sikit. Berkurun la kot nak dapat kalau sekadar tunggu orang go under the knife untuk cantik. Lagi mudah tunggu skin samples daripada orang yang terpaksa operate dan buang isi diorang atas faktor kesihatan, macam kes Angie ni la- in which orang buang siap-siap (undergo mastectomy) when they know they are at risk.


Cuma kan..bila fikirkan mentaliti orang kita yang anggap Ohhh-Angelina-Jolie-tu-taklah-sexy-pun-sebab-dah-tak-sejati, aku rasa pathetic sangat orang-orang macam ni.
Nak nak kalo jantan la yang cakap tu.

Apa kau ingat b(._|_.)bs tu cuma objek seks?

Malang betul sapa yang jadi bini orang macam ni.
Cinta tu cuma pada fizikal. 
Sebab b(._|_.)bs besar? Sebab muka cantik?
Lama-lama bila b(._|_.)bs si bini dah kendur, mula la gatal cari pucuk muda yang perlu sugar daddy.
Nanti muka si bini dah start ada wrinkles mula la komplen "You ni tak pandai berdandan la."
 
How shallow.

Yang pompuan pun sama la...

Nak sangat tayang b(._|_.)bs tu buat apa? Macam kau sorang la ada.

Esok-esok tua, kalau pun dada masih cekang macam Pamela Anderson, kau ingat tak reput ke bila dah dalam tanah? Reput jugak.  Sama je macam b(._|_.)bs kendur orang lain tu.

Thursday, May 16, 2013

Dulu sabun buku je, sekarang... macam-macam ada!

Hari ni aku tak mau cerita dah pasal cikgu-cikgu kesayangan aku, sebab dah puas aku seru nama diorang kat blog ni (2007 here, 2009 here, 2011 here)... tapi masih takde jodoh nak jumpa balik diorang. Sedih tau.

Semalam, aku tengok kat Facebook, ramai betul pakat-pakat balut hadiah untuk cikgu anak masing-masing. Ada yang bagi tudung  3 tingkat ropol ala langsir, ada yang bagi pen, ada yang bagi pouch jerut customized dengan nama...macam-macam lagi la. 
Cuma tu la... Hadiah-hadiah ni mostly daripada mak bapak, bukan anak murid tu sendiri.

Aku dengar cerita, ada cikgu yang dapat perfume, dapat kain pasang. Cikgu tadika yang dapat rantai tangan/ loket emas pun ada. Cuma belum aku dengar lagi cikgu-cikgi ni dapat hadiah kereta dan rumah je. Nampak sangat membodek kot! Anyway, kalau dah sampai tahap bagi smartphone tu, masing-masing dah patut check la kot-kot laki masing-masing yang beria nak appreciate cikgu si anak sebab ada udang di sebalik mee. Heh.

Back to 'hadiah daripada anak murid'.
Maybe ramai yang kata... budak-budak mana ada duit nak beli hadiah mahal?
You are wrong, man.

Hadiah tak semestinya mahal. It's the thought that counts.

Contohnya jaman aku dulu... hadiah-hadiah adalah affordable dari tabung anak murid sendiri.
Tak payah menyusahkan mak bapak.

Masa tu..paling banyak orang bagi sabun ketul (sabun mandi) kat cikgu. Biasanya sabun Popinjay la, yang kaler hijau ada gambar burung nuri tu. Wangi wo!
Maybe itu cara berhikmah nak tegur cikgu "Cikgu ni ketiak busuk la, cer pakai sabun ni...confirm wangi!"

Sabun wangi masa tu baru harga 50 -60 sen seketul. So kira okay la tu. 
Mampu kan?
 

Ada yang maju sikit, bagi pen Kilometrico. Ball pen je, bukan pen dakwat basah pun. Dolu mana ada FaberCastell, Parker, BiC bagai. Tak payah bagi pen MontBlanc... Kilometrico pun best apa. Ada bagi pen merah, pen biru. You marah, I love you. Eh?





Maybe sebab cikgu kan sinonim dengan pen. So, nak bagi galakan la supaya lebih banyak menconteng kat buku anak murid. Hehehe.
Harga pen masa tu pun baru 60 sen. Aku rasa la.
Murah dah tu... takkan itu pun nak tanya "Kau mampu?"

Tapi aku tak tau la kalau jaman sekarang cikgu-cikgi yang dah biasa dilambakkan dengan hadiah mahal akan terasa "Weh..hadiah murahan apa ni? Tak 'in-trend' langsung!"

Aku sendiri, masa sekolah rendah dulu, tak main la hadiah tipikal... sabun apa barang? Hahaha (poyo!) Aku suka bagi bunga ros sorang setangkai kat cikgu. Sentimental la sikit. Biasanya aku pesan kat Along, suruh beli kat kedai bunga depan panggung wayang Cheok Sah kat pekan BM tu je.
Bunga ros sekuntum 80sen- singgit je at that time. So, aku beli plastik hamper tu...dan balut sendiri bunga tu. Save cost.
Aku kumpul duit belanja sekolah, dan dapat la beli bunga ros untuk cikgu-cikgu favourite aku. Yang tak menjadi cikgu pojaan aku, tak dapat la.


 
You see? 

Tak perlu bodek cikgu dengan hadiah mahal. Afterall, yang penting.. hujung tahun, mesti nak naik stage masa Hari Penyampaian Hadiah (Huh! Nama tak glamer langsung, bubuh la Hari Anugerah Kecemerlangan ke... Hari Apresiasi Kehebatan Akademik Gemilang Terbilang Temberang ke, baru la komersil sikit).

Kalau bagi hadiah kain sutera ke, cincin batu diamond 24juta ke... tapi last-last belajar nye tak pandai, tak guna jugak. Kalau aku la, as an educator, akan rasa such a failure.


Okaylah..cukup pasal tu.

Sekarang aku nak tanya, korang tau ke kenapa Teacher's Day kat Malaysia disambut pada 16 May?
Haaa...tu pun tak tau?

This date was chosen because on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, has been the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.

Hehehe. Aku pun baru tau...sebab semalam aku google nak cari pasal Teacher's Day in Australia. Apparently it falls on every last friday in October.

Last but not least, I am glad I am somehow a 'teacher'. Sebab in a way, aku ada pahala berpanjangan (InsyaAllah), selagi students aku memanfaatkan ilmu yang aku ajar. Amin....


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” (Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim)

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” (Riwayat At-Thabrani).

“Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.”  (Riwayat At-Thabrani)

Tuesday, May 14, 2013

Ibu-ibu, bukan mak-mak

 Aku pernah blog pasal kenapa aku pilih untuk dipanggil Mama, instead of Mami (read HERE.) That's a big NO! 
Dan walaupun untuk dipanggil ibu still sounds to subtle for me, I'd rather be labeled ibu-ibu... bcoz to me 'mak-mak' sounds sangat makcik-makcik. Hahaha.

Well, anyway, this year's Mother's Day was just a quiet one for me. 



Got some funny, funky flowers made by Lil Adam at school.
And some real flowers too. 

Since kat sekolah pun ada fundraising stall, so Lil Adam bought me these sticky note set and fridge magnet. Siap suruh aku tutup mata, tapi dia yang bukakan hadiah tu T-T
Then, sibuk dok suruh aku scribble something dalam sticky note tu. Haihhh...


Yours truly also got some lilies. 
Walaupun sebenarnya aku nak bunga lain..Huhu. Nampak sangat MrHubby tak perasan hint aku aritu. Grrr... 

Anyway, I am blessed to have these two munchkins, walaupun  diorang juga la punca wujudnya fine lines kat muka aku, dan juga penyumbang kepada latihan vokal aku setiap hari. 
"Adaaaammm!! Dari tadi mandi, tak habis lagi?"
"Adibbbb... jangan buat abang!!!"



 Motherhood. 
Mana ada phrase 'working mother'??? Redundant!
 
Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs in my field, since the payment is pure love.  ~Mildred B. Vermont


Friday, May 10, 2013

Hikmah daripada fairy tales Hansel and Gretel

Korang jangan pandang rendah kat cerita dongeng Hansel and Gretel ni tau. Nak-nak pulak kalau korang dah baca entry aku kelmarin...


Pagi tadi, masa dalam kereta... nak hantar Lil Adam pegi sekolah... Lil Adam terdengar bunyi bising orang bertukang. Kat depan rumah aku tu ada orang dok buat rumah, actually.

Lil Adam: What's that sound, Ayah?

MrHubby: Ooo..that's the sound of people building a house.

Lil Adam: I see. I know..it is made up of bricks, wood, blablablabla...

MrHubby: And candies! (#sajamengusik)

Lil Adam: No, that's Hansel and Gretel's house. 




Silence.

Tiba-tiba....

Lil Adam: Ayah, I don't want a stepmother.

MrHubby: Hah??! (*terkejut) Why do you say like that?

Lil Adam: Bcoz she will leave me in the woods. 



Dan MrHubby jenuh tahan gelak arakian mendengar jawapan innocent anakku itu.

Bagus jugak. At least kalo MrHubby ada niat nak berbini lain, mesti tak dapat approval daripada Lil Adam. Hahaha.

Kepada mak-mak yang masih tak dapat stay calm and believe in Allah's plan yang takdirkan kot-kot laki kawin lain... rajin-rajin la ulang Hansel and Gretel masa bedtime story. 

Tapi kalau laki membebel pasal korang dah stop bercerita kisah-kisah Nabi, aku tak bertanggungjawab. Hehehe.


Lil Adam's Hansel and Gretel's house at school 

Thursday, May 9, 2013

Little tips for easy parenting!



Mak bapak jaman sekarang kan mesti nak mudah when it comes to raising the kids, or at least to make parenting so much fun. 
Ye la...dah penat-penat kerja.. yang kita tau, nak cara yang 
  • mudah - sapa nak susah-susah?
  • murah - bukan semua orang nak bermewah-mewah beli yang bukan-bukan
  • effective - yang ni paling penting. Kalau boleh nak immediately boleh nampak hasilnya.

Here are some fun tips for easy parenting (from various sources).
Jom kita try. 



Memandangkan bebudak jaman IT ni suka main touchscreen, chances are their handwriting tak berapa lawa, sebab motor skills agak kureng. So, ajar diorang pegang pensel the right way with a wad of tissue paper.
Teach your child to hold a pencil the right way with a wad of Kleenex.

 

Or selalu-selalu la suruh diorang panjat monkey bars.

If your kids have bad handwriting, make them spend some time on the monkey bars.



 

Yang selalu menjerit-jerit sebab seriau anak terkepit jari, maybe boleh repurpose a pool noodle to become a toddler-proof door stopper.

Repurpose a pool noodle to become a toddler-proof door stopper.
Keep your toddler from slamming doors, getting locked out, and from getting woken up by closing doors.

 

 

Untuk potty-train anak, maybe boleh  guna maxi pads just to extend the diapers.

Use maxi pads to extend diapers for a potty-training child.
 
 
Telefon jaman purba boleh bagi anak main sebagai camera.
Save your old cell phones and let your kids use them as play cameras.



Kalau ada anak-anak yang penakut tu, create la monster spray. Spray la bawah katil, dalam lemari segala. Aku tak ajar anak-anak aku takut hantu, sebab takut menyimpang aqidah pulak...

If your kids are scared of monsters, make monster spray.
 
 
 
 
Lupakan niat nak melaram dengan ayu, pakai la cargo pants. Dalam poket tu, boleh simpan diaper, wipes, plastic bags, etc. Hehehe. Nampak la lasak sikit ala-ala ALex O'Loughlin ku (ohhh)
Invest in a good pair of cargo pants.
 
 
 
Malas nak paku, atau sayang nak rosakkan tangga lawa-lawa.... guna la heavy duty cable ties untuk pasang baby gates.

Install a baby-gate using heavy-duty cable ties instead of nailing into the banister.
 
 
 
Yang ni menarik ni.
Kalo nak drive balik kampung jauh-jauh.... guna shoe caddy ni...sumbat segala games and snacks.

Use a shoe caddy to store games and snacks on a long road trip.
 
 
 
Ikat blanket/cadar besar keliling meja...buat hammock. Tapi kalo anak tersembam, aku tak jamin.

Need a place to put your kid?

 
 
Untuk anak-anak yang perlu ada rasa 'sentuhan ibu' bila ditepuk sampai tidur, isikan glove dengan biji barli/ kacang hijau... dan gantikan tangan korang just to make them feel we are still there. Hehehe

Fill a glove with pearled barley or beans, give a few pats with it, and then slip away stealthily into the night.
Tapi make sure la jahit elok-elok... Kang jenuh pulak anak tertelan biji-biji tu.

 

Old lotion bottle boleh jadi  faucet extender. Senang anak-anak yang tak cukup tinggi nak capai.

 Turn an old lotion bottle into a faucet extender so the little ones can reach.


 
 
Konon nak buat game...sebenarnya nak ajar anak buat keje. Hehehe. Keji tak?

Put your kids to work by turning chores into a fun game.

   

Untuk anak pompuan, kalo  baju longgar, fix la dengan klip yang fancy-fancy.

Use a barrette to fix your little girl's too-loose tank top.



Ni aku selalu buat kalau tengok jenuh sangat anak alami colds/flu.
Sapu Vicks kat kaki dan pakaikan stokin.
To stop nighttime coughing, rub vapor rub on their feet and put socks over them.

 

Kepada bapak-bapak yang kaki gamers, selagi anak tak faham erti main game.... bagi je la controller yang dah rosak atau takde bateri. Layan main sama-sama. Hahaha

For the gamer parent...



Kot seronok sangat shopping, tapi tak terkejar anak, tempek la temporary tattoo macam ni.
Put temporary tattoos on your kids in case they get lost.
These are by a company called Tottoos.
Tapi kalau orang call untuk mintak ransom, aku tak bertanggungjawab. Hehehe.
 

Selamat mencuba!

Nuffnang ads

My Heartbeat