Tuesday, January 31, 2012

Medical bills-dah banyak mana kalau takde panel clinics?



Early this year, Lil Adam and Lil Adib merasa la menyedut nebulizer tu sebab dah jenuh selesema. 
Lil Adam masa kecik dulu, melalak-lalak kalo disuruh sedut benda alah ni..tapi sekarang dengan rela hatinye....

Lil Adib pulak...well, budak cool kan? So, dia relax je la sepanjang 5minit tu.



Bila aku belek-belek balik medical bills yang dibayar oleh tempat keje aku ni kat panel clinics... actually banyak le jugak...

Cer kita tngok sama-sama...

Tahun 2006 RM31 je. Hehehe.
Sebabnya? Aku gi klinik sekali je. Lagipun I joined in August. So, 5 bulan terakhir je la.


Tahun 2007.
Jumlah Keseluruhan RM 1,308.
Fuh. Meningkat dengan jayanya.
Maklum la..time ni, aku dah kawin. So, bil ni termasuk untuk 3 orang la, dengan MrHubby dan sorang anak. Lil Adam lahir dah by September...

2008 pulak...total bills naik sikit. RM 1,608.80
Well, those compulsory vaccinations la kot.

Tahun 2009 je baru bil menurun jadi RM 1,156.65.
Maybe sebab semua dah stabil. Except that aku dok bersungguh-sungguh trying to conceive. Haha


Tahun 2010, bil mencanak balik sampai jadi RM 2,147.25.
Haaa..ni sebab aku preggy la nih. So, I assume mostly untuk check-ups la. Takleh salahkan Lil Adib, sebab dia lahir dah betul-betul hujung tahun...so, ubat untuk dia tak termasuk lagi.

Last year (2011), bil menurun balik jadi RM 1,529.28.
Hmmm...ni kira sebab dah tak banyak sakit kot. Agaknye la.

Kalau kira-kira balik...ish...mau rabak poket kalau takde klinik panel kan?
Tapi jangan risau la... Alhamdulillah... yours truly memang takde penyakit pelik-pelik. MrHubby dan anak-anak pun macam okay je. 

Rasa rugi jugak bayar insurans tiap-tiap bulan. Hahaha. Dasar pelokek aku ni. Huahuahua.

Eh...yang ni ni....


BUKAN NEBULIZER la, Lil Adib oiii...
Yang tu pam susu Mama tu.
Haishhh..budak ni pantang nampak beg susu tu, jenuh dia punggah....


Friday, January 27, 2012

Black cat


I am as busy as a bee, marking the exam scripts. Dalam pada busy tu sempat lagi browse jamu mata tengok baju-baju online, stress reliever la kunun. Haha. Lame.

In the meantime, cer korang tengok ni...do u see the BLACK CAT in this pix?



Do u know what is a DUMBASS?


Wednesday, January 18, 2012

How to get better marks in exams -dari perspective seorang lecturer

Minggu-minggu exam ni, perasaan aku perlu dijaga. Aicehhh...
Stress dengan meeting. Stress dengan students yang last minute baru terhegeh-hegeh nak tanya apa yang tak faham sepanjang semester. Stress dengan colleagues yang hampeh kunyit. Tu belum lagi dengan anak bini atau laki yang buat onar mengganggu emosi lecturer tu nak marking exam scripts.

Jadi adalah penting untuk students tak cari pasal supaya lecturers dapat marking dengan aman damai, dan tak dipengaruhi oleh emosi.

For that, ni aku bagi tips sikit untuk dapatkan markah bonus masa exams.

1. Tulisan kemas
 
Walaupun mungkin korang saja gatal cas-hebat-macam-doktor-dengan-tulisan-serabut, sebab dulu korang bercita-cita nak jadi doktor, tolong la jangan biar untuk exam tulisan tu macam cakaran ayam serama.
Lagipun tak semua tulisan doktor tu serabut. (Read HERE.)


2. Jawapan tersusun

Tulisan elok, jawapan pun biar la tersusun elok. Point by point.
Jangan melompat sekejap citer A, B...tetiba terus K, L.

Setiap point tu bagi la huraian barang satu dua ayat.



Kalaupun berniat nak menggoreng, biar la sampai kuning keemasan je... agak-agak la jangan sampai rentung.

Contoh untuk my dear students...
Kalau subject Env Biotech, kalau ditanya pasal advantages/disadvantages of a technology...jangan le kejap kome cakap expensive, kejap kome tulis costly.
 Takdenye korang akan dapat dua markah kalau bagi synonyms jer... :P


Walaupun setiap soalan tu ada skema jawapan, tapi tolong la jangan tulis balik sebiji-sebiji macam dalam lecture notes. Nampak sangat kome tu memang baca lecture notes je. Tak baca bahan bacaan tambahan. Tak berkembang langsung!!!




3. Mudahkan lecturers yang menanda

Untuk berlaku adil, kebanyakan lecturers akan tanda soalan 1 untuk semua students dulu. Lepas tu baru tanda soalan 2 untuk semua students...dan seterusnya. (In other words, most lecturers tak habiskan satu exam script untuk Student 1, lepas tu beralih kepada exam scripts yang lain)

So, jangan la biar lecturer tu buka je exam script, terus nampak jawapan untuk soalan 5. Tanjat boboi tau!!!
Lepas tu ada pulak tulis note kecik "Jawapan untuk soalan 1 ada di page 8." atau ada anak panah merentasi page nak direct ke arah mana.

Haishhh..memang kasi bad tempered betul kalo macam tu.


4. Good grammar

Tolong la jangan meraban sangat ayat tu. Ini ayat dah la kontot ala bahasa sms.
Aku tau la aku pun masih *cough* muda *cough* dan faham juga kependekan BTW, FYI...tapi jangan la make yourself look retarded, okay?
Lagipun, bukan semua lecturers korang muda macam I, kan? Kan? (tangan di bahu, mata ke atas, lidah jelir)

Tau la English is not our mother tongue... tapi make sure juga la  tau bezanya...macam kat bawah ni...




 Contoh untuk my dear students...
Kalau subject OSH, most likely korang akan guna perkataan SAFE rather than SAVE.
Maklum la..kalau salah spell, maksud pun berubah. So takkan nak bagi markah kan?



5. Nota cinta

No matter se'blur' mana pun korang masa exams... tak payah la nak tulis nota cinta untuk lecturer tu...

Contoh random:
"Puan...tolong la bagi saya dapat A. Kalau tak dapat Anugerah Dekan sem ni, terlepas la saya nak dapat ANC"

Aku pernah dapat dulu daripada student X....
"Dah study dah, tapi nampak gaya kalau fail pun, fail la. Ambik supp paper la jawabnya..."
(silap aku tak snap dulu untuk upload kat blog ni)

Atau ada yang lebih sengal, maybe ugut lecturers...
"Kalau saya fail paper ni, saya akan bunuh diri..."

Korang jangan ingat lecturers akan rasa bertanggungjawab dengan ugutan pendek akal cenggitu. Ada aku kesah??? Sure ke amal ibadat tu dah cukup banyak?
Kalau nak sangat bunuh diri... make sure la bayar dulu hutang PTPTpu tu, minta halal dulu ilmu yang diajar daripada lecturers/guru... dah taubat nasuha.

Tapi budak X tu...walaupun aku dah neutral masa marking (tak bias pun)...dia tetap fail.
Dia amik supp paper pun, fail jugak.
So, nasib dia la the following sem kena repeat lagi satu paper tu semata-mata. Dengan lecturer lain pulak tu (sebab masa tu bukan aku ajar).Hmmm...


Tips tu semua bukan untuk students yang berlecturerkan aku je. Tapi jugak untuk orang lain.
So, all the best la ye... Semoga dengan ikut tips tu korang takkan membuatkan lecturers yang menanda kertas korang tu rasa "Eiii..budak ni merapu apa ni?" dan terus pangkah besar-besar kat jawapan korang tu. Maka dapat la telur ayam. Ngehehe






WW-cara anak tidur dengan parents





 

 

 

 

 

 

Tuesday, January 17, 2012

Me? USELESS??? Helllllo...


I know I am not productive today. Cuma buat benda merapu. Well, u know lah
Belog-belog...
Bloghop sana-sini...
Baca online news/gossips...
Sembang-sembang...

Invigilating exams in the afternoon session memang bosan weiii.
Sebab by 1pm tu dah kena ready. So, nak lunch ke...solat ke..all must be done on time.


But that doesn't mean I am TOTALLY USELESS. Kan?

Exam scripts of one of my subjects will be out this noon (exam pagi ni)...so harap-harap tak meraban la jawapan students tu sampai buat aku stress dan terpaksa makan banyak dan menjadi gemuk dan terpaksa beli baju baru dan terpaksa ..errr...obvious sangat ekkk? :P

Monday, January 16, 2012

Me = Flag designer of Libya

Ahhhh..enough said :P





Today, I am lazier than the person who created the flag of Libya.
Tak productive langsung. Haishhh....


The results...of the Dubai Giveaway

Setelah berhempas pulas membuka kitab, mengetest power... macam-macam jawapan yang keluar untuk Dubai Giveaway aritu.

So, arini aku reveal la ye....



adalah....




Dan



adalah...












Yang memberi jawapan yang tepat adalah....





But as promised, jawapan tepat yang paling awal yang akan dapat hadiah.


So, the winner is ELISSMIE.

Kay-dee, Aidaikmal dan Apak Cikidong pun kira terer gak la sebab dapat jawab dengan tepat, cuma terlambat jer.





To the rest of u, thanks for participating.
Nanti aku kaya, aku buat lagi giveaway ekk :P




p/s:
Congrats, Eliss.

Ni nak pos ke nak bagi by hand ni? Hehehe

Saturday, January 14, 2012

STICKY POST- Dubai giveaway


As promised, here is the Dubai Giveaway.
Opened to all followers of Isabelle...frankly.

All you have to do is GUESS WHAT IS WRITTEN THERE? 
Contohnya...



 is actually
 




So, sila la teka... apa yang tertulis di sini...



dan di sini...





So, leave the answers in the comments of this entry.
Comments will be moderated for this purpose.

Jawapan yang betul paling awal akan dapat satu souvenir dari Dubai.

All the best!!!

Friday, January 13, 2012

Dubai-baibai babai

Okay.. title tu bukanlah echo. Saja aku gatal kasi title macam tu sebab it rhymes with bye bye. Hahaha

 
Lepas habis present, aku rush dengan K.Nurul yang dah abis present jugak. Dia nak beli hadiah untuk anak-anak. Aku nak amik gambar dan jenjalan je... So, boleh laa...


Ikut subway stations nie, harus la poyo amik gambar kan?

 
 
We went to Bur Juman Mall.Jalan kaki je dari hotel.. 
Just about 700m.

 

BurJuman ni ala-ala KLCC jugak la. Banyak kedai mahal. 
 Lepas belek-belek barang yang tak-berapa-nak-murah kat situ, aku pun balik hotel..angkut luggage yang sudah beranak-pinak tu masuk taxi untuk ke airport.

 Sambil taxi driver yang ramah tu drive...kitorang sembang-sembang. Dan dia melencong untuk bawa aku gi tempat wajib kat Dubai. Hahaha. 
Tercapai la hajat aku...

Driver tu pun tak gelak tengok aku jakun snap gambar tak benti.



Dan dia siap tolong jadi photographer aku lagi.
Gambar berbackgroundkan segala mercu tanda adalah wajib..
Hahaha 



Burj Khalifah- the tallest in the world!



and the view of Dubai city. Sungguh megalolololopolis (wtf?)
 



Then, off I rushed to the airport...where I was entertained by the handsome ground staff. Hehehe. Sempat lagi aku curi snap gambar dia :P
 
Luggage aku terlebih berat sikit tu, tak kena charge pun. Hehehe. Bagus...

Haa..cer korang tengok awek kat airport ni.Actually itu VR tau (Virtual Reality). Kelllas kau, Maria.
Kat Malaysia ada ke? (sila baca dgn intonasi 'kau ada?')


Setelah nak tercabut segala sendi berjalan...akhirnya sampai la kat Sheikh Rashid Terminal.



Time ni nak shopping kat duty free, duit dah tinggal sikit. Ada la dalam AED15 je. So, sempat la beli lampu aladin sebijik. Souvenir yang aku suka ni, tak dapat beli... setakat dapat amik gambar je jadi la. Hehehe




Right before boarding the plane, aku perasan ada doa safar kat board tu. How nice! :)



The flight stopped at Karachi for about an hour.

Lepas tu, flight pun menjadi gelap gelita dengan kehadiran masyarakat itu. 
Hehehe

Dan kali ni dalam flight aku kontrol ayu tak snap segala gambar lagi dah...sebab aku duduk sebelah mamat Malaysia Serani (Venc) yang keje dengan Emirates. So, banyak sembang je la dengan dia.
Nasib baik masa masyarakat gelap tu minta nak tukar seat dengan Venc, dia tak bagi. Hehehe

Our breakfast.


I couldn't sleep that night. But I enjoyed watching the sky...dari gelap, nampak sikit-sikit fajar siddiq...sampai la makin cerah....



And here I am.
Back in Malaysia.....



Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 12, 2012

Mailseton of mai tu bois


Lil Adib Tomeytomeyto baru je baik dari demam/flu/batuk. Sampai luak sekilo after a week (9.7kg jadi 8.8kg) :(
Tak tau la bahana nak tumbuh gigi ke-7 ke atau sebab baru nak pandai berjalan (ada kena-mengena ke?). Or prolly that's the effect after his MMR jab. 




Masih setia dengan minat terhadap steering. Bakul mainan pun digolek-golek buat macam steering kereta. Kalau dalam kereta, dia suka pandang tayar kereta/bas/lori sebelah. Hmm..agaknya dia suka semua yang bulat kot. Tengoklah orangnye pun bulat...Hehe



Sejak dah pandai bertatih ni, ada gaya macam anak dinosaur berjalan. Keh keh keh. 
Tapi cukup lokek nak babai Mama pegi keje...atau babai teacher dia masa nak balik.

Kalau aku dah hidupkan enjin keta, pandai lak dia melalak sebab takut kena tinggal.



It's been a while gak Lil Adib dah pandai minum air guna straw.
Kemain laju lagi dia sumbat masuk ke mulut kalau dapat sipping cup tu.



Tapi masa mula-mula dulu tu abis menjejeh basah baju, sebab dia pandai sedut...tapi tak pandai telan terus.



Ni aksi apa entah la..tonggeng sambil agah orang celah kangkang sendiri. Nak check ada hantu ke tak kot.



Lil Adam is a big boy now.
Dah masuk sekolah la katakan...(am yet to blog about it, tapi nape ntah xleh upload lak dari hp).

Hadiah Aqua Doodle untuk adik dia tu dia yang sakan guna.

Aku lukis kucing kat sebelah...dia tiru, dan jadi macam ni....





Yang ni pulak, dia tekap bentuk tangan sendiri (jari punya gemuk macam Sang Kelembai), lepas tu dia buat dot-dot-dot. Katanya "Ayah's gloves to ride the motorbike!"



Ni dia budak notty yang sarungkan seluar adik dia kat kepala.
Haishhh..anak sapa la ni?

Nuffnang ads

My Heartbeat