Monday, May 31, 2010

Isabelle membebel

I am blogging from my new free HP mini...hehehe. Baru sampai siang tadi. Macam x puas lak tengok skrin kecik... (dasar jakun!) Dah la asyik typo je nak tekan backspace, dok tekan ==]]\\

Okay..semalam aku x blog sebab tiba2 my lappy wasn't functioning. Switch on pun xnak nyala. Macam pandai2 je merajuk sebab bakal ada pengganti. Hehehe. Sib baik kabel ke power supply tu je rupanya yang rosak.

Well, these days are so boring, simply bcoz I have to stop being the usual me. Ni semua gara-gara bleeding/staining tu la.
Okay, I tot it was subsiding... it stopped by one night, but the next day it appeared again.
Masalahnya, it is very hard for me to stay in bed and rest. Gila apa?
I need to get my drinks, go upstairs/downstairs... tidy up the house a lil bit (dah la porch aku tu kalo 2hari tak sapu dah gaya rumah terbiar, penuh daun kering), bawa Lil Adam berulang ke toilet for potty train, kemaskan Lil Adam's toys sikit2 (semak la nampak bersepah je), masak dan bersihkan dapur (okay, aku mengada sebab malas nak kuar tapau)...tu pun dah kira baik aku kumpulkan laundry lepas cuci 1 round weekend aritu.
Hmmm...bila dah list mcm ni, baru terasa... banyak gak aku buat. Sama macam orang x sakit je...

To make things worse, MrHubby x jadi pegi ke Kelantan for a week, instead he has to stay at Pengerang sampai settle kes kapal tu. Hampess.... Aku bukan apa, kalo keje sampai malam buta, laki aku stress esok2, BP naik... sapa nak tolong? Dah tu sampai kes tu settle- sampai bila tu gamaknya?



Now I am extremely worried about the little lump. Last Thurs, when scanned, it showed some echoes (macam berdenyut2 gitu), so Dr Supiah said, it was good. But apparently, aku yang lupa diri ni x reti nak beringat...
DrSupiah ada pesan, that I have to be really careful if I really want 'it'. Of course I do.

Tapi nature aku yang berjalan macam ribut ni... yang tak reti tengok rumah bersepah... harus la aku kena marah dengan Bibah semalam. Bibah, my friend who is a nurse memang sound aku cukup2 semalam, sebab dukung Lil Adam (dah tu, sapa nak angkat dia basuh tangan kat sinki?).Padan la dengan Lil Adam yang makin manja.. tak pasal2 for no reasons pun nak berdukung.

Satu lagi yang bagi aku semak kepala ialah...my G900 terkena SuperGlue semalam! Warghhhh... Abis keras keypad 012 aku, sib baik leh tekan lagi. Tapi callers said that my voice sounds slow. Aisey.. tu mesti dah kacau kat mic.
Rugi je...dah la 012 tu free calls to MrHubby. Tapi takkan nak bergayut jiwang-jiwang dgn MrHubby malam-malam buta nak jerit kuat2 kan? Tak romantik la...

Maka, terpaksa la guna 019, sib baik UOX plan (tu membuktikan aku muda tau! hehe), nasib baik rate murah.

Membebel je kau ni, Isabelle.
Dah la...

Esok lepas hantar Lil Adam ke taska baru tu, I need to see the doctor (despite the next check up is next week). Tu pun sebab dah kena bebel dengan DrWan dalam sms.
Korang tolong doakan Lil Adam dapat adapt kat taska baru tu ye?

Saturday, May 29, 2010

I have brown fingers



Memang la kan? I guess most of us have brown fingers. But there are some who have green fingers!

My Abah does. He grows all sorta trees and plants excellently. U name it- herbs, grass (rumput karpet, rumput mutiara), flowers, rarely seen plants, and not to mention fruit trees like mangoes, rambutan, dokong, belimbing, jambu air, jambu batu etc.

So is MakNgah. Despite living in the city (Seputeh), she grows flowers (orkid, anthurium, dan segala maknenek bunga), tanaman untuk memasak (pandan, bunga kantan, serai, limau purut, etc) yada yada.

I thought paling-paling koman pun, I'd inherit the green skills but unfortunately I was wrong. Hmmm.. camna nak teruskan niat pecahkan lantai kat lama tu buat mini garden? Harus la semua pokok/rumput mati je.

Well, considering my fingers are brown, I was hoping my other half boleh la diharap. Ye la kan, kalo setakat nak masak kari tu nak guna dua pelepah je daun kari, alang-alang sangat nak beli. Melampau la nak mintak kat jiran je. Tapi masuk kali ni, dah 2kali we brought back anak pokok cili padi dari Endau... and it died. Huh! Jenuh disiram, dibaja segala... tapi mati jugak.

Latest, he tried planting the seeds of Ulam Raja. Macam ada hasil la jugak.


Baru ni, when I bought some daun kesum for my asam pedas I asked "Kak... saya nak beli separuh je boleh tak?"
"Seikat tu 50sen je, dik."
"Hah! Ye ke? Alamak... saya nak guna sikit je."
"Tanam la dik. Rendam dulu sampai tumbuh akar sikit, baru tanam."

So, balik tu, aku suruh la MrHubby rendamkan. Tapi nampak gaya dah menguning jugak daun tu. Haihhh...

Kelmarin, aku beli serai untuk rebus kerang. Banyak jugak, sedangkan nak guna sikit je.


So, aku ingat nak try tanam la. Mana tau kalau menjadi, lepas ni nak masak tomyam ke rendang ke (hahaha..sejak bila aku reti masak rendang?) tak payah beli dah.

Tapi.. kalau cubaan kali ni pun x berjaya, macammana nak sahut seruan kerajaan untuk tanam sorang satu pokok?


Curang

Curang ni memang mengingatkan aku pada zaman muda dulu. Perghhh... statement tak agak-agak.

Okay..okay... I admit, memang aku pernah sort of curang la jugak dulu (hehe), tapi curang yang aku citer sekarang ni lain.
Woh! Relax wei... Korang nie...asal tengok tajuk sensasi je, mesti terus jump into conclusion. Hehehe.


Actually, this morning, whilst in the car on the way to Tesco, as usual, I tuned in to my fav Fullamak! Carta SMS Sinar.
Sekali keluar lagu jiwang ni la... Curang by Laksamana.

Bagaikan tiada lagi
Mentari pagi hari
Suram dan kelam
Dan aku pun menyendiri

Perginya entah kemana
membawa hati luka
Kerna kucurang
Pada cinta yang kau serah

Dan bagaimanakah
Harus kubawa engkau semula
Kembali bersama
Menyusuli cinta kita dulu

Kugenggam baramu
Walaupun panas tak ku terasa
Demi kuingin kembali
Pasti takkan kuulangi

Pulanglah oh sayang
Bersama salju rindu kasihmu
Izinkan ku kembali lagi di hatimu

Biarpun payah kau terima
Pasti kucuba

Terlanjurnya aku dulu
Menurut kata nafsu
Tanpa kutahu
Tangis hibamu yang merindu

Maka balik umah, terus aku download lagu ni dan melalak berkali-kali. Giler ahh..layan jiwang. Dah la masa balik Penang aritu, Acik dah format this laptop, siap dengan letak 1 folder lagu-lagu jiwang zaman muda dulu. Aku memang dah ada 1folder lagu-lagu rock kapak. Tapi folder yang Acik bagi ni, ada lagu yang aku xde lagi...

Bila dengar je lagu-lagu tu, terimbas zaman bujang dulu.
Hmm..terasa sungguh muda. Kekekekeke...


p/s: Sapa nak pi karaoke? Jom... jom... Dulu masa sarat pregnantkan Lil Adam, aku gedix gak karaoke. Patut la anak banyak mulut.... Ngeee :P

Friday, May 28, 2010

Patut la tak kurus-kurus jugak



I might not be the best person to talk about this, but hey...I just wanna share.

Dari dulu zaman anak dara, sampai la dah anak 1... ada je orang yang tegur "Bestnya u kurus!" or things like that lah. Tambahan pulak kalo ada yang pernah tengok aku makan. Makan punya banyak (dah tahap melantak pun) tapi tak gemuk-gemuk jugak. Well, prolly it's the metabolism.

Atau kalo aku daring sikit, aku akan cakap "A'ah...ada hantu raya!"
Hehehe...

Well, perhaps some of u who have been trying to lose weight dah try macam2. Workout at the gyms for hours, terpaksa tahan godaan desserts, beli produk weight loss, try to BF (yang ada anak la kalo BF bapak budak, perut makin buncit.hehe)... tapi bathroom scale tu masih tak anjak-anjak nombornya.

Nape ye?
Okay, maybe u are involved in any of these Top10 Diet Mistakes.
Adapun begitu, aku tidaklah terlibat dalam aktiviti berdiet ni... bcoz I can't help myself looking at delicious food. Dalam erti kata lain, orang lain berpantang makanan, aku pulak pantang nampak makanan!


Diet Mistake #1: Skipping breakfast
Ada yang ingat bila dia x breakfast pagi-pagi, kurus la konon, sebab dah tak amik satu meal. Tapi itu silap. Experts say that skipping breakfast akan menyebabkan seseorang tu makan lebih banyak masa lunch.
Lagi satu, u'll tend to crave for unhealthy snacks. Contoh yang aku buat: kudap-kudap dengan kerepek la, biskut la, ceklat la...



Diet Mistake #2: Substituting meals with protein bars and shakes
Adalah dimaklumkan bahawa protein bars and shakes biasanya hanya untuk athletes with special needs, tak kira la sebelum atau selepas workout. Pokoknya, benda ni dibuat mostly daripada processed foods, so it is lacking in nutrients.
Aku kalo diberi bars ni, harus la sekotak pun boleh habis sekali hadap. Nak-nak pulak macam yoghurt bars tu. Nyam nyam. Maka makanlah makanan fresh dan jangan terus tertipu.


Diet Mistake #3: Jumping on the latest fad diet
Haa...fad diet memang dengar macam best, macam senaaanggg je nak lose weight kan? Maka ramai la yang bertanggapan "apa salahnya try sekali?".
Baik korang fikir balik. Actually fad diets biasanya hanya promote unbalanced eating programs yang jarang-jarang dapat dilihat hasilnya bertahan lama. Lepas sebulan dua, badan pun naik balik. Pastu, banyak pulak side effects.


Diet Mistake #4: Not eating before training
Kepada yang rajin workout segala, perut kosong adalah self-defeating. Kalo tak makan, u might find it hard to sustain the intensity. Mula-mula chargas la...takdan lama mana, dah letih. So, consume on complex carbs- baru la badan boleh perform to the max.


Diet Mistake #5: Waiting too long to eat after workout
Ada yang bila konon-konon nak makan lambat lepas workout. That's wrong. U have to take up the complex carbs & proteins within one hour lepas exercise, baru la metabolism meningkat dan muscles boleh terbentuk.
Tapi jangan la lepas jogging 10 round, korang balun pisang goreng yang berminyak-minyak tu dengan teh tarik segelas. Itu memang membentuk 'pouch bag' di perut. Hehehe.
I am guilty for this, tapi I am not dieting kan?


Diet Mistake #6: Cutting back all fats
Jangan la sampai tak makan fats/lemak langsung. Kalo tengok pyramid makanan, u still have to consume fats..but u can take monounsaturated and polyunsaturated fats and to limit the saturated animal fats and trans fats. Kalo nak jugak, jangan lupa buat wasiat awal-awal.


Diet Mistake #7: Not consuming sufficient calories
Cermin-cermin la diri. Kalo keje berat, eat more. Kalo keje duduk depan komputer dan berulang ke pantry je, jangan la makan serupa meals untuk buruh binaan.
Kalau tidak? Your body will start to lose lean body mass and slow its metabolism, maka lagi susah nak lose weight.


Diet Mistake #8: Thinking exercise is a free pass to pig out
Yang ni yang selalu orang lupa nak combine. Exercise dah rajin, tapi makan macam dah sebulan x jumpa makanan!
Sebab tu jugak la kalo aku dengar mana-mana produk pelangsingan yang sebut kena jaga pemakanan atau kena exercise, aku rasa macam "apa-ke-baghal-sangat?". Ada ke orang bangang yang makan dan tak pernah exercise, tapi kurus semata-mata kerana ubat kurus kau?


Diet Mistake #9:
Eating too much protein and avoiding carbs
Ni konon nak ikut high-protein diets macam Hollywood celebrities la. Short term maybe okay t lose weight, tapi long term...nahhh. Sebabnya? U still have to consume on complex carbs too.


Diet Mistake #10: Not drinking enough water
Ada yang takut minum air sebab takut water retention. Hahaha. Nak gelak pun ada. Tapi kalo dah workout tu, make sure u are well-hydrated. Minum la plain water sebanyak mungkin.
Tapi, as for me kalo minum banyak.. jenuh la berulang ke toilet. Asyik nak shee-shee je. Dah tu, kalo x shee-shee, mana pulak nak simpan air tu kan?


Kalo tak caya, try tanya Hanie yang dah jadi Duta KeepSlim tu. Tak pun, try tanya Asri (Farah's hubs).
Kepada Fizamior dan kawan2 lain yang konon jeles tengok perut aku, korang jangan risau... x lama lagi korang akan nampak aku tidak kurus lagi. Ngeee :P

Eh, okay la korang. Aku nak tunggu petang sikit, nak pi pasar malam Sect.6 la... menambah kalori. Harap-harap tak ujan la.

Nak buat apa ye?

Weekend ni mesti ramai yang balik kampung kan? Sebab ada cuti Wesak.

We actually have made a plan for today, but it has to be postponed. Kalo tidak, MrHubby has to go to Kelantan on Monday (for a week). Sekali gara-gara kes kapal berlanggar kat Pengerang tu, he has to go to Johor too. Hampesss tul la.


I hate being alone. Banyak hari pulak tu!!! Boring!!!
Sedangkan aritu MC dua hari pun, aku dah weng kebosanan. Ni kan pulak seminggu!
Tau je la, dengan keadaan sekarang...lagi la aku rasa nak berkepit je.

I wanted to go somewhere, but where?
Paling-paling in my list sekarang
  • Kuar for grocery shopping
  • Bawa Lil Adam feed the tortoises

Nak jalan jauh-jauh pun tak boleh. Ajak Bibah meet up tadi, she advised me to rest... concerning my health conditions.

Sape ada plan? Ajak la sekali wei... aku BORING TAHAP DEWA ni...

Thursday, May 27, 2010

Jahil di surau

When we are on-the-go, we always drop by at the public surau (e.g. at shopping malls, R&R, etc.) kan? Memang bagus bila nampak ramai Muslimin/Muslimat take a break daripada urusan duniawi untuk menunaikan kewajipan 5-10 minit tu.

Baru-baru ni, masa aku abis solat Maghrib kat surau SACC, aku nampak dua orang budak pompuan bertudung (x la budak sangat, gaya macam dah 20-an), dok belek kuku kaki one another. Aku kerling, nampak macam tengah lukis inai kat kaki. Dalam hati aku yang husnus-zhon (bersangka baik) time tu "Ohhh...nak kawin kot? Tu yang siap berinai kaki...eh, tapi nape kat surau awam?"

So, aku pandang seimbas lagi...

Laaa... tengah pakaikan cutex (nail polish) rupanya!!!

Terus hilang husnus-zhon aku.

Kot ye pun dia pakai nail polish tu masa on period (maka tak payah fikir wuduk cecah ke kuku ke tidak)... Apa ke-bangang sangat ko pakai benda tu masa dalam surau?

Woh! Aku marah betul rasa time tu.

Tapi, aku tau..kalo aku sound budak-budak tu time tu...harus la glamer kejap dalam surau tu.

Okay... tutup cerita jahil di surau yang pertama.



Lagi satu.... to me, it's such an eyesore to see most of the people solat bersendirian (whereas they can always berjemaah). Benda ni biasanya berlaku kat bhgn orang pompuan jer. Kat bahagian solat lelaki, standard la muwafiq & masbuq tu walaupun tak semua, tapi ada la kadang2 tu (as claimed by MrHubby la).

Aku pelik betul dengan orang pompuan. Takkan la x baligh lagi, sampai x cukup syarat nak jadi imam. Nak kata bangang sangat, rasanya masa sekolah lagi ramai yang dah tau :tepuk je la bahu orang yang tengah solat untuk join dia. Entah la ye...tapi selamba kodok je masing-masing hampar sejadah kat tepi orang yang sedang solat, tapi solat asing-asing.

Kadang-kadang aku sendiri saja je hampar sejadah melintang (dengan harapan orang faham, solat la sebelah aku). Kadang-kadang yang lain pulak, aku solat tanpa sejadah, sebab meluat tengok orang guna sejadah sorang satu...individualistik sungguh! Diorang tak tau ke ha... solat berjemaah tu 27 kali ganda darjatnya berbanding solat sorang2.

Aku sendiri pernah tanya...

  • Kalo saya berjemaah dengan imam yang maybe pakaian dia kotor ke, macamana?
  • Kalo imam yang saya muwafiq/masbuq tu bacaan tajwidnya pun berterabur, apa cerita?

Jawapannya simple je... itu urusan Allah. Sebaiknya kita usahakan dan rebut pahala berjemaah. Sehinggakan kalo dah abis solat sorang2, tiba2 nampak ada orang berjemaah (e.g. masa kita tengah duduk berwirid lagi ke), kita digalakkan solat lagi sekali. Kalo imam tu baca x berapa nak betul tajwidnya... abis berjemaah tu, kita solat la lagi sekali.

Tapi part ni aku x buat...sebab aku pun bukan rajin nak ulang solat yang sama, one after another.

Cuma nak share la apa yang aku tau.

Masa bawak students pegi field trip, sengaja je aku suruh budak2 jadi imam (kalo jemaah pompuan jer). Musti diorang tak berani nak tolak (sebab takut aku assess diorang dengan attitude macam tu...hahaha). Gamak kalo ada yang dok teragak-agak tu, terus je aku iqamat. Automatik... dia kena la jadi imam. Hehehehe. Taktik busuk kan?

p/s: Betul tak, Nurul/Norm & geng-geng yang dok baca blog saya diam-diam tu?

Hmmm...harus la students yang baca blog aku lepas ni mengelak duduk dekat aku waktu solat,

Korang pulak... apa cerita kejahilan dalam surau awam yang korang pernah tengok?


Wednesday, May 26, 2010

Keluar ke tak keluar?

Hmm..sekejap je dah petang. Semalam terasa lama betul dok kat umah...giler boring!

I was thinking of going out with Mamapasha for lunch ke apa ke, sekali her MIL is at home pulak. Hehehe. Segan la....

Dah tak jadi kuar tu, patutnya aku kuar je la makan dgn Lil Adam, tapi aku lagi rela masak kat umah daripada makan kat luar. Wah! Bunyi mcm bagus je kan- home made food. Actually aku ada perangai pelik- aku xsuka pi tempat yg ada crowd, esp. kalo ada ramai jantan.

Anyway, abis sembang, masa nak mandi... tiba-tiba aku terpijak pulak air yang ada kat depan bilik air tu. Jatuh terduduk la kejap...What came outta my mouth was only "Allahuakbar!"

Haihh... sebelum2 ni x pernah tergelincir, time ni la nak jadi pun!
Tapi sempat lagi aku tahan badan daripada berdebab jatuh tu dengan tapak tangan. Maka tapak tangan dok sengal lagi la nie :P

So, I sat there, tunggu kot terasa ada bleeding ke apa ke, but none. Legaaa....Btw, pasal bleeding kelmarin tu pun seems to subside, brown spots only... So, toodles, not to worry - everything is in the well!


Kerana jatuh tu, terus timbul malas nak masak, maka I drove the car and tapao-ed some food. Lately I have been very lazy to cook. Kadang balik keje tu, berkobar-kobar rasa nak masak, sekali sampai umah...flat terus.

Ni awal lagi, kalo by 5 gitu I am not that lazy, I'd cook MrHubby's fav bihun goreng. Boleh la guna resepi Lady of Leisure aritu.


Mmmmm.... ng....


Masa makan....
"Adam nak udam..."

Masa kat kitchen...
"Nanti mama potom dia ye?"

Bila aku tunjuk gambar anak Along dalam hp...
"Maklom baby..."

Perasan tak what am I trying to highlight here?
Yes.... words ending with NG, will be pronounced as M by Lil Adam.

Semalam masa kuar dinner, I tried articulating a few words for him to follow.

Adam, say 'sotong'!
Sotommmm...

Aku pandang MrHubby, MrHubby pandang aku.

Adam, hidung?
Hidommmm...

Dahi aku berkerut.

Longkang?
Sambil senyum2, Adam sebut... "Lokammmm" (dah jadi limau lokam pulak!)


Aku nak tergelak. Kepala ligat cari perkataan yang ada sukukata beakhir dengan NG. Desperate punya pasal, aku sebut....

Dingdong?
"Didommm"

Nape ye, Ayah? Takkan anak kita x reti sebut sukukata NG?

Masa taip entry ni...aku try lagi...

Adam, say 'gulung'?
"Gulummm..."

Panjang?
Pajammmm...

Goyang?
Goyam...

Gunting?
Gutin...

So, aku try cari words yang ada NG kat tengah-tengah, bukan di hujung....

Telinga?
Kelinga...

Hoh! Dah dekat tu...

Nganga?
Nganga...

Ranting... "Ranting..."
(again) Ranting... "Ranting"

Ahhhh... eventually he got it right!!! Lega!!!

Tuesday, May 25, 2010

Taska for Lil Adam




Semalam, when I sent Lil Adam to the sitter, I told her I'm gonna start sending him to taska very soon. When she gotta know that this week is the final week, dia mcm sentap "Laa...nape tak cakap awal2? Ada 2,3 orang tanya, akak tolak."

Aku terkulat-kulat. Aku cuma sempat cakap "MrHubby yang baru decide kak."
Aku lupa betul nak bagitau yang taska pun aku x pilih lagi.

But by the time I was about to leave, I saw a new baby was sent by the grandma to her place. Baby baru la, I assume. So, apa nak kecoh? Kan ada je ganti...

On my way to the ofc, I called Lil Adam's former sitter, Sue.
Sue ni layan Lil Adam dengan baik, so does her whole family- her husband, her kids, her mom. Cuma I had to stop sending him there sebab Sue pindah ke Ipoh. Now that she's back to Shah Alam, but she's bz with her business. Kalo x, memang confirm aku hantar Lil Adam kat dia je.

Anyway, I told her what happened. And my decision is almost final... come next week, I'm sending Lil Adam to a new place.

muka big boy yang dah nak masuk taska

Balik keje semalam (sebelum bleeding tu)... terus bawak Lil Adam pi tengok taska baru dia, let's call it TMB. TMB tu ada 2 cawangan. Yang TMB2 tu baru bukak Mac lepas, so I went there first.
(gambar x dpt upload lagi, sbb kabel tertinggal kat ofis).

TMB2
Pros
  • Tempat baru, x crowded
  • X bising sangat
Cons
  • Cuma ada 2org cikgu
  • Kwn sebaya Lil Adam baru ada sorang (kesian dia x ramai kawan)
  • Masa naik survey2 bilik baby & toddlers, tengok sorang baby tu nangis sambil meniarap, kesian pulak (esok2 adik Adam kena tinggal mcm tu x?)
  • Outdoor activities/ menu makanan maybe not implemented sepenuhnya, sebab kekurangan kids of the specified age (3yrs)



So, after that we went to TMB1.
Pros
  • Cikgunye ada 4 orang
  • Ada kelas Iqra'- tapi 4 org je join
  • Ada outdoor activities (kat TMB2 dia x buat sgt, sebab ada berapa kerat je budak)
Cons
  • Ramai mmg ramai, tapi smpi 20 orang sebaya Lil Adam!
  • Kang dah ramai mcm tu, senang lak berjangkit selsema ke, apa ke
  • Less attention la kot


Anyway, I have checked that they are willing to handle EBM (for the little ones). Lega!
So, setelah ditimbang kati, rasanya we'll send him to TMB2.


My justification?
  • Biar x ramai orang, esok2 dalam masa few months...makin bertambah la budak2 kat situ kan?
  • Senang cikgu nak bagi tumpuan- utk potty train
  • In case Lil Adam demam, cikgu alert sikit. Takut kena fits lagi.
  • Sunyi sikit tempatnya... xde la bising macam disko.
  • Nak parking pun senang, berbanding TMB1.

Alaa...balik2 owner nye sama jugak. Aktiviti, menu, sistem semua patutnya sama la kan?
Dan yang paling penting, they have fixed the payment rate A for those sending 7 to 6, and payment rate B for those sending 7 to 7.

So, xde la aku kena tengok muka kelat lagi kalo aku terlambat fetch Lil Adam after work. (alaa... bukannya aku saja nak amik anak lambat, ko ingat aku ni gila nak naik pangkat sangat ke? aku keje gomen, buat keje banyak ke sikit ke..gaji aku x beza 10sen pun!)

Hehe...emo la pulak.
Ok la... mak nak turun pi goreng ikan selar kecik tu, mkn dgn nasik. Ni kes malas nak kuar beli makanan la nie, sampai sanggup masak!

Bleeding


Aku kat rumah nie. Jangan jeles ye, korang... sebab walaupun aku kat rumah, aku xleh buat banyak keje. Boring!

Niat mulia aku nak pi keje as usual terbantut sebab semalam lepas solat Maghrib, ada bleeding sikit. Cuak jugak la.

Actually, masa pregnantkan Lil Adam dulu, ada bleeding gak. Kat ofis pulak tu (nak masuk bulan ke-2 kalo x silap)... maka aku yang gelabah masa tu, terus call MrHubby but he was out at the site. Well, dah gelabah camtu, terpaksa la call Along (sib baik my sister ada kat fakulti AD tu jer) dan minta dia bawa ke klinik. Maka kantoi la aku yang konon x ngaku I was already pregnant by then :P

Not only that, dengan my MIL pun kantoi, bcoz she was expecting us to go back during the CNY. Untuk memberi lame excuse adalah tak masuk akal, so we had to break the news. Hahaha.

This time, of course panik jugak.
MrHubby asked to to take a leave and rest at home, but I was reluctant. Tapi bila Dr.Supiah dah bagi MC, siap dengan ayat-ayat menakutkan like "what if...", so I surrendered and here I am.

MrHubby sengih-sengih je masa kat kaunter ubat semalam. Dia cakap "Esok, mesti Mama post banyak entries kan? Sebab xtau nak buat apa, Mama blog je la..."

Tingat masa jadi ma'am dulu. I was bedridden, sampai MrHubby angkut TV masuk dlm bilik. Dan yang paling sweet... bila dia berkejar-kejar ke dapur masakkan bihun goreng for me. (sepuluh kali sekejap datang tanya 'lepas tumis tu, nak masukkan apa pulak?)

Kali ni nak rehat macam mana la sangat, dah ada si notty Cikebum ni.

Anyway peeps, nothing to worry...
Adoiiii !!! Si Adam ni duduk pulak belakang aku (aku tengah meniarap while typing this).

I am on meds and I think everything will be okay soon.

Monday, May 24, 2010

A crack on the 3rd year

Last week, I was visited by one of my ex-students while at work. She handed me a wedding invitation and amongst all, we talked about her preparation (in & out) before the big day.

Alaa... aku pun baru nak masuk 4tahun kawin. But whatever I can advise her, I did. The do's and dont's i the married life. Kalo bukan yang diri sendiri experienced, I told her examples of others whom I know. Friends, family, bloggers...etc.

She's only 22, but I believe she's matured enough, but being a 'sister' (woh! xnak ngaku tua) at least I should share some tips too.


Speaking of married life, MrHubby once told me -biasanya pada tahun ketiga, akan ada ujian dalam rumahtangga. Masa dia bagitau tu, we were about to enter the third year kalo x silap. Ujian yang dimaksudkan adalah dari macam-macam jenis. Orang ketiga ke, masalah family ke, kewangan ke, pasangan x sefahaman ke, campur tangan ahli keluarga... Anything.

I believe it does happen. Ujian-ujian macam tu memang ada, tapi aku tak pernah observe pulak mulai tahun keberapa.

Anyway, I told my ex-student to have everything communicated. We can't live with the assumptions that our other half can read our minds. So, cakap la...dan bawak berbincang.

MrHubby's approach pulak-is more on patience.
Baru ni dia dapat tau his friend yang kawin much later than us, dah bercerai sejak tahun lepas rupanya. Terkejut jugak kitorang dengar. Ye la, usia perkahwinan masih muda... dan kita ingat masa bercinta sakan dulu, dah kenal hati budi serba sedikit. Rupanya banyak lagi yang kita tak tau.

Apapun punca keretakan tu (sekarang kitorang dah tau la, sebab dia dah citer kat MrHubby), it really is a reminder to us.

To my dear sis- Jiji & Naj... who are tying the knot very soon- I wish u all the best!

Sunday, May 23, 2010

Untuk apa puasa?



During my diploma/undergrad years... once in a few years or so, I'd have my blood tested for glucose, etc... dan yang paling penting cholesterol test.

Well, tahap kolesterol aku tak la rendah... kiranya tahap yang kena agak2 jugak la bila makan. Haihh..ni la masalahnya kalau badan tak gemuk-gemuk, berat tak naik-naik. Makan dan makan, sebab tak payah fikir takut gemuk. Last-last, dok kutip kolesterol...hehe

Dulu, kalo lepas dapat test results... mesti aku insaf kejap.
Makan pun memilih.
Cucoq pisang akak kat Section 6 tu pun aku sanggup telan liur je tengok.Fast food pun elak. Kalo pegi KFC pun, beria-ia pilih buang kulit ayam tu.
Pendek kata, yang deep fried tu kena la berpantang sikit.

But as I said- insaf kejap je.
Masuk minggu berikutnya, lupa terus kolesterol segala.... maka petang-petang bila balik dari kelas, rajin la aku singgah kat akak cucoq pisang tu. Benda lain pun aku bedal je.
Tau je la..kat Mesia ni, nak cari healthy food tak lah senang sangat. (cewah! alasan!)

Since the past few months, when we indulge ourselves in sinful pleasures, esp. seafood... balik tu MrHubby & I mesti cover balik dengan Teh Misai Kucing. Hehehe. Konon detox la balik segala 'racun yang dimakan.' Iye la sangat.... Whatever.


Ni dah pregnant ni, I consulted the doctor and she said I better stop taking the tea, takut affect kat baby. Walaupun teh tu bukan la slimming tea, tapi ntah la...agaknya ada caffein gak kot.

Tapi kalo cakap pasal I have to watch what I eat, it's not gonna happen la. Lagipun, nak kena qada puasa dah ni. Puasa dah nak dekat. Puasa yang tahun lepas I still have a week to qada... I better complete it a.s.a.p- kang perut makin besar, makin banyak pulak excuse.

Hmm..korang ada ke yang puasa untuk diet?
Kalo ada, betul2kan la niat tu. Puasa juga bukan untuk pahala, to me puasa tu elok la diniatkan untuk ibadah.


Is it normal?



Korang perasan tak- having me updating my blog during the weekends is kinda once in a blue moon? Hehehe.
Well, I guess after this, there'll be more updates during the weekend. Reason? Sebab dah ada wifi kat umah. (macam jakun kan?)

Okaylah... actually, I wanna say something about my pregnancy symptoms....

don't worry- mak belum daring sampai tahap gini lagi nak letak gmbr sendiri :P

Anyway... some links I googled showed that my little angel is now in between these 2 conditions...

  • Your baby’s now about 8mm long – double the size they were last week but still only the size of a little tadpole. Their tiny heart has already started to beat at about 100–130 beats per minute as blood begins to circulate. The little buds that will become arms and legs are starting to form. Brain waves are detectable from day 40 as brain tissues are growing rapidly. Their eyes are starting to take shape and have already started to darken with pigment.

  • Your baby is now about 12mm long and their digestive tract is developing. Tiny breathing passages are beginning to appear where their lungs will be. Their arms and legs are taking a more definite shape and they’re starting to look a little bit more like a baby! Eyelids, toes and fingers are forming, although they have thick webbing between them. Their nostrils are becoming more defined and the tip of their nose is starting to emerge. Muscle fibres are forming so that they can start to move in jerky little movements, although it’ll be some weeks before you can feel anything.
Oh ye..nape letak gambar perut?
Actually, I think the lump is noticeable by now. Isn't it too early? I remember masa pregnantkan Lil Adam dulu, masuk bulan ke-6 baru obvious. Ni minggu ke-6 dah nampak--- biar benar!

And one more thing, I seem to be tired and fatigue. (tapi bila, berjalan tetap laju macam ribut!) Normal ke awal-awal ni? Ke aku yang terlebih lorat?
Tambahan pulak, masa dulu, kuat cedang jer aku (x gaya org pregnant pun awal-awal tu)... sebab xde alahan gamaknye.

Memang la dah pernah pregnant, tapi rasa macam dah lama sangat, dah 3 tahun...tu yang blur sikit tu. Tak ingat sangat dah.

While typing this, I found this...

The Early Signs of Pregnancy Symptoms Checklist
Memang la semua orang berbeza...tapi saja la try tengok checklist ni...


  1. Missed Period : yang ni dah terang-terang la.
  2. Just "Feeling" Pregnant : ni kot yang dok moody sikit tu (alasan!)
  3. Breast Tenderness: tak perasan pulak, maklum la..Adam baru je stop bonboning
  4. Fatigue: haa...ada pun! ingat masa perut dah berat je baru fatigue.
  5. Frequent Urination: ni pun bukan ke selalu bila hujung2 pregnancy?
  6. Nausea: Alhamdulillah xde.
  7. Dizziness and/or Fainting: belum lagi.
  8. Food Cravings, or Aversions to Foods: kalo nak sukat based on food cravings, kiranya I am pregnant all the time lah!
  9. Sensitivity to Aromas: macam biasa je.
  10. Morning Sickness: so far, xde. Alhamdulillah.
  11. Heartburn and/or Constipation: tadi la, sebab mkn lmbt. haa...buat lagi!
  12. Mood Swings and Irritability: errr... macam ye je.
  13. Higher body temperature: Oooh! I'm 'HOT!' hehe
  14. Low Back Pain: sampai part ni yang best, tiap2 malam MrHubby tolong urut. hehe
  15. Implantation Bleeding: NIL
  16. A Positive Pregnancy Test: sah dah!
  17. Bloating and Weight Gain: I better gain some weight.


Okaylah peeps. Nak sambung tengok CekikRama:Perigi Kontang nie... Lil Adam pun dok sibuk memanjat, kunun nak bonbon.

Friday, May 21, 2010

The end of the love feeding




The past two, three weeks have seen a tremendous change on Lil Adam's addiction to his fav bonbon. I tried reducing the frequency of BF, simply bcoz I was tired. (Okay, ada sedikit penipuan di situ...sebab I wanted to conceive too). Anyway, memang BF is tiring, and it takes so much of my time. Kalo BF sambil duduk buat keje, harus la sakit pinggang. Maka I always lie down.

There was one day that he didn't ask for the bonbon.

And the following day, I never offered, but as he asked for it, he got it.
Macam tu la hari-hari berikutnya.... I won't be the one offering, unless I just wanna soothe him down or to stop him from monkeying around.

I believe, he will wean-off by himself. Cepat atau lambat, tak kisah la... Kalo dah rezeki macam tu, at least I try.
Nak sapu peria, minyak gamat, sirap bagai... tak sampai hati. So, taktik seterusnya adalah buat muka sedih... (ingat lagi tak, Lil Adam pandai buat expression for Sad and Happy?)... sambil berkata "Bonbon sakit...huk huk huk..."

So, biasanya dia acah-acah je nak gigit, tapi dia tak buat (sambil buat muka noti tu...)

Tapi aritu ada sekali, when I said..."Bonbon sakit la, Adam."
Dia jawab..."Shian bonbon sakit. Takpe, nanti makan ubat ye?"

Hehehe.

Now that Lil Adam has had enough of his bonbon…I’m glad that I have done my part as suggested in the hadith:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

I remember those days, when I first pumped the BM. It was a bit hard to get used to it, I mean…it’s funny when once u bf, the other breast would also be automatically stimulated and discharging the white liquid. Nobody told me before!

Lucky MIL was around to help me during my confinement. So, I was like… “Mak! Mak! Tolong...Cepat ambil botol (susu) ke... apa ke... nak tadah ni."

And she came with a cup, only to collect a few drops before it stopped. Hahaha. Lawak pulak rasanya.

Another memory is expressing BM at work. Usually, it’s twice a day. But there were times when I was too busy and only had a chance to pump it once (by lunch time).

Sometimes, I got impromptu visits by students for various purposes while doing it. It’s kinda hard to stop, as from the main door, they would only pass by Faezah’s cubicle before seeing me. Therefore, for privacy, Winie offered me to use her room, further in. Thanks, mate.

There were days when I went back home with my blouse wet (the nursing pads seem unable to retain the discharge). However, alhamdulillah… I have never experienced swollen breasts bcoz of too much BM. Masa nie la perasan sexy! :P

Sometimes, when my buddies were already waiting for me to go out for lunch together, I’d just bring the pump along…and have it expressed in the car. If we were riding in my car, I’ll just ask Sab or Zana to drive, so I could do the business while on our way to the lunch place.

Of course there were also bitter experiences when some irresponsible idiots caused my EBM in the fridge to ruin as I wrote in my previous entries.

I stopped expressing when I moved to our new home, and changed Lil Adam’s sitter. She found it hard to handle the EBM. That was when he was around 15 months. So since then, no more headaches to freeze the EBM, etc. He'd only got his daily dosage of bonbon when I’m with him… before and after office hours, weekends, at nite.

Bitten by the munchkin? Oh…that’s normal. My threshold level is high, so as long as I could stand the pain… I wouldn’t scream.

As he grows, he usually does that to tease me. It’s easy to tell- the naughty smile and those round doe eyes.

But what is that, compared to the pahala I got from every drop that he drinks.

Anyway, I might not be blogging about BF Lil Adam anymore, as he kinda has stopped by now. Sekali-sekala ada la dia selak juga...tau2 je dah masuk dalam mulut, maklumlah sebagai kudap-kudapan nak bagi mata lali nak tido.

And Lil Adam... should u read this one day...

Mama bangga dan happy sangat dapat BF Adam sampai lebih kurang 2 tahun 7 bulan mulai dari saat Adam melihat dunia. Ramai yang tak sangka Mama dapat BF Adam se'lama' ni. Ye la kan? People tend to think big jug contains more :P

I won't forget our first bonding session... with closed eyes, u were trying hard to latch. Sekarang, macam2 aksi stunt Adam buat bila BF ye?



Mama harap, Adam menjadi anak yang bijak hasil daripada susu badan Mama sendiri. Walaupun Mama dah tak BF lagi, Mama tetap sayangkan Adam.

Huhuhu... *mode layan sedih*


Thursday, May 20, 2010

Kalo tak macam nun, mesti macam ni

Dah lama aku nak bebel pasal style orang kita bertudung.
  • Orang lain bertudung, kita sibuk nak bertudung.
  • Orang pakai selendang letak kat kepala (mcm Sitikus), dia pun ikut... wpun pakai dgn legging.
  • Orang pakai tudung Syria, dia perasan muka dia ala-ala Arab.

Beli tudung lawa2, mahal... siap pinkan kat belakang tengkuk tu (nak bagi nampak leher jinjang kot!). Aku tak dapat cari gambar sepertimana yang aku maksudkan, tapi cuba korang pandang kebanyakan pompuan yang pakai macam yg aku describe tu... ada ala-ala 'nun' tak? (give me,5...Jiji!)



Aku x jeles pun korang nak pakai tudung cap apa pun, macam mana pun. Aku x untung seduit pun, rugi pun tidak... (as I blogged here). Cuma sebab aku tengok sekarang orang menggila sangat dengan tudung dengan ala-ala sanggul tinggi.

Gambar2 ni aku grab dari mana ntah, jangan lorat kata aku x kredit lak.

mainpix2

P/s: Model ni x bersalah kot, sebab dia disuruh memperaga je, aku rasa la.


Tak kira la dengan tudung sotong atau tudung Syria, tapi yang kau nak jadi unta tu buat apa? Teringin sangat nak ada bonjolan yang tinggi macam Sinchan kena ketuk dengan mama dia tu?

Yang lebih bangangnya, ada yang siap beli rambut pelesu ni, supaya boleh buat sanggul tinggi mcm tu...


Yang ini

IMG_0001

disumbat menjadi....



Apa?
Korang nak bagi alasan rambut korang panjang?

Aku pun pernah ada rambut separas pinggang dan separas tali bra (kat belakang), tapi ada orang ingat rambut aku pendek je... sebab aku sumbat rambut aku supaya tak nampak bersanggul.

Ni aku blog ni, mesti ada yang kata....
Eleh...macam le kau tu pakai tudung elok sangat!!!
Isabelle, ko pakai tudung pun x la lawa macam ****, sibuk je lebih...

Kang aku kata macam perangai Yahudi yang suka bagi macam2 alasan, pandai pulak marah.


“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai.
Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadis Jilid2/ms 223, riwayat Ahmad


Rasulullah s.a.w bersabda:

“2 golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadis No.212: riwayat Muslim.


Nasihat aku cuma 1... apa pun alasan korang bagi...ingat la alasan tu. Bak kata Fitri (boyfren adik aku)..."Haa...bagus la dah ada jawapan. Esok2 Tuhan tanya, boleh la bagi jawapan tu ye?"

LensaMama Cutest Baby in Red contest




Woot! woot! Wait for me...

I just discovered the LensaMama Cutest Baby in Red Contest by LensaMama.




My Lil Adam's pix for the contest...




Lil Adam
18th Sept 2007



Who knows...if I'll get any of these prizes...

An 8"x8" canvas print from lensaMama


RM10 worth of voucher from PinkyFrogShop

RM10 worth of voucher from Funky Mama

BabyIbu giveaway: Secret Bargains



When I look at this red bag at BabyIbu's blog...






it reminds me of my drool and desire for the rouge red handbags I've been eyeing for since last year...

Rebecca Minkoff Nikki Hobo,Red,one sizeRebecca Minkoff Clutch With Chain Strap,Red,one sizeTianni Penelope HoboMadison Brook Handheld Clutch

Lawa kan?

J. Furmani Pleated Flap ClutchTianni Penelope SatchelLarge ''Brianna'' Bucket Bag By Vitalio - Black, Brown or RedMadison Jodi Clutch


Secret Bargains is the place where u can get a clear view of the gorgeous branded items on sale.
I love the tagline My Loss is Your Gain...its really is :)

Anyway, as the Baby Phat bag by Secret Bargains shown here is not as passionately shocking as I wished, I'd pick the Liz Clairborne sunglasses.
These gorgeous shades can surely minimize the risk of fine lines, esp. when the glare form the sun is too intense. Hence, I'd look waaaayyy younger...hehehe




perasan pulak ala-ala JLo.


Am not a big fan of EDTs bcoz I tend to forget to spray some on before I leave the house :P

So, who knows my luck kan? (tuah baby dalam perut ke...hehe)




Nuffnang ads

My Heartbeat