Thursday, January 31, 2013

Aussie Fair Dinkum


Some people are just plain 'ngeng'. Tanya soalan yang bukan-bukan, yang patut dijawab dengan sepak-layang-yang-meninggalkan-kesan-belang-tarung.

You see...
These are silly questions asked to Australia(ns) before the Sydney Olympic Games.
  1. Q: Does it ever get windy in Australia? I have never seen it rain on TV, so how do the plants grow? (UK)
    A: We import all plants fully grown and then just sit around watching them die.

  2. Q: Will I be able to see kangaroos in the street? (USA)
    A: Depends how much you've been drinking

  3. Q: I want to walk from Perth to Sydney - can I follow the railroad tracks? (Sweden)
    A: Sure, it's only three thousand miles, take lots of water...

  4. Q: Is it safe to run around in the bushes in Australia? (Sweden)
    A: So it's true what they say about Swedes.

  5. Q: It is imperative that I find the names and addresses of places to contact for a stuffed porpoise. (Italy)
    A: Let's not touch this one.

  6. Q: Are there any ATMs (cash machines) in Australia? Can you send me a list of Brisbane, Cairns, Townsville and Hervey Bay?(UK)
    A: Hey, what did your last slave die of?

  7. Q: Can you give me some information about hippo racing in Australia?(USA)
    A: A-fri-ca is the big triangle shaped continent south of Europe . Aus-tra-lia is that big island in the middle of the pacific which does not... oh forget it. Sure, the hippo racing is every Tuesday night in Kings Cross. Come naked.

  8. Q: Which direction is North in Australia? (USA)
    A: Face south and then turn 90 degrees. Contact us when you get here and we'll send the rest of the directions.

  9. Q: Can I bring cutlery into Australia? (UK)
    A: Why? Just use your fingers like we do.

  10. Q: Can you send me the Vienna Boys' Choir schedule? (USA)
    A: Aus-tri-a is that quaint little country bordering Ger-man-y, which is...oh forget it. Sure, the Vienna Boys Choir plays every Tuesday night in Kings Cross, straight after the hippo races. Come naked.

  11. Q: Do you have perfume in Australia? (France)
    A: No, WE don't stink.

  12. Q: I have developed a new product that is the fountain of youth. Can you tell me where I can sell it in Australia(USA)
    A: Anywhere significant numbers of Americans gather.

  13. Q: Can I wear high heels in Australia? (UK)
    A: You are a British politician, right?

  14. Q: Can you tell me the regions in Tasmania where the female population is smaller than the male population? (Italy)
    A: Yes, gay nightclubs.

  15. Q: Do you celebrate Christmas in Australia? (France)
    A: Only at Christmas.

  16. Q: Are there killer bees in Australia? (Germany)
    A: Not yet, but for you, we'll import them.

  17. Q: Are there supermarkets in Sydney and is milk available all year round? (Germany)
    A: No, we are a peaceful civilisation of vegan hunter gatherers. Milk is illegal.

  18. Q: Please send a list of all doctors in Australia who can dispense rattlesnake serum. (USA)
    A: Rattlesnakes live in A-meri-ca which is where YOU come from. All Australian snakes, like taipans, blacks & adders, are perfectly harmless, can be safely handled and make good pets.

  19. Q: I have a question about a famous animal in Australia, but I forget its name. It's a kind of bear and lives in trees.
    A: It's called a Drop Bear. They are so called because they drop out of gum trees and scratch & bite anyone walking underneath them. You can scare them off by spraying yourself with human urine, purchased at the pharmacy, before you go out walking.

  20. Q: I was in Australia in 1969 on R+R, and I want to contact the girl I dated while I was staying in Kings Cross. Can you help? (USA)
    A: Yes, and you will still have to pay her by the hour.

  21. Q: Will I be able to speek (sic) English most places I go? (USA)
    A: Yes, but you'll have to learn it first.

ONLY IN AUSTRALIA
 
Being Australian is about driving in a German car to an Irish pub for A Belgian beer, then on the way home, grabbing an Indian curry or A Turkish kebab, to sit on Swedish furniture and watch American shows on a Japanese TV.

Oh and....
Only in Australia ...
can a pizza get to your house faster  than an  ambulance

Only in Australia ...

Do supermarkets make sick people walk all the way to the back of the shop
to get milk while healthy people can buy cigarettes at the front.

Only in Australia ...
do people order double cheeseburgers, large fries and a DIET coke.
 


Only in Australia ...
do banks leave both doors wide open and chain the pens to the counters.


Only in Australia ...
do we leave cars worth thousands of dollars in the drivewayand  lock our junk and cheap lawn mower in the garage.




Tuesday, January 29, 2013

How to make 'Telur Cinta'

Haip..haippp. Apa senyum-senyum?
Tau la aku panggil MrHubby tu 'Cinta'
Tapi sila bersihkan minda korang bila nampak terms 'telur cinta' tu. Ehehe.

Well, I once blogged about kegilaan aku terhadap telur, sampai ke tahap berebut-rebut bunga telur. Dah dok Aussie ni takde sebab nak berbunga telur, maka makan telur tanpa bunga je la. (macam la selama ni aku makan sekali bunga kat bunga telur tu)

Tapi kan...untuk mencantikkan telur tu supaya lebih spesel, apa kata korang try buat macam ni untuk hidangan telur rebus kat rumah...

How make a heart shaped egg <3

This is an easy and popular method to mold a hard boiled egg in Japan. (source: here)
Aku dah pernah try. Tapi masa tu aku gedix tak menyempat... so aku rasa bentuk cinta tu jadi macam 'cinta penyet'. Huhu

Cer tengok...Comel kan? Bentuk cinta gittew.
 


Bahan-bahan yang diperlukan, eh macam resepi pulak. I mean, peralatan yang diperlukan...
How make a heart shaped egg <3

  • Telur rebus
  • Chopstick 
  • Rubber bands
  • Karton susu/juice (potong, cuci dan keringkan)

While the egg is still warm (kalo dah sejuk, susah la nak bentukkan), kupas dan letakkan dalam kotak/karton tu dan tenyeh dengan chopstick kat tengah-tengah.

How make a heart shaped egg <3

Kepitkan dan ikat dengan rubber bands kat dua-dua hujung.
How make a heart shaped egg <3

How make a heart shaped egg <3

Biar jap dalam 10minit cenggitu... then...ta-daaa!
 
How make a heart shaped egg <3

Cenggini la rupanya nanti.
 
How make a heart shaped egg <3

Apa lagi? Potong la....
Comel kan? Kan? *sambil kedip-kedip mata*

How make a heart shaped egg <3


Boleh la hidang untuk romantic dinner, especially untuk sesapa yang buatkan bekal untuk suami (atau suami yang sediakan bekal untuk isteri. Ehem. #hint hint)
 
Lepas makan ni, confirm mata kuar love-love. Ehem ehem.
Tapi sesapa yang tengah dalam family planning (tak nak conceive lagi), jangan buat. Kang love-love sangat, mak tak bertanggungjawab noks!

Selamat mencuba!

Monday, January 28, 2013

Graduation! Kau ado? Aku nan ado.

Masa aku abis tadika dulu, cuma ada majlis kecik jer. Tu pun tak buat sampai sehari kat dewan besar-besar dengan prop bagai, persembahan segala. Paling-paling pun, naik stage, pegang sijil, sengih, snap-snap amik gambar... siap.
Jaman sekarang ni, dah jadi trend..baru habis tadika pun dah buat majlis kat hotel 4,5 bintang. Aku tak merasa lagi la yang ganas tahap Komeng macam tu sebab Lil Adam sekolah kat Malaysia dulu setengah tahun je. But his first graduation adalah untuk ALiM Summer School yang aku enrol dia aritu (read: HERE)

Kellas kau Jah.'Graduation' gitu. Mama punya dulu namanya 'penyampaian sijil' je. (Apakah orang dolu-dolu tak cukup kreatif atau tak berjiwa besar?)

Well, all I can say is... majlis kat Enfield Community Centre tu sederhana tapi cukup meriah. Tak ramai sangat parents yang hadir, sebab yang masuk summer school pun memang tak ramai.


Adik Umayr memulakan majlis dengan AlFatihah recital. Lancar sungguh.

Yours truly semangat duduk depan kennn? Bukan apa... asyik tipikal je penuhkan baris belakang, kalo students buat macam tu, aku marah. So, baik aku dok depan. Lagipun aku tak nak jadi macam masa aku kecik dulu...tiap-tiap tahun naik stage amik hadiah pun, parents orang lain duduk paling depan, sedangkan abah (pernah datang ke?), mak dan tok duduk kat luar je. Huhu.


Lepas tu ada slot tentang parenting daripada penulis buku 43 Inspirasi Mendidik Anak, Hisham Sharif dan Hasifah Zainuddin.

p/s: Aksi Hisham tu bukanlah aksi cakar harimau ye? Hehehe


Aku rasa inspired dengan tips-tips yang dikongsi. InsyaAllah nak try la nanti.
Tapi satu yang aku nak share kat sini dengan korang...
Penuhkan dada anak-anak dengan ilmu Al-Quran, insyaAllah hati dia akan terang untuk menerima ilmu-ilmu lain. Sebabnya? AlQuran itu nur.

Masa ditayangkan slide dan video aktiviti dan progress anak-anak semasa summer school tu...
Tak tau macamana nak gambarkan betapa besarnya hati aku... happy dan terharu sebab selama ni aku selalu terlebih risau tentang Lil Adam's progress.
Sayu rasanya... aku harap takde la orang perasan aku terkesat-kesat hujung mata time tu.



Lepas tu, ada persembahan istimewa daripada anak-anak summer school...demo solat. Lil Adam dipilih sebagai imam. Alhamdulillah.

Tapi sebelum tu Teacher Syifa tanya, sapa nak masuk syurga? 
*Semua angkat tangan tinggi-tinggi.*
Dalam syurga ada apa?
Lil Adam: Mainan.
Teacher Syifa: Haa...mainan. Lagi?
Lil Adam: Hadiah.
Teacher Syifa: Lagi?
Lil Adam: Makanan! Makanan!

Hahaha. Lawak betul Adam ni.


Terserlah sangat Lil Adam tu anak aku. Kuat makan. Ehehehe. Tapi takpe, orang mesti ingat ayah dia yang kuat makan, kalo dilihat secara fizikal. Muehehehe.

Sori la, aku yang 'gaptek' ni tak reti nak embed video tu kat sini.
Sape-sape yang dalam friend list aku atau MrHubby dapatlah tengok video tu kat Facebook kitorang.

Anyway, bacaan solat semua dibaca dengan kuat. Sohih la memang they have gained something from the short school session.

Gambar last kat atas ni... Ammar siap tonggeng lagi time orang lain tengah baca surah lazim.


Eh eh...ni apa imam goyang-goyang ke kanan nih?


Hmmm...sejuk hati tengok anak-anak bersolat.

Wajah-wajah yang suci.



Walaupun mulut masing-masing ikut je Teacher Syifa bacakan doa, I wonder apa yang diorang mohon kepada Allah sebenarnya...
Adakah toys, hadiah atau makanan macam yang Lil Adam sebut-sebut tadi? Hahaha.
Hmmm



Next, suara hati seorang anak dideklamasi melalui bait-bait sajak. Ada bakat terendam rupanya. Hihihi


Then...Masa yang dinanti-nanti pun tiba... penyampaian sijil dan hadiah untuk anak-anak semua.

Selain sijil... Lil Adam juga dapat anugerah untuk Full Attendance dan juga Iqra' Terbaik.

Senyum lebar dia..especially bila dapat pillow pet dinosaur tu.

Sebab actually, budak-perasan-Ultraman ni memang dok usyar dinosaur tu dari awal majlis lagi. Ehehehe. Tu kira dia jadi Ultraman, dinosaur tu jadi resaksa la tu.



Heh. Sama tak? Sama tak?



Last but not least... Inilah tenaga pengajar di belakang tabir, yang berhempas-pulas menyumbang tenaga untuk membekalkan anak-anak dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.


Semoga usaha kalian menjadi saham untuk kemudian hari dan dilimpahi keberkatan.

Lil Adam hanya bagi cenderahati comel ni je kat teachers dia.


Balik rumah, Lil Adam pun posing sakan la dengan hadiah-hadiah dia.



Oh ye... dinosaur tu Lil Adam namakan Diggin. Aku pun tak tau la mana dia dapat nama tu.

Dear Adam,
I am so proud of you. Anak Mama pandai kan? :)

Friday, January 25, 2013

Takkan semalam je...

I know, some of us (or is it just me?) memang buat amal secara bermusim. Contohnya malam blog aku ni. Hari Jumaat la selalu aku buat entry yang berunsurkan reflection sikit (dengan tag tazkirah). Hari lain ada jugak aku selit sikit-sikit, tapi biasanya banyak merapu meraban je :P

Dan semalam juga la aku pasang mp3 selawat Nabi seceliknya mata, waktu masih berbaring di katil. Hari lain, celik mata je, atau lepas solat Subuh, maybe aku capai hp, terus check FB - bajet retis, ada notification fans tinggal komen.


Aku harap, kita tak hanya berselawat masa sambut Maulidur Rasul. Atau hanya masa orang sebut Rasulullah... kita pun terkumat-kamit sambung "sollallahu alaihi wasallam."
Hari lain? Harammmm... 
Harap menyanyi terlalak-lalak lagu rock kapak, atau nyanyi 'Twinkle twinkle Little Star' kat anak-anak. Eheh.

 
Kita ni kan DUTA risalah Nabi SAW. So sepatutnya koman-koman pun kita menggambarkan sedikit akhlak baginda. Ke kita buat kerek je dengan non-Muslims, senyum pun tidak.. apatah lagi nak tolong... sampai diorang kata "Huh, memang dasar terrorist!"
Khaira ummah apa namanya kalo cenggitu.

Macam mana pulak dengan amalan-amalan simple yang selalu kita buat, yang sama macam Rasulullah buat. Contohnya: 
  • Gosok gigi sebelum solat- sebab ikut sunnah ke, sebab taknak mulut busuk?
  • Basuh tangan sebelum makan - sebab ikut sunnah ke, sebab jaga kebersihan?
  • Makan dengan tangan (kanan) -sebab ikut sunnah ke, sebab rasa leceh nak 'potong' ayam dengan sudu/garfu? Atau rasa geli nak makan dengan tangan basuh b*rak? Haha

Satu lagi persoalan...
Bila diperdengarkan kisah Rasulullah SAW (dalam halaqah ilmu atau dalam status 'ustaz-ustazah Facebook'  kita yg Islam ini rasa sedih ke atau tak rasa apa-apa??? 

Hmmm...

Mari kita renungkan.

Thursday, January 24, 2013

Aiyoo...where is the rojak?


Penat mengemas lepas majlis housewarming cum birthday Sabtu lepas, Ahad tu we had an invitation to Nadiya's house. Memandangkan aku masih penat dan takde SuperPower Kacip Patimah untuk diminum, aku cuma bawak peach puff jer sebagai juadah potluck untuk dinikmati bersama.


Kengkawan lain ada yang bawak bihun goreng, kuih koci, kek, puding karamel, cik mek molek, dan macam-macam lagi la.


Rasa tercabar la jugak tengok tuan rumah buat menu pasembor. Cek org Penang pun tak buat menu pasembor masa majlis hari sebelumnya.
Hang tau saja la...nak buat pasemboq tu kena sedia cucoq udang rangup2, goreng tokua (tauhu), nak sagat timun dan sengkuang, sedia tauge, rebus teloq, masak kuah kacang. Uiii..banyak gheja tu, habaq kat hang. Pendek kata (eh, si Pendek mana yg berkata-kata ni?)... aku yang baloq liat (malas nauzubillah) ni memang takkan buat la menu pasemboq.


Makan punya makan... Semua menu aku try, sup ja aku tak rasa (maybe sebab baru semalam tu menu sup kat rumah aku).
Sembang punya sembang... dapat sorang lagi geng untuk meng-coffee nanti, MaiLin.




Masing-masing khusyuk makan...





Lepas tu aku dok terfikir la jugak... bila nak start aktiviti Peach Picking nye? Dah dalam invitation ditulis aktivitinya Peach Picking and ROJAK Eating



Harus la nak kena petik buah dulu untuk dibuat rojak. Kennn?
Rojak kan buah potong-potong yang dicalit atau dicampur dengan kuah sambal hitam tu.
Macam ni ha....



Tapi aku biarkan persoalan itu bermain-main di minda aku.
Nak tanya tuan rumah, malu.
Aku tau orang kata "Malu bertanya, sesat jalan." Tapi dalam konteks ni aku yakin aku tak sesat jalan dah...sebab aku berjaya sampai ke rumah Nadiya walaupun baru first time. Terima kasih, Garmin- pedoman perjalanan anda. Hahaha. *taglinetakbulehblah.
Tuan rumah: Nadia, Habibi dan maknye dengan pancaran nur dari wajah sampai menyilaukan kamera


So, again... aku teruskan aktiviti bersembang.
Habis bersembang, sambung bergosip. Hahaha (okay, yang ni aku tak sure).
Dan buat ais kacang pulak buat kali ke-3.


Sedang rancak aku berborak dengan MaiLin, tetiba diorang panggil petik peach.  Join anak-anak yang dah siap pegang galah dengan buah peach dalam beg plastik. Masak tak masak, semua diorang bedal petik. Hihihi.



Aku pun bangun la...untuk join memetik.
Hmmm... hari dah makin lewat. Acara makan-makan macam dah nak abis. Tapi rojaknya tetap tak nampak batang hidung bayang.


Haha. Ni adalah perbuatan keji bila aku disuruh amik gambar diorang, tapi aku tetap nak masuk dalam gambar.
 
 

Gambar riang mak-mak budak sebab dok suruh "TUNJUK LA BUAH MASING-MASING, BIAR NAMPAK DALAM GAMBAR"

Maksud aku buah peach yang dipetik tu la.


Kalau setakat berdiri tercegat je, ada nampak macam tengah tunggu perbarisan pun ada. Tak nampak la tujuan asal gathering ni.




Berbalik kepada persoalan rojak yang aku tunggu-tunggu tu....

 
Masa dah balik tu baru aku terperasan....  
Eh, pasembor ni kan orang selain orang Penang memang panggil rojak!




Kat kedai mamak pun tulis rojak ...atau rojak mee (kalau nak campur mee kuning).  Kecualilah kalau kau pegi kedai mamak kat Penang.- Hameediyah ka, Subaidah ka, Pelita ka, Line Clear ka, semua memang la panggil pasemboq! Takkan nak cas KayEll tetiba sebut 'rojak'.

Haihhh *facepalm*
Terasa bengap di situ.

Nasib baik aku tak tanya orang. Kalau tidak, harus la kemaluan aku membesar dengan jayanya.



 

Nuffnang ads

My Heartbeat